Friday, July 29, 2011

Cerita Kasut

Ya saya memang gilakan kasut, selain dari mekap. Eh apa yg saya tidak gilakan?
(Gilakan dunia *sigh)

Ok cerita kasut.

Kriteria kasut yg paling penting bagi saya adalah "keselesaan", kadang-kadang tu kalau berkenan sangat pastu try-try selesa, mahal sikit tak apa, sbb mahu pakai lama dan pakai berjalan kan.
Tempat selalu shopping kasut ni biasalah, tmpat murah mcm Vincci, Charles & Keith, Carlo Rino, Marie Claire, Blay, Nose. Ada sepasang je kasut NineWest tapi tu pun sebab masa tu sale 70% so  dapatlah harga RM90++ mcm tu. Kalau tak sale hmmm mahal nak mam. Over RM150 saya takkan pandang hahaha...

Di Sabah ni ada kedai kasut jenama DOSS, murah dan memang cantik2 design nya. Suka lah sebab cantik dan murah kan? Pernah sekali beli jenama ni tapi tulah, tak selesa dan cepat rosak T_T.

Bagi saya biarlah Alah Membeli Memang Memakai.

Setiap kali lalu kedai ni mesti masuk tengok, geram betul, semua cantik + murah. Tapi bila ingat balik nak pakai lama pastu keselesaan lagi, terus keluar. Cuci mata saja lah.

Saya beli kasut takdelah sebulan sekali kan, pokai lah..hahaha..
Tapi setiap kali masuk kedai, tengok kalau ada yg berkenan belilah, tu pun kalau setelah 3 bulan mcm tu tak beli kasut.
Kiranya setiap 3-4 sekali lah beli.

Kasut online pula, tak pernah try lagi.
Selalu juga tengok-tengok cuci mata... Hmmm takut lah nak beli, nnt tak sesuai kaki lah apa la...
Lagipun kena tengok juga kasut tu daripada apa.
Biasanya kasut jual online ni dari China Taiwan Korea mcm tu kan?
Dorang kan pakai lining dari kulit babs..eiiii tengok lah kulit tu kalau ada 3 dot tu sah kulit babs.
Saya pernah tanya dengan butik-butik yg ada jual kasut mcm ni.

Patutkah saya try beli online??? Sebab ada design yg nak sangat tapi offline tak de jual.



Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday : Happy Birthday To Me

Sent from my iPhone 4

Monday, July 25, 2011

Menjahit???

Kenapa menjahit??? Hahaha...
So, saya telah mendaftarkan diri dan mengikuti kelas jahitan asas. Ehehe...

Sejak ada baby Amira ni mmg ada niat nak belajar menjahit paling kurang pun asas2 buat baju cth: leher baju, pinggang kain, zip ect... Sebab teringin nak jahit baju sendiri utk baby Amira.

Saya sendiri, bukan selalu ber baju kurung. Tapi utk kepuasan diri.
Dan sebab minat..

Minggu lepas dah start, setakat ni dah belajar buat leher baju kurung. Ampun, susah rupanya... 5 jam ko baru siap..

Jahit tepi tu susah sangat oooo...

Pastu last kena jahit silang pangkah, laaaagi susah. Sakit belakang duduk and berdiri..

But its all worth it.

Contoh hasil jahitan leher..

Sent from my iPhone 4

Sunday, July 24, 2011

Amira dan straw

Sekarang sudah sampai masanya untuk baby Amira belajar menggunakan straw untuk minum..
Sebab dia tak suka minum dari sippy cup tu.
Saya selalu bagi practise vitagen.. Straw kecik, boleh lah dia hisap sikit-sikit.
Kalau minuman kotak pun dia dapat lah juga sikit-sikit.

Biasalah kan kalau baru belajar ni, semua minuman ada straw semua dia nak.
Sampaikan air kitorang kalau makan di luar pun menangis meraung nak hisap.Tapi kalau straw besar tu memang dia tak boleh lagi lah.


Percubaan demi percubaan

sampai berkerut-kerut kening
yang ini dia berjaya sikit
Masa ni kami ke "Our Children Our Future" di Suria Sabah.
macam-macam ada tapi saja datang tengok-tengok.
Itu tujuan asal, tp sebab sampai sana tu lapar, so pegi makan dulu.

