Thursday, June 27, 2013

Meatball @ Servay Putatan

Sudah aku share gambar ni di instagram dan FB, yang akhirnya mengundang tanda tanya oleh mereka2 yg duduk di sekitar KK selama ini mengidam meatball ala2 Ikea itu.

Sebenarnya aku pun nampak si Putri upload di instagram, padahal dia tu duduk Likas/Tuaran sana, tapi update makanan BARU ni di Servay Putatan.

Rupanya kawannya punya.

Ok untuk kawan2 sekitar Servay Putatan, dapatkan meatball anda di Tingkat 0.5. 
Hahah.
Naik tangga dari jual sayur, setinggkat sama jual bedsheet, foodcourt Servay ya.

Mula-mula sangkaan kami (Ona & me), jem tu salah letak, patut sos cili/tomato kan?
Tanya la owner nya, dia bilang memang jem. 
Kasih gaul2 sama sos bbq tu.

JAKUN.

6 biji RM5.90
12 biji RM10.90.

Tapi aku rasa sedap lagi sos cili/tomato lah.
Ona langsung nda boleh terima campuran jem & sos bbq tu.

Apapun, sedap.

Monday, June 24, 2013

Suami ku peminat FT



Ini sabtu lepas, showcase. 
Ku sangkakan konsert tertutup sebab tiket vip kena jual. Susah betul mau beli, kena jadi member platinum 1B.

Frust kejap laki aku sebab dia ni peminat Faizal Tahir la sangat2.

Sebenarnya showcase terbuka percuma di lower ground south atrium 1B.
Tapi kami dapat juga lah tiket VIP tu, VIP la sangat. 
Macam mana punya VIP tiket kami?
Paling depan haha, silau kena lampu.

Layan gambar dulu...



Gitar ni FT bagi hadiah bgi yg dapat jawab soalan dari album baru nya tu.
Bertuah yg dapat. 


Dia bawa lagu dari album baru, 4 lagu.
Yang lain dari album lama.
Mantap la persembahan nya mcm tgk konsert sebab bertenaga.


Lepas berehat 5 minit, dia naik balik sudah nda pakai spek.
Sebab ada budak2 ni jerit2 suruh buka spek, apadaaaaa...

Malu konon dia haha.




Ni dia lompat ke arah penonton, pastu panjat balik ke pentas.

Gila... 

Tapi nda dapat bergambar sama FT.  

Oh ya, apa yg bestnya showcase sabtu tu sbb live band, bkn nyanyi pakai minus one...

Lepas habis tu, pegi makan.
Mula-mula plan mau tengok Man of Steel, tapi mengantuk lah, penat lagi.
Jadi balik.
Ini tanda penuaan.

OOTD.



Monday, June 17, 2013

Ibu Jari

Sempena hari jadi Amira hari ini.
Aku mau post gambar nya hisap jari.

Tabiat nya dari baby sampai sekarang.
Tiada siapa yg ajar.

Bagus juga baby hisap jari ni, nangis nya nda lama.

Sebab bila dia nangis terus hisap jari, diam.
:-)













Amira Khairunisa 3 tahun

Amira ku sudah 3 tahun. ♥

Selamat ulangtahun sayang...

Dia selalu minta kek Hello Kitty.
Jadi sempena hari lahir ke 3 tahun ni, ibu tempahkan kek Hello Kitty untuk Amira.

Lepas tu dia rasa 'kasihan(?)' mau potong si Hello Kitty tu.
HAHA!

Tarikh lahir sama dengan Pak Long (Abang aku)
Tiap tahun pun celebrate sama-sama.
Potong kek sama-sama.
Tapi Pak Long tak kisah potong kek Hello Kitty.
:-) 











Jadilah anak yang solehah dan beriman. 
Amin


Umur 2 bulan


 

Sunday, June 16, 2013

Kenangan bersama Bapa (Selamat Hari Bapa)

Dulu zaman kanak-kanak, bapa bekerja sebagai pemandu teksi.
Kerja setiap hari tiada cuti sabtu ahad.
Jadi kalau kami cuti sekolah, hiburan kami ikut bapa pegi stesen teksi di Gaya Street sekarang Lintasan Deasoka ada water fountain.
Lepas tu makan di Restoran KakTini.
Kalau ahad, boleh jalan2 di tamu.
Makan ice cream Caprilla.
Tengok kura2, kucing, anjing, ikan kena jual.

Kadang2 bapa bawa pegi tengok KERETA BERHIAS waktu malam dekat Padang Merdeka sempena kemerdekaan. Sementara bapa bawa teksi sampai malam.

Kadang2 bapa bawa tengok dragon boat race di Tanjung Lipat.

