Tuesday, March 19, 2013

Sangat Random Mac 2013

Ya aktiviti makan-makan luarbiasa lebih dari biasa masih diteruskan, ibu mengandung.
Biasanya kalau sabtu ahad tu mmg jaranglah sebenarnya keluar rumah awal pegi mana-mana, selagi belum zuhur selagi tu belum mandi.
Cuci kain ka, kemas2 rumah ka, lepak2 ka hahaha...

Tapi ibu mengandung (read:adik aku) pagi2 lagi bawa keluar cari makan.
Bapa aku lah mangsa sebab dia mau makan sup isi ikan la, kon lo mee ikan la, ni semua ni restoran yg bapa aku selalu pegi.
Bapa aku lah bawa, pastu bawa kami sekali.

Hari sabtu kon lo mee sup isi ikan Yam Cha. Restoran cina muslim.
Ahad kon lo mee sup isi ikan Restoran Atong, Penampang.

Lepas tu balik rumah baru buat kerjarumah sikit, terutama kain kainan. Ohhhh banyaknya...

Keluar balik cari makan lagi.

Ahad tu pegi kawasan rumah lama kami, tempat kami membesar, sekolah.
Hehehehe...
Abang aku masih duduk situ dengan family dia.
Lepak2 sana sambil MAKAN -.-"

Bagi Azam & Amira main dengan budak2 sana, main masak2, bahan-bahannya adalah semulajadi hahaha.
Rumput, tanah..
Sekali sekala.
Aku dulu pun main mcm tu juga.

Main lari2 panas2 pula tu jam 3-4 petang.
Beli aiskrim plastik.

Kami, makaaaaan...









Wednesday, March 13, 2013

Sama tak Serupa


Dulu, zaman kanak2, aku ada adik perempuan yg selang 3 tahun umur.
*Eh aku rasa aku pernah cerita ni dulu*

Nda pa cerita jalah balik.

So, mama suka belikan kami baju kasut aksesori yang sama tapi tak serupa atau sama 100%.

Bila sdh besar dewasa macam ni, kalau pegi shopping sama2 pun masih beli baju yg sama, taste kami sama. Hehehe…


Pastu kalau salah seorang beli baju online, post FB/Instagram, laju ja whatsapp tanya mana kau beli?
Itu yg suka beli baju sama tak serupa lagi selalunya di poplook & terkini Kikieshop.

Klau aku post gambar dia pakai baju mcm baju aku, tu bukan baju aku tu baju dia,sama.

Mungkin perangai mama yg suka meng-sama tak serupa-kan baju kami di turun sama aku tapi aku ada anak perempuan sorang ja (setakat ni).
Nda kan lah di kasih sama dengan Azam kan?
Ehehehe

Jadi bila aku shopping baju Mira, kalau murah/sale aku mesti beli dua atau tiga.
Sebab Mira ada cousin perempuan yg umur beza 2-3 tahun ja. Sebaya la gitu.
Kalau nda beli utk cousin belah aku, beli utk cousin belah ayahnya.
Atau beli 3 utk cousin belah ibu & ayah sekali.

Dan ada juga beli utk kawan2 yang ada anak sebaya Amira, contoh anak Sue si Dania.
Ini paling manang dibelikan hehehe.

Aku harap Mira akan ada adik perempuan macam adik aku
taste yg sama

perangai yg sama.
Hehehehe…

Barulah my sister my BFF.

*sempat lagi kah?*

Sekarang ni dia ada pose baru kalau gambar, aku pun nda tau mana di belajar macam tu.






Sama tak Serupa Cousin belah Ibu


Cousin belah ibu


Cousin belah Ayah


Cousin belah Ayah


Jangan baju, kasut pun mau sama

Monday, March 11, 2013

Aktiviti tiba-tiba



Adik aku yg pregnant tu, mau bersalin di KK, due dalam awal bulan April.
Dan sekarang dia ada di KK dari minggu lepas lagi menunggu hari.
Jadi itu tandanya akan ada banyak aktiviti mencari makanan selagi dia belum bersalin.

Sabtu lepas dia pegi kursus ‘FATHER FRIENDLY’ di Hospital Likas.
Kalau mau suami ikut masuk bilik bersalin, pasangan mesti ikut kursus ni.
Laki dia sampai KK pun jumaat malam tu, hari ni Isnin balik KL lagi.
Nanti dekat2 bersalin baru dia datang KK lagi.

