Thursday, January 31, 2013

Pasal sekolah dan rawak (random lah).




Jadi hari ini kira genaplah Azam & Amira sekolah 4 minggu.
Setiap hari ada saja 'aduan' dan 'cerita' baru.

Biasalah benda baru kan.

Budak dua orang ni mana pernah pergi taska ka taski ka dan sewaktu dengannya.

Walaupun 1 sekolah tapi kelas dorang lain-lain. Kawan pun lain-lain.
Aku mau share cerita random dorang. Ini diceritakan oleh Azam & Amira samada dalam kereta balik rumah / waktu makan / sebelum tidur.
Bila Azam start cerita si Amira pun sebok juga mau cerita.
Pastu terpaksa layan dua-dua cerita.


#1
Azam : Ibu, kawan saya kan nama dia Zaki selalu berak. Kami ckp sama cikgu. "Cikguuuuu, Zaki berak". Dia selalu berak di lantai.

#2
Amira : Ibu, kawan adek si ipan ambil nenen adek, adek marah dia. Dia nanges.
Ibu     : Mcm mama adek marah?
Amira : Hoiiiii itu nenen adek lah.

#3
Azam : Kawan saya si apik tu kan selalu ambik makanan saya, tapi saya bagi, tapi dia mau pegang sendiri semua.

Kalau saya lumba lari sama apik, saya no.1. Apik kalah.

#4
Azam  : Kawan adek kan yang perempuan tu tak suka sama saya. Kalau Azam dekat sama dia kan dia nangis. Jadi saya lari.

#5
Amira : Cikgu adek Cikgu Lina tu selalu nyanyi 
"Kalau rasha gembira tepuk tangan"

Setiap hari mesti ada cerita baru, aduan baru. Hahaha

Waktu malam aku suruh dorang ni tidur awal, paling lewat pun jam 10pm.
Tapi kalau aku pegang2 hp, Azam mesti marah.
"Ibu ni nak tidur ke nak main hp? esok mesti lambat bangun"
-__-"

Semalam lama jugaklah aku bercerita sama Azam pasal kawan dia si Izan.
Pastu tetiba ada suara marah.
" Hoiii tidun la tidun!!! "

*Sebut rrrr pun tak betul ada hati nak marah orang suruh 'tidun'*
Hahahaha

Amira belum pandai sebut rrr lagi.
Keluar  = Kuan
Tidur   = Tidun

Tapi bila suruh cakap rrrr dia boleh sebut RUMAH, RAMBUT.

Perkataan ada huruf S pun dia bunyi 'SH'.

Pastu Amira ni bercakap kadang-kadang macam sengau.
Hahahah. 
Perkataan dia sebut banyak 'angin'.

Kebanyakan perkara rawak ni aku sudah tweetkan. Tapi mau juga diblogkan.
Boleh baca bila-bila nanti.



Monday, January 21, 2013

Nama penuh

Aku, kalau marah/geram sangat sudah sama budak berdua ni (baca:Azam & Amira) memang aku panggil nama penuh.

Dengan tanda seru!
Hahaha (mcm mana tu?)

Kalau Azam aku jerit lah Azamuddin Hadi! Ndalah aku jerit Noel nanti bapaknya pula terasa.

Kalau Amira, Amira Khairunisa!

Budak dua ni suka ikut balik aku cakap kalau aku sudah marah panggil nama penuh ni.
Dua-dua nilah sama saja.

Pada suatu hari, si Amira ni geram betul sama abangnya si Azam sebab geletek kakinya yang tengah menonton Upin Ipin : Taman Mesra di yutiup.

Dia jerit...
Azam Khairunisa!

Konfiden ja kau kan?!

Hahahaha Khairunisa tu nama mu nak, bukan nama abangmu.

Amira Khairunisa!

Pastu dia malu. Eh eh Azamuddin Hadi katanya.

Random : Kalau dapat baby girl lagi aku rasa mahu pakai nama
AMINAH KHAIRUNISA.

Kan? Kan? Kan?

Thursday, January 17, 2013

Belajar apa di sekolah?

Mak : Sekolah ok?
Anak : ok...
Mak : Kenapa jawapan sama je?
Anak : Sebab soalan sama je...

-.-"

Itu bukan aku lah tapi aku baca mana ntah, twitter kot.

Biasalah mak mak kan, asal pulang sekolah tanya, belajar apa hari ini?
Buat apa?
Makan apa?

Pastu asek-asek jawapan dorang belajar ABC, Alif Ba Ta, 1 2 3, Baca doa.
Bila suruh dia ulang, nda ingat pula.
Hahahaha...

