Thursday, June 30, 2011

Like Father Like Son : Short and Simple

En Noel saya ni kalau keluar rumah lagi suka pakai seluar pendek dan selipar (jepun)..
Selesa katanya.
Santai.
Dan simple.

Hahahaha...

Ok.

Kadang-kadang kalau keluar dating dengan saya pun pegi tgk movie berdua pun dia nak pakai mcm tu.

Kalau outing sekeluarga, saya sukalah bagi Azam pakai seluar pendek dan selipar (jepun) juga.
Yang ni Ayah dia ikut style Azam duduk cangkung kalau nak ambik gambar.
Outfit : Black shirt + Shortpants + Crocs



Outfit : Shortpants + selipar (jepun)



Outfit : Shortpants + selipar (jepun) - lagi!!



Dan banyak lagi...hahahaha


Hmmm...Amira, kita harus menyaingi mereka! kah kah kah...Girl Power!


Tuesday, June 28, 2011

Pergilah Juga, Jom Heboh

Hah, esoknya hari Ahad tu pegi lah juga kami anak beranak ke Jom Heboh yg heboh di twitter tu...hahaha..dan FB..

Nasib baik masa pegi tu cuaca redup,suam-suam seperti menyambut kehadiran kami anak beranak yg memang tak tahan panas..kahkahkah

Dari luar tu memang nampak jammed tapi sebenarnya trafic lancar, sangat senang hati itu driver.
Sampai ja dekat stadium terus dapat parking, walaupun illegal parking tapi tak kena saman (nasib)...

Parking,turunkan stroller baby, jalan meredah lautan manusia....
Rupanya tak juga ramai orang sampai bergesel gesel bahu tu, just nice, pasar Gaya Street lagi sempit langgar langgar bahu.

Baby Amira behave ja duduk dalam stroller tu sambil perhati orang, mungkin dia hairan kenapa ramai sangat orang seperti di Shopping Mall tapi bukan.
Azam pula semua balloon dia tegur, penat jugalah mencari balloon tu, tak tahu mana penjualnya.

Lepas jalan semua booth, tengok artis dari jauh, beli barang murah murah RM10.
Jalan pula di belakang gerai gerai jual makanan ringan/berat. Barulah nampak si penjual balloon gas, rupanya berebut juga orang mencari dia mau membeli.
Tiada upin ipin, habis. Ultraman pun jadilah.




tapi selipar tetap upin ipin


yang ni mau balik sudah ni...
rimas akhirnya.


ni cardigan yg aku beli semalam tu haha
terus pakai haaaa...selesa
Tapi kualiti jahitan kureng!
Nasib murah.
Pastu label Cotton On (Made in China)
hahahahaha

Family potrait
(Kawan En Noel snap gambar ni)

Kesimpulannya; tidaklah seteruk orang ckp, panas dan jammed.
Ok ok saja.
Kalau tak sanggup, jangan datang. Kalau datang pastu mengeluh, balik rumah.
Sekian. ekekekeke.

Monday, June 27, 2011

Hoyeee Cotton On Sabah

Akhirnya Cotton On telah membuka cawangannya di Sabah. hahaha...
Suria Sabah & 1Borneo.

Lepas tu, lepas tu, ada opening sale!

Tapi sebab aku perasan busy, dan memang busy pada minggu pembukaannya tu, Pakcik yakni bapa saudara Encik Noel berkahwin (lagi), maka tidak dapatlah merasmikan bersama-sama...kah kah kah...

Mingggggggu deeeeepannya baru aku dapat pegi, sisa saki baki ja ku dapat.
yang suka, tiada saiz...
Bagus lah juga, jimat wang...hahaha

Ada juga hasil nya 2 cardigan + 1 flip flop.
Rubi pump tu pun murah tapi sebab aku ni bkn peminat selipar/kasut rata ni, sbb aku rendah jadi perlu pakai yg ada tumit saja...maka aku nda beli, bulan lepas baru beli pump Charles & Keith , itu pun 'ter'paksa beli sebab sale! dari rm109.00 to rm45.00.

Lepas dari Suria tu ingat mahu terus pegi Jom Heboh di Likas tu, tapi aku baca tweet semua ckp berpanas la jammed la apalah..
Cancel!!
Lepak2 saja tepi jeti...dan pulang...

Ok gambar...(sebab ni kan photoblog)






Saturday, June 25, 2011

Blogger : Fiona!

Saya kan selalu update twitter or fb status, makan bakso la makan bakso la...
Sebab bakso jawa dekat office ni mmg super sedap!
Gila ah, kau program diet pun boleh cair...hahaha (sindir diri sendiri)

Pastu ada la budak ni selalu ajak dia makan bakso makan bakso,
Akhirnya pada satu hari, dia terima pula...ekekeke...

Meet my new friend (not virtual anymore coz we already met)

Fiona! sambil nyanyi lagu Fiona - 4u2c

First time jumpa tu makan bakso & soto lah mcm tu, pastu ambil pic pun tiada haha...
Just cerita cerita kosong...