Kemarin, ahad, boring2 dirumah, macam biasalah ada aktiviti cari makan2 lagi.

Plan mau pegi CP sebab ada blackball.
Blackball dia macam snowflakes, (aku pernah makan 2x di Pavillion, kalau nda silap)
Whatsapp clan nda suruh pegi CP sebab keadaan skrang di Sabah ni, hehehe.
Dilarang jalan, takut berkeluaran tu ‘tut.

SiDayah tu main boling lagi di CP.

Sampai2 CP, rasa lapar, padahal sudah makan Sphagetti Aglio Olio dirumah tadi.
Breakfast konon.

Singgahlah Sushi King.

Lepas Sushi King baru Blackball.
Di Tingkat 4, Palm Square. Dekat2 starbuck.
Boleh pilih isinya, campur2, lepas tu dia bagi kau satu mcm ‘UFO’
Biasa kedai bagi nombor, bila order siap dia panggil nombor.
Yang ni, bila siap order, ‘UFO’ kau ada bergegar2 (vibrate) & menyala2 mcm UFO.

Maknanya order siap, sila tuntut di kaunter.
Hehehehe…

Makan2, lepas mau balik.
Mau balik awal sebab malam ni ada celebrate birthday mak mertua aku.
Tapi singgah lagi makan icecream.
Duduk dulu makan di tangga, bukan lah tangga yg mau naik tingkat 5 tu, tepi tangga pentas bah.

Syaratnya, boleh makan icecream tapi kena habiskan dulu sebelum masuk kereta.
Nanti comot.
Hehehehe…

Kemudian balik, singgah Servay cari barang baby sikit.
Tambah2 collection baju.

Balik rumah, solat solat, mandi mandi, siap siap, jalan.
Azam & Amira belum tidur siang lagi ni dari tengahari tadi.
Tengok bateri dorang macam mana nnti malam, boleh tahan lagi ka tidak.



Sama tak serupa, Cousin.












Friday, March 8, 2013

JB SPORE Bhgn. 4

Hari ke-4 hari ni nda payah kelam kabut bersiap sebab tiada lagi jadual awal pagi mcm sebelum ni.
MakYang bawa pegi JPO hari ini.
Ingat mau pegi Legoland tapi mcm nda sanggup, kaki sakit sdh jln jauh.

Jam 10am gerak pegi JPO, memborong baju budak saja di PADINI, RM9 sehelai.
Yang lain2 kedai tu tiada lah shopping mopping.
Tengok2 cuci mata saja. Eh Ye Ke??? Hehehehe.

Jam 1pm kelaparan, keluar JPO. 
Bawa makan Mee Rebus Tulang di Restoran ZZ Sup Tulang.
Gila sedap tapi mee rebusnya sikit banget. 




Kemudian MakYang singgahkan kami di Angsana sebab dia mau balik hantar laki dia ada keja shift malam.

Kami bingung mau buat apa didalam ni ehehehe.
Mcm centrepoint la, tiada apa2 ni. :p
Sementara mak-mak jalan2 tengok kain. Kami anak beranak turun floor paling bawah (biasanya byk kedai makan2) kan.


Subway & Chatime
Maklumlah sabah tiada subway, berabis la kami mengorder memilih2.

Jam 6pm balik hotel kejap.

Malam sambung lagi pegi Danga Bay.

Ada Funfair.



Merry Go Round yang sangat cantik


Main2 kejap pastu balik hotel jam 9pm.

Jam 9.30pm kelaparan, tapi malas turun, mak-mak pun malas turun.
Order Dominos pizza.
Aku siap whatapss ely tanya kalau jb ada dominos ehehe.
Setengah jam sampai order, 3 regular pizza & side dish chicken wing bbq.

Esok flight jam 7am!
Gila kan, padahal beli tiket jam 10am.
Rescheduled sesuka hati ja.
Jam 4am sdh jalan ke airport.

until we meet again Jb & Spore.
♥♥♥

JB SPORE Bhgn. 3

Esoknya hari ketiga di JB, pegi Spore (lagi). Hehehe.
Kali ni kami turun awal siap2 (takut ketinggalan bas).
Hari isnin, orang nda ramai sangat, bas pun 1 ja.

Hari ni laluan ke imigresen pun senang nda ramai sangat orang.
Pastu jln pun mcm dekat, aku nda tau ni link 1 ka link 2, yg pasti nda sama mcm kemarin punya imigresen.

