Monday, August 22, 2011

Saya tiada tips untuk shopping bersama anak(s)

Last year punya Raya, kami tiada pergi shopping mopping mcm ni sebab masa tu baby Amira baru 3 bulan.
Saya tiada hati mau pegi jalan meredah kesesakan.
Lebih kepada tiada hati mau keluar sebab masa tu perut masih besar, paha mcm anak gajah..hahaha.

Yang saya ingat shopping bertiga dengan En Noel dan Azam tahun 2009, 2 tahun lepas.
Masa tu Azam sdh pandai jalan, umur setahun.
Senang handle sudahlah kiranya.
Best lah shopping untuk dia.

Tahun ni: lagi syok shopping dengan dia.
Azam ni bukan jenis kanak-kanak yg "nampak-ambil-takmau lepas". Bukan.
Dia suka, dia tegur, dia tengok.
Sampailah kau tanya : "Azam nak?"
Kalau dia mau : "Nak!"
Kalau tak mau : "Tak nak!"
Memang ada benda dia tengok tapi "TAK NAK"

Kemarin misi mencari kasut/sandal untuk dia.
Di Metrojaya Suria Sabah.
Dia tengok Changgington dia ingat Thomas & Friends, samalah lebih kurang kan? Keretapi.
Terus try, terus suka.
Ayah tanya : "Sempit?"
Azam : "Nda"
Sambung lari lompat.



Selipar upin ipin kesayangan, adakah masih menjadi kesayangan setelah masuknya kawan baru di rumah?

Seronok bah tengok anak gembira dibelikan barang, ini lah yg org bilang, biar lah diri sendiri belum beli yg penting anak dulu. Sebab perasan seronok tengok dia seronok tu.

Keseronokan dia bukan disitu saja.
Lagi,
Azam angkat sendiri bakul plastik nya.
Sampai rumah terus try-buka-try-buka-try sampai tidur.

Amira???
Rasanya belum lagi dia pandai 'merasa' keseronokan tu, jadi tunggulah kau besar sikit ya nak???
Hahahaha...
Masa kami carikan kasut sambil try di kakinya tu, aktif betul lari sana sini, susah.
Last-last tiada yg berkenan.
Yang ada pun tiada saiz.
Penat kejar-angkat-letak kerusi-kejar-angkat-letak kerusi 10juta kali saja.




Sekali masuk Cotton On, behave, tengok baju semua tu, aihhhh macam tahu-tahu si Ibu mau memborong.
Hahahaha...
Tapi tidaklah, tiada hasil disini walaupun semuanya memanggil2 utk di beli.

Berbuka di Chicken Rice Shop, nasib baik si gadis ni tidur sampai habis makan and itu ini solat smpai sempat tawaf lagi Padini sampai pulang rumah. Heh!

Oh kemarin saya pakai beberapa barang murah RM10 yg saya beli mggu lepas
Pashmina tu harga asal RM29 (kalau tak silap) - offer RM10 BTC Sinsuran, beli hari sabtu tu.
Top RM10 di Pasar Malam masa iftar di Le meridean tu.
Belt RM10 di saaaaana Servay Hypermarket Putatan.



Nursing Room Suria Sabah

Ok lah, mungkin ramai yang sudah tahu di Suria Sabah ada Nursing Room yang sangat cantik mcm taska, sangat luas, dan paling penting sangat selesa.

Tapi tetap aku cerita juga lah...

Setiap kali pergi Suria, nda sah lah kalau nda singgah sini ehehe.
Lokasi nya, di dalam Metrojaya Bahagian Kanak-kanak dan Bayi. Ala kalau pergi mana-mana mall kan nda sah lah bah kalau nda singgah bahagian baby ni, sebab manatau ada sale gila-gila. Boleh juga memborong. ehehehe.



Ni baru diluar Nursing Room, blm lagi masuk dalam ni.


Dalam ada 3 bahagian lagi, yang ini diluar, mungkin untuk bapa-bapa menunggu.
Macam kalau dirumah kan, ini ruang tamu la gitu.


