Monday, October 28, 2013

Masih fasa 'lemah'

Rutin harian aku sekarang ni, mcm biasa pegi kerja hantar budak2 ke sekolah dulu, balik petang ambil dorang, pastu bermula lah episod BARING. Sampai rumah ja aku mmg tiada buat apa sudah, solat maghrib, baring, masuk waktu isyak, pegi mandi, pastu baring dan terus tidur smpai esok pagi jam 4am. 
Aku pun nda tau apa jadi sama anak2 dan suami aku sepanjang malam tu haha. Teruk betul.

Yang aku tau aku sdh pesan laki aku, bagi makan budak, check homework klau ada, kemas beg sekolah. Lain2 hal aku buat esok pagi. Tapi biasanya aku juga yg buat.

Jam 4-4.30am aku bangun, kesian tgk dorang tidur. Aku iron baju, kemas beg, kemas apa2 yg patut. Jam 6.30 baru kejut budak2 mandi bersiap.

Kalau weekdays aku lembik mcm tu, weekends apa lagi, kerja aku baaaaaring ja.
Aku rasa ada sebulan nda jejak kaki ke Mall haha. ciskeknya itu di fikiran.
Pastu kemarin masa aku baring kelembikan tu mira datang sama aku mau kencing, aku suruh dia pegi sama ayah tolong tp dia mau juga aku yg bawa ke tandas.
kepala aku pening, aku marah dia, dia nangis mengadu sama ayah.
T____T

Iya kesian juga Azamira, dorang klau cuti sabtu petang tu mesti tanya 
"Kita nda jalan ka bu?"

Aku minta la laki aku bawa dorang jalan2 sekitar rumah ja, atau bawa pegi kedai beli2 jajan kasih la lama2 sikit pusing2 naik kereta. Laki pun nda mau pegi tempat jauh2 sbb aku sorang dirumah. Kan biasaannya petang2 bawa dorang pegi Perdana Park sana. 

Kain baju pun laki aku tolong cuci, klau aku ada tenaga aku jemurkan & kutip, klau nda, hmmmm....

Kdg2 aku fikir mungkin aku lembik begini sebab kurang makan,tiada selera langsung.
Makan pun main sumbat2 nasi asal ada isi perut.
Jadi bila nda cukup makan, tulah tiada tenaga, lembik, plus hormon tengah kacau, mual loya pening heartburn, adoiii semualah...
Berat aku turun 2kg last time timbang.

Cepat sikit berakhir fasa ni pleaseeee, paling rindu mau main sama budak2 ni.
Tapi nasib baik juga dorang sdh besar banyak benda pandai buat sendiri & faham bahasa.

Tapi ada cerita best, 
jumaat lepas lepas mandi aku sikat rambut Azam, perbualan kami

AKU : Rambut Azam mau panjang sudah, kita potong lagi lah ok?
AZAM : Kalau potong rambut jadi lurus?
AKU : Manalah lurus, pendek lah
AZAM : Tapi masih gerebo?
AKU : iya, kalau panjang lagi gerebo lagi
AZAM : Potong jalah

Hari ini dorang ada sesi bergambar hujung tahun disekolah.
Lepas tu majlis penyampaian hadiah hujung tahun.
Exam akhir tahun minggu lepas selesai.

Cuti sekolah nanti, maksu tolong jaga dirumah hehe.

 




Friday, October 11, 2013

Pedih ulu hati? apa tu? Heartburn?

Aku seorang yang suka makan pedas/berlada, makan kalau tiada rasa pedas memang kurang nikmatnya. Hehehe...
Walaupun hari2 makan pedas, setakat rasa pedas sikit diperut lepas makan tu bagi aku biasa ja tu, boleh jalankan kehidupan mcm biasa.
Dan aku nda tau pun rasa pedas dalam perut tu boleh smpai ke jantung ke tekak.

Dan aku baru tau itu lah sebenarnya pedih ulu hati atau bahasa urbannya 'heartburn'. HAHA!

Aku pun blog pasal pedih ulu hati awal kehamilan ni macam lah kehamilan anak pertama, sok manja sok cengeng (ini bahasa urban indon).
Sebab 2 anak sebelum ini adalah sangat nyaman. Alhamdulillah.

