Saturday, December 27, 2014

Jauh dimata tapi dekat dihati ku ♥


Aku memang suka pakai peribahasa ni setiap kali update cerita pasal kawan2 sekolah aku, BFF since tingkatan 1 kot. Kalau tengok gambar buruk tingkatan 1 ada lagi tu hahaha.

Kami tinggal jauh-jauh, sejauh laut cina selatan..bluerkkkk hahaha tapi zaman teknologi canggih, 24 jam gosip pun boleh dari whatsapp group lah apa lagi.
Alaaaa yang tinggal dekat-dekat pun susah jumpa, komitmen keluarga, suami dan anak-anak.

Macam si Abby, tahun ni aku banyak kali jumpa dia sebab bisnes, aku jual skirt & tudung sama dia, dia jual kuih2 biskut & dessert2 sama aku. Jumpa lah gitu2, cerita2 sikit.

Macam si AJ pula, bujang hmmmm biasalah sosial haha !

Kami plan mau gathering cuti Krismas ni sebab Lynda & balik Sabah celebrate Krismas rumah parents dia di Keningau, kalau dulu diorang di Putatan, dekat ja, jumpa pun senang.

Mula2 plan mau karok sama, last2 tukar plan. Diorang balik KL 27hb Dec, pagi tu awal pagi turun kk, ambil bilik di Casuarina Hotel Tanjung Aru, kami datang bilik diorang petang sikit jam 4pm, diorang checkout dan bawa pegi makan di Tanjung Aru beach, apalagi makan jagung la kacang rebus la, biasaaaaa hidangan Tanjung Aru hehehe.

Lepas maghrib gerak ke airport KKIA, flight jam 8.40pm, sempat lagi lepak gosip.
makan icecream,  masa ni baru anak2 kami bermesra bermain ahaha.

Sekejap ja jumpa tapi seronok juga, anak2 bagi kerjasama, laki bagi kerjasama...
Biar sekejap asal puas.

Macik As with Anya yang senyum saja dan tenang

Lynda & baby Anya

Aku, Aj, baby Anya & Lynda

Qrisya & Amira

*Sempat pula tu terserempak dengan Ona & Iman. Hahahaha, pegi lagi meja dorang bersosial kejap.


Friday, December 26, 2014

Teringin aku makan Kek

Sebenarnya tajuk tiada lah kena mengena sangat pun dengan entry ini hahaha
Tapi oleh kerana itu lah yang terjadi maka aku letak lah tajuk itu.

Seminggu tu aku teringin makan kek SR yang choc indulgence tu, slurrrpppp
Tapi aku nda mau ke SR sebab nda mau budak2 ni makan kek sekali, gluten free diet katanya

Sekalinya ada birthday celebration cousin diorang si Miqael & kek nya choc indulgence SR!!!
Meleleh air liur makan sampai puas.
Laki cakap, nah teringin kan? makan sampai puas, bukan 1 slice dapat.

Budak2 kalau sudah jumpa ramai2, main saja diorang mana peduli makan pun.
Aku paksa diorang makan pun, nasi ayam. Yang kek tu memang diorang nda ambil peduli, sibuk main.
Lagi aku suka hahaha

Ironinya kami tiada gambar birthday boy, sebab dia paling sibuk main. Hahahaha





Tuesday, December 23, 2014

Budak Botak, Amina

Bunda call, cakap sesuatu terjadi pada anakmu, aku kerjakan dia.
Hahahaha ku sangka apa?
Acu whtsapp gmbarnya sdh kena botak.




Monday, December 22, 2014

Bersuka ria bersosial sebelum persekolahan

Yeayyyy akhirnya!! Aku suka annual dinner office suami. 
Tahun ni lain dari tahun lepas sebab biasanya mereka buat di tepi pantai, ni kali di Berjaya Palace Hotel. 
Check in jam 1pm, dinner jam 8pm, ada pertandingan pakaian kanak2, dan cabutan bertuah staff. 
Seronok sangat tahun ni sebab majlis makan malam seperti meraikan kanak2 saja. Banyak sangat hadiah untuk diorang. 

Malam tu pula ada perlawanan akhir bola Malaysia Vs. ??? (Nda ambik tau) tp sebab kaum bapa dibelakang streaming bola, manakala kaum mak dan anak makan makan makan didepan. Hehee

Bilik kami


Esok pagi2 turun breakfast, pastu swimming, aktiviti kesukaan bebudak dan bapa budak. 

Check out jam 1pm, balik rumah, rehat 2-3 jam & bersiap.
Malam tu pula, aku ada dinner office tapi yang ni pegi sorang ja, nda bawa family, ayah & bebudak pegi tengok Penguin Madagascar, Amina tinggal dengan bunda. 






Payahnya cari tempat ni, no idea where is it? Sekali sampai, bantuan waze, hmmm sini pula, alahaiiiiii senangnya. 

Dinner smpai jam 11pm, ngam dorang habis movie, ambil aku, pulang tidooooo.. Hehehe fun fun fun. 

Sunday, December 14, 2014

Akikah Amina Khairunisa

14.12.2015 
Majlis Akikah Amina Khairunisa, terlambat sikit berbanding abang & kakak nya dulu yang mana majlis akikah diorang buat masih dalam pantang lagi.
Kekangan kewangan hehehe, nda pa ada rezeki biar lambat dapat juga tunaikan.

Macam biasalah buat di rumah Kinarut.

Cerita paling mencabar adalah mencari seekor kambing dan penyembelihnya.
Sana sini mencari kambing, 2 minggu sebelum majlis pun masih belum jumpa, last last dapat di pedalaman dekat kaki bukit, syukur alhamdulillah walaupun banyak orang cakap harganya mahal. 
Esok kambing tu mau di sembelih di lapah, hari ni baru dapat kambing. Haaaaah rezeki rezeki jumpa juga.

Lepas tu penyembelih pula nda dapat datang awal pagi, petang. 
Tapi ok lah, lepas ustaz sembelih, lapah isi kulit.
Malam tu masak, sibuk lagi buat bunga telur batang pisang. Sampai jam 3 pagi belum siap.
Tu yang esok majlis awal pagi, mata bengkak nda cukup tidur hahaha.
















 
Batang pisang ni aku laki bini lepas maghrib pegi potong dekat rumah.
Lepas tu masukkan dalam baldi, isi tanah, balut baldi pakai giftpaper.


















 











Dan terima kasih teman blogger alam maya ku, kini teman realiti yang setia hehehe..
Selalu hadir kalau dijemput ke majlis2 dirumah ku, aku lagi belum pernah ke rumahnya.
Insyallah Anang @ Suhana, berjodoh kita di KB.
Love u lillahi Taala

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...