Tapi semalam, lepas aku solat Isyak masa tu Amira tengah baring-baring di katil baru lepas susu lah.
Dia nyanyi ulang baris yang sama.
'Kalau rasa gembira tepuk tangan"
Aku bantai gelak.
Pastu aku pula nyanyi konon-konon sambil buat kerja.
"Kalau rasa gembira tepuk tangan"
Serentak pula Azam & Amira tepuk tangan.
Hahahaha
Bantai gelak lagi.

Lepas tu nyanyi sampai bosan sebab asek-asek ibu yg kena nyanyi dorang tepuk tangan, hentak kaki, kata horey..
-.-"

Kemudian makan, tengok TV kejap.
Masuk bilik tidur, Azam cakap dia suruh aku ikut apa dia buat.
Batu , Gunting , Kertas.
Buat di tangan, macam main ohsom/cus bah kalau sabah.
Dia nyanyi lah sambil buat tangan sambil aku & Amira ikut.

Batu Gunting Kertas
Batu Gunting Kertas
Tangan Kanan Batu
Tangan Kiri Gunting
(Tindihkan Kiri bawah Kanan)
Siput Siput...
Siput Siput...

Batu Gunting Kertas
Batu Gunting Kertas
Tangan Kanan Kertas
Tangan Kiri Kertas
(Kaitkan kedua ibu jari)
Rama Rama...
Rama Rama...

Batu Gunting Kertas
Batu Gunting Kertas
Tangan Kanan Batu
Tangan Kiri Batu
(Pukul dada mcm gorilla katanya)
Boxing Boxing...
Gorilla Gorilla

Sekian.

Tuesday, January 15, 2013

Bekalan ke sekolah

Biasanya Azam & Amira aku bangunkan dan mandi bersiap semua tu jam 6.30am.
Tapi aku kena pastikan semua kerja sudah siap, aku pun sudah siap.
(Kdg2 sdh pakai tudung pun jadi senget benget kena tarik)
Macam ni percaturannya agak senang lah, bagi aku.
Sebab kalau dorang siap awal sebelum aku, ada kemungkinan (100%) hahaha dorang akan tidur semula dan agak berisiko untuk diangkat ke kereta.
Tugas pakai kasut dan masuk kereta adalah tugas Ayah. 
Keh keh keh.

Tapi hal lainnya, perjalanan ke sekolah 25 minit boleh digunakan sepenuhnya untuk tidur pula.
Bila sampai sekolah, berisiko lagi untuk angkat masuk sekolah.
Dah hensem2 berbaju sekolah (Azam) rambut bersikat rapi walaupun grebo muka berbedak Anakku tapi mata pisat-pisat sebab baru bangun lagi sekali.

Tadi kan sudah ada penyelesaian supaya nda tidur balik lepas mandi sementara tunggu ibu siap.
Sekarang penyelesaian supaya nda tidur balik semasa dalam perjalanan.

Sediakan bekal ringan-ringan untuk dinikmati. Contoh : Sosej, Nugget, Fries.
(Makanan proses pula semua T__T)

Minggu depan kita sedia bekal ringan-ringan lain lah mcm roti ka kuih ka.

Lagi satu, Azam suka mengadu 'saye ni asek lapar je bu kalau sekolah'
-.-"
Bila aku tanya cikgu, makan 4x sehari.
Portion pun cukup, nda lah kekurangan.
Mungkin Azam belum biasakan diri makan tempat lain.

Setakat ni bagi juga dia bawa bekal mee goreng, nasi goreng, telur rebus, telur goreng, ayam goreng.

Kita tunggu aduan minggu depan.
Hem hem.








 PALING!!!

Eh belum pula aku habis cerita.
Kemarin aku lupa bawa susu si Mira. 
Jadi jam 10.30am macam tu cikgu nya call aku lah.
Alamak...
Aku balik rumah 15minit, pegi sekolah hantar 15minit.
Sampai sana aku tengok inilah kejadian si Mira.
Cikgu cakap, syukur si Mira jenis hisap jari, 
kalau nda mungkin dia nangis-nangis sudah mau susu.

OK itu sajalah.
Tunggu borang aduan minggu ini.

Cerita si ex-kaki TV



Dulu masa bujangan belum kahwin macam tulah, aku ni kaki tv/radio. 
Belum ada smartphone lagi zaman tu, computer pun belum punya, apatah lagi internet.
TV/Radio sajalah hiburan.

Mahu keluar berpelesaran pun bukannya remaja, memang bukan jenis keluar malam juga.
Balik kerja, duduk rumah layan TV. 


Padahal dulu semua jenis drama melayu cina india barat timur aku sempat layan.
Boleh pula tu follow dari episode awal sampai akhir.

