Tuesday, July 24, 2012

Bila dua-dua banyak cakap sekarang

Dulu masa anak seorang ja "Azam" mula bercakap, penat juga lah.. Macam-macam lah kau boleh dengar atau kena menjawab persoalaannya.
Sekarang bila anak dua, "Azam & Amira". Habislah ibu...

Lagi2 pengaruh kartun ni.

Azam ni, kalau ada dia mahu pastu memujuk aku "bolehlah kak Ros" (aku garang mcm kak Ros ka ah?)

Kalau suruh dia buat sesuatu, dia jawab "Baiklah cikgu Jasmin" atau "Baiklah cikgu Gen"

Kalau bagi makanan, "Terima kasih, Opah"

-.-"

Hari tu Azam suruh aku bertukar menjadi tiga. Aku konpius kejap, apa benda pula bertukar jadi tiga ni?
Pastu dia buat aksi "Boboiboy bertukar menjadi tiga!" 

Tapi kartun alihbahasa yang ganas2 ni kadang2 pakai bahasa yang tidak sepatutnya, 
cth Ultraman.
Kan selalu cakap " Tak Guna!"
Hah...Azam kalau marah dia cakap "tak guna"
Lepas tu Amira pula sekarang apa abang dia buat dia ikut.
Apa abang dia cakap dia ikut.

Paling nda best bila dia marah ibu, "Taaaakuna ibu" 
*double ---> -.-" aku

Nda boleh salahkan kartun, yang penting ajar anak, itu bahasa kesat & nda boleh dicakap suka2 hati.

*Aku ajar budak-budak ni doa tidur "Bismika Allahumma Ahya Wa amuutu"
Si mira pula ayah,abang,ibu, adik...tau-taulah kamu kan dimana masuk nya tu ayah,abang, ibu tu.

-.-"


Thursday, July 19, 2012

Makanan #sulawesi #Polewali #Bugis

Kalau bukan shopping, makanan... Apalagi kalau bercuti-cuti di kampung, pastilah makanan.
Aku bakalan post gambar makanan yang enak banget & ada yang aku gak tau namanya.

JALANGKOTE
Jangan ingat aku buat cerita, hahaha macam @ealyie...
Memang makanan ni wujud ok dan jangan tanya asal usul namanya, tapi sedap.
Luar macam karipap, inti mee & sayuran.



COTO MAKASAR
ini terbaik, paling lah. Laki aku kalau boleh hari-hari mahu makan coto makasar ni + ketupat/nasi impit orang kampung panggil nasi impit tu lontong.

TERANGBULAN

Ini favorite aku, tiap2 malam aku ke pantai beli, dorang ada buka banyak gerai di tepi pantai & rumah mak aku cuma 5 minit ke tepi pantai..eheheh
Boleh pilih inti biasa,coklat,keju atau juklat (keju+coklat). Tapi aku paling suka coklat sahaja. Terangbulannya ni gebu pastu makan bersama es buah (ais buah).

SOP KONRO
Macam sup tulang tapi rasa lain sikit.


SOP PANGKEP/SOP SAUDARA
Macam coto makasar sikit rasanya.


BUBUR KACANG
Setiap pagi hari sabtu & ahad, tepi pantai banyak gerai pagi, ramai orang mandi air laut. 
Jam 6am pun sdh ramai orang, kebanyakkan kanak2 kampung yang tinggal sekitar pantai lah.
Kami sarapan jam 7am digerai tepi pantai sambil menikmati pemandangan hahaha.. 
Sedap gila bubur kacangnya, manis.
Ada juga nasi kuning + telur rebus (ayam/itik/masin).


LUPA NAMA TAPI SEDAP

 
Dan ini minuman khas yang rasanya, urgggghhh...
Jangan sangka ini teh susu ka nescafe susu ka.
Campuran minuman ni = Jahe (halia) + lada putih + gula merah + santan + telur
Minum panas2, macam rasa jamu. Aku minum segelas ja.
Tapi pacik macik datuk nenek yang lain, minum bergelas-gelas, macam minum teh!
Sambil makan goreng pisang dirumah tepi bendang.
Gila best..Hahaha.
Anak-anak aku kalau ditanya sama orang " Mana Azam? Mana Mira"
Jawapan ku : "Nda tau" sudah kemana-mana saja berlari.

