Wednesday, March 30, 2011

...dalam hati bukan dalam botol

Ok. korang pernah tak sebelum masuk ofis kan, lagu terakhir yg korang dengar tu lah yg akan bermain2 dalam otak dan ter'haming-haming' dalam hati (aku tak tau eja haming). Ala mcm hmmmm...ada melodi takde lirik.

Lepas tu blh pula 'ter' lepas 'ter' nyanyi di mulut.
walaupun lagu tu korang tak minat langsung. hhahaha
pernah tak? pernah tak?

Bukan nak cerita itu, tp ada kaitan lah.

Minggu lepas kan, waktu kitorang dari KLCC nak pegi rumah adik aku kat Kepong kitorang naik teksi pakcik2 ni, means org Islam lah.
Dia pasang CD ceramah agama.
Antara yg paling saya ingat pesan dia, cuba pasang CD mengaji, dia sebutlah nama Qari terkenal aku tak ingat sapa nama.
Pasang hari2 katanya, bagi anak dengar hari2. Confirm anak akan mengaji sebijik mcm Qari tu.

Aku berfikir, betul tu. Kalau hari2 pasang lagu twinkle twinkle-ABC anak aku blh follow and sing balik kan, mesti mengaji pun mcm tu.

Aku balik KK terus pasang CD zikir hari2 kat kereta.
Dah hampir seminggu.
Si Azam tu blm lagi pandai berzikir mcm arwah Ustaz Asri dalam CD tu lah...

Tapi sbb hari2 aku dengar dan itu benda terakhir aku dengar sblm masuk office, maka itulah yg asyik berlegar di kepala otak aku dan ter'hamming-hamming' dalam hati.

Hari ni baru aku terfikir, maknanya bila aku ter'hamming-hamming' dalam hati, adakah itu dikira aku berzikir yg mana sebelum ni nak zikir pun susah. sad kan?
Ok ni bkn riak ke apa, tapi aku nak share the tips dgn korang.
Sebab ini berlaku secara kebetulan dan berkesan.




Tuesday, March 29, 2011

Susuibu dot com

Bila baca entry Cik Fid yang ini

tiba-tiba teringat pasal forum susuibu.com. Dia aktif tahun 2006, saya aktif tahun 2008. 1st baby, Azam.
Sebelum ni sumpah-tak-minat segala macam forum, mahupun forum artis or whatsoever.

Tapi ada kawan yg bagi website ni dl, padahal masa pregnant trimester terakhir tu, takde langsung terfikir nak fully BF baby. Bila baca thread, belajar disana, jumpa kawan baru yg 90% luar dari Sabah, syukur alhamdulillah diberikn petunjuk. Syukur sangat2. Kalau Allah tak beri petunjuk dan membuka pintu hati utk minat ber forum di susuibu.com, mungkin 2nd baby pun ber-FM juga.

Lepas dah forum-forum, kenal2 blog, pastu add ym...chit chatting hari2 pasal BF. zero knowledge masa tu, harap baca thread je, nak dapat BF gadget lagilah payah, semua kena order online.

Ingat lagi masa tu, org paling-baik-layan semua soalan saya adalah mama miya. Hari2 kot saya tanya dia soalan, dia jawab sehabis baik (mcm pengakap) siap bagi link and gmbar apa tu fenugreek, milk booster lain semua tulah. Lagi2 masa tu dengan masalah nipple confussion Azam tu kan, nasib baik dia cepat suggest the first year bottle.

Sekarang ni kalau ada  preggy mom yg nak fully BF, mesti saya bagi link susuibu.com and sedikit tunjuk ajar setakat saya termampu lah kan.

Sejak dah pro BF (takdelah pro mana), nak masuk SI.com pun dah lupa password, ehehehe.. Sebab kalau ada masalah, saya tanya terus pada PC(s) or kawan2 BF yg lain, mcm Ealyie dan Cikgu Intan. Lepas tu dapat baaaaaanyak  kawan lain.