2nd meet-up, di McD airport..hahaha...

Palis palis (#SabahQuotes) kena saman.

Ada pengalaman sdh ni dua-dua kena saman parking di airport.
But we really enjoy, chit chating (again) and camwhoring...well namapun blogger.






Akhirnya kami sedar, kami ada persamaan..hahaha..
Tengok gelang tangan kami sama!
Dan dan ambik gambar, tapi kulit saya kasar T__T
hahahaha...no big deal!
Ona, selamat berkenalan!
Dan, nanti kita pegi makan makan lagi ok!

Friday, June 17, 2011

AMIRA : 1 Tahun


Hari ini 17.06.2011 adalah hari jadi anak gadis saya AMIRA KHAIRUNISA!

Yayyyy, cepatnya masa berlalu, dah setahun.

Takdelah celebrate ka apa ka, hahah...Azam pun mcm tu tak pernah celebrate mebrate bagai.
Nanti sampai besar manja nak celebrate mebrate ni...kah kah kah...

Ok milestone etc :

- Lesen P.
- BELUM TUMBUH GIGI !!
- Suka cakap cakap kalau orang tengah bercakap juga.
- Masih breastfeed (aku dapat ijazah BF)
- Fully CD
- Masih makan bubur (blm nasi sbb takde gigi)

Kami semua sayang Amira.
Ayah.
Ibu.
Abang Azam.

Amira jadi anak yg solehah ya.
Semoga hidupmu diberkati Allah.
Sihat selalu (sakit sikit takpe)
Amin...

Sunday, June 12, 2011

MDO : KL Gengster & Nyonya House

Sudah booked & pay online ticket awal-awal ni. Takut kalau full house (konon, sbb baca timelinefull house la apa la)...




Kalau dah ada tiket awal pun tak payah beratur lagi, ambik tiket di kaunter express, terus pegi makan dulu.




Kali ini tengok kat GSC 1 Borneo, selalu tak pergi sini sebab jauh kan, tapi kali ni pergi juga sebab nak try makan di Nyonya House ni.



Restoran Baba & Nyonya Melaka. Pemilik dia org Melaka.


Suasana dalam memang best, masa kami sampai tu orang tak ramai lagi. So, boleh pilih lah mana kau nak duduk.

Luas seluassnya.



Char Kuey Tiau (ahhh ntah camana eja) & Curry Chicken Rice.
PLUS cendol gula melaka!!!



belakang tu ada playland utk bebudak.
Ahhh terus teringat anak-anak.





Kalau Azam mesti suka.


Dekorasi dalam restoran.






KL Gengster memang best, adegan aksi yang real.

Dan dan minat adiputra. Remy Ishak simpan dulu lah.








Friday, June 10, 2011

MLM-ers

Aku rasa orang yang join sebarang jenis MLM atau yg suka mengajak orang join MLM patut baca blog Aididleaks ni...

- Yang lama tak jumpa, tiba2 minta no hp ingat kan sebab nak tanya khabar,,hahaha rupanya suruh join MLM..duhhhh...

- Yang baru berkenalan, tiba-tiba mesra semacam, ingatkan sebab ikhlas berkawan tambah kenalan, rupanya suruh join MLM!

Memang korang patut baca blog tu.

Aku suka ayat dari Hamka-keretamayat, pasal MLM ni
"Piramid tu Firaun yang punya
Harta yang banyak Qarun yang punya
Akhirnya, dua-dua masuk neraka"
woha!

hahahaha...

Ada 2 orang budak MLM remove aku dari friend list FB, sebab bila dorang ajak aku join MLM, aku bagi link-link pasal MLM ni haram.

they said : You say no, I say Next.
Ok.

Aku tengok tak juga kaya-kaya dorang ni, mcm tu juga.

Lagi satu aku suka statement Ustaz Azhar Idrus
"Orang beriman bila dengar benda haram datang rasa taqwa dalam hatinya manakala orang munafiq akan marah marah dan cari jalan untuk melepaskan diri dari kelihatan bersalah"
(LIKE!!!)

Aku tak baik sangat tapi tak lah jahil.

So, please MLM-ers yang ada niat nak ajak aku join MLM, go away!!!

Masih testing


Young Chinese (celup) girl!

Sebenarnya ini testing blogging guna benda alah ni.
Belum berjaya lagi..hahaha...
Tapi dah taip panjang-panjang, sekali keluar gambar saja.

Ok, sekali lagi aku menaip, kah kah kah.

hmmm...

Wednesday, June 8, 2011

Wordless Wednesday : Testing

Sandakan . Kundasang

Dalam perjalanan pulang ke KK, haruslah lalu dan singgah Kundasang kan,
Masa ni jam 3.00pm mcm tu, cuaca tak panas sbb mcm nak hujan.
Kabus banyak.
Sejuk.

Tapi tetap nak singgah.

Tempat wajib singgah depan Kinabalu Park, kalau nak masuk Kinabalu Park pun boleh, tapi tak boleh lama-lama sebab kena sampai KK sebelum maghrib.

