Wednesday, April 27, 2011

Ohhh Ella wannabe

Sabtu lepas kan, 'ter' tengok konsert AF9.
ok tak, mmg tengok pun sbb nak tgk Hazama..hahaha
Pastu layan la sbb yg buat seronok kritikan dari kak Ogy la.

Tak tau pun pelajar akan bawa lagu apa kan, tengok2 Lena bawa lagu Ella.
Oh my, nostalgila betul la kalau Ella ni.
Ingat zaman muda dl
Aku mmg kipas-susah-mati Ella.
Aku start minat pun album ELLA USA, masa tu aku masih darjah 5 kot.
Minta bapa belikan kaset dia, ala kaset yg ada side A side B tu..hahaha

Lepas tu semua album dia aku kumpul tau..
single ke, full ke, kompilasi ke, the greatest ke..ah semua la..
Ada lagi aku beli kaset & CD, dua2 sekali..hahaha..
Sbb masa tu kereta blm ada CD player, so beli kaset punya, CD pasang kat rumah je.

Sangat la minat ngan Ella ni, rambut aku tak pernah potong pendek ok.
Panjang dan hitam.
Dah moden sikit, Ella buat curl kat hujung, aku ikut
Ella buat belah tepi, aku ikut.
dia potong rambut suku,aku ikut.
hahaha.
Masa zaman Avril Lavigne dah muncul tu kan, Ella ada buat album ala-ala tu jugak la.
Lagu dia TERUJA.
Ella rebonding rambut dia mcm Avril, aku ikut.
hahahaha.
Pakai celak hitam tebal2.

Seluar jeans tak nak kalau bukan Levi's
Poster dlm bilik
Apa lagi eh?
aku tak ingat dah...

Tapi kaset2 CD2 semua tu ada dlm stor dah, ntah ada lagi ke tidak.
Kalau pegi karok, mesti nyanyi lagu Ella. dah jerit2 tukar nyanyi  lagu ala2 Siti, laki aku ckp tak sesuai.
hahahaha..
"ko ni ngam bawa lagu rock je, tak payah nyanyi lagu Siti"
ceittt..

Tapi lagu dia dulu2 lagi best dari sekarang kan?

Friday, April 22, 2011

slot seram! (bah.2)

ok, aku tengok jg episod 8 tu semalam...hahahaha
tak boleh tahan nak tahu apa sambungan cerita tu.
Lagipun semalam ramai org ada kat rumah,
semua org ada lah...bapa, mak, adik, dan semua la...
ramai..

Tapiiiiii....
20 minit terakhir tu tak dapat tgk sebab baby Amira dah melalak2 nak nangis.
Mak aku pula dah bising 'wei nak layan anak ke nak layan hantu?'
hahahaha

Semalam lagi best, tiba2 ada watak si Norman Hakim tu.
Ni mesti Sabrina nak curang balas ni.
Kalau ikut hati perempuan yg marah dan sakit hati, mesti rasa nak cakap : curang je sapa suruh laki pun curang.
Tapi laki si Sabrina tu curang pun sbb kena mandrem ngan si Suria tu.
Kalau tak kena mandrem takde kot dia curang.
Ahhh sudah, aku pula emosi.

Tapi kita sebagai perempuan , muslim (paling penting)
Apa yg kita kejar adalah Syurga.

Dari Abdurrahman bin Auf berkata, Rasulullah saw bersabda,


إِذَا صَلَّتِ المَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَصَنَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الجَنَّةِ شَاءَتْ .


“Jika seorang wanita menjaga shalat lima waktu, berpuasa pada bulannya, menjaga kehormatannya dan menaati suaminya, niscaya dia masuk surga dari pintu mana saja yang dia inginkan.”(HR. Ahmad nomor 1661, hadits hasan lighairihi).

tak payah nak balas2 curang, cuma buat apa yg tanggungjawab kita.
Suami kita jahat?
Tak payah nak hukum dia, itu urusan dia dengan Allah SWT.
Kalau sayang suami, doakan semoga Allah tunjukkan dia jalan yg benar.
Zaman sekarang ni, kaum wanita ramai yg berpelajaran, berdikari semua tu.
Memang rasa susah nak jadi baik mcm tu kan?
Nak juga baling2 periuk..hahahaha

Sama2 kita saling ingat mengingati dan menasihati.
Berdoa agar diberi kesabaran.
Amin.

*Aku dah melalut dari Mantera Anjasmoro ke ceramah jumaat.

Wednesday, April 20, 2011

Wordless Wednesday - Motif ?


Tuesday, April 19, 2011

Gembira-gembira saja...

