Thursday, September 29, 2011

Period Log

Ini application kesayangan saya setiap bulan.

Tuesday, September 27, 2011

1st SGM - Support Group Susu Ibu Sabah

Pada 24 September lepas telah berlangsung (ya berlangsung) 1st Support Group Meeting - The Wonder of Breastfeeding untuk kawasan Kota Kinabalu dan sekitarlah (Sabah).

Sejak aku BF kan Azam dari tahun 2008, aku tengok blog mommies yg lain update psl SGM disana sini, masa tu sangat teringin untuk join mcm ni. Akhirnya tercapai juga walaupun setelah 3 tahun berlalu, dan masa ini aku mem-BF-kan baby Amira pula. Better late then Never (yahhh kau ayat)

Untuk mommies di Sabah, SGSIS facebook group.
Didalam ada senarai MBfPC untuk negeri Sabah, jadi boleh berkongsi pengalaman atau bertanya soalan.
Tapi member group bukan dari Sabah saja tau, ada dari negeri luar juga yg mana mereka ni ibu2 yg samada bekerja di Sabah or mengikut suami ke Sabah.
Jadi, kita 1Malaysia.

Pertama kali berjumpa ni, rasa terharu tau, sebab inilah yg dulu zaman Azam BF aku selalu idamkan.
Berjumpa dengan mommies yg sama2 BF kan Baby.

Ok berbalik pada acara tersebut, memandangkan kita masih dalam mood raya.
Jadi kita buat ala-ala open house la, tapi makanan masing-masing bawa (potluck)
Yang seronoknya, kaum bapa ni kan?
Rasanya hampir semua husband si mommies ni datang.
Bagus juga lah blh tolong tengok-tengokkan anak(s) sementara mommies tengah berdisscusion (gosip)

Selain berkongsi pengalaman, bersoal jawab bersama PC, ada juga sesi what-u-called group discussion.
Ahahaha failed lah aku!
Mommies dibahagi 3 kumpulan, setiap kumpulan membincangkan Kebaikan susu ibu
Kemudian bentangkan, dan kita akan bincang berramai-ramai. Kalau ada point penting lain yg boleh ditambah.

Sambil berbincang dan bergosip, saya hidangkan mereka dengan sandwich yg tak seberapa hasil tangan *ehem*suami*ehem SAYA.
(Maklumlah acaranya pagi, mana lagi mau prepare sandwich, mau sediakan DUA org anak yg liat bangun,jadi bagi-bagi kerja lah kan, daddy buat sandwich mommy urus DUA org anak, ehehe)

Lepas tu barulah sesi makan bersama-sama beramai-ramai menikmati hidangan seperti di hari raya.
Kelas kau hari raya ada spagheti. Ehehehehe.

Dan sesi 'tapau' makanan dari kawan-kawan. Wah ini paling best ahahaha

 Kumpulan 2 - Kebaikan Susuibu bagi Ibu


 Makanan(s)


 Makan


 Kesian patung susuibu.com ni jadi bahan mainan



Yang Hadir

Saya mengharap, dimasa depan ada lagi acara mcm ni.
Boleh berjumpa, bertukar pengalaman dan pendapat bukan saja tentang BF dan CD malah banyak lagi tentang 'parenting'.
Menambah kenalan jauh dan dekat.

Selamat Hari Jadi, Azam

Selamat Hari Jadi buat anakanda Noel Azamuddin Hadi yg ke-3 tahun.

Ok jadi nda payahlah cerita yg lepas2 punya cerita, sebab birthday dia yg pertama & ke-2 dulu ada juga cerita mcm mana aku beranakkan dia sampai 1 jam dalam labour room utk meneran sahaja. Diulang, meneran. Hampir vacum. (Eh ter ceritalah pula)

So, semalam ada small celebration untuk Azam, panggil pun saudara mara saja, i means cousin2 Azam.

Ibu order kek coklat ' Thomas & Friends' dari kawan ibu, sedap juga!
Why Thomas? Coz lately Azam suka betul sama keretapi mcm Thomas, Chunggington etc.