 

Wednesday, July 18, 2012

Maxi Madness : #Sulawesi

Aku telah menyahut cabaran maxi dress untuk percutian kali ini, hahaha.. Janganlah cakap aku poyo ah.
Tapi yang bagusnya bila travel bersama dress, nda penuh tu luggage. Hahaha... Nda payah difikir apa tops apa pairnya apa pantsnya arrrrgghhh kau sarung saja dress + cardigan.


Boarding : 


Cardigan        : MNG
Dress             : Cotton On
Wedges boots : Vincci


Jalan-jalan kampung 1


Cardigan       : Cotton On
Dress            : Cotton On


Jalan-jalan kampung 2


Cardigan     : MNG
Dress          : Online Kikieshop 
Flat Shoes   : Vincci 


Jalan-jalan kampung 3


Mullet Tops     : Forever 21
Dress              : Cotton On (pakai masa boarding) 


Dipakai ulang-ulang mix & match cardigan berbeza. :-)
Jimat ruangan beg untuk belian lagi. 


#sulawesi

Kerana dia telah berhijab

Selepas cuti 2 minggu, aku masuk kerja kemarin dikejutkan dengan kejutan, salah seorang staff office aku terlah pun berhijrah, dari freehair - hijab. Syukur Alhamdulillah.
Sebelum aku bercuti tu pun dia memang ada cakap-cakap tapi secara bergurau, mau bertudung.
Tapi dia tiada tudung.
Aku pun dengan nada bergurau cakap dengan dia, kalau kau tiada tudung aku boleh bagi ataupun nanti bila aku singgah KL aku belikan kau banyak-banyak.

Kebetulan masa singgah KL hari tu sebelum balik ke KK dari Makasar, aku borong tudung bawal di Muaz Textiles. (Hah sini lah aku selalu memborong tudung murah-murah).

Aku masuk office ja tengok dia bertudung, kebetulan aku bawa semua tudung bawal yang aku borong tu suruh dia pilih dulu mana dia mau, kemudian baru pass sama orang lain untuk pilih.

Esoknya, aku kemas2 almari tudung aku, aku bagi dia tudung yang sesuai untuk seorang yang baru bermula berhijab, dia cakap nda mau selendang2 yang tipis tu. Kalau boleh mau bawal saja dulu untuk permulaan or pashmina.

Sebelum ni, ada beberapa colleague juga yang bagi dia tudung bawal.

Aku teringat dulu masa aku mula-mula berhijab 100%, aku langsung tiada tudung. Beli bawal di Tamma pun ampunlah mahal banget. Beli 4 ja, itulah dipakai ulang-ulang. Hahahaha.....
Barulah adik aku di KL mengirim-ngirim shawl. 

Bagi aku, orang yang baru berhijab ni memang perlukan bantuan orang sekeliling, bukan saja dari segi moral tapi juga macam tadilah, ramai-ramai hadiahkan tudung. Dia pun rasa seronok.
Sebab hati mereka ni "kadang-kadang" masih rapuh lagi, silap2 bila dia bosan, boleh-boleh saja dia freehair kembali, kan?

 Aku berdoa semoga kau istiqamah, kawan.

Tuesday, July 3, 2012

Preloved Handbag

Aku mahu jual handbag-handbag lama ku ni, jadi semalam aku kemas-kemas lah almari 
tempat simpan handbag.
Ada beberapa lagi aku mau publish, tapi fikir 2x mcm sayang pula.
Jadi aku simpan dulu yg itu.
Yang aku sanggup jual, yang ini saja dululah.
Tu pun kalau ada orang mahu beli lah.
Aku prefer pembeli yang boleh jumpa, supaya kamu tgk condition bag ni, klau tapuashati
takapa, tapayah beli. :-)
Aku pun pembeli juga, jadi semua pembeli mahukan kepuasan. 

 
 Vincci - RM40

 MNG - RM40
-transparent-
*terlampau terperuk lama dalam almari kan sampai kusut-kusut*
T_T 
tapi kalau pakai balik dia akan kemas balik

Charles & Keith - RM50

email lah kalau ada apa-apa : puannoel@gmail.com

Makin Tua Makin...? (hahaha)

Pasal pengjagaan kulit muka ni, aku ada satu prinsip dimana mesti pakai sama brand untuk semua. 
Cth : toner - moisturizer - facial wash - bla bla bla...
Kalau fair & lovely, semua lah mesti fair & lovely. Begitu..


