Tuesday, April 30, 2013

Kebab / Shawarma dan TACO

Aku memang, kesukaan ku makan kebab, dulu masa kyros kebab ada di KK, restorannya di Segama. Itulah first time aku makan kebab. Suka gila lah aku. Lepas tu tutup restoran tu.

Kebab kedua aku pernah rasa masa tu adik aku bawa aku makan makanan Arab, ntah lah di mana tapi bkn di KK lah, masa aku turun KL cuti2 Malaysia.

Kali ketiga aku makan kebab/shawarma (baru tau nama) masa aku pegi umrah.
Rambang mata aku tengok tepi2 jalan banyak restoran jual kebab/shawarma.
Sedap2 pula tu semua, rasa cukanya tu ngam2 orang bilang.
 


Yang ini di Madinah, asal balik solat dari Masjid ja mesti singgah mana2 kedai beli shawarma. Murah pun murah dalam SAR10 (kalau nda silap). 




Sampai Mekah lagi best, lagi banyak, lagi meriah. Hahahha
*Apa ni pegi umrah ka pegi makan kebab?*
Sama macam di Madinah, asal balik dari masjid ja singgah gerai tepi2 tu.
Ada satu gerai tu, bukan gerai lah, mcm kedai, tapi boleh tapau ja nda boleh makan sana sbb dia buka macam kaunter. 
Lagi, gerainya tu boleh beli makanan utk fakir nnt dorang akan bagi fakir makan. *macam tulah lebih kurang*

Gambar tu makan di restoran dalam bangunan ZamZam Tower FoodCourt.

Ok sambung pasal kebab shawarma, lagi best bila balik dari buat umrah, jam 1am mcm tu gerai masih buka, ada lagi gerai jual kopi masih buka, memang terbaik lah.
Terus hilang penat, balik hotel makan, tidur 2 jam, bangun Subuh ke masjid. 
Biasanya kami beli waktu malam ja sbb kalau siang ramai sangat orang. 

 *RINDUNYA RINDUNYA TANAH SUCI*






Ok, minggu lepas, pegi makan di Upperstar, selalu juga makan sini tapi biasa order mcm biasalah perasan western, lamb chop, chicken chop dan chop yg lain.
Tapi sebab aku perasan diet dan masih kenyang masa tu aku order ringan2, TACO.
Sedap sangat pula Taco mcm makan kebab. Rasa memang lain sikitlah. 

Jadi kesimpulannya aku suka konsep makanan dibungkus2 roti mcm kebab shawarma taco.

Bah siapasiapa tau makanan konsep bungkus2 begini area KK tolong ah share.

*Ada satu restoran arab (Syria) di Warisan Square AL-Andalus belum berkesempatan pegi, mesti cuba ni.*

Monday, April 29, 2013

Majlis Akikah Aisy Anwar

Syukur alhamdulillah, adik aku dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang shomel dan syihat... *pelat mcm mira*

Kemarin majlis akikah AISY ANWAR BIN AZLAN ANWAR.

Semua gambar adalah dari Instagram aku & camera hengpon. 

Amira & baby Aisy. Semua gambar baby Aisy mesti ada si mira ni menyelit. memang nda pernah lah nda da dia....

Pelamin buaian deco sendiri, sewa tapak - buaian - lampu. Siapkan malam sebelum majlis.
Belon gas tu panggil orang datang rumah esok paginya, isi gas terus gantung. Kalau buat belon semalam, pagi nnt belon nda terbang sdh, terampai2 di lantai. Hahaha...

Pastu budak 3 orang ni sebok selalu main dekat buaian ni. 
Tapi ok, dorang nda rosakkan, dorang tengok2 ja.















Majlis mula awal jam 10am makan-makan tetamu yg awal datang.
Marhaban berzanji lepas jam zuhur, dalam jam 2pm.
Itu yang mode jubah ni. 
Dengan kehadiran anak-anak yatim As-Sakinnah.



Baby Aisy inside...


Terima kasih yang sudi datang memeriahkan majlis.

Monday, April 8, 2013

Sambil datang bersanding, jual shawl

Kakak ipar aku yang bersanding 6hb April tu, datang bawa 1 beg shawl cotton & lycra untuk dijual. 
Bijak sangat, ramai orang datang berkumpul utk majlis kahwin, sambil menjual tudung.

Tapi yang banyak borong, kawan2 aku juga.

Mula2 post di Instagram, pastu whatsapp dengan kawan yg berpotensi berminat beli.
 
Yang aku pakai ni cotton, lebar dan panjang.
Senang dililit sebab kelebarannya.