Tapi sejak sudah kahwin lah beranak pinak ni, semua jenis cerita TV aku nda ‘dapat’ layan.

Paling aku tiba-tiba terasa bahwa aku memang tiada masa menunggu depan tv drama bila orang sibuk cakap pasal drama ‘Nur Kasih’ tu.
Masa tu macam last episode sudah, semua pelakon utama ada interview di radio.
(dengar radio pun bila dalam kereta ja).
Terus aku macam ‘eh cerita apa ni nda pernah tengok pun, nda pernah tau pun ada main, iklan pun nda pernah nampak’. 
Pasal nda pernah tengok TV.
Aku pun nekad konon-konon tengok di tonton.com.my.
Itu jalah yang aku tengok drama sebenarnya.

Sampai lah drama ADAM & HAWA, tengok online juga.
Episod 1-70, 10 episod akhir nda best sudah. Heheheh.
Dan yang terbaru, DALAM HATI ADA TAMAN.
Puuuuun tengok online juga.

Tapi untuk sejarah sekian kalinya aku tengok DHAT di TV, SEMALAM!!!
Gigih ni siapkan masak,makan,kemas barang sekolah, barang kerja, budak, ayah, ibu. 
Yang penting jam 9pm aku mau tengok juga episode 12.

Lepas habis tengok, aku ada perasaan ‘rugi’ disitu.

Padahal daripada aku melangok 1 jam tengok TV jam 9 sampai jam 10 sebelum anak-anak aku tidur, boleh aku main sama dorang macam biasa. 
 Atau buat kerja rumah. 

Quality Time.

Kalau macam anugerah-anugerah tu boleh lah melangok 2-3 jam sebab biasa rancangan begini buat weekend. 
Esok cuti jadi nda kelam kabut lah kalau tidur lewat budak2 ni.

Aku nda boleh lah mau duduk tengok tv mcm ni lagi.

Dari balik kerja sampai tidur isnin – jumaat mesti habiskan masa dengan budak2 diwaktu malam.

Yang aku boleh layan pun Ustaz Don sambil iron baju. 

Oleh itu, semua drama-drama melayu cina india barat timur ni aku tengok online sajalah.
Itu pun tengok lunch time/system down.

Inilah kisah si ex-kaki TV.
Kah Kah Kah...
Dan aku bangga.

 


Tuesday, January 8, 2013

Azam & Amira : Sesi sekolah 2013

Jadi akhirnya kami kedua orang tua ni pun membuat keputusan untuk hantar Azam & Amira ke ABIM.

1. Sebab Islamik, cikgu besar ustazah, cikgu kecik semua pakai tudung labuh.
2. Ada daycare untuk Azam & Nursery untuk Amira.
3. Aku suka kalau Azam & Amira satu tempat so tak payah pisah-pisah. Dorang dua ni suka mencari satu sama lain.
4. 10 minit dari tempat kerja aku.

Setakat ni sudah 5 hari pergi sekolah. Ni first time ni sebab selama ni anak-anak aku orang yang jaga, maksudnya bukan nursery.
Samada (dulu) ada bibik dirumah atau hantar rumah (macik) pengasuh jagakan.

Kalau dulu hantar pengasuh, aku tinggal angkut ja dorang ni nda mandikan, tapi pagi2 kena sediakan makanan lah.

Sekarang ni kena siapkan (mandi) awal pagi dari jam 6am sudah kena kasih bangun.

Haduihhh hari pertama kedua tu berperang lah juga. Azam ni mana biasa bangun awal, tidur jam 12-1am, bangun jam 12pm.

Apa aku buat, aku angkut Azam dulu pegi tandas, kejut2kan di tandas. Tapi malam sebelum tu aku sudah cakap esok kena bangun awal mandi pegi sekolah. Susah mau kejutkan kalau masih di katil ni.

Si Azam ok lah tapi si Amira.
Paling berperang lah.
Sampai tandas nangis-nangis mengamuk.
Dari mandi sampai pakai baju masuk kereta sampai lah sekolah menangis.
Yang kemarin & pagi ni mandi nda nangis tapi mata tertutup, rasanya masih tidur lagi tu. Hahaha...

Tapi cikgu cakap Amira ok lepas dia sambung tidur pagi, bangun dia ceria.

Kena lah biasakan macam ni tiap pagi ya nak. Boleh juga kalau pagi nda mandi nanti sampai sekolah cikgu mandikan tapi entahlah aku rasa biarlah aku mandikan.
Aku tengok banyak pun budak yang pagi-pagi cikgu mandikan di sekolah.

Cikgu besar cakap seminggu dua masih minggu orientasi, biasakan diri belum ada sesi pembelajaran. Baju & buku pun belum bagi lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...