Ini bahagian kedua, ada 2 sinki - cermin muka yg besar, siap ada shower lagi (water heater)
2 Cots changing table. Kalau tengok gambar dibawah, di belakang si Amira tu.


Bahagian ketiga, bilik kecil, 2 bilik kecil. Setiap bilik ada kerusi, untuk menyusu.

Walaupun masa ni Baby Amira bukannya mahu BF pun tapi aku masuk juga ehehehe.
Duduk-duduk rehat2, bagi si Amira ni berlari bermain sebab sebelum kesini , penat  mahu mengawal dia dari berlari masa si Abang Azam try kasut.

Sebab dia sangat aktif, susah mahu fokus cari kasutnya, akhirnya si baby Amira tiada kasut raya...hahaha

Ok lah, kesian anak dara aku, esok2 pergi cari lagi.
Insyallah ada, try di 1Borneo pula.

p/s: dengan tapak kaki bengkak aku meredah mall, tapi nda lah butter jem pun.

Tuesday, August 16, 2011

Iftar - Mini Dress RM10

Ok sebelum saya cerita mana mahu dapat tu mini dress RM10 yg kualiti kainnya mmg superb best, selesa, cotton, sejuk...
Kalau boleh saya bandingkan, mmg sebiji mcm kain dari Cotton On or F21.
Cuma cutting-nya sama  sajalah semua hahaha...
Adalah 2-3 cutting saja, corak berbeza
Ahh kau pakai cardigan/blazer nda juga ketara tu.

So, kelmarin bos belanja buka puasa di Circle Restaurant, Le Meridean, KK.
Buffet. Duhhhh Buffet utk buka puasa, mcm nda sesuai bah hahaha...
Tapi lepas solat Maghrib ko sambung makan, uuuuu barulah nikmat.

Bos suami saya belanja buffet buka puasa di Cafe Boleh, Pacific Sutera, suami saya bawa isteri (read:saya)
Tapi saya, nda dapat bawa suami, sebab seorang kena bagi 1 ja.
Sedih. T__T

Sebelah dengan Le Meridean Hotel ni adalah Pasar Malam Pilipin, kami sampai awal dalam jam 5.30.
Jadi, sementara tunggu dan buang masa tu, kami jalan-jalan cuci mata di pasar dulu.
Tengok pearl, keronsang, immi handbag (gila kau PRADA pun ada), immi shoes, banyaklah kan.
Ada satu gerai ni ja jual baaaaanyak mini dress dengan sticker harga RM10!
Pegang-pegang, tengok-tengok, mmg bagus lah kualitinya mcm yg saya cakap tadi tu.
Ada juga saya tanya kakak si penjual tu, baju dari mana, dia ckp dari Manila.

Nah apa kau expect?
hahahaha, memborong lah.

  Hasilnya
Sama ja semua kan? 

Inilah yg aku bebelkan di twitter, handbag kuning tapi tiada kasut kuning, kena pakai tudung kuning..
Macam pantun kan? Hahahah

Ishhh buruknya gambar kamerah ni, hahahaha..
Sebab kamerah kompak tu habis bateri T__T

Sebarang pertanyaan dialu-alukan.
Ekekekeke.

Tuesday, August 9, 2011

Blender Brush

Sekarang ni saya mahu share blender brush yang best dan MURAH!!!
Hahaha Serius ok.

Untuk eyeshadow saya memang suka apply guna blender brush, and my first blender brush from TBS, sebab belajar pun dulu pakai TBS punya blender brush.
Ok lah, yang penting sintetik, nda mau lah bulu haiwan ni..hahaha...mcm M.*.C.
Ehem ehem..

Tapi sebab blender brush TBS ni agak besar juga lah, so saya cari yg kecil sikit dan murah.
Elianto, Yess!
Sintetik brush, RM8. Tapi tulah, kualiti tak sehebat TBS.
Bulunya tu pandai tercabut, kena jaga bagus sikit.