Rasa lemah & mau nangis hari2 kena heartburn ni tau.
HUuuuuuuu...
Makan tiada selera.
Bila perut kosong, makin jadi2 lah gas tu sampai tekak.

Pastu aku pun dengan bimbonya google 'pedih ulu hati kehamilan'
Link http://www.babycenter.com.my/a25004833/pedih-ulu-hati

Dibawah tu ada bagitau cara elak atau kurang rasa pedih ulu hati tu.
Kamu boleh baca dilink.

*aku paksa diri aku makan 'sesuatu'
*tidak makan pedas langsung (selera pun tiada mcm mana?)
*baring seperti duduk
*diofis duduk tegak jangan bongkok
*ini paling hebat, minum susu. Aku mana suka minum susu, lagi2 susu kambing. Tapi aku gigih lah juga beli susu kambing & susu lembu desa, ini susu fresh. 
(jadi mau tau susu fresh tengok expired date cuma seminggu mcm tu, mmg fresh la tu)

Ceritanya, aku fobia bau susu kambing, aku pun pujuk lah hati. 
"ini sunnah susu kambing Allah akan bantu"
Minum pakai straw sambil tutup hidung, rupanya aku minum sebotol sekali teguk dengan perasaan nyaman dan sedap sekali!

Sama macam susu lembu, aku selalu ambil perasa coklat, tapi ni kali perasa asli.


HAHA!

Ini sangat menakjubkan, terima kasih ya Allah.

Dan dari hari tu aku minum susu kambing/susu lembu fresh DESA FARM sekali sehari kadang dua heeeee :-)

Alhamdulillah, heartburn kurang. Tapi selera makan masih tiada, makan pun kena paksa.




Tuesday, October 1, 2013

Sukan sekolah & Birthday Azam

ALHAMDULILLAH masuk bulan oktober.

September lepas ada beberapa cerita yang terlepas yang belum update dalam blog.
Tapi aku kasih buat dalam 1 entry lah ni.

Semua cerita hujung2 september.

26.9.2013 BIRTHDAY AZAM KE-5 TAHUN

Hari khamis, tapi kami plan mau buat makan2 hari sabtu, yalah kan hujung minggu. Semua cousins boleh hadir, stay lepak sampai malam.
Kalau buat makan2 ni, org dewasa ja ni lebih ni, berkumpul cerita smpai lewat malam.
Kanak2 apalagi, main nda ingat.

Jadi kami buat hari sabtu malam. 
Simple2 ja makan2 sesama keluarga.
Beli kek "minion"
masak2 goreng2 sikit.





28.9.2013 SUKAN TAHUNAN

Hari sabtu pagi, sebelum party makan2 birthday Azam malam tu, taski Azam ada buat sukan tahunan di Tanjung Lipat, Likas.
Ada 9 kumpulan, dari taski ABIM Putatan, Tuaran, Sembulan, Bandar Sierra, dan lain2 lah aku nda ingat.

Jam 6.30am sdh gerak awal dari rumah.
Malam sebelum tu, Azam baru dapat baju sukannya siap topi, pastu kena pakai kasut putih,
selama ni Azam pegi sekolah pakai kasut hitam, kena beli kasut putih pula.
Tidur lengkap baju sukan, topi & kasut. Hahaha...

Seronok lah sukan taski ni jumpa ibubapa anak2 yg 1 sekolah dengan anak kita.
Pastu sokong kumpulan sukan dorang. "pompom girl"
Boleh pula jmpa ex-classmate & rupanya anak dia 1 kelas sama Azam selama ni.
Rasa mcm lucu tau :
"mana anak mu?"
"Tuuuuu Aiman, mana anakmu"
"Tuuuu Azam"
Satu kelas!  






Azam ikut kawad kaki, lumba lari, tarik tali dan lari dalam guni.
Kawad kaki ni acara pertama sekali. Taski Azam dapat no.2
ibubapa konsep piknik, bawa lah kami tikar, makanan, piknik disitu, tepi pantai kan.
Masa rehat jam 10.30am gitu, sempat lagi beli layang2. 







 Kepenatan odw balik rumah. 

*Banyak gambar di camera tapi blm transfer, nnt aku update gambar balik dalam blog. 
yang ada dari hp.

DAN

Cerita september kita akhiri dengan berita gembira.

EDD 25/5/2014. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...