Monday, January 30, 2012

Bundle bah! Rombengan.

Sekumpulan perempuan sedang berbual tentang hal kesukaan mereka.

A: Aku suka Prada. Wah kalau ada duit lebih, tak salah kan?
B: Sama la, aku prefer LV. Klasik tul designnya.
C: Aku pula mungkin, Coach. Mampu milik ah buat stakat ni. Yang penting kumpul duit, reward setelah penat bekerja kan?
Semua: betul tu. Bukan bulan2 pun.

(datang D) 

D: aku pakai pasar malam je. aku tak mampu macam korang walaupun gaji kita sama je. Sama je kualiti, appearence semua. Lagipun sapa la aku ni. 

Macam tah apa2. Annoying gila org mcm ni. Tak ada sebab kau perosak mood org lain bila org sdg happy. Korang pernah jumpa situasi macam ni tak?

Ini aku share status kawan aku dari facebook, dan aku mahu cakap. 

I Feel You Babe, I Feel You! 

Ok lain cerita ya. 2 minggu lepas, aku jalan-jalan di 1 Place Mall Putatan ni, mahu pegi Apple Green cari shawl. Tiba2 aku terlimpas satu kedai ni, jual baju banyak2 (di hanger la), yg depan sekali blazer2 yang 'oh my cantiknya'

Rupanya bundle ya, mcm mana aku tau? Sebab masuk kedai ja boleh hidu bau bundle. Orang bundle taulah tu bau bundle camana kan? Aku test2 la pakai, blazer juga kan, pakai diluar.
Ya ampun, ngam-ngam u know? Fit-fit orang bilang hahaha.
Patut kah aku beli ni ah? Fikiranku.
Tengok harga, RM25. Pancing RM20, dapat! hahahaha

Aku fikir bagus ku beli lah, balik rumah aku cuci letak pewangi banyak2.
 
*nampak Azam sama Amira tidur di belakang*

 Tapi lepas cuci sendiri, susah pula mau iron.
Patut bawa dryclean, tapi nda mau lah jadi hamba baju.
Sudah ku beli kau murah-murah, mau lagi di dryclean.
Hahahaha
Blazer MNG boleh dryclean sbb mahal. 
Maaf ya bundle blazer, i pilih kasih.

Yang ini batwing blouse, terbaik!
RM15, dapat RM10

Hmmm nda boleh pegi sana selalu, nanti ketagihan.
But many thanks to Lina & Anang, the bundle sifu. 
(taulah kenapa kan?)
*hugs*

Bundle khemah tu belum lagi pernah pegi, besar dan luas ya ampun, nda sanggup aku meredah-nya. 
Tapi kalau banyak masa & ada kawan, why not.

Friday, January 27, 2012

Blogger - Anang DSCK!

Kejadian sehari sebelum outstation minggu lepas dan kejadian ini tidak dirancang. hahaha
Sebelum ni pernah juga jumpa si Anang ni dalam entry ini
Lepas tu nda pernah jumpa sudah, berbual di twitter saja hari-hari, oklah 'hampir' setiap hari.

Yang bikin ketawa si Anang ni masa jumpa aku tu, dia cakap dia nampak Azam rambut kerinting ni, jadi dia yakin aku ada di sekitar situ juga. Hahahah
Memang bah si Azam aku punya 'pengenalan diri'

Hari tu terserempak si SzaSza di Suria pun sebab dia nampak Azam rambut kerinting.
Terus dia tepuk bahu aku dari belakang.
( Ok lari tajuk )

Kalau si Aima pula  memang suka bergambar bila jumpa kawan-kawan (blogger), si Anang pun nda kurang hebaknya, terus-terus lah ambil gambar aku tanpa isyarat. Hahaha...
Aku pun terus juga snap gambarnya dengan sepantas laju.
Aku sukak, Aku sukak nang...

Lagi dia suka camwhore sama kita. Bagus jugalah nda menyusahkan laki (mcm aku) hahaha...
Camwhore baru remaja kan nang, BFF gitu!

 
 Sama-sama snap gambar masing-masing


 Ini tengah save nombor hape si Anang
Ada urusan penting disitu
:-)

Aku saja yang senyum T__T
semua 'marung' bak kata Anang
Ok si Anang senyum sikit lah
Tapi yg si cewek dua org tu ntah kemana-mana pandangannya

Ok Anang, next time jumpa lagi. 
Kita 'declare' lah Perdana Park ni tempat kita reunion (termasuk si Aima and soon si Lina)

Thursday, January 26, 2012

CNY & GDO

Chinese New Year & Girl's Day Out.
Hahahaha tajuk mcm hebak.

Cuti panjang 4 hari tu, nda da lain lah di buat, nda la bercuti-cuti-stay-hotel, tapi stay rumah cuci kain baju kemas-kemas.
Habis kerja, keluar ronda-ronda sama Amira.
Berdua ja yaw!
Azam? Jangan ditanya, boys will be boys (mcm lagu kan?), ikut ayah.

Jalan-jalan, makan-makan ( T__T )...
Aku harap aku dapat terjumpa si Lina, tapi nda pa, nnt dia pindah KK boleh juga ngedate.

 Dapat ang pow lagi ah
Nampak banyak, Azam punya satu bah.
Hehehe

 
 Amira pakai kasut  Azam
Masa beli ni Azam umur 1 tahun+
Si Amira, mau dekat 2 tahun umur baru muat.


