Wednesday, July 31, 2013

Keadaan tidur

Keadaan sekarang ialah, kami berempat "ibu ayah azam amira" tidur sebilik dan kadang2 sekatil.

Kenapa kadang2 sebab Azam jenis yg tidak suka dihimpit waktu tidur.
Kalau boleh no-body-contact at all...
Dia bukan pun tidur mendepa mengangkang tu, tidurnya memeluk bantal juga tapi tulah, nda suka berhimpit.
Jadi, sanggup lagi dia tidur di lantai (ada tilam lah) drpd bersesak di atas katil sama kami.
Ada juga rasa mau kasih dia tidur sendiri di bilik lain, tp macam dia belum berani lagi.
Dari kecil tidur sama kami, sekarang mau asingkan, hmmm rasanya lagi mudah kalau dia ada kawan (read:adik lelaki).

Satu tabiat Azam, sebelum tidur kena garuk belakangnya dulu.
Jadi sebab tabiat ni adalah diturunkan oleh ayah,maka, ayahlah yg tidur dibawah garuk belakang smpai Azam tidur.
HAHA.

Amira pula jenis nda boleh tidur sendiri di atas tilam, mau dipeluk,kalau nda peluk pun mesti ada body-contact. 
Kalau dia tidur mengiring ke kanan dan aku pula ke kiri, dia akan cuba rapatkan belakangnnya ke belakangku.
Pernah aku cuba nda kasih kena belakang, kan, makin dia menghimpit.
Tapi paling selalu posisinya tidur dibawah ketiak aku, mcm menyusu.
Kadang2 demand minta ditepuk2, hailahai sudah besar masih minta tepuk. 

Kalau ada adik lelaki, boleh kawan Azam tidur bilik lain.
Kalau ada adik perempuan, boleh Amira ber-body-contact.

Apapun KITA kena ada ADIK.
Hehehe...

Saturday, July 27, 2013

Random : Bazaar Ramadhan

Dari kecil lagi, kami tidak biasa ke bazaar ramadhan, sebab mama aku seorang surirumah.
Jadi dia memang sentiasa masak dirumah.
Berbuka puasa diluar pun bukan kebiasaan kami.

Sehingga anak-anaknya ni sdh besar, pandai lah bawa bapa mama sungkai luar.
Hehehehe...

Tapi biasa lah orang tua, dorang nda berapa suka, sekali dua boleh.
Tidak lah tiap2 minggu.

Jadi sampai sekarang pun kami tidak biasa ke bazaar cari2 juadah.

Suami pula lain, memang biasa mem-bazaar.
Dia suka cuci mata makanan di bazaar, mana yg menarik dia akan beli terutama makanan semenanjung (org semenanjung masak) atau makanan yg tidak biasa dijual di hari-hari biasa lain.

Ada satu bazaar aku suka sangat pegi.
Bazaar bandaran, depan DBKK.
Mmg satu perasaan yg tenang disana, nda sesak, redup, parking senang.
Paling rimas asia city & kem lokkawi, dua2 ni aku pegi sekali ja setakat ni.
Suami suka bazaar kem sbb sana banyak isteri2 tentera berjual, makanan semenannjung.

Paling aku suka di bazaar bandaran, ada kebab! yeayyy 
Kesukaan ni kebab.
Dan ada jual puding custard yang mana kami lakibini selalu beli waktu bulan puasa dengan macik ni selama 4 tahun.
Pegi bazaar pun hari sabtu @ ahad ja. 

Oh tahun ni belum lagi pernah berbuka diluar.
Mungkin tunggu adik aku Ryna & Aisy!! datang dulu, minggu depan.
Kalau nda pun mama cakap mau bbq saja dirumah.
Tengok, mama memang nda suka makan di luar hehehe...







Happy Birthday to Me ♥

Aku rasa 3 tahun sdh berturut-turut, birthday aku kena dalam bulan Ramadhan. 
Dan tahun ini lagi sekali.

Macam 2 tahun lepas juga, boleh celebrate lepas habis solat terawih.
Memandangkan lewat malam dlm jam 10pm macam tu lah baru kami keluar, jadi budak2 sdh tidur, kami hantar rumah mak lah. Mau bawa jln pun tidur mcm mana?

Tapi semalam, aku ckp mau bawa dorang pegi tgk Despicable Me 2.
Ngam2 habis terawih, siap2, beli tiket online di Suria GSC.

Sebelum tu kami buka puasa pun ada makan2 sikit lah dengan adik beradik ipar semua.










Sebelum ni Azam & Amira pernah 2x aku bawa tengok movie. Madagascar 3 & ironman 3.
Dua2 nda berhasil. Hahaha..