Tapi kejadiannya, kek tu aku letak di seat belakang, sekali balik tu hujan lebat betul. Ada eksiden, brek emergency terus jatuh kek tu.
Penyek lah sikit, tapi gambar Thomas tu masih selamat lagi lah, masih boleh dikenali.
Ehehehehe



The cousins


makbapak enterprem
*bagi can*
Semua yg baca entry ni, minta doakan yg terbaik untuk Azam.


Wednesday, September 21, 2011

Mahal lah

Ini masih cerita pasal ahad lepas, kesinambungan dari 2 entry lepas.

Lepas kami makan, lepas settlekan barang2 futsal En Noel, kami bawa lah Azam masuk Toys 'R Us.
Cuci-cuci mata saja sebab baru bulan lepas Azam beli toys, Thomas & Friend.

Dari satu rack ke satu rack lah kami try toys nya tu, ala yg semua ada 'try me'...

Azam pun apalagi, balik2 "Ibu, Azam nak ini"

"Azam nak inilah ibu, boleh?"

"Boleh belikan ini kah ibu"

Entah berapa kali lah dialog tu berputar-putar.

Mula2 aku jawab "Azam kan baru beli thomas?"
Azam : "Alaaaa, boleh la bah ibu"

Last-last aku cakap "Mahal ni"

Kesian juga tp nda mau manjakan sangat lah, smpai rack ke 6 (blm habis round kedai ni) terus dia ckp
"jom lah kita keluar ibu, bosan Azam"
Hahahaha...

Ok sambung kedai lain, tengok2, cuci mata. Mencari blouse sebenarnya ni. Nda jumpa, maka kami pun keluar.
Azam cakap "Kapa (kenapa) ibu tak beli? Mahal?"

Depan SA pula tu hahaha...

Bagus anakku, kalau kau faham yg benda mahal tu kita kurang/belum mampu. Hehehe...

I love you lah Azam!

** Sempat dia bergambar sama Thomas ni, adakah ini pun disuruhnya beli, agak2 berapa ratus ni?

Monday, September 19, 2011

Baru saja tertangguh, sekarang terlaksana

Ya akhirnya permintaan tertangguh itu telah terlaksana!
Tadi!
Semasa usai berbuka puasa (ganti)

Sebenarnya aku teringin benar blouse/kemeja cotton vintage, u know yg bunga kecik2 tu.
Bunga besar cantik jg tp bila try nmpak besar pl.
Bunga kecik, nampaklah kecik diri ku ini. eheheh


*Bila cakap 'terima kasih' tiba-tiba ada suara jawab : 'ma-ma' (sama-sama)
Siapa tu? AMIRA!!! Suprise Suprise (me)

MANGGA dan permintaan tertangguh.

Assalamualaikum!

Hah....

Hahahah sebenarnya aku pun mahu update blog, bila aku tgk semua org berpusu-pusu update blog masing2.
Tapi aku malas tahap maksimanya mengupdate blog tanpa GAMBAR!

Jumaat tu kan cuti HARI MALAYSIA.
aku ambil kesempatan utk siapkan semua kerja-kerja yg biasa dibuat hari sabtu, supaya nnt sabtu nda payah buat.
Sabtu ada apa?
Banyak open house, orang kahwin dan ala-ala open house (*waive Ona)
Tapi Jumaat tu sempat jugaklah pegi Servay beli barang2 rumah sikit pastu makan di Pizza, mau try tu Chunky Loaded Pizza.
Terjumpa pula si Jij - I AM OK sama si SzaSza disana tengah meng-take away-kan pizza.

Sabtu, ada orang kahwin di Dewan BTC Inanam dan terus zassss ke ala-ala open house si Ona.
Dekat saja tu, blm lg turun tu makanan orang kahwin terus lah membaham soto mamanya si Ona. (mcm pantun)
Ada kehadiran si Aima - HIDUP INI INDAH sama si Cinoi.com.

Ini gambar dari FB si Aima aku ambil.



Esoknya..
Kasih kawan En Noel beli baju futsal, di 1Borneo la konon mahunya.
Mencari barangnya sekejap ja. 1 Set ok dia beli top to toe.
Yang lamanya tu,  aku mencari barang aku hahaha..

