Monday, October 31, 2011

Oktober End

Dengan ini berakhirlah bulan oktober untuk tahun 2011, ahahaha mukadimah macam hapa saja!

Hey suami ai pun birthday oktober juga, tapi dia sudah dapat hadiah dia awal lagi sebelum birthday. Nah ambik lah, motocross/scrambler. Random story about this motocross ya.
Terfikir aku mcm mana aku mau ride pakai helmet dengan tudung aku?
Full face helmet lagi.
Dengan sanggul aku lagi.

Baru beberapa kali aku naik, tu pun dari rumah aku di Segindai ke rumah parents aku di Palm Beach.
Sebab aku ambil barang baju si Azamira.
Nah dengan beg besar aku naik motor, sudah mcm remaja lari dari rumah. (perasan remaja ai)
Tapi syoklah!!! Oh my, peluk laki erat2 ahahaha... Kalah 'gila-gila remaja' ah.
Hmmmm aku pakai pashmina saja.

Hari ini En Noel outstation 4 hari, Labuan. Pagi tadi dorang naik feri pegi Labuan. 3hb Nov baru dia balik KK, pastu esoknya flight kami balik kampung.
Ada pemberitahuan, banjir akan melanda di beberapa negeri termasuk Terengganu. Adehhhh janganlah masa aku balik kampung, aku mau makan nasi dagang ni & SATA.

Oh ya, cuti deepavali lepas, si Amira dapat hadiah 'baby' dari Bunda-nya.
ada botol susu lagi ah, siang malam dia angkut baby tu kesana kemari. Dikasih nenen lagi, di kiss berulang kali lagi. "Muah muah muah" - macam tulah.
Kadang2 dia penat dukung dia tarik saja rambutnya.
Kalau si mira mau nenen sama ibu, si baby pun ikut baring sebelahnya, mcm mana ni mau nenen sambil pegang baby, bingung aku. hahahaha...
Dilayan lah Mira gayamu ni.


*Cepatlah Jumaat, tiada hati sudah ni di tempat kerja. ahahah

 multitasking!!!


Pagi2 kasih nenen baby


Saturday, October 29, 2011

Aktiviti Lasak

Sekarang ni aku tengah tengok majalah 3, OKU menawan puncak Gunung Kinabalu. Rasa macam :

1. Aku local Sabah pun nda pernah sampai.
2. Lagi-lagi 'mampu' fizikal dan mental.

Tahukah anda, zaman remaja aku dipenuhi dengan aktiviti lasak. Terima kasih pada Persatuan Pengakap Kota Kinabalu, kerana aku salah seorang Kelana Penanpang.

Hampir setiap bulan atau setiap 2 minggu sekali masuk hutan, camping dan sewaktu dengannya. Macam kesal pula rasanya dulu nda ikut aktiviti 'Panjat Gunung Kinabalu'. (-.-")

Sungai sepanjang daerah Penampang semua sudah sampai, camping 3 hari, paling mencabar bagi aku Hutan Simpan Sugud, Penampang. Sebab perlu mendaki bukit. Bila sudah sampai tapak perkemahan tu, rasa macam: balik nnt boleh pakai helicopter saja kah? Ahahaha....
Tu baru bukit ok, sebab jalan kaki jauh masuk hutan kemudian mendaki.

Ala rindunya mau camping, semua sungai2 penampang best. Kibunut, Babagon, Moyog, byk lagi...

** tahukah anda, bintang yg saya lihat bila berada di hutan lebih banyak, lebih terang, lebih bersinar daripada di bandar.

Sent from my iPhone 4

Monday, October 24, 2011

Photog : Azam (My Son Azam)

Gambar2 yg aku post di blog & FB, kebanyakannya dari camera aku sendiri, Sony DSC-TX9 atau camera handphone.

Sejak beberapa minggu ni, aku perasan si Azam suka main tu camera sony, dia selalu tanya mcm mana mau on, mau tengok gambar. Rupanya dia ambil gambar!
Sekali aku check banyak gambar TV, radio errrrr...kerusi meja....