Sampai USS dalam jam 9am mcm tu lah lebih kurang.
USS pun belum buka lagi.
Tunggu BIL ejal lagi, sebab mak-mak nda ikut masuk USS, dorang ada plan lain jalan2 sekitar Spore lagi.
Ejal bawa mak-mak jln, kami anak beranak masuk USS.

boleh dapat gambar solo mcm ni
Kami cuma beli 2 tiket USS untuk dewasa di kaunter Oddysey (bas ke Spore).
Sampai USS baru mau beli 1 tiket kanak2, sbb budak bawah 4 tahun adalah free.
Tapi konon2 kami try jugalah masuk bawa Azam nda bagi tiket.
Eh, kena lepas pula.
So, Azam nda payah tiket, boleh shopping lebih sikit didalam.

Masa mula2 masuk tu kan awal2 jmpa Frankenstein pastu berbaris panjang lah orang mau bergambar sama dia, padahal cuba kau masuk lg didalam banyak lagi boleh bergambar. Mungkin sbb 1st time masuk nda sedar didalam tu luas lagi. Boleh kau round balik 2-3 kali (mcm kami). 
Jadi biarkan mereka berbaris, anda teruskan perjalanan ke Hollywood & Sesame Street hehe.

Mira nda cukup tinggi masuk sini, jadi Azam sama Ayah ja
.
Kami tunggu luar
Orang berebut bergambar sama Elmo. Azam pula takut.
Show jam 10.30am

Show pun ada jadual, jadi ikut jadual supaya nda ketinggalan.
Kami jalan ikut jadual. Jam 10am mana, 10.30am mana, memang tiada ketinggalan hehe.

Cuma sebab penat & bawa budak ada yg nda terkejar la.
Mula-mula ja gambar cantik-cantik, lepas tu semua nda larat penat.
Hehehe

Kalau ikut jadual, kena ke Madagascar.


Sini ada dua Ride, dua2 pun si Mira main.
Main sampai 2 kali lagi. Suka sangat. Kalau nda kena paksa jalan, dia mau main lagi.
Azam? Hmmm... nda mau.

Kemudian, Far Far Away.

Mesti Masuk!!! 4D Adventure. Gila best. 

Castle

Rumah Shrek
Fairy Godmother Potion Shop
Fairy Godmother & Prince Charming. *malas beratur*

Round ke-2 jumpa Puss in boots


Round ke-3 jumpa Pinochio .
Shrek & Fiona.
(kes malas upload gambar sini, semua ada di facebook sudah)

Far Far Away aku paling suka, sampai 3-4kali aku singgah sini, masuk kedai Fairy Godmother pun 2 kali.
Hehehe tapi nda nampak Donkey LIVE :-(

Sdh tengahari baru nmpak ada stroller disewa, itupun single, mau double tapi habis.
$10.

Serius- Kami tawaf USS ni sampai 4kali.
Hahaha.

The lost world - Jurassic Park - Waterworld, (nda best) next!!
Hahahaha jahat.
Sini pun mira naik burung sampai 3x. Nasib nda ramai orang, jadi boleh lah dia main balik2 nda payah baris panjang2.

Padahal sini kami lama juga sebab ada smoking area. -.-"


Azam tengok peta konon

Beli minum agak mahal botol $19.90 Shrek $29.90 Transformer -.-"
Tapi botol tu boleh refill $2 sahaja, eheheh :-)

Ancient Egypt



Round pertama jumpa sapa tu perempuan? Anaksunamon?
Round kedua jumpa



Tengok, mau 2-3kali round baru jumpa.

Penat jangan cakap.
Sampai baring2 lagi anak aku dijalan.

SciFi City

Sinilah paling lama & paling balik2 di pegi. Ada Transformer.
*Skip upload gambar*
Semua pun gambar laki aku hahaha.

Lepas tu balik ke Sesame street.
Kami rehat lama sini, sambil tengok show lagi.
Masa ni laki aku patah balik lagi Transformer

Kami duduk jauh tapi kena panggil pegi depan paling depan disini.


Makan pun ada juga yang halal.

Tempat solat pun boleh lah mana2 yg tersorok, banyak tempat tersorok jg sana.