Malam semalam tu berhasil, aku rasa atas faktor.
Lewat malam, low battery, jadi fokus tengok movie.
Duduk di belakang sekali tiada orang.

Habis movie, singgah mengopi & 1 slice cake.

Budak2 sdh tidur, kenyang sampai sahur.
Jadi sahur kurma & lemang saja tadi.

Syukur alhamdulillah atas segala-galanya.
Semua yang wish, terima kasih.
Amin (doanya)

Selamat hari lahir ke-31!

Friday, July 12, 2013

Kata-kata



Beberapa minggu lepas, ada kejadian dimana aku terasa dengan sindiran seseorang;
Atau mungkin dia anggap itu adalah pendapat.

Tapi aku terasa sangat lah.
Kemudian, beberapa hari selepas itu, ada orang lain yg memberi pendapat kepada nya dan dia terasa dengan sindiran itu.

Bila aku dapat tahu, cepat2 dalam hati aku kata “BALASAN”

*Astaghfirullah*

Tapi kemudian aku terfikir, adakah yg terjadi pada aku pertama tadi juga merupakan “BALASAN?”

Minta maaf salah dan silap terkasar bahasa tersilap kata.

SELAMAT BERPUASA.


Thursday, July 11, 2013

Cuti-cuti Julai 2013. Last lah!

Kami punya flight balik KK jam 8.05pm, jadi cadangan tu mau duduk rumah ja, jam 5 baru pegi KLIA.
Tapi sebab semalam kereta adikku 'berasap' haha... 
Jadi pagi ni bawa keretanya pegi bengkel, katanya siap repair 2 jam.

Terus lah mau pegi H&M lagi, naik LRT &  monorel (pandai sdh azam beza lrt sama monorel) untuk terakhir kalinya sblm balik KK.

Gigih lah kami naik turun tangga dgn stroller Baby Aisy ni.
Biasanya kami naik lrt, ayah dukung mira, azam aku pimpin.
Hari ini nda dapat dukung, ayah angkat stroller baby Aisy, kebetulan sangat semua stesen lifnya rosak!



Dalam jam 4 mcm tu kena call, kami terus pulang ambil kereta, terus pegi airport.

Kinarut most wanted yooo...


Sampai airport mcm lambat sudah, belum check in & drop bag lagi.
Sekalinya...
Delayed, pegi jam 9pm. 1 jam bah.
Pastu sdh boarding, delayed lagi jam 10pm.

Last2 anak aku buat mcm rumah sendiri.


Sampai KK mau jam 1am, esok kena kerja pula tu T__T

Dan kain, kain yang banyak mau dicuci.


Wednesday, July 10, 2013

Cuti-cuti Julai 2013. Part 3 - Ke Restoran & Kedai Upin dan Ipin

Azam & Aisy
Belajar main ipad kah Aisy??? Hehehe

Semalam kami plan mau makan disini, tapi masa kami sampai tu sudah tutup.
Jadi sudah janji sama Azam, bawa dia pegi sini lagi esok.

Bukan main excited!
Dalam restoran ada kedai jual barangan upin & ipin.
Deco pun apalagi, semua ipin & ipin.
Habis kedai ni kena round 2-3 kali oleh si Azam & Amira

Ayam Goreng Krispy, kegemaran upin & ipin.
Air minuman berperisa botol upin & ipin.

Masa kami tengah makan tu, tiba-tiba ada orang buat pengumuman, hari ini maskot upin & ipin datang restoran untuk buat promosi buffet Ramadhan.

Hah apalagi!

Tapi ternyata si Azam takut benda-benda begini, ingat lagi di USS pun dia manada gambar sama patung2 ni.
Lain pula si Mira, dia paling duluan. 
Paling manang orang bilang. Haha

Ambik! siap peace lagi.
Boleh pula si mira tanya upin, mana ehsan? mana mei mei? mana fizi?

Pastu mira tanya aku lagi, kenapa dia nda cakap "betul betul betul!" (?)
Susah betul soalan mu nak.
Hahahaha...

 


Malam-nya ada dinner date dengan SIL aku Yani & Ita.

Oh 07.07.2013, HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN KAMI YANG KE-6.

Tuesday, July 9, 2013

Cuti-cuti Julai 2013. Part 2

Perkenalkan kucing SIL aku namanya si BUBU.
Ada anak yg pemalu nama MARIMAR.
Hahaha...

Boleh bayangkan macam mana perangai si mira di rumah ni dengan kucing gebus 2 ekor.
Fening mak.

Hari ke-2, aktiviti sekitar SOGO lepas tu Pavilion sebab mau melawat bapa saudara kepada laki ku.
Office nya di Pavi.

