Friday, April 20, 2012

Social Network

Twitter : @PuanAzmah

Instagram : Puan Azmah.

Sekarang ni paling addicted dengan Instagram. Lagi-lagi yang live update gambar Mekkah & Madinah. Suka follow Instagram orang yang sekaran berada disana. Live update buat hati rasa rinduuuuuuuu sangat.

Selalu teringat-ingat, waktu ni aku tengah buat apa, waktu ni aku dimana?

Rindu dengan geng macik-macik (geng dengan macik-macik)

Rindu dengan semua tentang disana.

Semoga mendapat jemputan lagi kesana. Amin...Amin...Amin Ya Rabb.

Eh kenapa melalut pula hahaha....


Wednesday, April 18, 2012

Tips duniawi

Mula-mula tu memang rasa nda mau update apa2 pasal umrah di blog ni. Sebab perasaan dan pengalaman tu susah mau digambarkan dengan kata2.

Tapi nda palah, update sikit2 dan random saja ya.

Sedikit tips duniawi :

1. Sebelum berangkat, aktifkan akaun bank cth : maybank, untuk pengeluaran wang di ATM luar negara. Boleh guna ATM AL-Rahji, terus tukar matawang SAR. Lagi tinggi nilainya.
Mula-mula kami pakai duit cash tukar di money charger RM100 = SAR 116.
Dahlah money charger tak pernah takde orang, ramai sangat orang. Dari seluruh dunia nak tukar wang.
Tapi kalau withdraw dari ATM, dapat tukar RM100 = SAR 120. Takde caj pun.

2. Nak beli jubah (terutama wanita), sila beli di Madinah. Dan jubah terbaik adalah yang didalam Mall (shopping complex)
Peniaga2 tepi jalan ada juga jual jubah, murah, tapi kurang kualiti dan fesyen.
Untuk fesyen yang sama Madinah beli SAR 80, Mekkah SAR 130 taknak kurang pun.
Makanya shopping banyak2 kat Madinah sebab Mekkah tempat umrah dan ibadah. Hehehehe.

Tapi di Mekkah pun kami agak kurang kemana-mana, lebih ke Masjidil Haram, nak tunggu waktu masuk pun tunggu di masjid saja. Balik hotel untuk makan & mandi saja.

3. Diluar masjid ada orang jual Al-Quran untuk waqaf dalam masjid. Dia akan jerit "waqaf waqaf"
Tapi sila jangan beli sebab masjid hanya terima Al-Quran buatan Madinah dan Mekkah sahaja. Yang dijual diluar adalah dibuat di Pakistan & Syria. Boleh beri untuk simpan tapi tidak untuk waqaf.
Kalau waqaf pun, nanti ada pegawai dalam masjid akan check dan keluarkan. 

4. Kalau sdh tawar harga dan "halal" (kalau peniaga setuju dia akan kata halal ehehe), terus lah beli jangan tak beli, nnt kena marah. Hah...

5 Kalau sdh belanja-belanja wang besar tu, dapat wang kecil, jangan gunakan. Setiap kali beli barang ja bayar pakai wang besar supaya dpt wang kecil dan kumpul.  Cth : SAR 1, 5, 10, 20. Beri sedekah, terutama pada yang bersih2kan masjid, bersih2kan rak al-quran. 
 

Itu ja setakat ini.... :-)

Niqab

Ini pengalaman saya semasa disana, tentang pemakaian niqab atau lebih dikenali orang orang kita, purdah.

Masa mula-mula sampai di Madinah, sangat teruja jugalah tengok, kaum wanitanya SEMUA, ulang ya, SEMUA pakai baju hitam tutup keseluruhan, mata pun tak nmpak.
Kalau yang pakai telekung or baju warna selain hitam tu mungkin dari luar, nda kiralah Malaysia, Indonesia, Turki, Pakistan etc.

Hari ke-3 di Madinah, kami beli niqab, mulanya beli untuk suka-suka saja. Pelbagai jenis niqab jual disini, macam-macam jenis, ikat, getah, selapis, dua lapis, bersambung, tak bersambung. Macam-macam...

Ok sambung...

Kami beli ni pada mulanya untuk suka-suka saja.

Lepas tu hari ke-5 kami pun bergerak ke Mekkah. Terus buat umrah.
Disini berbeza sangat dari Madinah. Terlalu ramai orang. Madinah pun ramai tapi dugaan disini lagi hebat.

Akhirnya setiap kali keluar nak ke masjid or kemana-mana kami pakai niqab. walaupun tak berjubah hitam cuma bertelekung, kami tetap pakai niqab. Sebabnya...

1. Sangat ramai orang, nak jaga air wudhu, muka pun boleh kena langgar (bersentuhan kulit) dengan lelaki. :-(
Dah elok-elok jaga aurat pakai stokin bagai, tapi muka pun kena jaga. Dugaan Dugaan.

2. Habuk Debu. tapi di Madinah, orang luar tidak digalakkan menutup muka kerana, habuk debu Madinah adalah penawar penyakit. Mutawwif kitorang yang cakap, ada juga saya google, sila korang pun tanya-tanya ustaz yang lain juga. Kalau saya silap minta tolong betulkan.

3.  Elak pandangan mata. Kalau nak keluar jalan-jalan tak suka orang lelaki tengok kita. Wanita mereka semua bertutup keseluruhan. Jadi kita ni macam satu kelainan. Jadi perhatian. Walaupun ramai lagi wanita dari luar yang tak berniqab. Bukan semua lelaki disana tu orang Arab, ada juga pekerja-pekerja kedai dari Bangladesh dsb...

4. Panas matahari. pakai vaselline juga. tapi pakai niqab lagi rasa 'terlindung'.

Saya angggap itu dugaan saya disana, mula-mula niqab untuk tujuan suka-suka, akhirnya Allah tunjukkan saya kegunaan niqab tu di Mekkah.

Itu cerita disana.

*Pernah sekali semasa kami duduk-duduk santai di perkarangan masjid Nabawi, tunggu 'payung' tutup. Duduk sebelah wanita arab, saya pegang baju nya. Saya tanya macam mana nak pakai sebab abaya yang dorang pakai lain, mungkin namanya Burqa. Sama macam telekung kita tapi terus dari kepala ke kaki. Dalam ada 2 butang yang boleh buat baju tu utk tutup kepala (walaupun dah pakai tudung), lepas tu boleh buka butang dan tukar jadi abaya/jubah biasa. Susah nak faham kan? ehehehe.

Sambung cerita.

Bila dia buka dan tunjuk, tengok baju dia didalam, mak aihhhh gojes! Dengan kasut but, dengan handbag, hp canggih semua.

Seronok tengok kaum wanita Arab disana.

*Pernah sekali kami berjalan ke Masjidil Haram, sekumpulan remaja wanita Arab tahan kami nak ambik gambar. Hahaha....dalam 5 orang macam tu. Diorang ni baik, berkenalan pun nak cium pipi. Tapi tak faham apa dorang cakap. ehehehe.

Till next....

Monday, April 16, 2012

Saya datang lagi...

Alhamdulillah, kembali pada kehidupan dunia. Dunia yang hanya sementara.

Hampir sebulan juga lah blog nda ber-update.
13 hari di bumi suci Madinah & Mekkah yang dicintai dan dirindu.

Semoga Allah menjemput kami lagi ke tanah suci, begitu juga kalian. Amin Amin Amin Ya Rabb...

Tapi tiada update tentang umrah ye. Eeheheh.
Lepasni hanya update blog pasal duniawi ja hahahahha... Wahhh duniawi amat.

Till next....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...