 

Friday, July 22, 2011

Bawal New Style

Hari tu aku google la square hijab style ni, pastu aku jumpa blog-blog dari Indonesia yang buat tutorial mcm mana nak style kan tudung bawal ni (square hijab).

Selain dari pin bawah dagu yg biasa kita buat tu kan.

Banyak style saya dapat dan salah satunya mcm ini lah.

Try guna bawal plain yg tak ada batu dulu..

Yay or Nay?

Tuesday, July 19, 2011

Sangat teruja minggu ni sebab tiba-tiba dapat kumpul ex-SRJk.. Haha

Sangat teruja minggu ni sebab tiba-tiba dapat kumpul ex-SRJk.. Haha
Eh pernah mention kan saya dulu sekolah rendah jenis kebangsaan cina.
Orang lain dah berkurub dpt jumpa kwn sekolah di FB, kami baru saja.. Haha

Tapi best, semua sporting.

Akan buat gathering, Insyallah.

Kami ada buat group di FB and cerita kenangan-kenangan sekolah dulu yg masih ingat la.

Ada jg beberapa yg tidak lg, siapa si anu ni, siapa dia itu. Masing-masing saling mengingatkan kawan-kawan.

Last jumpa tahun 1994!

Muka banyak yg berubah.
Ada yg beranak pinak, ada jg yg masih bujang.

Lucu betul.

Siap cakap cina lg, untuk yg Chinese tu mmg senang la, kami yg non-Chinese ni bukan semua masih fasih. Hahaha siap gelak gelak lg dalam tu.

Seronok minggu ini buka facebook jumpa kawan lama.

Sent from my iPhone 4

Friday, July 15, 2011

Bawal (lagi)

Assalamualaikum haiiiii!!!
Hari Jumaat yooo, and seminggu ni pergi kerja dengan konsep maxi skirt + bawal...
Saya sangat sayang bawal(s) saya yg banyak-banyak tu beli mahal2..

Ini pun masih lg mahu tambah koleksi bawal, warna2 yg belum ada macam hijau dan merah.. Paling bnyak hitam, putih, pink...

Dulu ada jg sekali sekala pakai tp selang sehari lah mcm tu. Ni dah 5 hari berturut pakai, feeling remaja betul..

And perlu betulkan semula skill yg ada dl sebab kalau tak muncung tudung tu akan beralun-alun (bak kata Sara).

Esok nak pegi TAMMA cari beberapa helai, kali ni tak mahu yg ada batu pula sbb nak try style lain pakai bawal..

Insyallah saya akan share..

Happy Friday all!

Sent from my iPhone 4

Thursday, July 14, 2011

FOS

Last Weekend, bawa cousin aku pergi FOS  cari seluar: short pants sebab RM69 for 2..hahaha..

Maklumlah budak remaja sekolah ni, bajet kureng sikit kena beli pakej pakej macam ni. Eh tapi En Noel pun hari tu aku belikan short pants mcm ni kat Brand Outlet Store: Khakis. RM89 for 2 (kalau tak silap).
Dia suka sangat, kualiti pun ok katanya.

Ni pegi shopping mall tak bawa laki, tapi bawa pembantu tetap aku, adik aku. ahahaha

FOS yang ni di 1 Borneo, baru lepas menambah-besarkan kedai.
Cantiklah, ada kereta antik lagi.



Aku pegi dengan lagi sorang cousin aku punya bini. dengan anak dia dua org...
Meriah...
Lepas dah settle si cousin remaja.
Cousin mak-mak pula nak shopping di Cotton On 1B.

Lagi banyak pilihan dari Cotton on Suria (Entry Cotton On Suria)

Lepas tu pegi makan di Marry Brown. Ok now i'm addicted to MB.
Semalam MB juga masa nak tunggu Transformer pnya show jam 3pm dengan En Noel.
(Ohh aku tak update entry pasal movie Transformer 3 pula)


Lepas tu dibawah ini adalah gambar-gambar gagal, percubaan aku untuk ambil gambar secara berdiri dengan Amira.
Hahahaha, FAIL LAH!






Lepas tu fed up...