Akhirnya, jeans mango yg aku idamkan telah menjadi hakmilik aku.
En Noel cakap boleh request baju kalau mau. Taaaaapi, kenapa time aku boleh buat permintaan begini, tiada yg berkenan di hati. Cotton On tu 2x aku masuk. Nichii lagi. Padini pun T_T
Ada pula kasut aku berkenan di Vincci tapi aku nda ambil sbb banyak fikiran.
Boleh kah permintaan seperti ini ditangguh minggu depan di Suria pula, manatau di sana ada.

*BLAY sdh tutup T_T... kau pergi sama seperti C&K yg meninggalkan daku. Tapi NOSE ada!

Wednesday, September 14, 2011

WW : Tutti Fruitti, akhirnya ke KK (1Borneo)


Friday, September 9, 2011

Baru kah?

2-3 hari sebelum raya tu, aku tukar 'baju' iphone aku.
Dia pun mau ber'baju' baru bah...ehehehe

Biasanya malam sebelum tidur, Azam main dulu dengan ipad main puzzle. Tapi malam tu, En Noel pakai ipad tu kejap.
Azam main toys la kan sama adik Amira. Lama-lama dia bosan kan, sangap... Pinjam ipad sama ayah, ayah nda bagi.
Terus dia datang sama aku, sambil pegang iphone :
"Ibu, boleh Azam pinjam iphone baru ibu?"

BARU???
ahahahaha...
Ketawa la kami dua-dua dengar.

Ahad lepas pula, ada kawan En Noel ni bagitau dia dpt aksesori gadget ni murah.
Leather casing for ipad tu kalau di kedai RM169++
Kawan dia dapat RM25.00
Pastu kami pun beli lah kan, kawan dia ckp takkanlah kau mau beli satu ja sebab ni kan harga dealer (whatsoeverlah)
Beli lah casing untuk iphone (lagi) dan beberapa casing BB.

Lepas pasang casing ipad, malam tu Azam cari lah ipad mau main, suruh dia ambil di bilik.
"Wahhhhh ipad baru Azam" katanya T___T

Hahahaha itu semua bukan baru nak, casing nya ja yg tukar.

Semalam pula masa makan di restoran senario tu, BB ayahnya bunyi atas meja
"Ayah, Ayah, nah hp baru ayah bunyi"

Hhahahaha duiiii...

Bila explain yg ni bukan hp baru, bukan ipad baru, ni tukar casing ja.
"Aaaa? baru bah ni ibu... "

Ok lah BARU lah...
Dilayan...


Wednesday, September 7, 2011

Setelah 17 tahun

Ya inilah rakan-rakan sekelas aku 17 tahun lepas, sekolah rendah kebangsaan (c) Hwa Shiong.
Selepas habis UPSR ja, masing-masing bawa haluan, ke sekolah menengah berlainan.
Ada juga antara mereka ni satu sekolah, tapi aku, satu sekolah pun nda sampai setahun, terus diorang pindah.
Tinggallah aku cakap cina sorang2 di sekolah baru...hahaha....

Setelah 17 tahun ni baru jumpa kembali, dari facebook.
Kumpul2 orang dan buat reunion masa raya ni sebab masa ni ramai yg balik sabah (maklumlah ada yg bertugas di luar Sabah)

Tapi yg hadir nda la semua, beberapa ja.
Perempuan pula tu semuanya, yang lelaki ada juga, tapi nda dapat datang last minit.

Kami makan-makan di Windbell Restaurant.
Steamboat Buffet RM29.70/head.



Lepas melantak makan, bergosip semua tu..
Kami ada acara exchange gift (selain acara bergambar la kan sudah tentu)


Ni masa undi nama, siapa dapat siapa.







Im wearing (again) my favorite leather-like jacket.
Top tank buy 2 - RM30 Brand outlet Store (Suria Sabah)
Pleated maxi dress worn as skirt ahaaaaa...

And this afternoon ada gather-gather lagi dengan a few dorang, mahu belajar mekap katanya.
Mak ok jerrrrrr...

Sunday, September 4, 2011

Benda penting di Hari Raya

Nanti kita sambung cerita raya pula...gambar aku ambil dari facebook Encik Noel.
Ni mau bagitau dua benda penting aku sepanjang beraya-raya ke rumah orang ni...

