Saturday, December 29, 2012

Tudung Labuh & Niqaab

Sudah 2-3 kali orang datang blog ni keywords tudung labuh & niqaab.
Mungkin diorang tengah cari online shop jual tudung labuh & niqaab.

Jadi, marilah aku cadangkan kalau nak cari tudung labuh yang benar2 labuh atau niqaab yang selapis, dua lapis, tiga lapis & custome made.

Macam-macam niqaab ada juga yang biasa atau butterfly.

Facebook : Al-Hijaab

Ini abang ipar aku & Isteri dia punya idea, dah lebih setahun (kalau tak salah) diorang buat ni sebab isteri dia pakai purdah jadi kadang-kadang susah nak cari yang benar-benar mengikut citarasa kita. 

Ada yang longgar, atau ketat sangat. 

Jadi, yang suka niqaab & tudung labuh boleh belek-belek album, pasti korang berkenan.
Oh dan boleh pilih warna, bukan hitam saja.

Oh dan lagi ada untuk kanak-kanak.


Birthday : Noel Miqael

Setahun sudah budak ni, sepupu sekali Azam & Amira, anak kepada kakak ayah dorang. Hahaha
Bingung aku

Aku pernah blog pasal kelahiran dia dulu sini.SINI.

Dorang jemput pun hari khamis, nda sempat mau beli hadiah lah apa lah.

Buat majlis kecil-kecil di Full House, Suria Sabah. Keluarga terdekat saja datang sepupu sekali sekali ja.

Lepas tu kami pula paling awal haha, lepas balik kerja aku terus ambil budak-budak terus ke Suria.




























Kek sedap, red velvet. 
Cup cake pun sedap, red velvet.

Semoga menjadi anak yang soleh. Amin.

Thursday, December 27, 2012

Siyum dulu

Mira;
Adek ada sesuatu untuk ibu, siyum dulu.
(baca : cium)

Aku kah yang biasakan si Mira ni sebelum bagi apa2 kena siyum dulu.

Tapi comel la, cakap siyum dulu pastu muncung mulut minta siyum.

Bukan apa-apa pun 'sesuatu' tu.

Kadang-kadang sisir, lipbalm, hp, apa-apalah barang ibu.

Lepas tu kenalah buat-buat muka suprise gitu hahaha...

Wednesday, December 19, 2012

Cerita Durian Crepe

Macam drama saja sampai rasa mau nangis pun ada, kempunan. Serius oh.

Isnin aku order durian crepe dengan seorang yang di-rekemen-kan oleh kawan. RM10 utk 6pcs. Order 2.
Tanya COD area tempat aku kerja, ok? OK.

Selasa tanya jam berapa hantar? Jam 12.
Jam 12 call (lebih-lebih sikit), da cakap lambat, jam 4pm.
Jam 4pm call (tepat). Dia cakap : sorry sis order mu di beli orang untuk buat kenduri.

Pasrah dan redha.
Iya kah pasrah dan redha?
Dahlah aku sudah lama mencari benda ni, sakit hati betul aku punya order kau jual sama org.

Rasa teraniaya.
Oh doa orang teraniaya ni selalu makbul.
(Wahh kalau janji Allah yg itu aku mau tuntut laju-laju tapi janji aku pada Allah pura-pura lupa)
Serius aku mau doakan dia yang jahat-jahat. Biar bisnes kau gagal. Kemalangan.

Tapi aku fikir untuk apa? Dendam?

Aku pasrah lah.
Aku doa semoga Allah timbulkan rasa penyesalan besar seluas lautan sama penjual tu.
Padan muka kau hahahaha.
Astaghfirullahalazim.
:-)

Tiba-tiba pagi ni budak tu sms tanya dia mau hantar hari ni jam 12 kalau aku mahu.
Hoii maulah!

Hantar sekarang!


Monday, December 17, 2012

Hai kawan

Bila cakap pasal kawan, kawan paling best sekali ialah kawan zaman sekolah. Kan?
Walaupun lepas tu kita sambung belajar jumpa kawan baru, kerja jumpa kawan baru, tetap ; kawan sekolah paling best.

Sejak form 1 lagi semua dikongsi bersama, susah senang, musuh kau musuh aku haha.
Rahsia semua dalam poket.

*betapa nda matangnya masa tu tapi paling seronok*

Sekarang ni...
Paling best lagi kalau kita jumpa setahun 2-3 kali saja haha.
Sebab geng sekolah saya semua berada di luar kawasan Sabah kecuali si kecik seorang ni baru-baru juga pindah KK semula sebab parents dia selalu bebel dia duduk KL sorang2 haha.



Kami akan berjumpa semua sekali kalau ada majlis atau perayaan, jadi diorang ni pun balik KK lah.
Paling last jumpa bulan Jun lepas. Yang datang Lynda.
Kali ni yang datang Geri.




