Thursday, November 14, 2013

Kawan aku kahwin lagi.

Dengan keadaan aku yg 'MALAS' sekarang ini, aku pada mulanya memang malas pun mau pegi wedding kawan aku yg sorang ni. Kawan baik kot dari zaman sekolah menengah :-p, tapi malas. boleh?

Majlis dia malam 6.30pm, hari jumaat, haha.
Tau la kan balik kerja lagi bersiap lagi, memikirkannya pun aku 'penat' untuk pergi sebenarnya. Hehehe...




Tapi aku ready juga baju bajan kasut clutch semua dalam kereta, bersiap dari ofis. 
Budak2 aku minta tolong mak aku ambilkan.
Masih 50-50 antara pergi atau tidak.
Tapi sebab kawan yang lain2 semua pun 'mendesak', yalah bila lagi kita mau jumpa dalam keadaan 'melaram' begini. HAHA!
Mana yg dari KL, drama nda habis2 dari airport KL smpai KK, kesian sangat.
Kalau aku nda pergi, kecewa pula kurang sorang :-p

Beberapa gambar dari kamera handphone kawan pastu whatsapp di grup, yang lain nda datang tu meroyan. Meroyan tengok betapa lawanya kami, matiklah..
HAHA!




Pakai highheels lagi :p
ok ini last pakai




Dengan pengantin yg pakai baju tradisi (ditengah tu)



Ada juga beberapa yg dah plan mau balik KK tapi nda jadi balik.

Tapi seronok lah jumpa dorang, setahun belum tentu sekali jumpa.
Sesekali jumpa tu, tambah anak sorang, jmpa lagi, tambah lagi anak sorang :-p

Secara rasminya, tinggal sorang lagi belum kahwin.
Hehehe. Masih enjoy katanya.

Wednesday, November 13, 2013

Semoga kita layan anak kita baik, anak akan layan kita baik juga.

2 hari lepas kan pegi klinik check up pastu doktor ada bagi ubat "tahan mual" katanya.
Jadi aku try la kemarin, makan 15minit sebelum makan makanan.
Lepas lunch gitu, makin teruk mual aku berpanjangan pula tu smpai ke malam.
Teruk dari hari sebelum sebelum ni, eh apa daaaa ubat tahan mual?

Pastu masa balik lepas ambil budak dari sekolah, sepanjang jalan tu aku pun mual teruk, 
sikit2 uweeeek sikit2 uweeeeek dalam kereta.
Mungkin Azam rasa kesian kan, dia cakap lah.

"Ibu nak muntah?"
"Kesian ibu, ada plastik tak?"

Amira kan selalu duduk depan sama aku, Azam duduk belakang, biasanya layan ipad.
Pastu dia panggil Amira duduk belakang sama dia.

"adek mari duduk sini belakang main ipad, jangan kacau ibu drev (drive)"

si adek yg terkenal dengan sifat defensive-nya berkata.

"manada kacau lah, orang duduk diam2 saja pun, kan bu?"

Ok lah whatever haha.

Pastu dekat sampai rumah tu aku masih lagi uwekkkk uweeeekkk
tapi nda muntah, mual ja mcm tu ja.
Azam bagi sokongan.

"Dekat sudah ni bu, mau sampai sudah ni bu, tahan bu"

Dia ulang2 3-4 kali macam tu sampai lah rumah.

"Ahhh syukur, leganya dah sampai rumah"

Masukkan icon menangis lucu disini hahaha!

Aku terharu keprihatinan Azam tapi paling terharu sokongan terakhir dia tu, sbb Azam
masa umur2 3-4 tahun dia selalu muntah klau terlalu aktif, nda kira lah di rumah ka,
kedai makan ka shopping mall ka, jadi dia selalu ter-muntah di lantai.

Jadi klau dia aktif, pastu terbatuk2 itu tanda dia akan muntah lepas tu.
Masa tu aku selalu cakap.
"Jap abang jangan muntah, tahan, kita pegi tandas"
atau
"Jap abang cari plastik jangan muntah dilantai nnt orang marah"

Pengajarannya, kita bagi sokongan positif sama anak (jangan marah2) itulah yang kita dapat nnt bila terjadi perkara yg sama pada kita.
Pengajaran untuk aku sebenarnya sebab aku banyak marah dia juga :-)
Kita layan anak penuh sabar, semoga kita tua nanti anak akan layan kita penuh sabar juga.

Amin....

Tuesday, November 12, 2013

12 minggu #3

Semalam baru aku pegi klinik untuk buat pregnancy-next-check-up. Hahaha matiklah lambat.
Aku malas gila mau pegi mana2 klau lepas balik kerja, memang aku prefer duduk rumah, BARING.
Macam aku cakap lah sebelum ni, cuti ja duduk rumah, BARING.

Tapi semalam tu aku gagahkan diri juga ke klinik untuk buat scan check darah kencing semua tu.
Aku keluar awal jam 4pm, ambil bebudak di sekolah, pergi UMS ambil laki.
Lepas maghrib gerak ke KK.
Ramainya orang, eh ramainya budak. Budak banyak sakit, kesian juga ada yang baby lagi, batuk demam.
Ingat zaman aku dulu pun baby sakit sikit pegi klinik. :-p

Jadi kemarin aku scan, Alhamdulillah semua ok. 
HB 12.
Berat turun 2kg. -.-"
"tiada selera makan sebab mual"
Pastu doktor bagi sejenis ubat untuk tahan mual "katanya"

Masa tengah tunggu giliran untuk scan tu, kan ramai budak sini.
Pastu laki cakap lah, tengok budak zaman sekarang semua main gadget.
Serius, aku baru perasan ada dalam 7-8 budak semua leka dengan gadget, seorang satu pula tu.
Baguslah dorang main tablet semua tu, behave nda lari.
Tapi anak aku? T____T
Si Azam tu ok lagi, dia jalan2 sana sini tengok vitamin ubat.
Si Mira ya ampun, terlari-lari, panjat-panjat.
Oh my, penat aku tegur ya sekejap ja dia berhenti pastu panjat lagi, lompat lagi.
Aku paksa main ipad, nda mau. 

Sampaikan masa pegi ambil darah tu aku bawa masuk bilik, pastu masa nurse tengah cucuk jarum boleh dia tolak2 badan aku, gilerrrr sakit. 
HAHA.

Last-last aku minta laki bawa dorang pegi makan, aman sikit klinik. 

Balik tu tertidur dikereta, sampai rumah terjaga, main B-Daman pula.
Ni sapa belikan ni B-Daman ni!

Kadang-kadang aku rasa ipad ni penyelamat suasana juga klau kau penat balik mau rehat tapi anak kau aktif semacam haha.
Kalau mau tarik minat dorang main ipad, aku kena install games baru atau movie baru, kalau tidak, memang dorang nda main sudah.

Kena buka buku di KKIA juga ni minggu depan.

Aku mau update majlis ihtifal Azam minggu lepas hehehe.
Insyallah. 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...