Saturday, December 27, 2014

Jauh dimata tapi dekat dihati ku ♥


Aku memang suka pakai peribahasa ni setiap kali update cerita pasal kawan2 sekolah aku, BFF since tingkatan 1 kot. Kalau tengok gambar buruk tingkatan 1 ada lagi tu hahaha.

Kami tinggal jauh-jauh, sejauh laut cina selatan..bluerkkkk hahaha tapi zaman teknologi canggih, 24 jam gosip pun boleh dari whatsapp group lah apa lagi.
Alaaaa yang tinggal dekat-dekat pun susah jumpa, komitmen keluarga, suami dan anak-anak.

Macam si Abby, tahun ni aku banyak kali jumpa dia sebab bisnes, aku jual skirt & tudung sama dia, dia jual kuih2 biskut & dessert2 sama aku. Jumpa lah gitu2, cerita2 sikit.

Macam si AJ pula, bujang hmmmm biasalah sosial haha !

Kami plan mau gathering cuti Krismas ni sebab Lynda & balik Sabah celebrate Krismas rumah parents dia di Keningau, kalau dulu diorang di Putatan, dekat ja, jumpa pun senang.

Mula2 plan mau karok sama, last2 tukar plan. Diorang balik KL 27hb Dec, pagi tu awal pagi turun kk, ambil bilik di Casuarina Hotel Tanjung Aru, kami datang bilik diorang petang sikit jam 4pm, diorang checkout dan bawa pegi makan di Tanjung Aru beach, apalagi makan jagung la kacang rebus la, biasaaaaa hidangan Tanjung Aru hehehe.

Lepas maghrib gerak ke airport KKIA, flight jam 8.40pm, sempat lagi lepak gosip.
makan icecream,  masa ni baru anak2 kami bermesra bermain ahaha.

Sekejap ja jumpa tapi seronok juga, anak2 bagi kerjasama, laki bagi kerjasama...
Biar sekejap asal puas.

Macik As with Anya yang senyum saja dan tenang

Lynda & baby Anya

Aku, Aj, baby Anya & Lynda

Qrisya & Amira

*Sempat pula tu terserempak dengan Ona & Iman. Hahahaha, pegi lagi meja dorang bersosial kejap.


Friday, December 26, 2014

Teringin aku makan Kek

Sebenarnya tajuk tiada lah kena mengena sangat pun dengan entry ini hahaha
Tapi oleh kerana itu lah yang terjadi maka aku letak lah tajuk itu.

Seminggu tu aku teringin makan kek SR yang choc indulgence tu, slurrrpppp
Tapi aku nda mau ke SR sebab nda mau budak2 ni makan kek sekali, gluten free diet katanya

Sekalinya ada birthday celebration cousin diorang si Miqael & kek nya choc indulgence SR!!!
Meleleh air liur makan sampai puas.
Laki cakap, nah teringin kan? makan sampai puas, bukan 1 slice dapat.

Budak2 kalau sudah jumpa ramai2, main saja diorang mana peduli makan pun.
Aku paksa diorang makan pun, nasi ayam. Yang kek tu memang diorang nda ambil peduli, sibuk main.
Lagi aku suka hahaha

Ironinya kami tiada gambar birthday boy, sebab dia paling sibuk main. Hahahaha





Tuesday, December 23, 2014

Budak Botak, Amina

Bunda call, cakap sesuatu terjadi pada anakmu, aku kerjakan dia.
Hahahaha ku sangka apa?
Acu whtsapp gmbarnya sdh kena botak.




Monday, December 22, 2014

Bersuka ria bersosial sebelum persekolahan

Yeayyyy akhirnya!! Aku suka annual dinner office suami. 
Tahun ni lain dari tahun lepas sebab biasanya mereka buat di tepi pantai, ni kali di Berjaya Palace Hotel. 
Check in jam 1pm, dinner jam 8pm, ada pertandingan pakaian kanak2, dan cabutan bertuah staff. 
Seronok sangat tahun ni sebab majlis makan malam seperti meraikan kanak2 saja. Banyak sangat hadiah untuk diorang. 