Tu belum lg cerita cloth diapers, pun dpt tahu dari SI.com. Lain hari blh cerita.

SI.com dan korang? pengalaman?

Sunday, March 27, 2011

Another Meet Up (2)

hari ni memang plan nak jumpa dengan Sara/MrsHaris.


Kitorang memang dah plan kalau dia balik Sabah nnt nak jumpa. Tapi ada cerita sebelum perjumpaan hari ini tau.

Pada hari aku nak pulang Sabah, flight jam 6pm, sempat kitorang pergi SOGO lagi, jumpa pl dengan Sara kat sana...ahahaha
Detik pertemuan kitorang sangat lucu.
Sara yang cam aku & tegur aku dulu.
Kebetulan flight dia balik KK pun malam tu juga, jam 10pm @ 12pm tak ingat.
Nasib baik tak 1 flight, memang berjodoh kita ni.

Hari ini dah plan nak jumpa kat Tanjung Aru Beach, mintak2 lah tak hujan dulu kan.

Syukur Alhamdulillah, cuaca cerah...

To Sara :
1. aku tak ingat yg ko rupanya ada anak lelaki. ehehe
2. OMG, ko sangat cantik putih, anak2 semua mcm anak mat salleh.


tengoklah betapa berbezanya warna...ahahaha...
and tengok anak dia, macam anak mat salleh, beza warna lagi dengan baby Amira.
Masa ni dua org lagi anak dia mandi laut. Seronok betul tgk dorang mandi





laki mak masih kat johor, gigih la drive sendiri hahaha.
tapi aku bawa ramai 'bodyguard'

So, bila ramai 'bodyguard', dapatlah banyak gambar vain.hahahaha (ketawa mcm jahat)
sabar jelah terima ok??? hahahaa (ketawa mcm jahat lagi)



terimalah Tanjung Aru Beach.
Ok sudah lah, balik...

Sara, jumpa lagi ya.






Friday, March 25, 2011

Camera & them

Baby Amira sejak akhir-akhir ni kan dia ada tabiat kalau nak kena ambik gambar di lentok kan badan
dia...hahaha

Tapi kena bagitau dia dulu yg sekarang ni nak ambk gambar, kalau tak dia akan buat muka blur je mcm ni


Kemudian ayah dia panggil
"Amira..Amira"
Automatik lentok

Aku pun ikut lentok badan


Sekali lagi snap ayah panggil
"Amira..Amira"
lentok lagi...aku tak tahan tengok gaya dia..


Dah penat asyik lentok, dia sengih je...


Yang ni kitorang lepas breakfast kat hotel Royale Bintang tu, sementara tunggu kedai2 kat Sg Wang buka, ahahaha...lepak2 kat pool dl.

Masa breakfast tu kan, Azam tiba-tiba tau panggil ayah dia
"Ayah, rambut afiz rambut afiz"

Rupanya dia nampak lelaki ni rambut kerinting mcm rambut Afiz

"Ibu, gambar"
Boleh? request nak gambar.

"Tengok"
Nak tengok pl gambar dia ngan 'rambut afiz'.
Sabar jelah nak oiiii
ko sedar tak rambut ko lagi 'rambut afiz' dari lelaki tu



Lepas snap 2-3 kali, aku takut lelaki tu perasan kitorang ambik gmbar dia, Azam nak lagi gambar tapi aku tak bagi.

Aku rasa lelaki tu bkn dari Malaysia, dia ckp mcm org Indonesia.

Masa kitorang check out tu, Azam perasan si'rambut afiz' ni lalu kat lobi lagi. ahahaha

Lepas tu pegi KLCC pula...tapi hujan tak dapat pegi park tu, ronda2 kat dalam sajork


My 'rambut afiz'

Masa dorang sibuk gambar2 kat luar ni,  aku dalam dilema nak pilih Chilis ke Kyros Kebab...
ahaha tamak tamak.
Weh dua dua takde kat Sabah tau...


Kaki tu Aurat???

Saya suka blog ni http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com/

Boleh lah buat rujukan.