Lydia & Aurie yang first time datang Sabah lepas lahir

Kalau tahun lepas & tahun-tahun lepasnya kami jumpa Xmas holiday.
Tapi Xmas tahun ni ramai yang nda balik, kita jumpa Pesta Kaamatan nnt.

Lepas makan2 gosip2 di Full House, Suria Sabah; Geri terus balik Keningau.
Tinggal lah aku lagi sama si Joanne yang bakal jadi bibik aku haha.



Sambung makan di Sushi King, CP.
Ini pun plan mau sambung lagi makan di Upperstar Lintas tapi anak2 sdh penat ikut mama.
So, balik.

Jumpa lagi Pesta Kaamatan ya.



Friday, December 14, 2012

Berlapis-lapis



Banyak orang cakap, fesyen baju berlapis-lapis ni tidak sesuai untuk cuaca kita di Malaysia. 

Sesuai atau tidak, kenalah pakai berlapis-lapis kalau nak ‘bergaya’ tapi masih menutup aurat, melainkan kita jenis yang suka pakai tshirt cotton lengan panjang sahaja.

Orang yang berjubah pun didalam masih pakai baju & seluar.

Suka top blouse yang bercorak-corak tapi ‘seethru’, kenalah pakai inner didalam. BERLAPIS.

Suka top tapi sleeveless atau shortsleeve, kenalah pakai cardigan atau inner atau blazer, apa-apalah diluar.

Suka kemeja butang depan tu, kena pakai baju dalam juga sbb kadang-kadang boleh Nampak ‘isi’ melalui butang2 tersebut.

Lagi, pasal pakai skirt pula atau dress, kenalah pakai legging didalam atau kain dalam. Kalau terselak? Kadang-kadang ada yang tipis juga bila berdiri tempat yang bercahaya terang atau dibawah matahari, mesti nampak dua batang kaki.

Aku, suka pakai baju berlapis-lapis. Minimum 2 lapis hahaha…
Kalau aku pakai banyak lapis, jangan lah ketawakan aku ya hahahaha.

Panas memang panas, itu kalau diluar la. Di office kan ada aircond. Shopping Mall kan ada aircond. Kereta kan ada aircond. Nah dimanalah tempat tiada aircond ni. Ehehehe.

Rumah? Eh rumah pakai seksi ja hahaha.


Iklan kejap.

Lepas solat Subuh di Masjid Nabawi, semasa kami lepak-lepak di perkarangan masjid tunggu payung-payung buka, ada 3 perempuan muda arab duduk sebelah kami. Diorang tengah ber-BBM lah tapi pakai tulisan arab. *aku curi tengok*
Lepas tu aku pegang jubah dia, Tanya ni panggil apa. Tapi macam diorang tak faham bahasa English. Kawan dia lagi sorang tu jawab “abayah abayah”
Aku Tanya mcm mana pakai, aku suruh la buka.
Dia buka la (ni kawasan perempuan, lelaki memang tiada & tak boleh masuk), tengok dalam dia pakai mini dress + skinny jeans + boot. Gila stylo.
Masa ni dia pakai jubah yang butang penuh atas sampai bawah pastu mcm ada hood yang macam red riding hood tu. Bila solat pasang ‘hood’ (tp bukan hood ya, mcm ja) jadi macam telekung la lebar.
Kalau tak solat di buka butang hood tu & pakai mcm jubah biasa. Shawl hitam pastu ikat niqab.
Walaupun jubah panjang meleret-leret, kaki memang tak Nampak lah tapi diorang masih pakai stokin didalam. Nmpak mcm kotor tapi manada kotor, itukan Cuma habuk, habuk bukan najis kan? 

Alaaaa aku rindu lah sana. 



Thursday, December 13, 2012

Musim kahwin 2012 Dec. 01



Sheila salah seorang kawan kadazandusun yang aku ada, dan bila dia kahwin, aku sangat suka.Sebab mesti diorang akan buat dengan cara yg sangat tradisional. Seronok.
 
Dan lagi dia kahwin pula dengan classmate kitorang juga. Hahahaha siapa sangka.
Kalau 10 tahun lepas budak lelaki nilah jodoh si Sheila utk 10 tahun akan datang? Kan?

10 tahun lepas, kalau sabtu ada kelas tambahan, lepas habis kelas mesti pegi rumah dia di Kampung Madsiang sebab ada sungai. Pernah camping juga beberapa kali dekat rumah dia ni.
Rindunya mandi sungai.

Sheila & Azman : Selamat Pengantin Baru. Untuk Sheila, selamat menempuh kehidupan isteri cara islam. Selamat mendalami islam yang indah.





Hidangan paling hebat. Makanan tradisional diorang. Gila sedap.
Hinava & Tuhau (ikan mentah tu).



WIWT:
Mullet Top + Kimono Cardigan.
Entah mcm mana aku dapat idea utk meng-layer-kan mereka. 
*photog : Azam*
walaupun senget & kadang2 hilang kepala tapi Azam is my official photog now.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...