Malam tu pula ada perlawanan akhir bola Malaysia Vs. ??? (Nda ambik tau) tp sebab kaum bapa dibelakang streaming bola, manakala kaum mak dan anak makan makan makan didepan. Hehee

Bilik kami


Esok pagi2 turun breakfast, pastu swimming, aktiviti kesukaan bebudak dan bapa budak. 

Check out jam 1pm, balik rumah, rehat 2-3 jam & bersiap.
Malam tu pula, aku ada dinner office tapi yang ni pegi sorang ja, nda bawa family, ayah & bebudak pegi tengok Penguin Madagascar, Amina tinggal dengan bunda. 






Payahnya cari tempat ni, no idea where is it? Sekali sampai, bantuan waze, hmmm sini pula, alahaiiiiii senangnya. 

Dinner smpai jam 11pm, ngam dorang habis movie, ambil aku, pulang tidooooo.. Hehehe fun fun fun. 

Sunday, December 14, 2014

Akikah Amina Khairunisa

14.12.2015 
Majlis Akikah Amina Khairunisa, terlambat sikit berbanding abang & kakak nya dulu yang mana majlis akikah diorang buat masih dalam pantang lagi.
Kekangan kewangan hehehe, nda pa ada rezeki biar lambat dapat juga tunaikan.

Macam biasalah buat di rumah Kinarut.

Cerita paling mencabar adalah mencari seekor kambing dan penyembelihnya.
Sana sini mencari kambing, 2 minggu sebelum majlis pun masih belum jumpa, last last dapat di pedalaman dekat kaki bukit, syukur alhamdulillah walaupun banyak orang cakap harganya mahal. 
Esok kambing tu mau di sembelih di lapah, hari ni baru dapat kambing. Haaaaah rezeki rezeki jumpa juga.

Lepas tu penyembelih pula nda dapat datang awal pagi, petang. 
Tapi ok lah, lepas ustaz sembelih, lapah isi kulit.
Malam tu masak, sibuk lagi buat bunga telur batang pisang. Sampai jam 3 pagi belum siap.
Tu yang esok majlis awal pagi, mata bengkak nda cukup tidur hahaha.
















 
Batang pisang ni aku laki bini lepas maghrib pegi potong dekat rumah.
Lepas tu masukkan dalam baldi, isi tanah, balut baldi pakai giftpaper.


















 











Dan terima kasih teman blogger alam maya ku, kini teman realiti yang setia hehehe..
Selalu hadir kalau dijemput ke majlis2 dirumah ku, aku lagi belum pernah ke rumahnya.
Insyallah Anang @ Suhana, berjodoh kita di KB.
Love u lillahi Taala

Friday, November 21, 2014

Ikut ibu pergi kerja

Cuti sekolah sudah mula, hari ni boleh ja kalau pegi sekolah,boleh juga nda payah datang, cikgu Azam nda hadir sekolah sebab ada hal.
Jadi Amira pun nda mau pegi sekolah.

Azam tinggal rumah sama Acu (adik bungsu aku).
Amira pula ikut ibu pegi office, sebab kesian Acu kalau jaga tiga orang semua.
Suka lah dia tu berjalan, pagi2 sudah siap macam pergi sekolah.

Kebetulan hari ni ada kerja luar, bawa juga budak ni sekali. Budak office semua apa lagi sukalah layan dia ni banyak cakap.



 

Tidur jam 2pm lepas lunch, seluar basah kena air, stokin hitam sebab nda pakai kasut dalam office jalan2.



Thursday, November 20, 2014

Pendaftaran Tahun 1 2015

Minggu ni minggu terakhir persekolahan sesi 2014, jadi tadi pagi macam biasa lah aku hantar Azam & Amira pegi sekolah, nampak mcm ramai2 orang & banyak2 kereta, terdetik lah hati mau tanya cikgu pasal pendaftaran tahun 1 Azam, aku belum lagi urus.

