Friday, May 27, 2011

Oh hubby~


Hubby,
My Hubby can be soooo romantic.
Sometimes...hahaha...

Semalam baru balik dari outstation Penang 3 hari, tapi flight dia lewat, delay sebab hujan.
Sampai tertidur-tidur tunggu dia balik, (padahal memang dah tertidur pun)
Masa dia sampai rumah tu, tak perasan pun barang dia bawa balik sebab mamai.
Sambung tidur.

Bangun subuh tengok ni depan dressing table.

Auwww suka lah, warna kegemaran lagi!


Dengan sedikit pesanan:


Ber cup-cup pun saya akan buat untuk pagi ni...
Hari ni (tadi) dia ambil cuti rehat.

Esok kami akan bercuti-cuti ke Sandakan, mungkin akan singgah dia Ranau-Kundasang satu malam sebab takut drive penat. Baru teruskan ke Sandakan.

Sabah cuti panjang yooo 28-31 Mei sempena Pesta Kaamatan.

Selamat berhujung minggu semua!

~Dalam hati saya ada taman dan perut saya ada rama-rama ala butterfly in my stomach~

Tuesday, May 24, 2011

MDO : KONGSI(?)

Macam biasalah, sabtu lepas adalah hari dating lovie lovie ♥. Hari dating sedunia me & hubby.

Plan nak tengok Kongsi & Pirates of carribean, tapi beli tiket untuk Kongsi dulu.
Kalau cukup masa boleh tengok Pirates lepas tu marathon movie lah.

Sekali masuk cinema Kongsi, takde orang. hahaha..


Boleh angkat-angkat kaki lagi ok. Memang takde orang lah...
Romantik gila lah rasanya...
Sebenarnya hari tu lepas movie kitorang plan nak cari ipad2 dekat wisma merdeka, tapi memandangkan apple store di 1B stok baru dah ada semalam (jumaat), so gerak ke 1B.


hari rabu & khamis tu dah servay2 semua tempat, ipad2 semua habis jual.
So, bila ada stok ni terus la tanpa melengahkan masa. Yang kitorang ambik ni pun last.
Plan nak 32G tapi stok ada 64G, terpaksalah ambik.
Hubby nak sangat, takut kehabisan lagi.



Kami lama sangat kat sini sampai tak sempat lunch & movie lagi sekali.
Sukalah tu dia.

Sebenarnya, hari sebelum tu, hubby ada buat suprise untuk aku.
Senyap2 beli iphone4, siap letak casing colour favourite lagi, merah.
(mmg dah hint-hint nak iphone4)
Dia balik kerja tu, pura-pura  minta tolong ambilkan hp dalam poket seluar dia sebab dia bz main dengan anak-anak.

Aku tak tahu apa-apa lagi ambil la..hahaha...
Suka!!!
(walaupun blm ckp tu aku punya, punya tak punya, tetap aku punya)

Ohh i love lah b...


Muka excited pakai iphone4, asyik-asyik upload gambar kat twitter & FB, testing kononnya..

*ipad2 64G hubby lagi murah dari iphone 16G mine.
**kenalah puasa shopping.

Monday, May 23, 2011

Thomas & Azam

Dulu upin ipin, sekarang ni Thomas & Friends. Azam minat Thomas ni pun sbb dia adalah sejenis keretapi (apakah skema ayat aku ni?)

Sejak perkhidmatan keretapi di Sabah ni beroperasi, setiap pagi kami mesti akan jumpa keretapi ni kalau hantar Azam & baby Amira ke babysitter-nya.
Sejak tulah Azam sangat obses dengan keretapi.

So, semalam mmg niat nak cari beg sekolah untuk Azam sebab buku & colour crayon dia banyak & dia mesti nak bawa pergi rumah babysitter. Sebelum ni pegang je.
Sekali dia nampak beg Thomas tu dia panggil beg keretapi, tapi besar untuk umur 7-10 tahun punya lah.
Kalau ada yg kecil pun saiz Azam , Ben10 & Barbie je.
Berpeluh-peluh ketiak cari di Segama tu. Bukan shopping complex ok, memang panas.

Bila dah dapat...








Lepas tu pergi Karamunsing (yang nak runtuh tu)

Cari toys untuk Azam, ayah dia niat nak belikan ala-ala laptop.
Tapi dia nak juga keretapi, Thomas...

Bila dah dapat, sanggup tu duduk kat bawah, keretapi duduk atas sebab tak nak rosakkan rail tu.





