Friday, November 23, 2012

Belajar dirumah (je)...


Azam ni belum pegi sekolah lagi, selama-lama ni pun nda pernah pegi nursery ka taska ka.
Jadi dia belum terdedah dengan dunia pembelajaran formal. 
wahhh mcm cigu aku bercakap.

Tahun depan start hantar ke taska/tadika la.
Mula-mula pilihan tu mcm smartreader (paling dekat di Petagas).
Atau PASTI (paling dekat di LokKawi)
Banyak yg aku fikir, banyak tu maksudnya banyak lah.
Klau pasal kos kami lakibini nda kisah pun, malahan mana2 parents pun nda kan kisah.

Keputusan muktamad blm dibuat, tp mungkin ABIM (putatan)
Mungkin lah...
Paling utama, aku mau Azam pegi taska yg ada nursery.
Amira boleh hantar sekali.

Sebelum tahun depan, aku pun beli buku latihan & stationaries.
Ajar menulis yg asas-asas dulu.
Mula2 tu susah jugaklah, haihhh tabik lah aku sama cikgu tadika ni kan.

Ni gambar 'kerjarumah' Azam, nda ikut sususan aku upload.
Azam pandai ckp 'kerjarumah'/'homework' sdh. 
wahahaahaha.
 


No. 2


ni mula banyak alasan


bosan kena paksa
hahahaha
 
 No.4


No.3
 


 No.1



 No.7

No.5 & 6


Ni mula sudah ikut suka hati.
Aku baru ajar sampai 7
Sehari 1 muka surat, satu nombor 2-3 muka surat
Sampai dia hafal la.
Ada juga yg dia malas, dia buat satu muka surat ja.
Terus next number.

Pastu semalam, masa aku balik kerja, tiba2 dia bawa buku tu depan pintu tunjuk sama aku.
Dia buat sendiri.
 

Ni pun ikut suka hati lagi.
Aku cakaplah kena ikut susunan 1-10.
Azam cakap ok, terus dia buka buku & tulis ni. 

 

1-10.

Setiap kali dia berjaya siapkan 'kerjarumah' ni, mesti puji dia.
Bagi semangat.
Tapi nda boleh lah janji hadiah, cuma apa salahnya bagi reward.

Azam cakap dia bosan asyek-asyek nombor.
Mau ABC pula.
 

Monday, November 19, 2012

#prayforgaza

Selamatkan al-Aqsa, bebaskan Palestin

Dana Sumbangan & Derma

Bank Islam (M) Berhad: 12029010047880

Maybank (M) Berhad: 562263010787

Bank Muamalat (M) Berhad: 12070005133717

RHB Islamic Bank: 21245760004907

Bank Rakyat: 22-080-619592-2

Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95

Sumber : http://www.amanpalestin.net/


dan DOA 

Monday, November 12, 2012

Stamina mina mina eh eh

Lama sudah tidak datang Perdana Park untul jogging, paling last datang sini jogging pun sebelum Ramadhan hari tu.

Lepas tu datang PP santai2 ja bawa budak2 main di playground yg siper luas tu.

Baru 1 round sdh terbatuk2 kami kepenatan. Selalu boleh ni 2-4 round.

Harap-harap konsisten lah lepas ni jogging sebulan 2x, maklumlah cuti sekolah, jemputan majlis2 pun banyak. Makan tanpa had pun banyak, haruslah bakar lemak. Hahahaha...

Aku nda boleh senaman di rumah, nda disiplin. Penat terus berhenti. Lagi banyak rehat dari bersenam.

Kasut sukan Azam yang waris sama Amira tu sudah bagi sama cousin diorang sbb Amira nda mau pakai. Dia mau juga jogging pakai kasut Princess barbie.

Inilah perasaan mak-mak anak perempuan yang sikit-sikit Princess, sikit-sikit Barbie. Ohhhhh divanya.

Tapi, layan....

Thursday, November 1, 2012

LRT - Monorail - Jalan TAR

Ini pun aktiviti wajib ni naik LRT & Monorail.
Sebab Azam suka.
Layankan...

Dari hotel kami naik Monorail pastu ganti LRT sampai ke Jalan Tar.
Jangan tanya station apa dan dimana, aku ikut saja. 
Untunglah Azam, setiap kali naik Monorail tu nda sesak, boleh duduk paling belakang pilot.
Eh pilot ka driver? 
Whatever lah...



kasih puas budak ni naik "thomas" & "chunggington"
macam KK tiada keretapi kan?

Sudah round Sogo & Jln Tar,
balik bilik guna jalan yg sama tadi.
Sempat lagi mandi "swimming pool" katanya.



Ada di tingkat 5.
Malam tu, si Amira terus selesma. T__T
Tapi aktif juga lah.


 


percaya atau tidak tapi percaya lah,
sementara tunggu Ryna & husband datang ambil kami pegi makan.
Sempat lagi round H&M kali ke-2.



