Friday, January 30, 2015

Pulang dari rumah babysitter

Awal-awal dulu aku memang sudah pesan dengan pengasuh, nda perlu mandikan Amina kalau petang.
Bagi aku, orang sudah tolong jaga anak aku masa aku pegi kerja, aku mau kasih senang kerjanya menjaga anakku tu.
Semua aku sediakan, nda payah cucikan botol, nda payah cucikan baju, nda payah mandikan pagi & petang, semua nda payah. Jaga saja, kasih tidur, kasih nenen, kasih makan.

Tapi mak-mak kan, kalau sudah jaga baby, mesti ada rasa hmmm nyum-nyum sama baby hahaha
Jadi kalau petang ja balik kerja, Amina sudah wangi dan bergaya. Hahahaha







Tuesday, January 20, 2015

Kawan yang dapat no.1

Kawan2 Azam dari Abim lagi, kiri Afiq, kanan Maya (Sumaiyah), inilah first time aku jumpa Maya, selalu disebut2 oleh Amira di sekolah. Dia selalu main sama Amira katanya.
Dan tahun lepas dia dapat no.1.

Masa aku datang tadi, Azam cakap dengan aku "bu, tu nah Maya kawan abang dari abim yang dapat no.1 abang"
Kan masa pra-1 Azam dapat no.1, pra-2 dapat no.4, aku tanya siapa no.1, Sumayyah.
Masa tu aku balik2 tanya dorang mana satu Maya tapi nda pernah jmpa sebab dia sdh balik kalau aku sampai selalu.

Aku belanja Maya apam polka tadi, harap2 mak dia nda marah dia makan apam hehehe...





Monday, January 19, 2015

Bekal sendiri


Ya memang makanan dari rumah lebih baik dari beli di kantin sekolah kan?
Aku cuba yg terbaik untuk sediakan makanan sendiri untuk anak makan walaupun pagi2 sangat sibuk, bubur Amina lagi. 
Busy didapur ja tapi bila aku duduk tenang dan fikir, bukan susah pun buat nasi goreng goreng telur, nda perlu sarapan yg fancy2 dengan penuh warna la apa la bento hiasan binatang bagai. Hahaha

Yang mampu buat tu memang aku salute lah, aku ni setakat lontar2 di kuali dan siap!
Paling cepat pun aku boleh buat goreng telur ja + nasi putih kosong.

Yang penting dorang sarapan (dalam kereta) hehehe

Tapi budak kan, walaupun kenyang dorang ada keinginan untuk membeli di kantin.
Bagi juga duit belanja RM2 untuk Azam, bila tanya beli apa dia cakap beli nugget la sosej la air sarsi la air sirap la -.-"
Duhhhh 

Nasihat dia baik2 semua tu nda berapa bagus, pagi kan sdh makan, mau minum ada bekal air juga kan. Tengahari makan di abim pastu ke sekolah SK beli lah meeplastik ka nasi lemak ka, yang penting jangan beli jajan & makanan proses.

Susah mau pantau tapi aku nasihat setiap hari, doakan Allah beri hidayah.






Friday, January 16, 2015

Kawan baik Azam

Kemarin tengahari aku pegi abim untuk ambil hantar ke SK, tapi cikgu cakap dia sdh jalan ke SK ikut kawannya Afiq. Mama Afiq yang bawa diorang.
Jadi aku terus ke SK, cari dia di kantin.

Aku tanya dia kenapa ikut Afiq, kenapa nda tunggu ibu ja?
Dia ckp dia mau ikut Afiq & mama Afiq pun ok kalau dia pegi sekali, ada kawan.

Hari ini aku terus ke SK jumpa diorang di Kantin sebab sdh Azam cakap masa pulang sekolah kemarin, dia akan ikut Afiq ja nnt.
Cikgu abim pun cakap maknya Afiq ok jer kalau Azam ikut sekali.

Aku try minta no tel maknya Afiq dari rekod abim, ada juga try call & sms tapi no respond.
So aku tulis surat minta Afiq bagi sama mamanya hahaha oldskol nya.
Aku cakap lah terima kasih & ada try call contact dia tapi nda dapat.

Aku pass surat tu sama Afiq pesan bagi mamanya. 
 

Wednesday, January 14, 2015

Hari ketiga persekolahan 2015, urus sendiri.

