Tuesday, September 25, 2012

Kisah Amira dan Haiwan

Aku perasan kan si Mira ni suka betul sama haiwan. Ada beberapa kisah lah aku gabung2 sini jadi buku.
Bahahaha...
Buku lah sangat

Kisah Kumbang
Tiba2 ada kumbang mati dekat tandas, masa mandi.
Apa tu ibu?
Kumbang.
Kenapa kumbang nda plg rumah dia?
Errr ibunya belum ambil dia, kejap lagilah.
Bye kumbang.
(Lepas beberapa jam ibu lupa buang bangkai kumbang)
Ha hai kumbang, kumbang belum pulang?
-.-"

Kisah Anjing
Kami mau keluar rumah, dalam kereta, ada anjing lalu.
"Bye anjing, adik mau jalan sama ibu"
"Sudah sudahlah tu mira" (Ayah)

Kisah Burung
Mira nmpak burung terbang
"Burung tak penat? Sudah makan?"
-.-"

Kisah Kucing
Ya paling best ni, sebab mira merangkak2 mcm kucing dalam rumah.
Ayah : Mira buat apa ni
Mira : bukan mira ba kusing, mioww~ mioww~
Ayah : sudah sudahlah mira
Mira : bukan mira ba kusing.
Lepas tu dia jilat2 tangannya dua2 mcm kucing & gosok tangannya di kepala macam kucing!

Ada sekali tu kucing masuk rumah lepas tu keluar pagar, si Mira nangis kena tggal kucing.
"Kucing jangnlah pulang"
Sambil nangis betul2.
Atuk sampai kejar kucing tu balik bagi mira dia bawa masuk rumah.

Belum lagi kisah rama2, kisah katu-katu (kelkatu), kisah ikan yg mulutnya buka tutup buka tutup, kisah ulat gonggok...

Macam "Pada zaman dahulu..."

ps/ dua lagu kegemaran mira sekarang mungkin sebab ada haiwan disitu.

Lagu 1
Cicak cicak di dinding
diam diam merayap
datang seekor nyamuk
Hop! lalu di tangkap

Lagu 2
Burung kakak tua
hinggap di jendela
nenek sdh tua
giginya tinggal dua
lechum lechum lechum u la la...


Monday, September 24, 2012

Sedekah itu tidak akan mengurangi harta

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah Saw. bersabda, “Sedekah itu tidak akan mengurangi harta"

Betulkan aku kalau hadis tu salah or aku salah copy. 

Dulu... Maksudnya 2-3 tahun sebelum ini, aku memang nda ambil pusing dengan benda2 sedekah/zakat semua ni. Zakat fitrah pun bapak ku bayarkan ya (belum kahwin) sudah kahwin, laki.

Kalau jalan2 tu memang nda lah aku masukkan duit di tabung2 apalagi mau transfer2 duit sama yang kena share2 tabung bantuan apa2 lah semua tu.
Aku punya fikiran " sedang aku pun nda cukup, lagi mau bagi orang" kan?
Aku bagi duit tabung masjid pun masa solat raya.

Serius kedekut ya.

Tapi nda tau macam mana, ya tiba2 saja, ada suatu hari tu aku 'ter'bagi duit aku yg berbaki tu sementara tunggu gaji, yg itulah bikin bernafas, tapi aku bagi sama orang yang minta derma.
Apa fikiran ku masa tu aku pun nda tau.
Tapi, esoknya aku dapat duit, aku nda ingat tapi memang ada yg membagi lah, bayar hutang ka apa ka gitu lah.

Lepas tu kebetulan pula merata2 la org post di FB & twitter pasal "Sedekat tidak mengurangkan harta"
Macam sindir2 pula ku rasa.

Maksud aku buat entry ni bukan mau menunjuk yang aku sekarang ni rajin bersedekah ka apa ya, ikhlas aku share ni sebab mau bagitau kamu rahsia supaya hidup nda sempit sebelum tibanya gaji....Bahahaha.
Eh ok serius.
Sebab memang berkesan sama aku.
Alhamdulillah.