Ada sekali tu, masa aku tengah bersiap pergi kerja, dia sdh bangun la ( sbb biasanya masih tidur lagi dia ni ), tiba2 dia suruh aku 'peace', rupanya dia ambil gambar aku.. 
Mau ja rasanya aku share sini, tapi nda pakai tudung. Banyak ok.
Ada yang dia suruh aku pose dekat pintu, dekat dinding, buat peace, senyum, sengih...walaowehhhh 
Cam model bah hahahaha.

Ada juga dia camwhore sendiri ahahaha...

Gambar dia snap tu semua ok, nda blur cuma ada mereng2 sikit lah.

Yang ini aku share, dia pakai iphone, memang susah sikit la sbb touch screen kan, blur....

  
*blur*


Ini dia suruh aku 'peace'.
*PENGSAN*


 Ini dialog dia : 
"Sama2 kita ibu."
Aku pegang IP, dia snap.




Nanti2 aku suruh dia ambil gambar kami laki bini, tengok la apa hasilnya...ahahaha

Dulu masa dia belum pandai pakai camera, dia gambar aku sama si Amira pakai bedak compact ZA tu yg colour biru tu.
"Tigaaaaa...."
Tiba2 ja sdh tiga, nda da satu dua. ahahahaha, masa tu dia 2 tahun.


p/s : Hubby beberapa minggu ni balik2 tengok camera dslr, ala ala ala.....

Wednesday, October 12, 2011

Kolar dan Hijab

Pakai baju berkolar tapi bertudung, nda susah, pakai saja.
Tapi bagi saya...sayalah kan.
Kalau pakai baju berkolar dileher, saya mahu kolar baju saya tu 'nampak'
Biasanya orang pakai baju berkolar, dengan tudung ekspress. Tudung tu masukkan dalam baju kan, nmpaklah kolar.
Tapi saya nda suka macam tu sebab (O O) <--- sebab begini.

Saya tengok klau pakai maysaa snood tu, boleh ja kan pakai baju berkolar dan tudung sbb scarf tutup leher and ada chiffon yg tutup dada...
Google ja ada tu byk org pakai...Hah mcm tu aku mau, tutup aurat, tutup leher, tutup dada tapi nmpak tu kolar baju.
Camne??? ah ah ah...

Caranya (sekiranya anda tiada scarf maysaa tu)
- Inner neck (yg tutup leher)
- shawl

Pakai mcm ni






untuk baju macam ni yg banyak details di leher kan :




TADA!


Pengalaman 4 Tahun (ii)

Wanita ni, Isteri; paling senang masuk syurga.
Macam mana?
"Apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki."


Berbalik kepada topik rumahtangga, bab bersyukur tu kan?
Bagaimana kalau suami kita tu memang jenis yg hmmm nda boleh di-syukur-in lah. ah ah ah... Faham kah ni?
Lagi-lagi mcm saya ni bekerja lagi, mengurus rumahtangga lagi, balik rumah penat mau urus anak2 pot pet pot pet lah sama laki kalau nda dibantu kan. ENOUGH.

Kata kunci ke-3 adalah IKHLAS.

Mahu masuk syurga? buat lah 4 perkara di atas tu, dengan mengharap balasan ALLAH. Bukan balasan SUAMI.
Suami pun manusia, dia pun mahkluk ALLAH, apa yg kamu boleh harapkan dari dia? setakat layanan mesra atau wang ringgit? ah ah ah...balasan SYURGA tu lagi hebak.hebak.hebak.
Sedangkan suami pun 'meminta' pada ALLAH.

Jadi kalau kamu sudah buat sehabis baik dalam rumahtangga tapi suami kamu masih belum menjadi seperti yg kamu harapkan, betulkan hati kamu semula. IKHLAS. Hanya mengharap pada ALLAH.