Aku sebenarnya tak suka nak update blog pasal benda2 sedih yg berlaku dlm hidup aku.
Biarlah yg happy2 je...hahahaha (tgk, terus gelak)
Walau mcm mana besar pun masalah aku hadapi, org takkan tau.
I is happy go lucky person. :-)

Oh yg tu pasal mainan 'perasaan'

Sama juga dengan kejadian2 sedih, aku tak suka juga nak update dlm blog.

Ada satu kejadian berlaku pada baby Amira, mula2 rasa nak blog cerita panjang dari A-Z
Lepas tu aku mcm malas, benda sedih kan...
Jadi aku update ringkas2 saja


Hari tu, baby Amira kena alergic, makan ikan parang.
Makan sikit je, terus muka bengkak.
Doktor suruh monitor 4-6hrs kalau bengkak tak surut, takut bengkak melarat ke peparu dan susah bernafas. :'(

Bulan lepas, jari baby Amira kena bilah kipas besi
bengkak, rasa nak pitam ibu ni tengok jari kecik dia tu ada darah kumpul.
Doktor sapu ubat, tapi dah baik sekarang.

Semalam dia jatuh, kepala hantuk kaki meja, besi.

Luka dia panjang 3.5cm :'(
Terus bawa pegi kecemasan, Doktor suruh monitor 24hrs kalau ada pengsan,muntah,sawan, tak aktif, demam etc....
*Hensem doktor tu semalam, baby Amira aktif gedik2 ngan doktor, hahaha...Sampai tidur pegang botol ubat dua2 tangan. Dah tidur pun genggam kuat2 botol tu, cesss... Ayah pun jeles.


Banyak kejadian sedih2 ni berlaku tapi aku tak update details.
Aku takut aku makin sedih.
Aku kena kuat.







Friday, April 15, 2011

slot seram!

Aku tak pernah layan slot seram TV*3 tu, sejak dari niyang rapik ke hantu ntah apa2 tu semua, semua mmg aku tak layan.
Sebab apa?
Sebab aku penakut cerita hantu...ahahaha
Last movie hantu tgk dekat cinema Jangan Pandang Belakang, masa tu mmg rugi gila duit beli tiket, bukannya tgk sangat, tengok pl night show... That was last!

Tapi entah kenapa minggu ni kan, mmg takde kerja langsung.
Kitorang kat office ni masuk keja, dah macam cyber cafe dah ofis ni, ahaha.
Boring2 tgk ada iklan Mantera Anjasmoro.
Oh dah 6 episod, layan kat tonton.com.my

Ala tengok waktu siang2 begini, kat office pun ramai org ape...ahahaha
2 hari layan dari episod 1-6, so semalam episod 7.
Nak tgk konon lah kan.
Tengok la juga, sambil paksa2 laki mak temankan.

Serammmm...lepas tgk, nak tidur pun susah.
Dasar penakut aku ni.
Bukan apa, terbayang2 la hantu tu kat bawah kaki la, atas almari la...huuuuuu
Laki aku ckp, hantu mana makan org laaa..
Hantu tak bunuh org laaaa..
Takut apa???
Hahahahaha...
Ok that was last! (again)
Lantaklah ko Ratu Anjasmoro, aku tggu last episod jelah, nak jg tau kan apa kesudahannya.

Siapa2 ada buat review dlm blog, blh share tak, ekekeke...
Aku prefer baca dari tengok la...

*Perempuan ni kalau ikut hati, sanggup buat apa saja untuk dapatkn suami dia balik. Ingatlah, suami bkn 'milik' kita, kalau dia dah nak dengan perempuan, just let he go... Ingat Allah, bukan minta tlg dengan syaitan.

*New baby in da house and i like it!


Wednesday, April 13, 2011

Wordless Wednesday : Hip Hop Yoo..!



Thursday, April 7, 2011

' Cute & Sweet Pregnant Mummy ' Contest

Thanks Ummi sebab tag aku dan 'paksarela' aku join contest ni...ahahaha

Muahhsss



Contest anjuran Danita Maternity


Gambar pregnant 7 bulan, masa ni pregnantkan baby Amira.
Amira Khairunisa anak ke-2, dan ini pada tahun 2010.
Kitorang pergi bercuti2 ke Bandung.
Sempat lagik..ahahaha

Syarat2 penyertaan ada sini

Aima, you should join this contest ok.

Saya saja2 ni, menyokong kawan sebagai penaja hadiah utama...ekekeke
Sambil mengimbau badan yg kembang time pregnant.


Wednesday, April 6, 2011

Wordless Wednesday : Practice


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...