Kan mau ambil surat tawaran kemasukan tahun 1, nanti pendaftaran mau bawa.


Yang ada cikgu masa tu dia nda tau sangat pasal ini, cikgu yang tahu semua ni cikgu Lina, cikgu Lina tiada, ke sekolah mendaftar anaknya sekolah. Aihhhh aihhhh adakah hari ini pendaftaran sekolah?

Aku pun drive balik office, pump dulu, pastu tergerak hati mau call sekolah, google lah nombor tel sekolah, tanya hari ini kah pendaftaran tahun 1? sekalinya iya, mesti daftar hari ini juga sampai jam 11 saja kaunter buka, kalau nda daftar hari ini, tempat Azam akan dibuka untuk orang lain yang menunggu kekosongan.

Oh nooooo.... Aku call ayahnya, bagitau ini itu, dia pula baru ja sampai office, dia minta aku pegi sendiri kalau boleh, memang tak laaaa aku pegi sendiri.
Tolong lah datang sekarang sebelum jam 11 kita daftar sama2.

Dalam jam 9.30 ayahnya sampai office ku, sama2 gerak ke sekolah.

Parents bimbo ni, pegi cari pejabat am, minta surat tawaran, pegi dewan daftar rupanya mau check dulu nama anak di kelas mana?
1 Anggerik, ok pegi cari kaunter 1 Anggerik.
Daftar kelas, daftar PIBG, bayar barang koperasi.

Sepanjang proses tu, macam2 kami tanya cikgu, sampaikan ditanya kami balik
"Anak pertama ka?"
Ya iyalah cikgu, baru belajar mendaftar anak.


Syukur Alhamdulillah, sangat-sangat dipermudahkan urusan pendaftaran kami walaupun last minit tau, last minit urus. Sebab aku risau kalau tiada dokumen2 semua tu.


Sekarang tunggu buka sekolah.




Wednesday, November 19, 2014

Saya ada dua THUMBSUCKER


AMINA KHAIRUNISA

Gambar2 pertama Amina Khairunisa sehingga kini sudah berumur 5 bulan, memasuki 6 bulan, aku belum lagi bersedia untuk bagi makan, belum preapare hehehe.

Tapi anak2 aku sebelum ni Azam Amira makan umur 7-8 bulan. 

47 hari
2 bulan

2 bulan, raya puasa di Kajang

3 bulan

4 bulan

Blog URL Baru, update anak-anak

Semasa aku update entry ni, tiada siapa pun yang melihat kerana sudah tukar url kan, jadinya nda nampak update di dashboard followers ku. Heheheh

Tukar saja-saja, maklumlah anak sudah 3, sebab sayang mau buang gambar dalam blog ini yang lama2, jadi tukar url, automatik followers pun sikit2 akan bertukar. Kalau kamu klik entry lama nda dapat buka, tp sebenarnya entry tu masih ada disitu.

Alhamdulillah atas apa yang ada sehingga hari ini, anak2 yang sihat. 

Tahun ni Azam dapat no.4 dalam kelas, tapi sebab dia graduad tadika kiranya, tahun depan masuk darjah 1, maka ada majlis ihtifal.
Amira pula dapat no .1 sangat tidak disangka hahaha.
Nda kisah pun no berapa diorang dapat, yang penting tujuan ke sekolah adalah belajar, menimba ilmu, semoga berkat.

Tudung & kasut Amira tu beli last minit malam sebelum majlis ihtifal, mana lah sangka dia naik pentas, selama ni pegi sekolah pakai selipar ja, nda pakai tudung.
Tapi nda pa, tahun depan boleh pakai, masih taska abim lagi. Pra - 1.








Friday, September 12, 2014

Kembali bersiaran

Ya aku kembali bersiaran. Ehehehe...

Alhamdulillah aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 03hb Jun 2014. Selamat dan dipermudahkan, sangat2 bersyukur.

Namanya Amina Khairunisa.
Jangan keliru sama KakaMira, Amira Khairunisa. 