Sejak dari tu aku nampak ja org share tabung bantuan ka apa ka, aku save no account nya.
Tapi kena pastikan betul lah kan.
Manatau sumbangan minimum kita tulah yg membantu.
Bersyukur Allah bagi kita peluang untuk beramal.

Lagi satu aku pernah dengar di radio ikim.
Sedekah untuk org paling dekat pun sama orang tua, tapi aku ni lain sikit, orang tua ku yang masih sedekah sama aku... bahahaha.
Sudah kahwin ada anak pun masih bapaku bagi elaun ya. 
Bila kami bawa dorang (parents) makan mau belanja di kasih ketawa lagi kami
 -.-"
Sedekah doa yg kami mampu sekarang.
Terima kasih lah bapa ku mama ku, mama mertuaku juga.

Kalau kamu ada apa-apa pembetulan, tolong lah betulkan aku.

Tanpa..

Jadi, sabtu lepas Ayah sudah terbang ke Jakarta, makanya kami hidup beberapa hari tanpa Ayah...
Sending Ayah to airport.


Dua2 ni bersedia untuk tidur dari Kem Lokkawi - Airport LCCT
Like a Boss!!!
 
-.-"
Azam gambar mengikut ketinggiannya...
Hahahaha.
Sangat seni ya. 

Maka, kami pun teruskan perjuangan...
Hahahah bukan balik rumah terus.



Sempat lagi memborong baju di Cotton On Kids.
Masa ni SALE ya murah dan stylo.
 
 
 
 Azam punya
5 tops - 1 shades *mcm ayah* - belt - Sock

 
 Amira punya
2 tops - 1 peach skinny - Sandal
Skinny tu comel2 ya, mau ja aku ambil colour lain lagi.

 
 Preloved *jual untuk collect duit beli cardi baru*
Bahahaha
RM40 beli RM99 - MNG - Size S

ps/update gmbar dari instagram ja ni namanya...

Monday, September 3, 2012

Ni Barulah Merdeka Raya

Sepanjang minggu lepas, dari isnin hingga khamis tu, hati & perasaan memang tiada langsung di office, hahaha..
Lama tu 4 hari masuk kerja tapi tiada perasaan.
Mau cepat2 hari jumaat, cuti merdeka dan open house di hujung minggu.

Paling terbaik lah Ona buat open house hari jumaat lepas solat Jumaat tu.

Aku memang mau datang awal seawal jam 1pm tapi lambat tu dua beranak si Ayah sama si Azam balik dari solat jumaat, maka dari Masjid Beringis saja pun.

Semua yang bakal hadir, semua excited gila. Hahaha

Lina (http://imgettingoldandimhappy.blogspot.com/)
Dayah (http://zyadhariz.blogspot.com/)
Aima (http://tsukinano.blogspot.com/)


Oh sepanjang jalan masuk Taman Khidmat ni,

Si Ayah nda habis-habis lah mengasih kenal kawasan jajahannya dulu di Bukit Padang, sama si Azam. Hmm layan.
"Ini lah sekolah ayah dulu"
"Ini lah kedai tempat lepak balik sekolah dulu, dulu beli slurpee 7e sini"
"Inilah padang permainan ayah dulu"
"Inilah rumah ayah dulu"

Mesti dia ada perasaan terharu disitu kan?

Perkenalkan zaman kanak2 dia pada anaknya pula.

Ok.

Aku sangka aku lambat, lambat lagi si Aima.
Datang2 ja dari pagar lagi aku sudah lihat kelibat si Lina, masuk sikit baru nmpak si Dayah.


Dorang ni sampai duluan belum makan, hahaha.
Aku sampai2 ja ajak dorang makan, terus ambil soto.
Tu belum lagi buka kuih sendiri.

Dayah-Aima-Lina-Ona-Me

Terima kasih para suami yang merealisasikan impian (bergambar) kami.

Lepas balik dari rumah Ona ni, kami pegi 1Borneo. Open Mall pula, ahahah

Niat tu lain tapi jadinya lain.
Bawa budak2 main game sampai kepuasan.
Duit raya beli baju baru memandangkan sale masih lagi di Padini kids tu.
Sampai tertidur2 si Amira.
Last-last sebelum balik kami bantai Sushi King lagi.



*FAV* (no.2 lah, takoyaki no.1)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...