Thursday, February 26, 2015

Gandaan Berirama

Cerita ni 2 minggu lepas, aku lupa untuk update tapi tadi teringat perbualan aku dengan Amira.

Masa tu aku belikan dia sejenis kuih tapi dibungkus daun, aku lupa kuih apa.
Suka lah dia makan lepas tu dia komen

"Hmmmm sedapkan,bu? Bagus kan makan sayur-sayuran. Bagus untuk kesihatan"
Ini ayat aku selalu untuk pujuk dorang makan sayur atau buah.
BAGUS UNTUK KESIHATAN.

Ok aku pun cakap
"Bukan sayur-sayuran,mira"

"Oh buah-buahan!"

"Bukan,kuih"

"Oh kuih-kuihan"

Yessss pecah ketawa aku hahaha, dia pun senyum lebar.

"Kuih-muih, mira"

"Ooooooo kuih-muih"

Perangai diva walaupun hisap jari

Monday, February 23, 2015

2011 vs 2015

 Amira dan Azam tahun 2011.
 

 Amina, Amira dan Azam
tahun 2015
Dibilik yang sama
Peratikan baju Amina, baju yang Amira pakai 4 tahun lepas

Pakaian apa yang kau pakai

Cerita pegi orang kahwin 2 minggu lepas, Amina memang jarang ikut kami keluar sebab perangai dia yang suka nangis kalau mau tidur tu hahaha.
Serius lah dia ni kalau mau tidur ja mesti mau nangis, nangis iya iya macam kena pukul. Lepas tu tidur.
Entah apa lah punya perangai.

Jadi bila dia jarang keluar dan jarang ikut kami jalan, aku pun nda peduli dia ada baju baru ja tidak hahah kesian anak ke3, nda macam Amira dulu seminggu sekali ibunya shopping baju.

Nda pa nanti besar sikit boleh matchy matchy sama KakaMira sudah,ya.

Cerita pasal baju, sekarang aku lagi selesa keluar pakai skirt @ jubah, tapi sebab kadang2 jubah mcm over kan, bila kita mau pakai sesuatu yg santai dan syari'e, jadi jubah2 dari Calaqisya memang kena dihati aku.
Santai dan syari'e, gitchuuuu hahaha.
Ya betul aku paling suka ni Syifa Patch, aku ada Lacey Ara & Hana Jubah, tapi2 kedua2 ni kain dull satin, kalau Syifa Patch kain moss crepe, agak santai.
Aku mau lagi jubah dari CQ ni yg jenis moss crepe macam Khayla Jubah.

Aku suka ayat ni yang orang share di Instagram, lebih kurang berbunyi :
Aku tidak memandangmu hina dengan seluar jeans ketat yang kau pakai, kerana aku juga pernah memakainya.
Tapi jangan pula kau memandangku hina dengan baju labuh ku, kerana mungkin satu hari kau juga akan memakainya.

Ini instagram niqabis, aku suka follow instagram dorang, insyAllah satu hari.
 


Wednesday, February 11, 2015

Azam dan hukum fizik

Tajuk kau gempak hahaha...
Azam ni dia suka diam2 study sesuatu benda yang dia rasa 'pelik'
Contoh yang saya ingat,
Pernah dia basuh tangan di sinki, dia perhatikan air tu mengalir masuk dlm saluran sinki tu, mungkin dia tertanya kemana air tu akan pergi? Dia perhati ja lama, aku tengok jalah dari meja makan. Ni baru lepas makan ni.

Kemudian dia tunduk bawah sinki, dia dengar bunyi air. Dia tnya aku lepas dari bawah sinki air tu kemana? Aku cakap cuba la ikut kemana bunyinya.
Dia pun ikut sampai saluran paip tu keluar rumah, sampai situ jalah tapi dia study bukan main lagi, buka air tutup air buka lagi tutup lagi sampai dia puas hati, memang sah air tu mengalir ke situ. Hahaha

OK aku over.