Ada beberapa game yg budak bawah 80cm nda boleh main, rujuk sini.

tips*
- Bawa sandwich tuna banyak2, beli di 7eleven buat sendiri. sebab anak aku pun nda lalu makan disini.
- Anak lebih satu sila sewa stroller double sebab dua anak nda mau berkongsi -.-"
- USS sangat seronok, yg dewasa seronok kanak-kanak lagi seronok.
- Tapi jalan2 di Spore nda seronok sangat, jauh. 
- Tandas sangat bersih dan 'kering' sbb tiada paip air, tapi biasanya tandas paling hujung depan atau belakang ada yg berpaip. satu ja. sila cari. ehehe.

JB SPORE Bhgn. 2

Jadi hari ke-2 di JB kami plan ke Spore hari ini, tapi tidak ke USS sebab hari ini hari Ahad, dijangkakan sangat ramai pengunjung. (sumber abg ipar).

Tapi pagi2 lagi kena tinggal bas, suruh tunggu jam 7.30am, jam 8am baru kami turun haha.
Nasib baik lah dorang 'tumpangkan' dengan bas lain. hehehe.

Muka kena tinggal bas


Turun imigresen Msia dulu.

Naik bas balik.

Pastu turun lagi imigresen Spore.

Naik bas lagi balik.

Baru bas terus ke USS.

jangan tinggalkan barang di bas

Sampai stesen tu mcm basement parking la kan, bingung sudah mau pegi mana?
Tapi kami ikut ja orang jln naik escalator.
Sampai atas tu blm lagi kami sedar yg kami di depan USS sdh, sekali pusing belakang nmpak globe USS.

teruja rupanya pintu uss tu ada dibelakang ni

Heheheehe.

Tunggu abg ipar, dia bawa jalan2 Spore sampai ke Merlion Park.
Naik MRT.

lepak2 tunggu ejal (BIL)
ejal tour guide

Ahli Rombongan

MRT

Merlion Park

Balik USS naik MRT lagi jam 6pm.

Lepak2, gambar2, jln2 area ni sampai jam 7pm.
Turun bawah, bas sdh ada.
Naik bas balik, dengan penat jln kaki sepanjang hari.

Kena lagi turun naik bas 2x imigresen Spore & Msia.
Penat ooooo.
Dengan bawa budak.
Dengan bawa barang.

Tapi balik tu hntar sampai depan hotel.
Mak aku & MIL kata senang lah sebab terus sampai hotel, sbb kami plan esok tu mau ke spore naik teksi. Padahal teksi hantar sampai stesen ja nnt pastu ambil teksi lain ke hotel.
Biar mahal bayar tiket bas katanya asal terus sampai ke destinasi (hotel).
Kalau naik teksi RM10 seorang.

*penat sebab tiada stroller.
**makanan susah, nama ja halal tapi... (sila PM utk tanya)
***Bandar sangat bersih

Tamat Bhgn. 2

Thursday, March 7, 2013

JB SPORE Bhgn. 1

02 Mac, flight KK-JB (rescheduled) jam 10.10am. Tapi oklah, ngam2 sampai jb jam 12.30pm macam tu. 
Sampai airport JB ada makyang (adik mertua aku) tunggu, bawa pegi tunehotel. 
Tapi checkin time 2pm, so lepak2 dulu.
Nampak sekinchan ikan bakar depan hotel ni, jadi lunch dulu.

Kemudian, check in.


Bilik kami, katil sempit untuk anak dua.
Rehat2, mandi, pastu turun bawah ofis Oddysey ambil tiket bas utk esok.

isi form siap2...

Malam tu MakYang datang ambik, dia jemput pegi rumah dia dinner.
MakLong tinggal sekali ngan MakYang.
Dapatlah jumpa keluarga belah mak mertua aku kat Johor ni.

Dihidangkan dengan soto...

Lepak2 sini sampai jam 9pm *lepas habis buletin utama tv3*
Update pasal lahad datu, serius aku nda tengok berita, aku baca twitter lagi update.
Lepas tu makyang hantar balik hotel tapi sebelum tu dia bawa round2 dulu.

Rupanya Danga Bay tu agak jauh juga kalau mau jalan kaki dari tunehotel.

Petang tu ada juga kami try jln kaki, ternyata memang jauh, terus patah balik sebab hujan.
Banyak hotel2 dekat sini yg murah yg dan nampak 'baru'.
Cth: Zoominn Hotel.

OK tamat Bhgn. 1

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...