Monday, January 12, 2015

Sesi persekolahan 2015

Sesi persekolahan tahun 2015 tahun ni lambat seminggu sebab kerajaan telah umumkan, ditangguhkan seminggu, kerana bencana alam banjir melanda hampir seluruh semenanjung.
Bagi peluang mangsa banjir untuk mengurus kediaman & sekolah2 banyak digunakan sebagai tempat pemindahan sementara.

Ok nda mau cerita pasal itu, panjang lagi tu, sedih betul tngok liputannya di FB. Nda da liputan menyeluruh di TV.

Ada hikmah juga lambat seminggu pembukaan sekolah ni sebab kami belum beli baju sekolah agama & kasut sekolah untuk Azam lagi hahaha T_T *cry*.

Kami laki bini memang sdh plan cuti 2 hari untuk urus Azam di sekolah baru, suasana baru, kawan2 baru, cikgu2 baru.
Hari pertama hantar dia, semua darjah 1 berkumpul di dewan. Raaaaaaamainya ibubapa yang nda rela melepaskan anak haha, bayangkan lah sdh jam 2pm, cikgu sdh umumkan ibubapa boleh balik, pada guru akan handle anak2 mereka, biar mereka berdikari, tapi masih lagi ibubapa dibelakang menengok anak masing2, termasuk kami T__T *cry lagi.

Aku mmg sdh cakap awal2, Azam nda payah la bawa beg sekolah, mesti tiada belajar tu hehehe.
Betul la manada belajar, budak lain semangat bawa beg baru.
Seminggu ni ada lah sesi orientasi, diorang membiasakan diri dengan suasana sekolah, tandas, kantin, bilik darjah dan sebagainya.

Ramai juga budak yang nangis ni, tapi Azam sdh pesan awal2, steady ah.
Alaaaa budak Azam tu pun, suka bah dia ramai kawan.
 





Ni kawan dia dari Abim lagi si Farid.
Sedih dia kena berpisah sama mama nya, biasa dalam kelas nda begini ramai kan.
 
Kami pun tinggalkan Azam, pegi koperasi sekolah ambil barang sekolah, mcm necktie, buku sekolah, nama dll. Lepas tu pegi makan.

Masa rehat kami datang lagi melawat Azam. Dia cakap dalam kelas dia ramai orang.

Habis masa rehat tu budak2 masuk kelas, kami pegi rumah kawan di area Putatan ni juga sebab sdh berjanji mau minta dia tolong jaga Amina.
Oh lupa bagitau, hari pertama persekolahan bawa Amina sekali tengok abang Azamnya, Amira pula awal lagi di ABIM sana, dia pun sdh biasa, jadi biarkan saja hehehe.

Rundingan jaga Amina berjalan lancar, esok boleh mula hantar, orangnya pun memang kami sdh kenal lama dan suami masing2 memang kenal baik.
Syukur Alhamdulillah terfikir utk tanya dia melalui instagram kalau dia mau ambil upah jagakan Amina, sebab sebelum ni memang sdh berunding dengan bekas cikgu nursery ABIM, dia mahu jaga di rumah nya, masa aku melawat kerumah tu aku agak 2 hati & dia pun last minit cancel jaga hari isnin, tu yang terpaksa bawa Amina sekali masa hantar Azam.

Alhamdulillah urusan hari ini semua baik. Petang ambil Amira dulu, baru Azam. 
Esok akan urus sekolah agama Azam, tapi belum beli baju sekolah agama hahaha T_T *cry sejuta kali*







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...