Friday, May 25, 2012

Amira : Legging

Amira kan dia ada sejenis "fashion sense" (bak kata twitterama) yang pelik jugalah.

Suka pakai legging..

Kalau mau jalan atau mau keluar ja mesti mau sarung legging, walaupun pakai dress. Pelik lah aku.

Tapi laki aku kata, layankan, macam harajuku.








 Sekarang legging tu makin nda muat, perlukah aku beli yg besar atau nda payah beli? Hahah pelik lah pakai dress + legging.

Thursday, May 24, 2012

Full house, so, FULL HOUSE we go.

Budak ni, memang jumpa setahun sekali saja. 
Sebelum ni pernah blog pasal jumpa dia tahun lepas disini. 
Barulah kamu tahu kenapa setahun sekali saja, dia pun jakun ni tengok shopping complex.
Tapi kalau pasal makanan, dia nda hairan lah.

Awal-awal lagi sebelum balik Malaysia dia sdh message bawa dia makan.
Hahaha.

Sabtu lepas bawa dia makan di Upperstar Suria, sebab dia tengok gambar kawan-kawan kami juga reunion makan sana.
Tapi malang, full house ya sana. Sampai berbaris-baris orang tunggu meja.
*ting* 
bawa dia pegi FULL HOUSE.
 

 
Inilah budaknya


*new*
Tapi serius lah aku nda ingat namanya.
Tapi sedap.
 
 Fish & Wedges ni untuk Azam sebenarnya.
Oh iya, aku bawa Azam sekali.
Sebab aku takut drive balik sendiri malam-malam.
Hahahaha.


 Cuti dia habis hujung bulan ini.
Sebelum balik, dia mau keluar lagi sekali.
Kali ni temankan dia shopping pula.

Jadi untuk gambar tiada motif ni.
I'm rocking *back* my coloured pants.
  Ona lah ni

Tuesday, May 22, 2012

Depan Belakang Pendek Panjang

I have no idea what they call this kind of top, hahaha..so i just called depan pendek belakang panjang.

Ini gambar dari FB Ratna Riz Suitcase. Aku beli Navy Blue, itu pun setelah aku jatuh cinta dengan top yang aku beli di Forever 21. Cuma F21 tu pendek sikit dari yang ini.

Dress RatnaRiz belum ada gambar aku pakai sebab masih kena peram untuk, hmm nda tau lah bila. ehehehe...


Diatas ni F21, nda nmpak sangat beza panjang pendek depan belakang tu pula.

Jadi ceritanya ialah  : aku ada satu top/mini dress, yang mana aku baru pakai sekali, sebab sangat besar.
Aku mahu transform-kan menjadi fesyen begini.

Dalam gambar, iya mcm perfect, kalau pakai belt. Kalau nda pakai belt, ampun lah mcm baju mengandung pun ada saiz xxxl.

Aku akan potong didepan, biarkan panjang dibelakang.

Aku harap berjaya. Hahahaha...


Friday, May 11, 2012

Konsert Lagenda 2012









05.05.2012 , Dewan Canselori UMS

Mula-mula 'dipaksa' duduk di seat RM300, lepas tu 20 minit sebelum konsert 'dipaksa' duduk seat RM600.

Hubby beli tiket pun sebab Amy Search, tapi Sheila Majid juga paling best tau! Terhibur betul dengan persembahannya.

Antara yang awal sampai sebab mau duduk 'depan', last-last dapat paling depan. Hahahah...
Best best...

Owh kami nda sempat makan ni, jadi kami 'drivethru' McD saja & burger tu masuk dlm clutch T__T
Sementara tunggu penuh, makan.
Bau McD pun semerbak, sorry. 


Ni lah seat kami mula-mula, betapa selesanya.
Ada aku tweet kan? seat RM600 duduk depan tapi kerusi nda selesa.
Tapi bila kena offer duduk depan, mahu juga kami.

Kamu tau kerusi apa?

*Ala aku cari gambar nda da pula*


Masa ni kami duduk seat RM600, tengok kaki kerusi tu? Boleh agak kan jenis kerusi apa?



Balik jam 1.00am , mengantuk gila esok lepas Subuh kena drive pegi Poring pula.
Sudah janji sama mama. :-)

PAFA

Assalamualaikum,

p/s : Bagi saudari muslim yang berada di kawasan Kota Kinabalu, dijemput ke kelas PAFA setiap sabtu di Masjid Bandaraya Likas ya!
   
Sebenarnya setiap pagi kalau bersiap ke kelas PAFA hari sabtu sering buat aku teringat-ingat di Mekkah & Madinah.
Pakai jubah & tudung hitam.
Solat berjemaah.
Pengubat rindu dan penguat azam ku untuk kembali kesana.
Insya Allah.
 






Oh ya, ada homework dari Ustaz.
Adakah belakang tangan wanita wajib ditutup?
Nyatakan dalil / hujah ulama samada ya atau tidak.

Kamu pun tolong cari ok? 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...