Kami selalu bawa bebudak ni ke Taman Tanjung Aru tepi pantai tu, dulu suka Perdana Park tapi sesak lah sana, ramai sangat orang dan 'bising', tepi pantai best, angin kuat, pijak pasir, (ada jual makanan) hahaha

Masa dorang tengah main buaian, panjat sana panjat sini, jongkat jongkit semua tu, tiba2 Azam cuba untuk balancekan jongkatjongkit tu. Tapi nda boleh balance, dia ambil plastik makanan letak diatas yg ringan. terlebih turun. dia ambil lagi plastik lain, letak lagi, sampai la balance. Kami laki bini perati ja dia dari kerusi, bila dia berjaya balance kan kami tepuk tangan. Terkejut dia hahaha mungkin dia nda sangka kami perati dia dari jauh, lepas tu dia terus lari main buaian.

Biasa nya benda2 begini lah mainan Azam, dia mau tau mcm mana? atau kenapa? 

Aku ckp, Azam belajar rajin2 boleh jadi engineer, jadi ustaz pun bagus. Hehehehe...
Dia mau jadi angkasawan. 
Macam mustahil kalau ikut logik akal kita golongan marhaen, tapi kuasa Allah.
Aku doakan, apa pun jadi pada Azam bila besar nanti , mudahan Allah jadikan dia anak yang soleh. 
Apakah pengukur 'kejayaan' bagi kita?
Adakah dia ada gaji ribu2 itu berjaya?
Hidup yang berlandaskan agama islam itu berjaya?

Sebab tu aku berdoa, walau jadi apa pun, semoga Allah beri dia iman, isteri yang beriman, keturunan yang beriman.

Awalnya minta isteri beriman. Hahaha


Oh aku mau nangis.




Wednesday, February 4, 2015

Rutin harian 2015

Rasanya sudah masuk minggu ketiga sesi persekolahan untuk tahun 2015. Aku masih belum "move on" dari mode-anak-masuk-darjah-1. Hahahaha
Hampir setiap hari aku pegi sekolah Azam tengok dia sebelum masuk kelas petang. Aku lah mak yang sebok disitu tengok anaknya main & bergaul dengan kawan2. Rasanya mak mak lain nda begitu pun hahaha. Sampai kan kawan2 Azam sdh kenal sama aku, kadang2 baru aku di pagar memanggil sdh kawannya "azaaaam mama kau" wahahaha....


Hari tu aku post gambar Amina tidur dikereta waktu pagi di instagram. Memang dia (Amina) bangun jam 5.30 tu, masa aku sebok2 mau solat subuh, bunyi air la bunyi tapak kaki la, memang dia bangun. Lepas solat gitu mula lah di merengek hek hek hek, aku kasih susu dulu baru aku pegi masak bubur nya, sediakan ebm, sediakan baju2, CDs & brg lainnya. Masa ni ayah yg tlg jaga dia sambil kasih kejut Azam & Amira. Siap barang Amina, sementara bubur mendidih aku kasih mandi dia jam 6.30am mcm tu, pakai baju, siap2. Sambung buat kerja dapur, buat air kopi utk ayah, goreng telur kadang2, atau goreng nasi untuk Azam. Siap bekalan Azam Amira, aku pegi mandi & bersiap. 
Masa ni Azam Amira sdh siap juga. Ayah yang tolong siapkan dorang, tapi dorang pun nda susah diatur, cuma tolong2 sikit, pakaikan sampin, ikatkan rambut, pakai tudung, mcm tulah... 

Baju sekolah dorang pagi petang sdh siap iron malam lagi supaya pagi bnyak boleh dibuat. 

Semua org sdh siap, keluar jam 7am macam tu, Azam masuk sekolah agama jam 7.30am, klau nda jem sangat sempatlah, biasa pun lambat 10min la, hantar Azam dulu, Amira, baru Amina. 

Biasanya aku sampai offfice 5 min sebelum jam 8am. 




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...