Friday, December 27, 2013

Saya surirumah sepenuh masa :-)

Ya saya seorang surirumah sepenuh masa.

Ditanya :
"Hey kau kerja mana sekarang?"
"Surirumah sepenuh masa"
...
"Tapi buat parttime, jadi kerani cabuk isnin hingga jumaat 8am hingga 5pm"

Hakikatnya!

Dan menjadi surirumah sepenuh masa bukanlah semudah duduk dirumah goyang kaki lebih2 lagi bagi surirumah yg kena buat kerja parttime macam aku.
Semasa buat kerja parttime itu adalah "me time" untuk aku, masa tulah aku boleh check hp, twitter, facebook, instagram laman2 sosial yg sewaktu dengannya atau online shopping :-p
Window shopping (dan shopping), makan dengan perlahan kdg2 makan dgn kawan beramai2 & gosipping, pegi saloon;
semuanya tanpa rasa bersalah tinggalkan anak2 & suami.
Pastikan boss anda baik dan memahami hahaha.

Sebab bila aku bertukar jadi surirumah semula, masa aku semua untuk keluarga.
Dari mengemas, memasak, cuci baju, jaga anak dan syukurlah kerja2 yang banyak nda pandai habis ni ada suami yang tolong.

Mengemas tu ada pecahannya, kemas dapur, kemas bilik, lap habuk etc etc...
Jaga anak tu, mandikan, pakaikan baju, mengajar, bermain bersama etc etc...
Cuci baju, cuci, jemur, lipat, gosok, gantung etc etc...

No "me time" semasa jadi surirumah.
Jangan kata update twitter @ facebook, mau baca timeline pun memang nda lah,hp pun kadang2 nda jumpa, esok mau pegi kerja baru kelamkabut mencari, sebab hp ada lah sebahagian dari "me time". 
Kalau aku muncul waktu malam mungkin anak aku sdh tidur haha.
Makan pula, makan pun kena laju2, lagi2 kalau ada baby.

Seboleh-bolehnya aku mengelak untuk buat overtime terutama sabtu ahad, hey ni kerja parttime jalah apa pula sebok2 suruh org overtime. 
Seboleh-bolehnya...(lah)

Kalau ada sesiapa lagi tanya kau kerja apa?

Jadi, ya aku adalah surirumah sepenuh masa :-)

Tuesday, December 24, 2013

Puding Roti

Minggu lepas aku teringin makan puding roti, yang mana pertama kali aku rasa puding roti masa open house 1 company ni di Sutera. 
Bulan lepas teringin makan crab corn soup yg aku rasa sedap di Beringis Resort.
Semua dapur hotel punya makanan aku teringin, daripada aku pegi sana, baik aku google & buat sendiri. Hehehe...


Tiga bahagian bahan.

Bahan A
2 cawan susu segar
8 keping roti
*Roti dipotong2/dicarik, dan rendam dalam susu segar tadi.
*Rendam 30 minit.






Bahan B
4 sudu  gula halus
2 sudu mentega
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu tepung jagung atau gandum
*Campur semua sekali dan pukul


Bahan C
1 tin susu cair
2 sudu tepung kastard
2 sudu gula
*Ini akan dipanaskan perlahan2 sehingga sebati dan kental (gitu)
*Tapi bahan C ni last sekali
 

Campur Bahan A dan Bahan B


Gaul2 sikit pastu masuk oven, bakar 180c selama 30 minit.
 

Bila sudah siap dibakar, tuang Bahan C tadi diatas dan sejukkan dalam peti ais.




Siap!

*Aku buat ni agak sedap jugaklah tapi bagi lidah aku rasa macam kurang manis, lepas ni aku mau try pakai roti butterscotch pastu letak susu cair banyak sikit di Bahan C.

Wednesday, December 11, 2013

Family Day, office orang lain

Minggu lepas (ka 2 minggu lepas aku lupa hehe), office laki aku ada buat Family Day di Beringis Beach Resort, dekat ja pun dari rumah aku, 20 minit. 
Tapi mungkin sebab office laki aku di area Sepanggar, banyak staff yang tinggal area sana, jadi cuti2 ke Beringis ni rasa bestlah sebab rasa jauh...

Tapi apa pun best dapat bilik free, bercuti free walau dekat.

Check in jumaat pastu malam ada dinner, tema hitam dan merah.
Aku masih kerja lagi jumaat tu, lepas kerja balik rumah dulu, mandi bersiap dari rumah, dengan anak2 sekali.
Laki di sana sudah sebab petang tu dorang mcm ada retreat ka apa ntah.

Lepas isyak kami gerak ke Beringis.

Lambat lah, sebab mau pegi bilik dulu simpan barang, baru ke dewan.
Laki cakap kalau awal ada sesi photo2 dengan photobooth semua tu diluar dewan, family & staff.

Kami sampai tu mula makan sudah.
Ada cabutan bertuah lagi.
Aku harap aku dapat vacum hahaha, tapi dapat multicooker (mungkin lah sbb aku blm tengok lagi hadiah tu sampai hari ni, masih dalam kotak)
Hey bersyukur boleh tak? Hehehe..