Jangan ingat kami dera anak pula ye...hahaha


baby Amira - pink obsession


Thursday, May 19, 2011

MDO : NURKASIH THE MOVIE

NURKASIH THE MOVIE!!!

Hahaha...Pergi tengok seorang je ok sebab nanti kantoi nangis-nangis pula uuuu..
Tapi memang betul nangis, tersentuh my heart auw...

Lepas habis movie, jalan-jalan...
'Ter' shopping jugaklah sepasang dua, sebotol dua, ahahaha








Bukti aku tengok sorang-sorang sebab takde sapa nak tolong ambik gambar aku, huh...
Pastu ambik seat paling tepi, nasib baik sebelah aku takde org duduk.
Layan nangis sorang-sorang.

Aku tak nak komen apa2 tentang movie ni, tapi sesapa yg tengok the series mesti pegi tengok the movie ni ok, sangat best.
#sayamauip4. sekian.


Saturday, May 14, 2011

@ealyie #punyapasal



Enough said.

Wednesday, May 11, 2011

WWW - Wednesday With Words

Mula-mula kan nak buat Wordless Wednesday : Matte Lipstick.
1st time try pakai matte ni, ingat nak colour merah, tapi tak berani lah.
So, ambik pink sikit.
Best jg rupanya pakai matte ni walaupun nampak terang sangat tp kalau kena dengan colour baju & tudung, takdelah nampak terang sangat.

So, kenapa aku tak buat wordless wednesday?
Sebab aku tgk gambar aku ada misai (upper lips hair)
ahahaha...
Siapa ada mcm ni juga?


Kalau ambil gambar close up mesti nampak sangat.
Hahahaha...

Pernah bleaching sekali je dulu time nak kahwin tu.


Tapi saya tak kisah pun sebenarnya, ok ok je.


Monday, May 9, 2011

Photo : Mother's Day






Happy Mother's Day!!!

This year, we (me& hubby) celebrate mother's day with both of our mother & mother in law...eheheh

His mother, my MIL
My mother, his MIL. aisehhhmen...

Photo 'speak' everything.

They both going to 'umrah' next 2 week.
Best kan besan boleh pegi umrah sama2..

Love u mom(s)!

Sunday, May 8, 2011

Movie Day Out : Fast 5

Hari ini kena OT.. *sigh

Padahal ada plan nak tengok movie dengan sang suami (wahhh hahaha)
Self timer picture of course.
ini bilik 'pumping' aku hari-hari, 3x sehari merangkap tempat simpanan sementara


Batwing chiffon blouse .
oh my, rupanya pakai baju ni tak selesa sebab bila kau angkat tangan baju ni terangkat sama, lagi-lagi kalau kau jenis asyik2 adjust tudung..hahaha...

Sebab mood mother's Day, aku pakai warna 'anggun & ayu' gitu. Hahahah.

Jarang pakai tudung putih ni, sbb you-know-my-skin-tone.
And jarang pakai flat sandal. ahahaha...

Lepas tu, reserve ticket Fast 5 jam 3pm di Suria Sabah.
First time tengok movie sini.

Terus tukar zup zap..
that bat-wing blouse ke cardi-not-so-cardi. kah kah kah..And of course tukar flat shoe to high heels, ahhh dasar kurang keyakinan diri sipendek ni.

Lepas beli tiket, show 3pm.
Makan dulu...Lapar sampai tak boleh berfikir ahahaha....

Boleh pula separuh cerita tu, blackout..hahaha...
dalam 15 minit juga lah kena tunggu, (tiada generator ka?)

Habis habis tengok wayang, balik & ambik the kids bawak pegi makan dan pulang...
Seronot...

p/s: tidak suka tgk movie show 3pm, suka jam 1pm atau malam after 8pm. Sebab akan terlepas...(lu fikirlah sendiri) ahahaha...


Saturday, May 7, 2011

Rejim Diet After 5 Months

Rejim Diet Entry :

1. Rejim Diet

2.Rejim Diet - Day 7

3.Rejim Diet - Day 50

And now after 5 months, my weight is 50kg...Yeahhh!
hahaha...target 45kg lah, baru balance.
Ingat tak tapered trouser yg beli-tak-muat-tak-boleh-butang? entry ni

sekarang dah muat..ahahaha..walaupun agak lambat untuk mengayakan, tapi saya puas hati.