Hahaha tajuk agak kejam tapi memang itulah, hari ini mula sudah rutin sekolah & kerja, maka aku kena urus hantar bebudak sekolah sendiri sebab laki kan naik motor pegi kerja.

Turun tu sempat lagi minta dorang posing ambil gambar.





Hahahah pagi-pagi "made my day" bebudak ni.
Jangan stress2, relaks, walaupun agak kelamkabut.

Azam masuk sekolah agama jam 7.30am, Amira jam 8.00am, lepas tu hantar Amina. 
Semua ngam ngam dan senang diatur
ALHAMDULILLAH!!!


Jam 12 tengahari aku pegi ambil Azam di abim hntar dia ke SK, nda jadi kami kasih ikut dia van.
Jadi biarlah aku keluar lunch time ambil Azam & hantar.
Kalau hantar dia ke SK pun aku join lepak2 di kantin sekolah tu dengan kawan2nya, ada kawan lama dari abim ada kawan baru.

Petang aku ambil Amina dulu sebab rumah pengasuh tingkat 2, baru ambil Azam di SK baru ambil Amira di abim. 
Mula2 pesan Azam tunggu di bustop luar sekolah, tapi dia tunggu dalam sekolah pula, panik kejap aku cari dia didalam sekolah tengah main dekat kolam ikan.
Lepas tu pesan dengan dia, esok2 tunggu di bustop ja.

Macam begitulah hari2...

Tuesday, January 13, 2015

Hari kedua persekolahan 2015

Hari ini pagi2 kami keluar hantar Amina dulu di pengasuh barunya, sediakan EBM 4oz x 4botol. Bubur 2 x makan & CD. Pesan pada Macik Ain nya, CD nda perlu basuh, masuk dalam plastik saja, botol tak payah basuh juga hehehe.

Lepas tu hantar Amira ke ABIM dan ke sekolah agama Azam, depan ABIM ja pun, untuk daftar dia.
isi borang, bawa dia masuk kelas, tengok2 dia kejap, bergaul dengan kawan2. Nda susah pun dia cari kawan sebab kebanyakan dari ABIM & pelajar transit ABIM.

Azam pun akan jadi pelajar transit ABIM juga nnt hehehe maksudnya lepas sekolah agama pagi, diorang akan ke ABIM tukar baju sekolah & makan, kemudian ke SK.
Mula2 ingat mau kasih ikut dia dengan van sekolah, nda jauh pun ABIM ke SK tapi sebab Azam nda biasa, jalan raya lagi, jadi kasih naik van.

Kami diam2 datang ke sekolahnya tengok dia di dewan.

Azam cakap masa dia ikut van tu dia sesat masuk sekolah, pastu dia tanya "budak besar" mana SK?
Kena tunjuk jalan. Hehehehe survivor!!





Betulkan tali leher & nametag sebab tadi dia kan kami kasih biar dia bersiap sendiri tukar baju di ABIM.
Masih perlu practice pakai kemas2 lagi.


Lepas semua budak masuk kelas, aku ada temujanji makan dengan kawan lama, ni kawan zaman budak2 main parit longkang tangkap berudu, main masak2 hahaha.

Macam biasalah gosip2, cerita nda pandai habis pasal diri masing2 keluarga, tanya khabar perkembangan semua tu.


Petang, ambil Amina, ambil Amira, ambil Azam.
Beginilah jadual aku nanti setiap hari huhuhuh....






Monday, January 12, 2015

Sesi persekolahan 2015

Sesi persekolahan tahun 2015 tahun ni lambat seminggu sebab kerajaan telah umumkan, ditangguhkan seminggu, kerana bencana alam banjir melanda hampir seluruh semenanjung.
Bagi peluang mangsa banjir untuk mengurus kediaman & sekolah2 banyak digunakan sebagai tempat pemindahan sementara.

Ok nda mau cerita pasal itu, panjang lagi tu, sedih betul tngok liputannya di FB. Nda da liputan menyeluruh di TV.

Ada hikmah juga lambat seminggu pembukaan sekolah ni sebab kami belum beli baju sekolah agama & kasut sekolah untuk Azam lagi hahaha T_T *cry*.

