Monday, February 25, 2013

Sangat Random Februari

Bulan Februari sudah mau habis, baru aku mau update blog, hahaha...
Nda juga ada 10juta viewers, i is tak kisah.

Biasa macam ni lah, kalau mau cuti (panjang)aku pun berabis lah rajin kasih siap kerja awal-awal.
Lagi-lagi awal tahun mcm ni, pastu bos pun sibuk cuti-cuti CNY, dia pun lepas kan lah kerja dia semua sama aku.

 Sekarang ni aku tengah sakit gigi, ketumbuhan gigi geraham bongsu.
Wisdom tooth lah katakan.

Azam Amira batuk selesama tapi biasa-biasa ja.
Kalau boleh aku memang elakkan anak aku jumpa doktor makan ubat.
Batuk, aku paksa minum air banyak-banyak & madu.
InsyAllah baik lah nanti sebelum kami cuti-cuti Malaysia.

Perihal booking membooking & bayar membayar pun sdh selesai 80%.

Kami jln nanti, adik aku yg sarat mengandung tu datang KK.

Dia mau bersalin di KK.
Sudah booking kelas prenatal (father friendly) untuk dia, nnt dia pandai2lah pegi.

Masa booking tu pandai lagi aku menyamar jadi dia hahaha...


Cerita budak sekolah ni,
Kadang2 Azam ni pulang rumah dia nyanyi/baca doa lah zikir ka apa ka ada yg aku nda tau.
Samada aku lupa (jahilnya) atau apa kah.
Contoh doa selepas mengaji al-quran tu.
Boleh pula dia hafal, aku pun nda hafal.
Tapi kita zaman sekolah dulu pun banyak kita hafal cuma kita tidak amalkan.

*aku ada post gmbar doa tu, tapi failed.

Jadi sekarang ni bila anak sudah hafal, mcm mana mau buat supaya dia tidak lupa?
Kena AMALKAN selalu ni.

Ya Allah bagilah kami ni istiqamah. Amiiin.

Sunday, February 10, 2013

Amira Chiffon Shawl

Wahhh tetiba ada nama sudah Chiffon Shawl ni padahal bukan buat sendiri.

Hahahaha.

Ok nda pa asal ada nama.



KOD 01
*SOLD OUT*



KOD 02



KOD 03

KOD 04
*SOLD OUT*


KOD 05


KOD 06
 *SOLD OUT*


Contoh KOD 06

 Contoh KOD 02

Saiz 150 x 60 cm
RM15
Pos RM6
Email : puannoel@gmail.com

Wednesday, February 6, 2013

Pencarian makanan tekak ibu hamil 3 dan harijadi

Hahahaha...berapa banyak episod la?
Nda pa ini last lah sebab si ibu hamil tu sdh balik KL semalam.
Jadi sambung balik *diet*


Ni rumah macik aku, dia jemput kami makan Barobbo & Baroncong hah ambik kau nama makanan/kuih bugis.
Bukan jemput pun, paksa masak sbb hari tu kan birthday mak aku jadi dia kena relax & enjoy. Hehehe

Barobbo tu mcm bubur nasi+jagung adalah campur ayam biasanya kami suka leher ayam dan sayuran sikit.
Baroncong tu pula kuih aku nda tau mcm mana masak dan apa bahan, tp kena ada acuannya.

Lepas makan-makan, lepak-lepak ni, kami plan mau celebrate birthday mak di rumah.
Tapi mak ckp nda payahlah membazir beli kek semua tu.
So kami pun oklah, kalau nda mau celebrate kami keluar lah jalan2 cari makan LAGI!

Padahal kami keluar pegi beli kek, beli barang birthday hat la mask la hahaha.
Kelakar gila masa beli tu semua gelak2.
Pastu sampai rumah tu,di luar rumah kami pasang lilin, pakai hat & mask.
Orang suruh buat senyap2, budak2 (anak aku anak buah & anak cousin) semua bising, kecoh.