Mula2 aku rasa malas mau pegi, dengan keadaan aku yg sekarang ni, tapi aku gagahkan lah juga, bersiap melaram semua tu untuk naikkan semangat makan.
Aku jarang makan yg berat2 waktu malam sebab tiada selera, malam jam 8pm aku sdh tidur selalunya.

Sebelum pegi dewan sempatlah selfie sama Amira...

 




Esoknya, mungkin kepenatan sangat budak dua orang ni, susah betul mau kasih bangun, sudah jam 7am blm bangun, aku pun umpan mandi kolam.

Bilik kami best sebab betul2 depan swimming pool ni, buka pintu bilik ja jalan 10 langkah terus smpai pool.

Dorang bangun, cuci muka bawa pegi breakfast dengan staff & family lain.
Breakfast tepi pantai.

Lepas tu ada sukaneka, tapi sebab anak aku 2 orang sibuk mau mandi sudah, jadi kami bertiga nda ikut sukaneka, terus bawa pegi swimming pool.





Dorang start mandi dari jam 8.30 - 11am. 
Mula2 tu aku memang nda plan pun mau mandi, tengok2 ja dorang di tepi, tapi aku risau si Amira tu, jadi aku masuk la sekali.
Lepas tu demand lagi minta bawa ke kolam dewasa yg 2meter tu. 
Sampai pedas mata aku berendam dalam kolam. 
Jam 11am habis sukaneka, laki ambil alih jaga dorang mandi sekali sampai jam 11.30am.

Pastu lunch dan aktiviti bebas haha...

Anak aku sekarang hari2 minta bawa pegi swimming pool, dulu aku nda kisah pun mau bawa dorang sebab mcm takut air.
Dah besar macam ni ketagihan pula.

Rasa2 mau bawa ke Theme Park Bukit Padang tu.
InsyAllah cuti sekolah ada lagi 3 minggu kan? 
Hehehe.. 

Wednesday, December 4, 2013

Abang jaga adik

Azam kan aku perasan budaknya sangat prihatin dan cepat bertindak mengikut suasana.
Aku nda sangka selama aku pregnant ni, aku alah pada bau masakan yang kuat, dia "ambil tahu" perasaan aku tu, terharunya anak aku jaga perasaan aku T___T

Ceritanya begini, minggu lepas, atuk bawa Azam dan maksu pegi makan sup ikan konlow mee fav dorang di area penampang tu. Fav kami semua lah sebenarnya.
Pastu petang balik kerja aku tanya dia

Ibu     : Azam makan apa pagi tadi sama atuk?
Azam  : Sup ikan kat penampang
Ibu     : Napa tak tapau untuk ibu
Azam  : Ibu kan nda suka bau sup ikan tu? alaaaa manalah azam tau ibu mau makan

Aku macam... rupanya anak aku perasan yg selama ni aku selalu ckp tutup pintu bilik, ibu nda tahan bau makanan, dia simpan dalam hati ( & otaknya).

Kalau malam, aku memang suka suapkan Azam & Amira makan, walaupun kadang2 Azam cakap mau makan suap sendiri, tapi aku lagi suka suapkan dia.
*bukan apa sebab nda mau dorang makan bersepah* hahaha

Hari tu aku cakap sama Azam

Ibu      : makan sendiri lah ok, ibu tak tahan bau ni. 
Azam   : Ok boleh, biar abang suapkan adik sekali, kesian ibu.

T___T

Aku pun biarlah dia suap si mira, saja mau tengok dia boleh buat ka tidak.
Dengarlah arahan2 si abang sama si adik ni suruh makan bagus2, jangan sepah2, kutip nasi klau jatuh. Itu semua arahan aku tu selalu hahaha... Azam ikut apa yg aku selalu buat.

Lepas makan dia tolong mira cuci tangan, suruh mira lap tangan kering2 jangan lap mulut pakai baju, minum air tu duduk jangan berdiri, masukkan kerusi dalam meja, lap sisa air di meja. Terharu nya aku 'dengar' sbb aku dalam bilik ja.

Pastu dorang tengok tv, layan ipad, smpai laki pulang, aku pun tidur.

Laki yg ambil alih tengok budak2, kesian juga dia baru balik, tapi bersyukur Azam sdh besar, Amira pun pandai urus diri juga dibantu abangnya.
Tu belum lagi bab mira mau minum la mau kencing la hahaha...seronok tengok Azam jadi abang.

Ada benda yang kau nda suruh pun dia akan buat, sebab benda tu dia biasa tengok aku buat & aku biasa suruh dia buat.
Contoh lepas dari tandas matikan lampu dan tutup pintu, masukkan baju kotor terus dlm bakul, kemas stationaries lepas pakai, ni semua ni mira la ni yang selalu sepahkan.

Aku fikir macam mana mau ajar mira pula jadi mcm abang, mungkin lepas dia ada adik(?)


 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...