INSYALLAH, INSYALLAH, INSYALLAH, akan dibalas mungkin dibukakan hati suami menjadi LEBIH BAIK!
Kalau tidak disini, disana.
Kalau tidak disini balasannya - suami pun tidak menjadi lebih baik. Tapi dengan hati yg IKHLAS, sekurang-kurangnya kamu tidaklah menjadi stress memikir ahahahaha.

PERCAYALAH.

Perkahwinan saya pun baru 4 tahun. Kadang2 terbabas juga marah-marah. Kemudian kita betulkan semula niat. KERANA ALLAH. Hati pun jadi senang,tenang dan damai. Walaupun suami kamu nda jemur tuala dia yg basah tapi letak di atas tilam ja, pasti kamu masih mampu tersenyum. (eh ni mcm aku ja ni) ah ah ah...


Tuesday, October 11, 2011

Pengalaman 4 Tahun

Hari ni saja, sudah 3 entry pasal rumahtangga aku baca, bukan saja2 pegi google. Tapi kawan2 (yg aku follow blognya) yg update.

Topik yg sama, perkara penting dalam rumahtangga.

Memang, tempoh 5 tahun pertama tu adalah 'percubaan' untuk dua orang yg dulu hidup di dunia yg berlainan (walaupun hari2 jumpa) sekarang hidup BERSAMA. Kau ingat kau sdh cukup faham perangai dia? Hmmm bila sudah hampir setahun usia perkahwinan tu barulah kau tahu ada lagi yg kau belum tahu. (apa aku merepek ni ah ah ah)

Bagi aku, 2 perkara penting yg perlu dalam rumahtangga. TOLERANSI (Kerjasama, Tolong Menolong etc etc) dan BERSYUKUR. Pengalaman 4 tahun perkahwinan aku.

TOLERANSI tu semua org mmg tahu lah kan, perkara2 kecil dirumah, kerja2 rumah lah dan sewaktu dengannya.

Tapi BERSYUKUR.

Jangan lupa, faktor pergaduhan bukan saja kerana si dia nda tolong kau buat kerja rumah or si dia nda faham kau sampai lagu kegemaran kau pun dia nda mau dengar sekali ah ah ah. (eh mcm aku ja tu)
Tapi juga kerana WANG. Kalau kau tak rasa bersyukur, cukup makan pakai kau banding sama orang yg lagi susah, mau makan pun nda dapat smpai ada yg makan siput babi (tengok BERSAMAMU TV3) tapi kau banding sama orang yg hari2 makan SR hari2 beli barang branded. Huhhh itulah nda bersyukur namanya.
Bergaduh satu : nda puas hati, si laki nda boleh bagi itu ini, si bini demand!
Bergaduh dua : Mula lah mencari skandal untuk dapatkan wang lebih. CURANG!  Ohhh ngeri

Lagi kalau laki jenis nda bersyukur, komplen bini sdh nda lawa, gemuk, nda bergaya dan dan dan... (kalau sdh beranak pinak lagi)
Mulalah cari perempuan lain.

Tapi kita cerita dari sudut ISTERI lah ya.

Aku pernah baca di blog HAMKA KERETA MAYAT, ada isteri komplen, laki dia di rumah sangat pasif. Bercakap tidak, bergurau tidak, tengok TV or baca buku saja. Dia perlukan gurauan dan bermesraan.
Ringkasan komennya : BERSYUKUR lah suami duduk rumah walaupun pasif, ada isteri lain mengadu laki suka duduk kedai kopi. woha!

YA, JANGAN LUPA TU.
BERSYUKUR tu penting.

Semua yang kau ada, kau mesti bersyukur!
Macam-macam benda kau mesti bersyukur!

Asas penting rumahtangga.

Ada orang nda kahwin2, siang malam berdoa ditemukan jodoh. (Kisah benar)
Ada orang bercerai awal, siang malam menyesal sebab ambil keputusan terburu2. (Kisah benar)

**Saya perlukan komen anda. Peace.

SYUKUR ALHAMDULILLAH.

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday : 50kg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...