Brush pun saya nda campur colour - highlight , dark, pink+purple, hijau+biru. Macam tulah...

Antaranya

Kemudian untuk bawah mata, lepas lukis dengan kohl eyeliner utk kelihatan lebih hitam dan perasan Arab hahaha..
Saya akan lukis satu lagi garisan guna angled brush (kalau itu lah namanya).
Macam orang buat smokey eyes tu kan.
Saya pakai colour dark lah utk lukis garisan dibawah eyeliner tadi.
(Harap orang baca ni fahamlah)

What i called 'angled brush'
correct me if im wrong

Jadi sekarang, balik kepada tujuan asal aku menulis entry ini, adalah untuk meng-sharing is caring satu blender brush - duo, dari AVON yg mana bagi saya adalah murah dan sangat best.
Teruja saya mahu share sebab best!

RM14++.

atas

bawah

rupa sebenar

Sekarang ni aku bawa sebatang berus ni ja ke ofis untuk touch up semula lepas solat.
Hahahah...sangat best!
Tak terlalu pendek, sebab brush yg pendek ni tak best (bagi saya)
Dan tak terlalu besar.
Cubalah...


Friday, August 5, 2011

Bazaar Ramadhan

5 hari sudah kita di bulan Ramadhan ni, sehari pun tak pernah saya tak ke Bazaar Ramadhan. Hahaha...

Walaupun puasa baru 2 hari.

Setakat ni ada tiga bazaar yg saya sudah pegi :

1. Putatan - depan office saya saja. Turun tangga, simpan pump beg di kereta,dan ronda. Hasil; murtabak jawa, popia, karipap, nasi dagang.

2. Kem Lok Kawi - nah this is my favorite bazaar sbb byk makanan semenanjung. Tepi jalan saja ni, Hubby sangat suka. Tapi tulah sesak betul, mana mau cari parking lagi, duhhh... Hasil; yong tau fu, kuih lopes, lamb chop!, Abc, laicikang, dan mee goreng gerai mak mertua saya, panas-panas, sedap.

3. Sabindo - depan dewan serbaguna. Belum ada hasil sbb klau singgah ja mesti orang semua mau tutup gerai sudah haha.

Belum pernah lagi berbuka puasa diluar sebab saya memang jarang buka puasa diluar, malas mahu fikir tempat solat. Dirumah lg best, lepas makan, solat trs boleh rehat2 dulu.

Kalau kawan ajak berbuka diluar pun mesti saya setuju kalau masa tu 'cuti' puasa hahaha..

Sabtu Ahad barulah terjah bazaar diluar kawasan ni mcm Asia City (paling best), Gaya Street, where else?

Sent from my iPhone 4

Thursday, August 4, 2011

Colour blocking bukan Colour clown

Ok konsep untuk meng aplikasikan colour blocking ni, mcm kita sedia maklum adalah : jangan lebih dari 3 warna dlm satu masa.
Nanti jadi clown... Hahahaha...

Dan biasanya colour blocking adalah dari gabungan warna-warna terang mcm hijau, pink, orenge, purple, merah tp terang / neon.

Best eh?

Sekarang ni, kalau pergi kerja mesti konsep colour blocking, lagi senang bila kau pakai tudung bawal hahaha...

Tiap malam sblm iron baju tu mesti combine2 seluar+tops+tudung.. Tapi selalunya saya meng-colour-blocking-kan antara tudung bawal- inner top-cardigan/blazer.

Sebab seluar colour biasa hitam,coklat,grey,dark blue... Booooring... Haha..

Pernah juga ada hati pakai skinny electric blue / pink, tapi nanti boss saya bingung pula haha.. Ni kerja ka apa ni?

Lagipun saya tak suka campur outfit kerja dgn outfit lain. Kenduri punya lain, jalan2 lain, dating2 lain..
Hahaha..

Gambar? Later...

p/s : i want longchamp handbag for raya!!! Ada di marie claire, inspired lah. Boleh lah tu, ada juga rupa. Ehhehe...

Sent from my iPhone 4

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...