Amira sibuk tolak stroller dia sendiri.
Tengok dia pakai hair clip kan, semalam masa dating dengan En Noel, aku beli banyak sangat sbb comel-comel.
Macam-macam kaler aku beli, balik rmh je, malam nak tidur pun aku pakaikan dengan harapan rambut dia cepatlah panjang.
Aku ingat nak beli hair rubber band tp rambut seciput mcm tu entah berapa kali gulung baru ketat.

*Ada satu gambar Amira di kereta antik FOS tu aku nak upload tapi tak dapat.
** Aku bingung dengan blog aku tak boleh upload gambar lagi.

Friday, July 8, 2011

07.07.07 - The 4th Years

Alhamdullilah, sudah 4 tahun usia perkahwinan kami.

Walaupun banyak dilanda ombak badai (ambik kau ayat drama), namun  masih bersama dan masih jauh kehadapan.

Tahun ni 'belum' celebrate apa apa lagi..hahahaha.
Semalam patut nya nak pegi makan-makan special sikit, tapi terpaksa balik rumah makan Maggie kari akakaka..
Laki kata " takpe, maggie kari perisa strawberry buatan isteri"
Sebab aku pakai lotion strawberry yg very the wangi to the max sampai satu rumah baru strawberry.

Bukan apa, aku ni konon nak bagi anniversary gift pada En Noel blackberry Bold 3.
Tapi kat Sabah price masih RM1600-RM1700 mcm tu lah, sebelum aku beli hari tu, tanya2 dengan adik aku di KL.
Dia kata beli kat LowYatt sekarang RM1100.
Ok so, transfer duit, belikan. hahaha...

Pastu takkan nak pos kan, takut pula rosak ke hilang ke apa ke kan?
Ada pula sorang kawan pegi KL, balik KK khamis, semalam.
Flight sampai jam 8.30pm.
Ok aku ambil BB kat airport jam 8.30pm, pastu pegi dinner dengan En Noel. Perfect!

TAPI...hahahaha
flight delay, satu jam! AIRASIA!
Tunggu sampai jam 10pm. Urus itu ini, hantar kawan balik, jam 11pm baru selesai.
Penat, Mengantuk, rindu the kids, terus balik rumah..hahaha
Masak Maggie sebab lapar sangat.
Sambil main-main with the kids.

Dan, Happy Anniversary the 4th to us..
ekeekeke...

Tahun Tahun aku je dapat hadiah anniversary, tahun ni aku pun nak bagi juga.
Ohhh sebab birthday aku bulan yg sama, maka tak boleh claim hadiah 2 kali katanya.
Takpe, hadiah tu tak penting.

So, hubby ada new baby (BB), sibuk la seminggu menghadap benda tu je nanti.
(Macam aku waktu dapat IP ekeke, dia tlg jaga budak2)

Kami tangguhkan anniversary celebration ke tarikh baru yg belum ditentukan.. ekekeke...


Tuesday, July 5, 2011

Comel

Kalau pagi-pagi, saya yang hantar budak-budak ke rumah babysitter nya.
So, biasalah kalau pagi mesti ada dialog dialog antara budak almost 3 years yg baru belajar menyusun ayat dengan ibunya.

Baby Amira duduk depan sebelah driver tu, Azam duduk belakang tapi jarang duduk, di berdiri antara seat depan tu sambil jadi co-driver bagi arahan.

1.
Azam : Ibu, laju capat nanti kena ganggar!

Ibu : Manada orang langgar lah, bawa pelan-pelan selamat.

Azam : iya kan?

2.
Azam : comelnya ibu.

Ibu : Iya, ah terima kasih. (kiss)

Azam : bukan ibu, adik mira.

Rupanya dia tengah pegang pipi Amira sambi ckp "comelnya, ibu" bukan "comelnya ibu".

Kan sudah terperasan.

Hahaha..

Azam : Ibu tantek lah!

Ibu : terima kasih.

Ekekeke...

Sent from my iPhone

Monday, July 4, 2011

Ehem Ehem

This is serious!!!!

Sent from my iPhone

Friday, July 1, 2011

JULAI

Saya sangat sukakan Julai !!

06.07.07 / 07.07.07 - My Wedding Anniversary, the 4th year.

26.07 - My Birthday.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...