Jadi kisahnya, aku bercadang untuk tukar lagi set aku selepas 2 tahun ++ pakai ni TBS Vit C.
Untuk Radiance-kan kulit yg gelap mcm aku, oh dan juga meng-glow-kan. 
Mula-mula tu beli satu-satu jgn terus beli lengkap 1 set, tengok ngam ka tidak sama kulit, 
nnt ter-allergic.
Tapi Vit C ni memang terbaiklah.
Terbaik pun, lama-lama kesannya tu mcm imun sama kulit, kan?
Kamu rasa kamu ada perasaan mcm tu ka?
Hahahaha


Jadi aku pun mau lah tukar set lain. 
Cuba la konon yang baru ni Nutriganics, untuk kulit 30-an keatas.
Aku mula2 beli serum dulu, ok best. "Tapi berminyak sikit"
Bila aku dtg balik, mau beli night cream - eye cream - facial wash- bla bla bla
Yang lain semua ok, kecuali tu facial wash! 
SA tu nda cakap pun yang itu cleansing milk, nda berbuih.
Stresssnya aku nda suka la!


Bila aku pakai semua ni 1 set, kulit jadi berminyak-minyak.
Mekap aku ni, jam 10am sdh kena touch-up, mcm hapa ja berkilat2.
Pokoknya, gue ngak suka dech!


Sekalinya kemarin aku lawat TBS lagi sbb mau beli Vit C facial wash yang "berbuih", mau juga "berbuih" bah.
Lepas tu cerita-cerita lah sama SA tu, nampak macam sangat berpengalaman lah.(Aku suka)

Dia ajar aku mcm mana pakai tu Nutriganics skin range, dari A-Z, ampunlah.
Nda jadi aku geram-buang-dalam-tong-sampah tu set. Hahahah
Dia bagi aku diskaun voucher 50% lagi sebab bulan birthday aku.


Jadi start semalam dan hari ini aku ikut "cara yang betul" pakai.
Maka, maka, maka, nda lah berminyak2 pula muka aku.
Terbaik.
Tapi wrinkles & fine lines masih ada lah, sudah 'tua' pun, mana boleh hilang, 
cuma "kurang" nampak lah.
Eiii aku nda suka lah cerita pasal kulit berkedut ni hahaha.
Tapi apa boleh buat, sudah 30-an.
Tua itu lumrah hidup.

Kawal kesihatan dalaman badan lah, minum teh hijau + madu.
Habbatus Sauda.

"Sesungguhnya dalam Habbatus Sauda ini terdapat penawar kepada segala penyakit kecuali al-Sam, dan al-Sam ialah mati"

Kamu tahu kah, tu Habbatus Sauda kalau beli dalam botol yang banyak kena jual tu kan? RM40-RM60 kan sebotol.
Di Mekkah beli SAR5 lebih kurang RM5 !!!
Banyak lagi tu isinya, cuma dalam plastik lah bungkusannya. 
 

Bulan Julai


Bulan Julai datang lagi...
Ulangtahun perkahwinan & Ulangtahun kelahiran (hahaha)...
Lainkali, sapa-sapa sini blm kahwin, janganlah kahwin kasih dekat-dekat tu tarikh lahir,
Nanti dapat hadiah 1 ja.

Cuba kalau birthdate bulan Mac - dapat hadiah
Pastu anniversary bulan Sept - dapat hadiah lagi.

Hah begitu kamu....

Sebenarnya aku mula-mula mahu update pasal skincare aku yang baru (tukar).
Ampunlah aku nda suka betul ok!
Stress aku ; beli pastu nda suka. 
Tapi sekarang suka sudah, sebab aku ada tabiat " tidak-suka-menyesal " membeli barang.
Sama mcm nasib si Mascara Drama tu. 
Aku buat sampai aku suka.
Ah adalah tu caranya. 

Nantilah aku update lepas entry ni, kasih tenang-tenang fikiran dulu.
Aku mau bercuti-cuti Indon ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...