Wednesday, August 29, 2012

Raya 1433H

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H
Maaf zahir batin sekiranya ada salah & silap, mohon dimaafkan.
Macam biasa lah tahun ni beraya di Kinarut lagi.
Tapi kurang 1 ahli keluarga (eh dua), sebab adik no.4 tu beraya di kampung suami-nya,
Kedah.


Malam takbir tu lepas buka puasa ja terus keluar beli barang & ambil stok bunga api.
Padahal belum confirm pun esok tu raya.


Sudah 3 tahun kami beraya dengan budak bertiga ni.
Tapi insha-Allah tahun depan, adalah pertambahan. #6weeks 


Tahun ni taida baju raya baru, semua pakai tahun lepas punya.
Kecuali aku, 2 tahun lepas punya. Bahahaha.
Mix & match ja. (Oh tudung ja baru)


Family abang aku.

Punyalah penat sikecik ni sampai aku tinggalkan sekejap untuk solat dia tertidur di kerusi.
Tidur pun ala princess.


Raya ke-2 tu kami beraya jauh sikit.
Mula-mula pergi rumah keluarga kakak ipar aku di Membakut.
Lepas tu ke Sipitang.


Lilitan tudung ni aku main bantai ja, pastu mcm ok.
Esoknya aku try buat, nda jadi. Hahahaha whatever lah.


Baju mira adalah dress sebenarnya, tapi sebab dia nampak tutu skirt tu.
Dia mau pakai jadi pakaikan lah, bagi lapis.
Esok nya dia pakai lagi tutu skirt tu tapi top tshirt lah.

Raya Ketiga
Orang pun start sudah buat open house sana sini.
Rumah pertama ni best sebab tiap tahun dia buat open house mesti ada kambing panggang.
3 Ekor!




Ni kambing yang ketiga.
Aku & laki aku dahlah fav kambing.
Sedap!

Lama duduk sini sebab tuan rumah minta kami stay lama sikit. 
Petang baru balik, lepas tu singgah Suria kejap sebab make up remover sdh habis.
Tapi sempat jugalah window shopping dan tershopping di Cotton On.
Maxi dress.




My Princess. 
Aku sebenarnya tiada niat pun mau belikan Amira ni kasut ni.
Tapi sebab sale gila-gila di Sogo hari tu. 
Aku rembat lah sepasang. Princess dari RM100 lebih turun ke RM17.
Dress, tshirt, skirt & pijama, semua Princess. Murah.

Raya keempat, sebab masih cuti pastu tiada jemputan open house.
Lawatan ke Rumah Terbalik, Tamparuli.




Isi dalam rumah tu pun semua terbalik.
Tapi masuk dalam rumah tak boleh ambil gambar.
Seluruh dunia ada 5 rumah terbalik mcm ni, Sabah adalah yang ke-5.
Dan pertama di Asia tenggara.

Lepas tu singgah Tuaran cari kelapa bakar, tapi tiada kelapa.
Jadi kerang bakar pun boleh lah.


'terpaksa' kerja khamis & jumaat.
Sabtu pula ada jemputan open house lagi rumah Ila (binikedek.com) 




Tengoklah aksi dua beranak ni.
Memang kami plan ni mau pakai baju sama.
Sebab tu aku & Amira pakai abayah hitam.
Dorang ni pakai , hmmmm tengoklah sendiri.

Ramai yang tanya Abayah kami ni, masa beli di Mekkah dulu, yang ini cutting 'umbrella'.
Mat Arab tu cakap lah.
Bukan butang depan tapi pakai zip dari leher ke tepi dada sikit.
Kembang macam payung lah.

Amira & Ariana
Esoknya Ahad, kami pula buat open house.
Antara yang datang Ila & family (binikedek.com) & Aima (tsukinano.blogspot.com)
Yang lain tu kawan sekolah & office.


Sama lagi top to toe (kecuali rambut)

Aima (tsukinano.blogspot.com)

OOTD
Kaftan ni aku beli masa aku pegi Indon hari tu, murah kalau tukar duit RM, RM50.
Clucth pula aku beli di gerai tepi jalan dekat Masjid Quba Madinah (kalau aku nda silap)

Sekian cerita raya.
Minggu ni 'macam' ada jemputan open house lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...