So, gambar saja lah.
enjoices.

rehatkan enjin sambil meluruskan kaki.
Tengok belakang tu kabus saja.


Belakang kami ni Kinabalu Park


Semua kereta akan lalu sini, dan biasanya akan singgah.

Masa untuk teruskan perjalanan

Sepanjang perjalanan ni, Azam duduk depan, saya & Amira duduk belakang.
Tiba-tiba Azam nak tidur belakang.
Inilah jadinya.



Bercinta lah kami sepanjang perjalanan sampai KK. haha..
I makan, I suap you.
Bila dua-dua sdh tidur.


Monday, June 6, 2011

Sandakan .03

Hari terakhir tibalah masanya untuk bersiap sedia pulang.

Kami bercadang singgah di Taman Buaya dulu sebelum teruskan perjalanan ke KK.

sorang pakai baju hijau, sorang pakai biru

bye bye Hotel ♥

Dari hotel ke Taman Buaya ni bukanlah jauh sangat dalam 10 minit pun dah sampai. Memandangkan hari tu cuti umum sempena Pesta Kaamatan, ramai lah orang. Selain buaya ada juga binatang lain disini tapi tak banyak lah , buaya yg penting ekekee.

buaya sangat banyak ok, dimana2 pun buaya. Masa nak masuk taman tu pun kena lalu mcm jambatan bawah dia kandang buaya, uuuuuu takut kalau kalau terjatuh kat bawah ni mcm manalah hai... Ngeri jugalah, ketaq lutut.

Beratus-ratus buaya ada dalam ni...Ngeri juga lah.


Ni dah lepas jambatan kandang buaya tu, belakang tu ada ular sawa. Siapa nak gambar kena bayar RM1, tapi geli lahhh huhuhuhu...

Haiwan-haiwan lain yg ada dalam ni selain buaya mcm kura2, ayam hutan,rusa, memerang,merak,monyet,burung unta...
Kebetulan kami lalu, burung merak melebarkan ekornya (ke sayapnya) ehehehe.
Cantik! First time tengok.

Lepas tu jam 10.45am ada persembahan buaya pula.
Tunggu lah kejap je.

Pelatih tu menari dengan buaya, berus gigi buaya,belai buaya, masukkan tangan dalam mulut buaya.
Kulit buaya yg bahagian bawah ni lah yg paling mahal untuk buat mcm kasut, beg tangan etc...

Lepas show habis, kami pun teruskan perjalanan pulang.

Tapi ada singgah Kundasang!

Till then...

Friday, June 3, 2011

Sandakan .02

Hari Ke-3 Sandakan, tak banyak sangat aktiviti sebab pagi tu Final Drag Open.
Kali ni kami (aku, Azam & Amira) tak ikut, huhuhu panas.

Hubby ikut kawan dia ke trek, kami drive sendiri jalan-jalan pusing-pusing sekitar bandar Sandakan.

Petang, hubby balik.
Siap-siap pegi makan kat Pasar Sim Sim.
Banyak orang cadangkan pegi sini makan ikan bakar.

Nak cari tempat ni pun sesat-sesat, nama je pakai GPS, sesat juga.
kah kah kah...
Last-last call kawan-kawan hubby, kami awal keluar, dorang dulu sampai.


hah ambik nasi sebesen, lauknya?
Betul-betul lah ikan bakar saja...hahaha..
Nak sotong bakar, ketam bakar, tak hadak....uuuuuu...
Tapi ikan bakar dia memang sedap, fresh, cicah dia tu fuhhh sedap gila.

Esoknya kami akan balik KK, tapi singgah ke Taman Buaya dulu.
till then...

Thursday, June 2, 2011

Sandakan .01

Sabah kan, cuti panjang bulan lepas, dari 27-31 Mei.

So, kami bercadang jalan-jalan ke Sandakan lah.

Drive saja kesini, jauh jugaklah 335km.
Kena lalu Kundasang, Ranau,Telupid,Beluran.
Hubby yg drive, aku jadi co-driver.
Co-driver pun penting sebab pastikan Driver segar dan bertenaga.
Dia nak minum, kena bagi.
Dia potong-potong, kena ada co-driver tolong ingatkan dia supaya berhati-hati.

Kami sampai Sandakan jam 6pm mcm tulah, terus check-in kat Hotel Tyng Garden Batu 6.

Hari Ke-2 (esoknya) terus pegi Sandakan Turf Club, tengok drag open.




the gadis(s) litar
Drag open 2 hari, esok ada lagi.

Petang tu, balik mandi rehat-rehat.
Malam keluar pergi makan kat Ocean King Seafood, Tanah Merah.
UUUUuuuuu sangat heaven Seafood kat sini, restoran pun atas air.
Aku tengok ramai org luar makan kat sini, tau lah sbb dengar percakapan dorang semua ckp semenanjung.

ni baby besar, sangat mengantuk kepenatan.

makan tak habis pun sebab banyak sangat
total RM75.00++
Ikan Merah + Butter prawn+sayur+siput tarik


Balik hotel, tidur...
Sambung esok ya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...