Kami laki bini memang sdh plan cuti 2 hari untuk urus Azam di sekolah baru, suasana baru, kawan2 baru, cikgu2 baru.
Hari pertama hantar dia, semua darjah 1 berkumpul di dewan. Raaaaaaamainya ibubapa yang nda rela melepaskan anak haha, bayangkan lah sdh jam 2pm, cikgu sdh umumkan ibubapa boleh balik, pada guru akan handle anak2 mereka, biar mereka berdikari, tapi masih lagi ibubapa dibelakang menengok anak masing2, termasuk kami T__T *cry lagi.

Aku mmg sdh cakap awal2, Azam nda payah la bawa beg sekolah, mesti tiada belajar tu hehehe.
Betul la manada belajar, budak lain semangat bawa beg baru.
Seminggu ni ada lah sesi orientasi, diorang membiasakan diri dengan suasana sekolah, tandas, kantin, bilik darjah dan sebagainya.

Ramai juga budak yang nangis ni, tapi Azam sdh pesan awal2, steady ah.
Alaaaa budak Azam tu pun, suka bah dia ramai kawan.
 





Ni kawan dia dari Abim lagi si Farid.
Sedih dia kena berpisah sama mama nya, biasa dalam kelas nda begini ramai kan.
 
Kami pun tinggalkan Azam, pegi koperasi sekolah ambil barang sekolah, mcm necktie, buku sekolah, nama dll. Lepas tu pegi makan.

Masa rehat kami datang lagi melawat Azam. Dia cakap dalam kelas dia ramai orang.

Habis masa rehat tu budak2 masuk kelas, kami pegi rumah kawan di area Putatan ni juga sebab sdh berjanji mau minta dia tolong jaga Amina.
Oh lupa bagitau, hari pertama persekolahan bawa Amina sekali tengok abang Azamnya, Amira pula awal lagi di ABIM sana, dia pun sdh biasa, jadi biarkan saja hehehe.

Rundingan jaga Amina berjalan lancar, esok boleh mula hantar, orangnya pun memang kami sdh kenal lama dan suami masing2 memang kenal baik.
Syukur Alhamdulillah terfikir utk tanya dia melalui instagram kalau dia mau ambil upah jagakan Amina, sebab sebelum ni memang sdh berunding dengan bekas cikgu nursery ABIM, dia mahu jaga di rumah nya, masa aku melawat kerumah tu aku agak 2 hati & dia pun last minit cancel jaga hari isnin, tu yang terpaksa bawa Amina sekali masa hantar Azam.

Alhamdulillah urusan hari ini semua baik. Petang ambil Amira dulu, baru Azam. 
Esok akan urus sekolah agama Azam, tapi belum beli baju sekolah agama hahaha T_T *cry sejuta kali*







Friday, January 2, 2015

Tahun 2015

Selamat tahun baru 2015!

Pembukaan tahun baru kami awal pagi ke airport ambil Ryna & Aisy. Dorang balik KK sebab ada temujanji dengan Doctor Pakar Kanak2 di Hospital Likas.
Tu pun flight macam delay, diorang datang berdua ja, Lakinya si Ryna pula flight jumaat malam.

Lepas ambil dorang, terus pegi breakfast, sup ikan + konlowmee di Millenium.

Biasa kami datang sini makan mesti dengan bapaku, tapi kali ni nda dia ikut. Jadi kami2 jalah anak beranak dengan Ryna, Aisy & Acu.
 

Lepas makan, terus balik rumah sebab mama sudah call balik2 kenapa belum sampai rumah.
Kami terus pegi makan tadi sebab nda mau susahkan mama masak2 untuk kami.
Rupanya memang dia masak pun, sampai rumah, rehat2 baring2 main dengan Aisy, pastu makan lagi.
hahahaha

Esok jumaat tu aku kerja, ramai orang ambil cuti kan sebab sambung terus sabtu ahad.
Lepas balik kerja, malam kena bawa bumil pegi yoyo lintas.
Lagipun dia mau jumpa kawannya juga bagi barang. Kalau bukan sama Ryna memang nda kami ke yoyo lintas ni, orang bilang nda da urusan haha. Maksud ku jarang kesini. 

Lepas meng-yoyo pegi airport ambil laki Ryna, singgah Sabindo tapau roti canai roti kosong meegoreng mamak.
Sampai rumah melantak lagi tengah malam sampai jam 3am.
Gilerrrr hehehe.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...