Thursday, January 23, 2014

Belajar mengeja

Aku masih ingat masa aku sekolah dulu, baru pandai mengeja, semua benda yang aku Nampak aku rasa senang mau eja aku eja kuat.
Nampak rumah, eja rumah. Nampak bola, eja bola.
Bila pandai sikit, eja kucing, eja sungai, eja dengan.

Hehehehe…

Azam ni ada tabiat sama ni, tapi yang mencabarnya adalah :

Eja Bahasa Malaysia kacang la kan, lagi2 kalau dua suku kata dan mudah 1konsonan 1 vokal.
Contoh MATA – BOLA – KAKI…
Yang huruf mati (mcm jawi pula) dia baru-baru juga pandai.
Contoh MAKAN – MINUM – BESAR…

Inilah, kalau kemana2 atau dalam rumah sekalipun, kalau dia rasa dia boleh eja dia eja.
SA-YA-NAK-MA-KAN
SA-YA-SU-KA-MA-IN-BO-LA

Si mira ni pun sibuk juga mau eja, pastu balik2 minta ajar “camana eja IBU tu,bu?”
Terharu pula aku asyik2 minta eja IBU.
Ok lain cerita.

Pastu satu hari kami lalu kedai perabot ada banner besar “SALE”.
SA-LE = SALE (baca baku)
Serius aku nda betulkan ke Bahasa English sebab aku takut dia keliru.
(Aku rasa bersalah juga lah)

Esoknya aku bagitau, SALE tu bacanya SALE (English) sebab tu Bahasa English maksudnya ada jualan murah, gitulah lebih kurang.

Hahahaha…

Sejak hari itu, setiap kali mengeja dia akan tanya apa Bahasa English utk perkataan dia yg dia eja tu.
Matilah aku T____T
Contoh, nampak BUKU.
BU-KU
“apa ejaan English buku,bu?”
BOOK
BO-OK (baca = bo.ok)
Oh no, satu hal lagi aku ajar Bahasa English, English lain sikit bang, bacanya BOOK (English)

Itu satu, dan banyaaaaak lagi tapi setakat ni kalau betul susah aku cakap sama dia
"hmmm ejaannya panjang nnt ibu ajar ok”

Dan kemarin, tambah lagi satu.


Azam nampak van, dia cakap


“Bagus kita beli kereta macam ni kan bu, besar, banyak orang boleh masuk”


“itu namanya VAN"

Pastu dia eja lah VAN.

“Betul kan bu?”

“Betul, hebat banget”

“Kalau Bahasa English?”

“VAN juga” (syukur lah eja VAN Bahasa English senang T___T)

“Kalau eja jawi?”

Ohhhhhh tidakkkkkkk!!!!
 *itu dalam hati aku*

Bermakna setiap satu benda kita perlu mengeja 3kali.

Bahasa Malaysia, English dan JAWI.


Tabah juga lah aku fikir wau ada titik atas tu VA ka VI, tapi aku main yakin ja kemarin cakap

“VA ALIF NUN”

“VAN”

“VA tu mcm mana bu?”

“mcm WAU tapi ada titik atas”

“Ooooo mcm ghaoin kan,bu?”

Daaaaaaaaaan seterusnyaaaa.

Ketahuilah bahawa perbualan semua di atas berlaku dalam kereta.

Ok bye, aku mahu kuasai ejaan Bahasa Jawi pula ni.

Tuesday, January 7, 2014

Amira pergi sekolah

Aku pernah update pasal Amira hujung2 tahun lalu mcm mana dia bosan pegi nursery, disini.

Sampaikan kami terpaksa minta dia pegi kelas untuk budak 4 tahun.
Jadi tahun ni dia pun masuk la kelas untuk 4 tahun, secara rasminya.
Mula sekolah 6hb Jan,kemarin. 
Sepatutnya 2hb Jan hari tu, tapi aku kasih alang2 lah masuk 6hb.

Azam tiada masalah, hari pertama masuk sekolah, dia terus jmpa kawan2 dia yg pra 1 tahun lepas, ada juga muka2 baru.
Bila aku tanya dia "Azam ada kawan barukah?"
"Ada tapi belum tanya nama" katanya...hehehe

Untuk Amira pula, ahad malam tu aku sdh 'paksa' dorang tidur jam 9am.
Esoknya bangun tu ada drama siiiiikit lah. Tapi nda nangis.
Sampai sekolah perhimpunan, masuk barisan. Dia ok ja ikut semua.
Lepas tu aku tinggalkan.

Balik aku ambil tu, dapat baju sekolah.
Dalam kereta aku tanya dia, sekolah best?
Dia ckp best, banyak kawan, baca doa, nyanyi2,pastu makan, tidur, mandi sama kawan, perempuan sama perempuan katanya, pakai baju, makan biskut.

Hehehe positif disitu.
Aku tanya lagi 
"Ada nyomek tak dikelas?" (read : hisap jari)
"Ada, tapi siiiiiikit je, pastu cikgu cakap jgn hisap jari sbb mau baca doa"
Sambil sengih2 dia bagitau aku, pandai malu juga dia ni klau nyomek di public ramai kawan sebaya tapi mgkin dia nda tahan 'ketagihan' tu kan.

Pagi tadi bangun semangat, mandi, mau pakai baju sekolah.
Sebab semalam sdh try baju sekolah dengan tudung sekali. 
Walaupun baju agak besar sikit, nda sempat mau kecikkan, dia mau juga pakai hari ini.
Sampai sekolah Cikgu Lina sambut, puji2 mcm ustazah, apa lagi budak tu kembang la sengih2 kena puji.

Cikgu Lina cakap kemarin dalam kelas Amira tertidur jam 12 sblm lunch & solat zuhur.
Mungkin sbb di nursery dia biasa tidur jam 10.30 - 11am gitu.
Tapi lepas tu, dia cergas, makan, jam 1pm baru tidur ramai2.

Aku risau dia nda dapat berdikarai sebab umur baru 4 tahun, kesiannya masih baby lagi aku rasa.  Tapi untuk hari pertama begitu, harap dia cepat belajar utk berdikari.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...