So, sekarang AbangAzam, KakaMira & AdeMina.
 

Usia kandungan masa melahirkan tu adalah 40weeks + 7days. Sebelum bersalin ada 1 entry kan, dengan macam2 ragam masa mengandung, hah mau melahirkan pun macam2 ragam betul.

Aku start sakit contraction yang memang aku rasa aku akan bersalin pada 22Mei, EDD lagi 2 hari, ok lah lebih kurang kan?

Tapiiiiii, bila sampai hospital, ve baru 2cm. Doc suruh balik lah dulu, kalau duduk hospital pun tiada buat apa, cuma tunggu bukaan. Sekiranya esok sda keluar darah @ pecah ketuban, dtg hospital.

Esoknya, pagi2 ada keluar darah, macam berketul lah, ok siap2 pegi hospital lagi.

Ve, masih 2cm. Hahahaha!!! Perasaan lucu betul, so pegi lah 1B jalan2, makan2. Doc pesan sekiranya tiada tanda bersalin sehingga 3hbJun, sila datang serah diri untuk induce.

Duduk rumah rehat, sakit memang sakit contraction tapi tiada tanda macam yang doc sebutkan. Hmmmm baby masih mau duduk lama didalam.

EDD 25hbMei tapi si baby mahu keluar bulan Jun juga nampaknya, ikut bulan KakaMira.

Malam jam 11pm 2hbJun tu sakit contraction lagi tapi aku anggap itu sakit yg macam selalu aku rasa, betapa la aku 'lali' dengan sakit tu.


Tapi husband cakap baik pegi hospital, mungkin inilah masanya, mcm drama bah.
Pegi la juga hosp jam 12 tengah malam, separuh perjalanan ke hosp, tiba2 rasa sangat2 mau meneran & rasa sangat2 kepala baby mau keluar.

Sampai ja hosp, disuruh urintest, masa kencing tu betul2 macam kepala baby mau keluar, terus ckp sama nurse, tiada masa utk check ve ni sebab memang mau meneran. Nurse suruh tukar baju cepat2 & baring. Masa baring tu ja, pecah ketuban, terus masuk labourroom.

Midwives & doc siapkan itu ini & pesan jgn meneran dulu sampai dorang siap pasang semua hahaha...
Aku sempat juga cakap, aku nda meneran pun memang kepala baby tu mau keluar sudah.
Once dorang cakap 'ok', terus aku push, tadaaaaa keluar lah baby.

Alhamdulillah masa bersalin dipermudahkan semuanya semasa dalam labourroom.
Baby Amina nangis kuat betul sampai Doc pun tegur.
*hmmmm sampai hari ni masih kuat nangis, suara kuat betul*

Masuk wad jam 4 pagi, jam 5petang sdh keluar wad, balik rumah.

Berpantang...




Masih dalam labourroom
Dalam wad
Balik rumah jumpa Abang Kakak


Tuesday, May 20, 2014

39 Weeks

Assalamualaikum, fuhhh lama tidak update blog sebab ada nya instagram kan, ahhh ramai juga blogger penyakit sama macam ni hahaha...

Jadi hari ini sudah masuk 39 minggu & 2 hari, menunggu hari, bila-bila masa saja dari sekarang.
Sepatutnya aku sdh ambil cuti rehat tapi masuk kerja juga hari ni sebab hal-hal yang tidak dapat dielakkan.

Kandungan kali ketiga ni macam2 ragam betul, kurang selera makan, pedih ulu hati, berat badan kurang, kurang darah (Hb), kencing kotor... Semua ni aku nda pernah kena langsung masa kandungan 1&2 dulu. Apapun aku sdh berjaya sampai ke tahap hari ini, hahaha.

Sebab lama nda update blog, maka aku update gambar2 aku sepanjang aku mengndung anak ke-3 ni, untuk tatapan dengan ucapan, Semoga Berjumpa Lagi...




9weeks
15weeks
20weeks
25weeks
31weeks



34weeks

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...