Pagi tadi ada dua org kawan mau beli tapi sdh habis, tapi nda apa nnt SIL aku akan buka FB Page jual shawl ni lagi.








Ini pelanggan dari whatsapp, jumpa di YOYO Suria.
Cari persamaan. Hahahah
#inisemuapoyo





Dua-dua ni pelanggan yang datang kerumah beli. borong seorang ambil 4/5 helai.
*Sorry gambar dorang buat muka pelik*

Testimoni semua orang suka sama shawl ni, nnt ada stok baru aku akan whatsapp kepada pelanggan yang berminat.

Kita berkongsi 'kecantikan' shawl yang murah bersama.



Tahniah kakak iparku

Sabtu lepas 06 April 2013 adalah majlis persandingan kakak ipar aku, kakak kepada suami ku. 
Ini belah perempuan di Sabah lah. 

Tema pakaian pengantin adalah BOLLYWOOD.
Super duper cantik ya.









Pagi gerak ke rumah mak




Susah betul gambar sama Azam sekarang









Mula2 tu tema warna baju keluarga pengantin perempuan adalah turquoise/teal. 
Tiba2 last minit kata tukar merah(?)
Ahh yang penting aku sdh siapkan baju ikut tema asal.
Hahahaha.

Baju aku semua recycle.
Baju Amira, glitter cardi dari Cotton On Kids, size 12-18M (baby).
Padahal Amira sdh 30M ya. toddler sdh bah tapi masih pakai size baby.
Dan dress sekali, masa tu sale 50%.
Dapat skinny jeans untuk Azam juga. 

Sempat lagi berkaraoke 1 lagu 'Dua Insan', lagu favorite ni.

Majlis sampai jam 2pm, lepas tu pengantin keluar photoshoot di Tjg Aru.

Dorang akan buat lagi majlis nanti di Seri Kembangan, 27hb April 2013.

Thursday, April 4, 2013

Meninggal di langit dunia




Hari ini buka facebook nampak status yang sedih tapi mengamit banyak memori.  

Anak kepada arwah makcik Som, salah seorang ahli Jemaah umrah rombongan kami update hari ini genap setahun pemergian arwah 04.04.2012.

Yang mana pada hari itu, rombongan kami dalam perjalanan pulang ke Malaysia.

Siapa sangka, makcik yang duduk sebelah kami didalam kapal terbang dari Malaysia ke Madinah selama 10 jam, adalah makcik yang akan kami tinggalkan di Mekah dan tidak pulang bersama kami ke Malaysia.

Didalam kapal, kerusi kami dekat tingkap, duduk bertiga. Saya, adik saya dan arwah.
Bukan pertama kali beliau umrah, tapi setiap tahun. Namun masih perlukan bantuan kami untuk temankan dia ke tandas, isi borang dan beberapa lagi. Walaupun tua tapi nampak sihat.

Sampai di Madinah kami berlainan bilik, jadi sepanjang disana kami cuma terserempak dengan arwah semasa ziarah dan makan di café.

Tetapi kebetulan semasa di Mekah, bilik kami bersebelahan.

Selepas selesai umrah sekali, arwah sakit. Penat, mungkin. 
Sebab umrah pertama kami adalah pada jam 1pagi. 
Selesai tahallul terus tunggu sampai habis Subuh, baru balik hotel.

Sejak hari itu arwah sakit, tidak kemana-mana.Bangun pun tidak larat.

Kadang2 kami tolong bawa kan makanan ke bilik. Papah ke tandas. Tukarkan baju.

Kebetulan selepas 4 hari di Mekah, saya period. Boleh temankan arwah di bilik semasa Jemaah lain ke masjid. Bagus sangat ada live Masjidil Haram di tv hotel, 24 jam mengaji. 

Adakalanya arwah minta dipicitkan kaki. Dudukkan di katil. Minum, ambilkan barang.

2 kali ke hospital. Pertama kali saya temankan di hospital. Kedua kali adik saya yg temankan, masa ni period stop 3 hari, boleh sambung lagi buat umrah. 

Sebab tiada Jemaah wanita lain yg ‘muda’ boleh bantu papah arwah. 

Sehinggalah waktu pulang, arwah ditahan di hospital, tidak dibenarkan pulang bersama.

Anak-anak arwah di Malaysia dengarnya sudah mohon visa utk ke Mekah.

Kami mendapat berita kematian arwah semasa sampai di Malaysia, dari mutawif disana.
Arwah meninggal semasa kami berlepas ke Malaysia. (kami berlepas malam jam 10pm kalau tdk silap).

