Wednesday, November 30, 2011

(Dua) Perkahwinan & Durian

Lagi majlis kahwin. Ni minggu lepas punya, ada dua majlis kahwin.

Jam 1 tu pegi wedding kawan sekolah zaman form 6 dulu, Adam. Sekarang Adam jadi tailor di kedai jahit bapanya di Papar & Putatan. Aku ingat lagi dulu kalau dia ada girlfriend, dia yg jahitkan GF-nya baju kurung.

Lama kami di rumahnya ni sebab ada menari 'daling-daling' ah. Padahal aku patut pegi majlis kahwin cousin 2x aku di Putatan.


Gambar kamerah henpon ja ni tulah blur, En.Noel terganggu dgn penari daling-daling. Haha... Banyak duit dorang dapat. Biasanya yg menari ni kaum wanita bujang, pastu orang selit duit dijari dorang masa menari tu.

Paling best kalau kanak-kanak, comel ja. Dapatlah RM10 sebab selit RM1.

Lepas dari wedding si cousin, terus hujan. Masa dlm perjalanan balik tu, dengan hujan-hujan lagi kami singgah tepi jalan Highway Kem Lokkawi, ada jual durian van. Sebab durian tu dia jual dalam van.

Konon suruh En.Noel beli dua tiga biji, sekalinya sebiji pun nda habis. Sebab kekenyangan dari rumah org kahwin.


Mulut comot makan durian
Budak kecik ni suka makan durian mcm aku.

Terima Kasih belanja... ehe...


Kenapa Azam nda pakai baju, sebab dia main hujan di rumah cousin aku kahwin.
Kesyokan ramai kawan main hujan.
tsk tsk tsk...

Baru aku perasan dua minggu pegi rumah org kahwin dua2 baju hitam.
Not good not good.
Aku mau cari baju pink lah lagi.

Yang ni aku pakai full lace top colour black with pink inner  + maxi skirt.

Yang last time tu aku pakai black ribbon tie-back dress + mermaid skirt.

Dua2 aku pakai tudung macam yg aku tengok si Anang pakai masa raya haji tu haha..aku suka lah jadi aku borong di jalan TAR. RM7.80 sehelai Anang!!!


Tuesday, November 29, 2011

Perkahwinan & Banjir

Kalau sudah cuti sekolah, makin banyaklah Undangan Majlis Perkahwinan ni kan? Dua Minggu lepas ni wedding 'teman sepermainan'.
Ya, kahwin sudah adik-adikku ni semua, dulu jadi mangsa buli kakak tolong belikan maggie & telur di kedai Antie Ijah, pastu kita makan sama2 ramai2... Haha.





Ini baju adat 'Tator / Toraja'


Tapi kesian bah, majlis sepatutnya sampai malam tapi hujan dan banjir kilat. Tiba-tiba ja air naik ke paras pinggang. Jadi majlis malam dibatalkan.
Acara malam sepatutnya potong kek.

Yang penting sekali majlis akad nikah ya dik, semua selamat.

Semoga perkahwinan diberkati Allah dan berbahagia selalu.

Amin

Saturday, November 26, 2011

Jauh Tapi Dekat Teringat-ingat

Kalau kami laki bini keluar berdua, macam pegi tgk movie or dating2 ja kan, kami ada tabiat suka bercakap macam Azam & Amira... Haha. Ini contoh terkini lah ni, sebab yang dulu zaman Azam ja anak kami seorang blm ada si Amira aku lupa pula mau blog-kan.

Cth : TAPI

oOh sebelum tu aku cerita dulu penggunaan TAPI ni.

Ibu : kenapa azam buka baju?
Azam : tapi gatal tapi mau garuk

Ibu : kenapa off ipad?
Azam : tapi habis battery

Jadi dpt tangkap kah apakah TAPI tu?
TAPI = SEBAB

Tapi kami laki bini kalau bercakap sesama sendiri mesti letak tapi didpan ayat, best la main2 hilangkan rindu anak.
Lagi satu APA.

Si Amira kalau kena panggil kan mesti dia jawab APA?! Tapi sebutannya AFHA.