 
 Polka Dot Everywhere

 Polka Mania
hahaha jangan tiru aksi ini, fashion crime (kot)
Polka over Polka.

Ok iya aku ndada modal mau blogging, cerita JPO pun aku nda update lagi.
Maka aku isytiharkan, cerita tu nda perlu di update lagi sebab basi.


Friday, January 20, 2012

OOTD - Flowery

Assalamualaikum, Selamat Pagi!!

Hari ini saya umumkan hari malas kerja, sebab esok sudah mula cuti sampai lah hari rabu depan. Yeaaaah!
Kalau saya rajin saya update lah pasal outstation ke JB minggu lepas tu, maklumlah kan first time pegi Johor.
Hahahaha...

Terbaik!! dapat pegi Johor Premiun Outlet. Banyak jugalah hasil. Tapi sebenarnya...ok nantilah cerita.

 

 Kemarin Ona singgah office hantar flower brooch yang aku minta tolong dia belikan dari minggu lepas lagi. Tapi taulah, masing-masing perasan sibuk, jadi nda sempat jumpa yg jumpa mcm biasa tu lunch-date.

Excited lah ni ingat boleh bergaya hari ini, tapi oleh kerana cardigan aku sarat dengan bunga, jadinya esok-esok baru dipakai, nanti jadi taman bunga berjalan pula aku.

Flat shoes : Vincci JPO, RM25.
T___T pengsan tengok barang murah.

Thursday, January 12, 2012

Bedak Asas

Assalamualaikum & Selamat Pagi !

Mulakan rutin mekap anda dengan pelembab/moisturizer ya..hahaha.
Ok aku mau cerita lah pasal bedak asas/foundation ni. Foundation pertama aku ialah dari TBS, oil free balancing foundation. Percaya atau tidak, aku cuma belajar pakai foundation pada tahun 2008.

Terus rasa wahhhhh flawless nya muka aku. Hari-hari aku pakai pegi ofis ok! Lepas solat pakai lagi. Gila obses dengan ke-flawless-an muka sendiri.
Sebotol tu tahan 7-8 bulan.

Lepas pakai hampir 3 botol tu, rasa mau tukar pula.

Try bbcream heh, Maybeline & TBS, dua-dua pun too oily. Memang nda sesuai, terus aku wariskan kepada adik aku.

Kemudian hari tu (tahun lepas bulan 5)  Watson ada buat sale 50% untuk foundation anglefit Maybeline, jadi aku try la. Ini lah aku pakai hari-hari pegi ofis sekarang, yang TBS stok untuk pemakaian di waktu-waktu special.hahahaha... (sebab mahal sikit dari Maybeline)

Maybeline Anglefit + Loreal Losse Powder = Setiap hari

Ok berbalik kepada tujuan utama aku menulis entry ini adalah, aku mau tukar foundation lagi. Hahahah

Cadangan, kawan-kawan?

Thursday, January 5, 2012

Dialog #01/2012

"Kalau orang tanya siapa nama ayah Azam?"

"Uncle Bob" T__T

"Nama ibu azam?"

"Aunti As"

"Siapa nama Azam?"

"Abang"

"Nama Mira?"

"Adik"

"Nama ayah?"

"Ayah Azam lah"

"Nama Ibu?"

"Ibu lah"

"Ibu apa?"

"Ibu cantek" :-) heeeee....

--—--—--—--—--—--—--—--—--—---

"Azam, tengok tu kerbau"

"Kerbau besar"

"Kerbau besar tu apa?"

"Ayah kerbau"

"Kerbau kecil?"

"Adik kerbau"

.........

Tuesday, January 3, 2012

Menjelang Tahun Baru 2012

31hb tu dimulakan dengan "bekalan air kena potong", 2 bulan nda bayar aduiiii terlupa bah bukan sengaja.
Terus pegi management office, nasib lah masih buka.
Bayar bil air, RM9.
Biarkan cucian dan terus zaaaaasss cari makan dl sebelum ke rumah mak utk BBQ.

Sempat lagi singgah rumah SIL & Cousin sebab dorang mau ikut BBQ sekali, singgah Supermarket beli ayam etc etc...
Ada jual sandal Angry Bird!!
RM5.90
Apalagi? Semua beli, semua kanak-kanak dapat sandal baru di tahun baru. (kecuali Amira)


 

Lepas tu  Amira lah yg paling excited dengan koleksi sandal ni dirumah, bila semua kanak-kanak dalam rumah dia susun sandal tu diluar.
Bila aktiviti luar rumah, kesian dia tengok-tengok ja.
 

Ramai kanak-kanak best betul kan.
Bising tapi seronok. Hahaha.

Sebenarnya, kami (baca: EnNoel & Aku) sdh plan,lepas BBQ session, setengah jam sblm 12malam tu
mau pegi Tanjung Aru tengok bunga api naik motor scrambler.
Hmmm..Tapi sudah kenyang, BF kan Amira.
Aku pun ikut tidur.
Dari tingkap bilik tidur aku pun Azam boleh tengok bunga api.

Jam 12.30 terbangun balik. Layan Ombak Rindu Astro First.

Check Twitter, FB, Blog, Tumblr...Sambung Zzzzzzz...

Monday, January 2, 2012

2012

Pembuka entry untuk blog sepanjang 2012 (kalau panjang umur)



HaHaHa...

Ok.Bai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...