Lepas seminggu anak-anak arwah ada call saya & adik. Mereka jemput kerumah, ke majlis tahlil, tapi masa tu saya sudah di KK. Jadi adik boleh lah hadir ke majlis tahlil arwah, berjumpa dengan ahli keluarga.

Disitu, hubungan silaturahim kami dan anak2 arwah terjalin sehingga hari ini semoga berpanjangan.

Siapa sangka, makcik yang duduk sebelah kami di kapalterbang, tidak dikenali, adalah Jemaah yang meninggal di langit dunia.

Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginya diberlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak pula dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, ‘Masuklah ke dalam syurga’”.

Al-Fatihah untuk arwah macik Kalsom.

Wednesday, April 3, 2013

Sekolah Azam Amira

Sebenarnya setiap pagi kami keluar awal dari rumah terus ke sekolah Azam/Nurseri Amira.
Jam 7.15am sdh keluar mmg sempat la smpai sekolah dan kemudian terus ke office sebelum jam 8am punch. Yeaay hijau.

TAPI…

Selalu punch limpas (lewat) jam 8am, cth 8.15am 8.30am 8.45am(?)

Sebab lepas tengok2 Azam masuk kelas, hantar Amira nursery, disinilah buat aku lambat.
Makin lambat maka sebenarnya makin banyak aku cerita2 sama cikgu2.
Cikgu2 yg di nursery ni dorang nda busy sangat kalau pagi sebab ada 3 org, 

Sambil tanya2 pasal Amira, berkenalan dengan kanak2/baby yg lain.

Sebok ja aku haha….

Setakat ni yang aku kenal Irfan, Iman (girl), Am…

Irfan ni sebaya sama Amira, lelaki, tapi cikgu cakap sebab dorang sebaya jadi dorang selalu main lari2 sama2.
Gaduh pun selalu.

Iman (girl) ni pula muda setahun, Breastfeed! 
Comel, rambut lebat, kulit putih mcm snow white.

Ada aku snap gmbar dia tapi nda lah letak sini nnt mamanya (kalau terbaca blog ku) kena marah pula tanpa izin hehe…

Selain berkenalan dengan cikgu & baby, tanya2 psl parents baby disini.

Mama si baby ini kerja mana?

Bapa si baby ini kerja mana?

Tinggal mana?

Jam berapa diambil? 

Jam berapa dihantar?

Random question tapi buat aku rasa dekat sama budak2 ni lah sebab dorang ni menghabiskan masa hampir 8 jam bersama Amira.

Sekarang ni aku minta pertolongan cikgu kalau boleh bagi kerjasama mau potty train Amira.
Cikgu cakap memang dorang mau bagi idea ni sama aku cuma dorang belum ada waktu sesuai utk bincang. Hehehehe…

Cikgu sdh berjaya potty train 2 org kwn Amira sepanjang dorang di hantar kesini. Bravo cikgu.

Cikgu cerita kemarin Amira duduk diam sorang2, rupanya dia TERkencing di seluar.
Sekali saja, lepas tu bila dia mau kencing dia cakap sama cikgu. 
Cikgu pun kena tanya balik2 sama Amira.
Tapi kalau tidur petang, dorang pakaikan diapers lah..

Setiap hari aku akan Tanya Amira depan cikgu2 nya. 

“Sapa mandikan adek?”

“Cikgu Syan (SAL)” Pastu tunjuk Cikgu Sal

“Sapa suap adek?”

“Cikgu Ima” Pastu tunjuk Cikgu Ima

“Ada cikgu marah adek ka?”

Ini aku memang tanya depan2 cikgu, bukan tujuan utk takutkan cikgu, tp kalau Amira ckp iya cikgu marah boleh tanya situ jg kenapa dia kena marah?

Cikgu pun perlu tau, mau marah, marah bersebab, jgn sebab kau stress nda dpt handle budak ramai terus mau marah2.

Cerita lain pula, masa cerita2 sama cikgu, ada kawan Amira ni berkutu, kena asingkan.
Yang kena asing tulah yg si Amira sama Azam suka pegi main sama dia.
Kesian pula kan nda kena kawan sbb berkutu. Aku nda kisah pun kalau dorang kena jangkit, nda mau lah anak aku ada perasaan “sebab berkutu nda mau kawan”

Lagi, ada yang bercacing, masa poo poo, najis baby tu ada cacing merah2 kecik2 di diapersnya.
Kesian cikgu sampai muntah2 tengok. Poo poo 2-3 kali pula tu. Budak tu nda aktif sebab sakit perut.

Cepat2 kamurang ni sembuh ok kawan2 Azam Amira.

Eh cacingan boleh berjangkit ka ya???


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...