Kita tidak akan pernah habis untuk belajar.

1. http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com/2009/01/kaki-bukan-aurat.html

2. http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com/2009/01/adakah-berdosa-tak-pakai-stokin-depan.html

3. http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com/2009/01/pakai-stokin.html

4. http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com/2008/12/wanita-memakai-stokin.html

Tutti Frutti First Time(er)

Malam sebelum kitorang balik KK tu, adik aku dah sampai KL dari Kedah ajak pegi Wangsa Walk, ada LEVI'S FO kat sana.

levi's ori tapi murah sedikit dalam range RM150-RM100 sebab ada sedikit cacat dari kilang. jadi butik ni Levi's Factory Outlet. Nampak mcm perfect tapi kalau teliti memang ada cacat, macam benang terkeluar, jahit tak lurus etc.

Tapi mak tak kisah, kalau ada yg murah, apa salahnya. Mak kan peminat tegar levi's dari zaman remaja lagi. ahahaha.

The latest design pun ada. Mak suka DEMI CURVE. Mintak lah saiz 27, opsss longgar..hahaha gelak besar dalam fitting room, minta saiz 26. Gila kentang aku pakai jeans saiz remaja.

Semua macam jakun borong seluar & baju murah.

Lepas tu keluar, nampak kedai Tutti Fruitti ni kan, mesti try mesti try!




Kitorang duduk tepi jalan ni sebab kereta parking kat depan ni je, duduk sini sampai jam 10pm sambil tunggu Uptown Danau Kota buka. hahaha.


Yang ni dengan girlfriend adik saya yg kerja kat KL.
Azam dah tidur dalam kereta, Amira pula baru bangun.

Gambar ni kabur sebab camera lense dia kena air. berkabus la kat dalam.

Kesimpulannya, walaupun agak mahal tapi sedap. Perisa Red Velvet tu yg sedap.
And ohh jgn ambik buah yg buat berat.

Thursday, March 24, 2011

Lagi cerita Sg Wang

Konon-konon dah pasang niat nak terjah Sg Wang lagi, tapi MIL nak pegi SOGO & Jalan TAR. (oh both my PIL ikut rombongan kali ni)

Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, aku pun tanpa berfikir lebih dari 2x terus nak ikut. Mula-mula ke SOGO dl lah, sini aku suka beli baju kanak-kanak. Ok lah, brand yg biasa semua tu kan, memang murah. Aku rasa dalam sejarah aku pijak SOGO ni tak pernah tak SALE, hahaha.

Dah settle barang budak, baki bajet tu mmg untuk aku lah kan.

Sempat lagik jumpa pocong & pontianak 'biar betul' tu.

The lelaki(s) duduk kat SR depan, The wanita(s) terus ke depan memborong tudung/shawl/pashmina dan sewaktu dengannya. Tapi tak sampai 1 jam, hujan :-(.
Kitorang baru plan nak pegi kedai hujung lagi cari Abaya. Terus berlari balik ke SOGO.

Dan pulang hotel.

Malam tu pegi makan kat nasi ayam cheemeng/Hainam tu, ingat nak terus ke Sg Wang, tapi hujan, balik hotel lg, dan tidur.

Esoknya baru dapat terjah, smpai ke petang, malam tu nak pegi rumah auntie, my MIL's sister kat Bandar Baru Bangi, ada family dinner. Kan best, dah penat2 shoping terus dapt makan, free pula tu. ahahaha..

Paling best kalau dapat kumpul ramai-ramai dengan keluarga mertua.






saya dah siap, ibu.


the cousins.

Makan tak hengat lagi....

Penat-penat buang lemak, dalam 2 minggu ni asyik tambah lemak sajork...

Kedah, pertama kali...

Sampai Kedah dalam jam 3pm, terus check in kat Hotel Star City, Alor Setar.

Sampai2 tu nak cari supermarket beli diapers, rupanya banyak kedai tutup eh hari Jumaat.
Malam tu kitorang jalan-jalan cari makan, hahaha... Padahal tak tau sesat sampai kemana.