Hiburan kami zaman kanak2, anak kepada pemandu teksi yg tiada masa cuti. Hehe.

Lepas bapa beli teksi 2-3 biji & sewakan sama orang barulah kami pegi MALL. HAHA!

Hari ini sempena hari bapa, bapa tiada prgi KL jumpa baby Aisy. 
Kami ber-skype ja.     


Dan kami pula bawa AZAMIRA pegi tengok dragon boat race hari ni.
Mengenang kembali kenangan zaman kanak2.  







Lepas tu singgah tamu gaya street makan ice cream Caprilla.

 
Memori.

SELAMAT HARI BAPA


Wednesday, June 12, 2013

Drama Korea

Aku bukanlah kaki tengok K-Drama ni, apatah kenal pelakon2 dari Korea. 
Apatah lagi! Penyanyi...

Dulu aku pernah layan KDrama ni masa pregnant-kan Azam, sbb masa tu aku duduk rumah mertua aku, laki aku selalu OT malam. 
Jadi aku habiskan masa aku tunggu dia balik dengan menonton KDrama.
(bukannya buat benda berfaedah lain HAHA!)





My Girl ni lah KDrama first aku tengok seumur hidup.
Winter Sonata pun aku nda tengok.
pinjam CD kawan, best lah cerita ni sebab herion nya tu lucu-lucu bah.
Pastu nda sah lah kan Kdrama kalau tiada nangis2 ni.

Episod last2 tu lah menangis2 tengok tiap malam huhu...
Lepas tu laki aku downloadkan semua lagu2 dalam drama ni. 
Masuk dlm CD, dengar di kereta.
Sampai hafal.
Siap buat ringtone lagi. (hp sony).

Lepas Azam lahir, sampai lah Amira dan sampailah sekarang.
Aku nda pernah layan sebarang drama.
Tiada masa.
Nda boleh mau tunggu depan TV jam sekian-sekian.

Aku selalu download movie (yg ditayang di cinema nda kiralah melayu ka barat) di Ganool.com & syok.org. 
tapi syok.org tu sdh tiada movie.
Minggu lepas aku mau download cerita ironman3, aku nampak iklan2 website untuk download KDrama.
Aku bukalah.
Banyak KDrama latest2 sana, aku baca2 sinopsis semua.
Aku jumpa yang 'macam' best.

When a man Loves.

Sekarang aku download sampai episod 5 sudah.
Subtittle boleh merge, download dulu dari subscene.com
Semua subtittle movie drama ada sana.Search ja.

Sekali kemarin laki aku nda sabar tunggu aku habis download (dia pula over)
Dia cari di youtube, ada pula, siap ada subtittle lagi nda payah merge2 lagi.
Cisss...

Tapi gambar nda cantik lah.

Yang aku download dijamin HD!

Nda pa aku mau tengok yg aku download ni, senang hati aku tengok kalau gambar cantik.

Aku suka fashion2 dorang ni.
Rambut,baju,kasut!

Lantaklah kau laki mau tengok di youtube, gambar kabur2. HAHA!
*penyedap hati*

Tapi iya, aku tetap download HD. 
HD lah sangat.



Tuesday, June 4, 2013

Pulau Sapi (II) - 2013

Ini kali kedua aku pegi Pulau Sapi. *nama ja orang Sabah ya tapi sudah tua-tua begini baru dapat pegi Pulau Sapi.

Pertama kali pergi ada update di sini. 

jadi kalau sesapa mau datang melawat Sabah, jeti Jeselton Point ni dekat ja dengan pusat bandar.

Boleh ambil bot dan islandhopping. Ada 5 pulau boleh dipilih.
Tapi saya cadangkan bagus lagi pegi 1 pulau 1 hari. Baru puas.

Tapi ini adalah pertama kali buat Amira!
Yeayyy...

Kisah begini, Sabah cuti umum 30 & 31 Mei, 1 & 2 Jun pula sabtu ahad.
Jadi kami ada 4 hari cuti.

Bos pun cadangkan buat plan ke pulau pada 30hb.
Fully sponsored!

Jadi kami pun booking boat (abang ipar suami adalah divers)
Bahagi2 tugas bawa makanan.

Jumpa di JP (Jesselton Point) jam 9am, gerak jam 10am.













  
Orang yang paling happy sekali pegi Pantai
Sempat lagi tu nangis2 nda mau balik.










Balik jam 4pm, hujan.
Paling mencabar naik bot pastu hujan lebat.
Bot pula laju!!!

Sampai jeti habis baju basah semua barang basah.
Nasib baik di kereta ada spare baju kering utk Azam & Amira.

Esoknya baru nmpak kesan sunburn tu sama bebudak ni semua ahahaha...


 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...