Mula-mula mencari subway di SOGO, boleh pula kena reply subway (lrt) haha...
Nda jumpa subway.
Di Pavi baru jumpa.

Malam tu Ryna mau datang rumah SIL aku lepak bawa Dominos.
Mesti punya hehehe.
Sebab penat mau kemana-mana lagi, tu yang suruh tapau ja makan dirumah.


 Disini juga lah mau membeli bendalah ni,
padahal Tjg Aru ada ja. 



Jam 12am macam tu dorang adik ku pun balik.

Esoknya, aktiviti yg dinanti dua beradik (& ayah).
Swimming.
Condo ni ada dua swimming pool, satu tingkat 5 satu lagi tingkat 37(!)

Gayat gila aku, naik lif skip2 tingkat.
Telinga berdengung.

Tapi view sangat cantik!
KLCC & KL Tower & sekitarnya.
Pastu tiada orang pula, mungkin sbb semua orang pergi kerja. 




Lepas tu baru pegi Times Sq cari maxi skirt murah-murah, hebat-hebat.
Kak Dim la yang perkenalkan tempat ni.
Memang best giler...


Oh ada cerita selingan dulu**
** Malam pertama kami ke H&M tu, beg mira tercicir ntah di tingkat berapa, kami cari semua tingkat & tempat yg kami pegi tapi nda jumpa.
Dalam tu ada cardigan & getah rambut si mira.

Terpaksalah beli beg baru dengan getah baru kalau nda rambut serabai macam Hantu Kak Limah(!)

Ok balik cerita times sq, terus cari Auntie Anne's.
Sebenarnya aku nda pernah makan benda ni (seingat aku lah aku nda pernah makan).
Ada orang komen di insta suruh post makanan "mesti part 3" adalah Auntie Anne's.
Hahahaha. Apakah?

Tapi sedap la pula kan?

Lepas tu balik, kemas beg semua, malam ni kami tidur rumah adik aku pula.
Yeah!

Esoknya kan sabtu, dorang cuti, bawa kami jln2 midvalley.
SIL aku mengirim barang. 


Bebola midvalley, sini dorang lepak sementara kami mencari barang.
Dapatlah upah 'tunggu' Baskin Robbins yang mana dulu adalah "mesti" tapi 1B sdh ada BR jadi nda mesti lah sudah.
Hahaha...

Cuti-cuti Julai 2013. Part 1


Assalamualaikum,

i'm back!

Hahahaha... Oklah kembali dari cuti. Best bah cuti panjang, nda payah sibuk2 bersiap pegi kerja awal pagi.

Boleh mandi lambat, tengok tv, minum kopi.
Lepak2 sama anak.

Kembali ke realiti.

03 Jul,2013. Flight jam 10am, sama juga keluar awal jam 8am.
Sanalah jammed orang pegi kerja. Kami pun sebok2 pegi airport, nasib lah dekat ja kepayan.


Azam & Amira, dari 2-3 hari sebelum lagi menyanyi mau naik kapal.
Siapa suruh bagitau awal-awal.


Frequent Flyer



Aku suka KLIA, boleh jumpa banyak minah Arab.
Banyak, dimana2.
Menggamit memori di tanah suci.

Anak bujang yang sdh boleh diharap tolong tarik beg.
Rasanya mau beli lugage asing seorang satu, hmmmm tahun depan atau 2 tahun depan lagi.
Hehehehe.

SIL mau jemput di airport, tapi kami cakap jumpa di KL Sentral ja, naik shuttle bus.
Hah, ada hikmah juga.
Terserempak BFF.
 Kebetulan dia mau outstation JB.


Disinilah kami sehingga malam ke-3.
Gayat, tingkat 21.
Budak2 nda sabar mau mandi swimming pool. 

Lepas rehat2 kejap, kami terus keluar, SIL bagi pakai kereta tapi sebab LRT dekat ja sini, jln kaki, kami laaaaaagi suka naik LRT.
Azam paling suka. 


Terus pegi Sg Wang cari Nandos.
Aktiviti wajib part 1.

Jalan2 dulu sementara tunggu adik aku Ryna balik kerja,siapkan Baby Aisy,

Baby Aisy, abang kakak rindu lah.
Aduiii jadi mangsa geram si abang sama si kakak dia ni.
Semua berebut mau duduk sama baby Aisy.

Lepas tu kami kena bawa makan di restoran Arab.

Nasi Mandhi & Shawarma my fav!

Jam 1am baru balik, dorang hantar kami balik.
Masih perlu stay rumah SIL sampai jumaat.
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...