Sebenarnya sebelum ni pernah juga pakai, tapi tak mencapai 'look' yg saya inginkan, you know yg longgar2 kat punggung. errgghhh mcm lady 'crocodile hunter' adalah. hahahaha, itu laki aku yg cakap.

Ramai yg komen kata 50kg dah ok, tapi saya nak 45kg, tau tak ketinggian (kerendahan) saya?
150cm...ahahahaha...
petite.
Saya nak kurus mcm Nicole Richie or The Olsen Twins, (verangan)

Tak pe, berusaha lagi!!

Eh apasal aku punya dashboard blog ni berubah eh?

jadi mcm ni...



cer bagitau cer bagitau kenapa?

Wednesday, May 4, 2011

Azam dan Amira : May 2011

Amira :

- dah nak masuk 11 bulan, belum tumbuh gigi.
- masih dengan tabiat hisap jarinya tu, kalau pagi, mesti bau air liur basi. ahahaha tapi best sangat cium dia pagi2.

Azam :

- Semua benda kalau nak buat dulu mesti tanya "boleh?".
contoh 1 : "Azam nak main kat luar, boleh?"
contoh 2 : "Azam nak ikut, boleh?"

*Azam mmg cakap tak mcm org sabah, sbb ayah dia ajar. kadang2 ckp terengganu, tapi ayah dia sendiri pun tak delah pandai sangat, nak kena belajar dengan Puan Ana.

- Bangun pagi je mesti cari adik Mira dia tu.

-kalau aku marah je terus dia cakap "ibu cantik!" ni ayah dia ajar.

Ok itu je nak update, nampak sangat takde idea.

Monday, May 2, 2011

Random : Labour Day

Sebelum tu nak wish selamat hari buruh kepada buruh2 sekalian. ehehehe..

Sabtu Ahad, mcm biasalah, hari bermalas malasan dirumah.
Padahal nak keluar nak keluar.
nak beli barang nak beli barang.
Tapi, cuti kan panjang lagi, akhirnya hari isnin ni baru keluar.
Balik rumah, penat dan berharap esok cuti lagi. ahahaahah

Jam 12 tadi sempat lagi layan WHI wanita hari ini, topik 'trend maxi skirt'.
Korang tengok tak? tetamu jemputan dia kan blogger fashionista Adriani & Shea.
Aku tau pun sbb follow twitter dorang.Tu yang 'ter'alert tu.
Laki dah bising2 lapar..hahaha
dan dan semangat bersiap nak cari maxi skirt lagi tambah koleksi.

Mula2 plan nak pegi 1borneo. tapi jauh sangat rasanya.
Last2 pegi Suria Sabah saja. Tetiba kan 'ter'mengidam lamb chop kat food court tingkat 3 tu.
Tengah tunggu order tu, layan ABC perasa durian & mangga.


Sempat juga habis semangkuk baru sampai lamb chop tu.hahaha.
Bukan sbb order lambat sampai, aku yg gilakan ABC ni.



Rosak diet.ekekeke...
metrojaya buat sale, untuk pemegang Jcard saja.

eyeliner liquid dah habis, kali ni nak try elianto pula.
Beli 3 item, dapat 10% diskaun.
Beli 5 item,dapat 15% diskaun.
Mudahnya terpengaruh, tak pasal2 beli sampai 5 item, lipliner la, bbcream la, blusher la.hahahah
Padahal sebelum aku bukan peminat elianto (kecuali the eyeshadow la)
Terus laki pun sindir2, 'bye bye bodyshop, hai hai elianto'

Oh hari tu kan first time lah pakai bbcream maybeline tu.
Hmmm tak sesuai dengan aku, berminyak sangat.
terutama T-zone. I is tak suka. (-.-")
Selamat juga derma dengan adik aku.

Masa nak balik tu, lalu gaya street lah sebab semua jalan jam.
Tetiba tengok Guardian ada sale 30%. singgah la kejap, tengok2.
Beli gatsby hair laki, beli RM50 dapat voucher RM5.
tak pasal2 beli Maybeline Angelfit foundation, RM28 saja!

Pastu balik dan singgah Servay beli barang rumah.
Penat.

Amira & aku yg suka camwhore.
Ingat dulu2, aku suka camwhore dengan Azam.
Sekarang Azam lagi suka geng dengan Ayah dia, tak nak geng ngan Ibu.
hahaha...


Ok lah, tidur. Penat

p/s : kan ini entry random di hari buruh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...