Thursday, May 23, 2013

Throwback Thursday : Rambut Azam

Selama 5 tahun, Azam cuma botakkan kepala sekali saja semasa umur 5bulan. 
Lain Amira, umur 1 bulan dah botak.

Ok, selepas kami botakkan kepala Azam.
Kami nda sangka rambut dia akan tumbuh kerinting, kalau tumbul ikal tu nda hairan lah.

Lepas tu nda pernah lagi potong pendek, kalau potong pun trim sikit2 buang hujung2 and rambut depan tu buang sikit kalau nda kena tutup mata nya.

Semasa sambutan hari ibu lepas, kami pun sebulat suara potong pendek rambutnya, buang imej "Hafiz" tu. 






Dari muka manis-manis kerinting jadi muka abang-abang bujang.

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru 2013

Selamat Hari Guru 2013 semua!!!.
Kemarin masa aku balik ambil AzaMira di sekolah, cikgu kata esok ada sambutan
Hari Guru di sekolah.
Cikgu cakap ada potluck, bawalah makanan cth meegoreng ka nasigoreng ka.

Aku cakap sama Azam, ini bergurau ah.
"Nda payah lah kita bawa apa-apa esok, ok?"
"Alaaaaa, tak nak pegi sekolah lah esok"

Hahahaha...

Itu bergurau ja.
So, pagi ni aku bagi Azam bawa meehun goreng.




Wednesday, May 15, 2013

Hari Sabtu, Hari Ahad dan Hari Ibu

Selamat Hari Ibu hari-hari...

Kami plan mau celebrate saja2 kumpul2 ramai2 makan2... 
Buat hari sabtu sebab ahad boleh la rehat sikit.
Tau lah kalau budak2 sdh berkumpul ramai2 main nda ingat, smpai penat.
Kalau buat hari ahad, ada yg kepenatan susah bangun pagi pegi shakolah (read:sekolah)

Jadi sabtu tu lepas zuhur, semua ikut keluar,
Si ibu baru & Baby Aisy & AhCu (read:Maksu)

Mula2 ambil kek dulu yg ditempah tempat kawan aku.
Order rainbow cake, mau wording colour biru, tapi dia salah faham ingat kami mau kek tu warna biru.
 Hahahahha terus rupa kek tu mcm.... ntah lah mcm apa.

Tapi nda pa yg penting sedap dan manis, isi dalam rainbow.
Kanak2 suka, mak2 apatah lagi.


 
Lepas ambil kek, singgah saloon mau gunting rambut Azam yang grebo tu.
Hahahaha...
Suprise kan semua orang malam ni.
Memang kami sdh plan mau potong rambut Azam tu lepas PRU pun.
Sementara tu, kami tinggalkan Azam & ayah di salloon.
Bawa umi Aisy beli tiket MAS, dorang mau balik KL.
Sob sob sob.
Umi nya sdh ada tiket tapi Aisy nya belum ada.
Nda tau mcm mana mau beli online untuk add-on infant.


Tadaaaaaa...
Azam yang berambut sikit sangat.
 

Lepas tu mau pegi makan di restoran cina muslim di Jln Tuaran. Depan razmataz.
Tapi mungkin kami lambat atau memang tutup hari tu.
(*kami nda racist*) Hahahaha
Jadi kami pergi Kak Nong.
Ada udang / ayam masak butter telur masin.



Lain tu mcm biasalah meesup ikan.
Wantan Ho.
Dan ABC, mango longan.
*aku tengah puasa ni masa menaip ni*


Esoknya, ayah belanja makan lagi makan kek konon padahal sepotong ja.
hahahaha...
Terima kasih anak-anak dan suami.
Yang lucunya sepanjang hari tu AzaMira duduk sama ayah ja.
Makan pun ayah tolong.
Semua nda mau duduk sama aku.
"Relaks sehari di kedai makan" namanya ni.




Kemudian bolehlah request macam-macam diluar kebiaasan.
Sukar buat pilihan, tanya ayah pun cakap mana yg kau berani pakai lah.

Hey aku beli dua-dua lah.
 


Setiap hari adalah hari ibu.
Hormat ibu kita setiap hari setiap waktu.
InsyAllah anak-anak kita pun akan hormat dan sayang kita setiap waktu.
Walaupun kadang-kadang aku jadi singa.
*peace*

Tuesday, May 14, 2013

Hari Buruh, Kenduri, Yoyo, PRU13 dan Blogger friends

Salahkan Instagram sebab jarang update blog, instagram macam blog juga, upload 1 gambar cerita panjang-panjang. Hahahaha...
Tapi bagus juga instagram, senang pilih gambar utk upload balik di blog.

1hb Mei, ayah masuk hutan dengan kawan-kawan, jadi aku bawa AzaMira pergi bandar.
Wah gitu hahaha...
Pastu aku jumpa lubuk jual wide shawl murah RM50 untuk 3 helai.




 
OOTD mesti ada

  
Rambut Azam ni aku sudah potong nanti aku update gambar rambut terkininya.

04hb Mei, ada kenduri rumah sepupu, keluar bawa Baby Aisy.
Padahal mama belum habis pantang.
pastu terus pegi Suria cari yoyo.
Baby Aisy, aku pegang ja dia tidur, kalau sama mama dia merengek saja.
Hahahaha.
Jadi aku lah pegang terus sepanjang jalan.




Macam ni lah kalau kita ada baby baru nanti, anak-anak.
Kamu duduk lah belakang.
Padahal si Amira tu menyempit juga mau duduk depan sama Baby Aisy, serabut aku.
Hahahaha.


05hb Mei, PILIHANRAYA UMUM KE13.
Jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia.
Kami pegi lepas zuhur sebab dah agak pagi ni mesti ramai sangat orang berbaris.
Sampai tempat mengundi di SK Kinarut, tiada orang sudah baris.
Nda sampai 5 minit, semak saluran, terus mengundi.
Balik.


10hb Mei, ila ada sini KK jadi mau lunch together2. Ini idea Ona lunch di GracePoint.
Tapi aku dapat makan macaroon yg besar haha.
Asek meroyan di twitter mau macaroon Prapeni Thai yg selalu habis.
Lepas makan ja terus jalankan aktiviti jual handbag.
Di parking pun boleh.


Dibilangnya "ibu muda over" 
Kesian sangat.
Hahahaha...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...