Jadi kami ikut la macam si Amira kalau sebut AFHA. AFHA. AFHA. Hahaha
ATET = IPAD
MOMANA? = MAU PEGI MANA?
Itulah cara ingat anak2 yg ditinggalkan sebab ayahibu pegi dating. Ehem ehem ehem.
Tadi banyak betul plan mau pegi sana sini tp masa singkat sebab mau balik sebelum maghrib. Tengok movie Breaking Dawn, Padini SALE!, tamu gadang, TBS Powder...

Sempat juga pegi semua kecuali Padini Sale tapi tiada hasil sebab beratur mau bayar tu adeeeiiii... Cancel beli.

New pashmina in the house with new favorite colour ni
Beli barang over RM100, free renew member aaand dapat coupon 20% Discount.


Selamat Tahun Baru Hijrah 1433.

Thursday, November 24, 2011

Blogger App.

Ok lah aku sebenarnya baru ja install BLOGGER APP. ni hari isnin lepas. Haha...

Sebelum ni kalau iphone user mau update blog kan pakai blogpress kan. Tapi itu mau di beli tu apps nya. Aku kan cheapskate jadi aku blogging mobile pakai email saja.

Lepas aku install ni, datang la si rajin mau update blog dengan gambar. Nda payah transfer2 lg tu gambar ke PC. Pakai saja gambar murahan dari kamerah henpon ni.

Tapi, lain perasaanya menaip di keyboard 'sebenar' dan keyboard nda bener mcm ini balik2 typo, jari besar.

Cerita di kampung

Esoknya lepas Raya Haji tu, ipar2 dan biras serta anak buah sekalian baliklah ke Kuala Lumpur.

Tinggallah kami anak beranak di kampung. Hehehe. #sangap.

Abah cakap akan ke KL hari khamis, nak ikut rombongan Pengantin sepupu En Noel merangkap abang kepada Puan Nana. Bayangkan... isnin selasa rabu tu aku perlu buat apa? Haha.. Makan?

Isnin abah bawa K.Terengganu jalan2, makan di Haji Pok Long Seafood. Jumpa dengan si kembar chiq & kaq (cam tu kah spelling-nya) ehehe...



Esoknya pula, selasa... Kami drive sendiri pegi K.Terengganu. Jalan2 la pusing2 bandar.

Sempat lagi singgah Istana.



Pastu cari keropok lekor paling sedap.

Daaaaan kami jumpa SATA!

Itu jalah, makan makan makan.

Esoknya rabu, gerak ke KL.


Bye bye kampung...Insyallah jumpa lagi.
Balik dengan hati yang gembira dapat makan semua makanan sedap-sedap.
Tapi nda dapat mandi sungai sebab hujan, air naik. heeeeee :-)

Wednesday, November 23, 2011

Tadaaa... :-)

Haha... Tengok lah bila aku last sekali update blog? Bila? End Oktober.

Ni end November sudah.

Sebelum aku balik bercuti-cuti Malaysia seminggu lebih pada 4 Nov hari tu, aku memang 'sebok je' siapkan kerja.
Masuk kerja 14 Nov pun aku masih 'sebok je' siapkan projek lagi. Sampai hari ni pun aku 'sebok je' tahap makan depan PC, tahap pegi tandas pun malas, tahap Zuhur Asar Maghrib Isyal di pejabat. Nasib lah Subuh di rumah.
Pen-sebok kan aku.

Tapi gambar Cuti-cuti ada yg sudah upload di FB, mobile upload lah, yg dari camera tu ada yg dapat ada yg tidak dpt sebab memory card aku rosak.

Kami sampai ja KLIA, terus abang ipar aku jemput dan balik Terengganu, jam 6 pagi esoknya baru sampai rumah abah. Jem bah juga.

Nah inilah TERENGGANU yg ku tunggu setahun sekali/dua ja dapat datang.
Nda sempat tidur terus dpt mkn nasi dagang, tengahari pula En Noel dgn abah pegi cari bahan Bubur Lambuk. Makan lagi. Esoknya raya haji makan makan makan. Semua aku bedal.


Suka makan LEMANG

Jalan-jalan tengok LEMBU (?)
nyummy nyummy
Ok nanti aku sambung, MELAKA...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...