Thursday, September 26, 2013

Projek Susu Badam

Ini first time ni buat susu badam, baca betul2 ah BADAM, sebab bila aku post projek susu badam di whatsapp group family, dorang baca susu BADAN. haha. Terok!

Pertama, terima kasih macik badam tolong belikan badam 300gram, di gerai-gerai yang ada di Wisma Muis, yang mana minggu sebelumnya tu aku ada pegi juga tapi habis.
Sampaikan macik tu cakap sama macik badam (pembeli) ni tadi "kenapa semua orang cari badam ni?"
Mungkin kah aku? haha.

Ok dan seterusnya terima kasih group2 makanan berkhasiat di facebook, silalah join group yang berfaedah macam ni di FB, ada juga gunanya berfacebook, selain update status luahan perasaan yang mana kau patut minta sama Allah tetapi sebab kau mau semua orang tahu jadi kau post di FB. Eh terlajak. #sarcasm

Ok aku ingat 100gram tu nda banyak, rupanya cukup utk buat 3 gelas susu badam.

1. Rendam 100gram biji badam selama 6-7jam, kiranya sebelum tidur malam rendam, esok pagi boleh projek.




2. Kemudian buang air rendaman (ada orang nda buang, tapi aku buang).

3. Blend badam tadi campur 3 gelas air.

4. Boleh campur 3 biji kurma.

5. Tapis dan minum. Dapat lah 3 gelas susu badam yang rasanya macam susu. ^.^





* Amira boleh habiskan segelas dengan rela hati.
** Azam habiskan segelas dengan paksaan.
*** Segelas lagi untuk ibu lepas disejukkan. 

SELAMAT MENCUBA.




Tuesday, September 24, 2013

Lompat kelas hujung tahun

Taski tempat Azam & Amira ni ada dua bahagian, 1 nursery untuk umur 4 tahun kebawah 1 lagi taski untuk umur 4 tahun dan keatas. 
Dalam taski pula ada 3 kelas mengikut umur la, 4tahun 5tahun 6tahun.

Azam di kelas 5tahun dan Amira pula di nursery. 

Ok ceritanya, sejak 2 minggu lepas, tiba-tiba saja Amira tiap-tiap pagi mau mandi tu mesti ada drama
drama " nda mau pegi sekolah "
drama " nda mau mandi "

Lepas tu makin parah, seminggu lepas sebelum tidur malam tu sudah drama 

drama "adik nda mau pegi sekolah esok"
Awal-awal tu pesan.

Jadi kami risau lah kan, mesti ada 'sesuatu', yg kami ni sudah tentu macam2 fikiran negatif.
minggu lepas setiap kali hantar & ambil balik tu mesti ada sesi perbincangan dengan cikgu nursery.
Bagitau lah Amira ni hari2 "nda mau pegi sekolah"
Ada 3 cikgu, dorang respon kata kalau di sekolah dia aktif, ceria tiada tanda2 murung ka apa ka.
Dia paling ketua, suara antara paling kuat kalau baca doa, nyanyi semua tu.

Jadi kemarin aku pegi lawat dia jam 9.30am.
Aku tengok dia duduk sorang2 di tepi bilk, sebab cikgu sedang suapkan bayi makan.
Lepas tu aku bawa dia pegi kelas abang dia sebab dia cakap mau sama abang.

Cikgu Norasiah yang mengajar tu kata, simpan lah Amira sini sementara, sebab dia faham lah aku mau pegi kerja.
Petang tu ambil dorang balik sekolah, terus Amira cakap dia mau belajar sama abang.
Esok nya masih lagi drama "nda mau pegi sekolah"
Tapi bila sampai sekolah (mungkin dia tahu tiada pilihan untuk tidak pergi sekolah), dia cakap mau sama abang belajar.
Jadinya Amira pun masuk kelas 4 tahun sama cikgu Lina, cikgu kegemaran dia dulu.
Sebelum ni cikgu Lina mengajar di nursery, dorang sangat rapat.

Cikgu Lina pun setuju bawa Amira pegi kelasnya untuk budak 4tahun.
Dan petang kelas cikgu Norasiah. Ganti2 lah.
Tiada lagi drama "nda mau pegi sekolah" harapnya.

Terpaksalah lompat kelas.

Kalau malam, aku selalu buat sesi hafalan surah pendek sama Azam. 
Jadi Amira selalu cakap dia pun mau pandai hafal surah macam abang. 
Dia mau pegi kelas sama abang.
Kelas cikgu Norasiah.

Aku harap sangat2 lepas ni tiada drama lagi.


Monday, September 23, 2013

Tidak tahu siapa yang stress disini

Aku pernah cakap sama suami : anak-anak perlu dibawa keluar bersiar-siar hujung minggu kalau tidak dorang akan stress. HAHA!.
Suami cakap dorang stress ka atau ibu dia yg stress.
-.-"
 
2 minggu lepas aktiviti kami dihujung minggu anak beranak ni melawat rumah to'ki.
Abah kepada Ayah Azam Amira.

Dekat ja sebenarnya di Putatan.
Aktiviti makan, makan, makan...

Dan aktiviti  pergi taman permainan.

Ayah, Abah & Azam

Anak aku nampak comot sebab balik sekolah terus singgah sini.


Selain tu aktiviti bersiar-siar di Mall, lebih kepada aktiviti ibu lah sebenarnya.
Tapi menggembirakan anak juga.

Petronas Twin Towers book stack @ Suria Sabah
Amira cakap buku ni besar, patutnya buku ni banyak lah mira.
Dorang susun buku jadi twin towers.
Ada banyak belon, anak aku apa lagi tidak melepaskan peluang menengang & menampar bebelon.

Lagi aktiviti makan di rumah to'ki


tengok kartun tanpa had sebab org dewasa sibuk makan dan bercerita





Mewarna

Main ipad
Petang, Perdana Park.





Dan mall lagi, 1B.
Dapat jumpa clown & belon free lagi.


Ibu gembira belanja tutty frutty

Lego
Tapi sebenarnya memang macam tulah, kalau sabtu nda keluar rumah langsung, anak-anak aku mesti merengek minta bawa jalan.
Paling senang bawa jalan2 dekat rumah, tapi dorang mesti mau keluar ke Perdana Park Tanjung Aru punya.

Aku bukan apa, aku nda suka disana berpeluh2 pastu maghrib sggah masjid sbb nda boleh balik terus mau pegi makan. Kadang2 kami balik jg maghrib lepas mandi semua baru keluar balik pegi makan.

Tapi sampai kedai makan anak2 aku lowbatt sdh, mengantuk.
Jadinya makan dirumah, paling simple nasi goreng

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...