TADAAAAAAA....


Ahahahahaha...

Friday, September 2, 2011

2 Syawal (pula)

Masih lagi berziarah ke rumah orang, awal pagi bersiap ke rumah saudara mara (jiran tetangga, esok).
So, hari ini tiada tetamu di terima di rumah hahaha....
Destinasi pula dekat2 sekitar KK ja, nda la mcm kemarin tu sampai ke Membakut.


Nah yang ini belum apa-apa lagi sdh ketiduran di kereta. Padahal tadi minta pakaikan kasutnya... Ouhhhh somel anak dara aku menghisap jari di perjalanan...


The Driver and Co-driver...E'eh bukan aku kah co-driver??? kah kah kah...
Ini lah sepanjang perjalanan asyik bagi arahan, lampu merah berhenti, lampu hijau jalan laju sikit nanti kita kena langgar Ayah!
Boring-boring, dia nyanyi lagu boboiboy, "Alien datang menakluki bumi, demi koko yang dicari-cari......."
Lepas tu nyanyi " Saaaaaaya anak Melesya...saya anak Melesya......"
Sekejap-sekejap, layan ipad main game.
Paling bosan sudah, dia suruh si baby Amira bangun main dengan dia. T___T


Raya ke-dua ni masih awal lagi, rumah-rumah pun masih hidang makanan lagi selain dari kuih raya (saja!)
Jadi masih hari 'kenyang' untuk hari ini. cukuplah 5 rumah berbeza hidangan, sangat full...
Alamak barulah ku teringat nda ambil gambar burasa sama ayam likku, hidangan wajib di hari raya...
Tahun lepas aku sudah ada update di blog.

So my outfit for today:
Masih satin silk shawl gaya ke-dua dengan lilitan sendiri tanpa tutorial.
Top kaftan dari Indonesia (cousinku dari jakarta bawakan ke KL sebelum raya hari tu)
Wegdes from Charles & Keith (2 tahun lepas punya) , semalam pun sama, kasut lama juga.
That! inbik, hahaha... Ona must really know how bad; me also want that inbik from Carlo Rino, but thats not. Its from Marie Claire.
Sangat besar, multi-function, semua sumbat...Puas hati ku...
Till then, cerita hari raya to-be-continued...

Thursday, September 1, 2011

1 Syawal

Selamat hari raya Aidilfitri semua...
Maaf Zahir Batin...

Tahun ni nda dapat solat sunat hari raya (lagi), sebab kehadiran 'teman baik' 4 hari sebelum raya tu, dan 3 hari di awal Ramadan. Total ganti puasa adalah 7 hari T___T.
Padahal tahun lepas puasa full sebab breastfeed baby Amira, 'teman baik' nda muncul-muncul.

Kalau yang follow twitter ku tu kan, mesti tengok aku macam hari-hari ke Mall ber'shopping' haha.
Sebab mencari kasut raya si baby Amira bah sebenarnya, susah betul mencari yg berkenan. Sampaikan si laki cakap,  anaknya nda kisah pakai apa pun, si mama tu yg melebih haha...betul kan.

Dapat juga kasut baru sale konon, tapi bukan kasut raya aku beli tu, sebab agak nda sesuai pakai. Ahhh lantaklah..


Seharian beraya ke rumah saudara mara sekitar Papar -Membakut. Nah sinilah wedges sangat berguna sebab rumah yg ada jambatan atau rumah yg berlumpur jalan masuknya, hujan kan seharian.


Di rumah kakak ipar ku di Membakut. yang paling kiri tu.
SIL - Pengantin Baru - Aku - Si Bongsu
Nasib baik aku pakai kasut lama hahaha...lumpur tahap tenggelam kaki.
Jadinya nda da gambar posing-posing sangat lah, banyak candid saja or gambar malas-malas.

My outfit for 1 Syawal.
Sateen Silk Shawl dengan lilitan tersendiri yg baru discover di pagi raya hahaha...
Baju Kurung Moden, ni first time buat mcm ni, selama ni buat baju kurung asli ja...
Tema kami Orenge peachy gitu....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...