Thursday, February 26, 2015

Gandaan Berirama

Cerita ni 2 minggu lepas, aku lupa untuk update tapi tadi teringat perbualan aku dengan Amira.

Masa tu aku belikan dia sejenis kuih tapi dibungkus daun, aku lupa kuih apa.
Suka lah dia makan lepas tu dia komen

"Hmmmm sedapkan,bu? Bagus kan makan sayur-sayuran. Bagus untuk kesihatan"
Ini ayat aku selalu untuk pujuk dorang makan sayur atau buah.
BAGUS UNTUK KESIHATAN.

Ok aku pun cakap
"Bukan sayur-sayuran,mira"

"Oh buah-buahan!"

"Bukan,kuih"

"Oh kuih-kuihan"

Yessss pecah ketawa aku hahaha, dia pun senyum lebar.

"Kuih-muih, mira"

"Ooooooo kuih-muih"

Perangai diva walaupun hisap jari

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...