Mak aku sdh jerit dari dlm rumah kenapa bising sangat diluar.


Ni sdh siap semua ni kami tunggu mak keluar konon mau suprisekan,sekali tunggu punya tunggu nda keluar2 pun, Hahahah...
Jadi,
Kami masuk dlm terus nyanyi birthday song, aku nda boleh nyanyi sbb terlampau ketawa.
Lucu lah semua masuk pakai hat mask pastu tiup2 lagi apa tu yg bising tu.




Bestlah semua sporting ikut plan.
Mak aku ckp ni bukan birthday orang umur 52, ni umur 2 tahun pnya celebration.
Nda palah mak sekali sekala.
Bukan selalu dapat kumpul kecuali raya.

Selamat ulangtahun 52 semoga diberi kesihatan dan kebahagiaan dunia akhirat diberkati Allah. Amiiin.

*tiada gambar mak sbb dia pakai baju tidur ja, suprise katanyaaaaaa kan??
 

Tuesday, February 5, 2013

Pencarian makanan tekak ibu hamil 2



Sambungan dari kisah 1.

Ini yang aku update ni makanan luar, belum lagi kira yang mama masak punya di rumah.
Gila makan betul, dirumah sdh makan, keluar makan lagi.
Kalau dirumah tu macam2 lah. Ikan bakar,sayur ubi tumbuk,sup payau,udang ketam. Banyaklah lupa sdh separuh2 tu apa lagi.

Hari ke-2 diteruskan dengan aktiviti malam juga.
Pisang cheese di Anjung Senja MNCorner, ini paling dekat & masih buka.
Jadi layan.
Ada juga nasi ayam penyet, nasi lalap.







Kami penumpang ja hari ini sebab ayah ada aktiviti motor, lewat sikit dia join kami.
Jadi kami anak beranak duduk belakang. hehehehe.



Tiada gambar makanan pula sebab aku busy layan anak lari2 di anjung senja.


kiri tu bini abang aku belakang adik bongsu aku.



Lepas lepak2 lama sikit, terus ke Fook Yuen cari Dim Sum.



Lepas tu balik, mengantuk, kenyang, perfect combo.



*Ada gambar makanan tp di hp mak buyung nnt klau ada aku update lah gambar dim sum/nasi ayam penyet/nasi lalap.

Monday, February 4, 2013

Pencarian makanan tekak ibu hamil 1



Ingat lagi adik aku yang kahwin Mac 2011 (http://noelazamira.blogspot.com/2011/03/alhamdulillah-dah-selesai.html)
sejak pregnant 6-7 bulan lepas nda pernah dia balik Sabah (KK). Jadi kalau dia mengidam makanan2 mama atau makanan2 sabah ni kena tunggu lah sapa2 pegi KL, kirim.

Atau ada juga sekali2 kami pos.

Jadi, khamis lepas dia balik KK dengan husbandnya.

Maka bermulalah aktiviti makan makan makan saja. Hahaha

Mula-mula tu pegi pasar malam pilipin makan COTO MAKASAR.
Sebab sini ada gerai macik (sepupu bapa) aku berniaga.
Coto Makasar dia memang superb.
Makan dengan buras.
Plus ABC.
*gambar semua dari instagram*

Casing iphone ni aku beli di kaison, belikan mak buyung sekali.

Dari kecik semua benda nak sama, terima kasih lah mak sebab selalu belikan kami benda sama ehehehe.
Taste baju tudung kami pun sama. Jadi takde masalah kalau belikan sesapa.
Baru-baru ni aku rajin beli baju di Kikieshop (search fb), dia pun suka, terus borong.

Esok bersambung lagi 'pencarian makanan' untuk tekak mak buyung kami.

Oh aku mau share ni CRINKLE SHAWL beli di KFHijabi (facebook).
Lebar & senang pakai & murah RM28.
Biasa nampak orang jual RM35.





 OK itu ja.Bai.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...