Esoknya, sebelum check out, sempat lagi aku sama Amira pegi jalan2 di mall bawah hotel ni.
Fikir2 mau ke Sungei Wang, lubuk baju murah aku.
Tapi En Noel cakap lepas check out lah.

Percaya atau tidak tapi percayalah (lagi),
esoknya sempat lagi aku ke H&M kali ke-3.



Aku balik KK bertiga ja dengan budak-budak.
En Noel ada kerja lagi.
Nasib lah budak2 ni behave, tapi paling nda tahan dua-dua mau berak dalam kapal.
Sudahlah tiada paip air.
Aku takung air dari sinki tandas dalam cawan ja utk cuci.
Kalau sorang ja nda apa, dua-dua.
Sungguh euwww hahahaha...

Sampai rumah terus tiga-tiga tidur.
Esok aku kena kerja.


H&M yang dikejar

Tahun ni, kejap ja dapat cuti raya haji.
Sebab banyak kali sudah cuti panjang2.
Tu yang duduk kampung pun kejap ja, terus pegi KL.
KL pun kejap ja 3 hari ja.

Awal2 kami booking hotel yang sekitar KL, nda boleh duduk rumah adik beradik yang jauh2 sebab mengelak jammed.
Aku ada baaaaaanyak tempat mau pegi, cth : H&M
Bahahahaha.

Sampai KL jam 2am, tidur semalam di rumah SIL.
Esoknya terus check-in Fahrenheit 88 (sambil tengok google map)
Lepas check-in terus pegi makan Nandos Sungei Wang (mesti ni mesti)
Patah balik H&M Lot 10 dengan Ryna (adik aku)
Masa ni Amira ikut aku, Azam ikut En Noel balik bilik, tiduuuuur.


Kesian, jakun betul aku hahahaha...
3 tingkat bah mau diround,
Tingkat 1 perempuan
Tingkat 2 perempuan & lelaki
Tingkat 3 kanak-kanak

Last2 apa Ryna beli itu aku beli, warna sama, saiz sama.
Macam zaman budak2 dulu, mama selalu kasih beli kami baju sama, kasut sama.
Sekarang sudah besar masih juga mcm tu.
Ahh best betul ada adik beradik perempuan.


Oh Tingkat 3 ada section ibu mengandung pula.
Aduhhh comel-comel ya baju mengandung-nya.
baju ini kami nda sama lah. Hahahaha

Malam tu nda larat mau sambung jalan, mau cari makan pun nda larat.
Balik bilik, order Dominos.

 

 


Balik Terengganu (lagi)

Setiap tahun, inilah harinya yang ku tunggu2...
Balik kampung TERENGGANU, KG BUKIT GEMURUH, KUALA BERANG.
En Noel suka balik masa raya haji, sebab meriah katanya.
Tapi Insha-Allah, tahun depan kita beraya puasa juga sana.
Amin Amin Amin...

Paling best balik sini mestilah pasal makan. Hahahaha.
Tapi suasana paginya tu best betul, sejuk, segar, udara segar. 

 KK - KL 
KKIA

 8 jam perjalanan


 Kazen Mazen


 Budak bandar jumpa tanah


Dannnnn..
Jumpa kazen in law (ada ka CIL?)
Ni Nana 1st Cousin En Noel
(bakawali0797.blogspot.com)
Dorang buat kenduri akikah, Ayah De dapat cucu baru lagi.

Lepas dari sini kami terus balik KL, dalam jam 6pm jugaklah.
Jadi perjalanan malam.
Macam2 hal lah si Amira, balik2 cakap nampak hantu.
Seram aku. Hahahaha...

Lepas tu sambung honeymoon di KL, kononnya.

Unplanned hubby's birthday celebration

Kesian En Noel, 
Dia jenis yang nda suka celebrate-celebrate segala ni.
Tapi taulah kan kita perempuan, mau juga.
Masa ni lah mau beli hadiah, makan kek, kumpul2 dgn family, makan2 tanpa rasa bersalah. Hahahahaha..

Hari sebelum 22hb tu, aku sudah hint2 (mcm birthday ku pula), apa kata kita order kek SR, choc cheese.
Me & SIL sangat serasi pasal kek dan makan.
SUKAK!

Pagi tu calling2 semua family mertua, SIL jom makan seafood di Beringis.
Tempat selalu pegi.
Sekali ada pula birthday boy beli kek, siap wording lagi.
Sendiri beli, sendiri wish katanya.
Kelakar.

Lepas tu semua budak mau "birthday" juga, u know nyanyi the happy birthday song & blow candle & cut the cake.

So, ada 4 org harijadi malam tu. Hahaha.

Apapun SELAMAT HARI LAHIR EN NOEL!
Hidup dirahmati dan diredhai Allah.
Amin.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...