Esoknya, baru gerak hantar pengantin ke rumah mertua.


bersiap-siap kat hotel dengan tema KUNING.



Dah habis, lepas Asar tu kitorang terus gerak balik KL. Sempat singgah ke Sik dulu, haha jauh tak jauh perjalanan sampai sempadan Siam, Padang Besar ke Padang Kota eh nama tmpat murah2 tu? Aku lupa, dalam perjalanan balik KL tu, ingat pegi Penang juga, tapi agak malam sangat.

Last-last terus balik KL, sampai dalam jam 10pm, pegi makan dulu dan check in kat Mirama hotel sebab hotel area bukit bintang semua dah penuh. hahaha... Aku asyik fikir Sg Wang lagi.

Esoknya dah breakfast, jam 2pm baru dapat check in kat Royale Bintang.

Semalam saya kembali...

dari tanah semenanjung...hahaha.

Hari ni kena kerja, lambat masuk sbb baju kerja tak iron lg. Pastu pakai tudung semalam. haha

Hari khamis 17.03.2011 lepas kitorang seeeee-family (takdelah ramai sangat), telah terbang ke tanah semenanjung utk majlis perkahwinan sebelah lelaki pula.
Kalau ikut adat kami, lepas kahwin (tempat perempuan), keluarga perempuan akan hantar pasangan pengantin baru ni, esoknya ke rumah mertuanya. Tapi memandangkan rumah mertua adik aku ni jauh nun di Kedah, ahaha...terpaksalah hantar selepas seminggu.

Flight petang hari khamis tu, sebab takut penat klau ambil flight malam, nnt esoknya hari Jumaat nak gerak ke Kedah, Sabtu pula majlis nya.

Sampai tu terus chech in kat Milea Hotel depan Times Square. First time stay hotel ni.


Ni belum makan malam lagi ni, sampai2 je lepas kemas2 apa yg patut pergi cari makan, terus ke Sungei Wang, hahaha...dengan harapan jangan kau tutup dulu wahai sekalian kedai. (macamlah aku nak balik esok)

Taklah, kitorang pegi cari makanan kegemaran kitorang kalau turun KL, Nando's. Sabah manada.
Makanan wajib KL kitorang panggil, termasuk Chilis & Dominoz.


ya ya ya gambar wajib kalau jumpa cermin. Gigih mengendong anak untuk ke Sg Wang. Jalan kaki, takdelah jauh sangat kan?


Malam tu jam 11pm lebih kurang, ada fireworks depan hotel. Azam suka sangat.



Esoknya jam 9pm lepas breakfast, terus gerak ke Kedah. Penat.


Friday, March 18, 2011

Renungan di hari Jumaat - Raja dan 3 menteri

Suatu hari seorang raja telah memanggil tiga menterinya mengadap dan meminta mereka sesuatu yang aneh. Dia meminta ketiga-tiga menterinya itu agar masing-masing mengambil sebuah karung guni setiap seorang dan pergi ke taman istana dan mengisi karung tersebut untuk raja dari semua hal yang baik-baik, iaitu dari buah-buahan dan tanaman juga diminta.
 
Dan diperintahkan juga untuk tidak mencari bantuan dari sesiapa pun dalam tugas ini dan tidak boleh menolong satu sama lain.
 
Menteri-menteri itu terasa aneh dengan permintaan raja itu dan setiap mereka mengambil setiap satu karung guni dan pergi ke kebun.

Adapun Menteri pertama, dia berpendapat perlu memberikan Raja semua buah-buahan yang terbaik dan memenuhi karung guni hasil tanaman terbaik dari buah-buahan tersebut.

Menteri kedua pula merasa yakin bahawa raja tidak mahu buah itu untuk dirinya dan bahawa ia tidak akan menyemak buah itu, maka ia pun mengisi karung guni dengan mengumpul buah dan mengabaikan pemeriksaan dan tidak memilih mana-mana buah yang baik untuk diisikan didalam karung guni sebagaimana yang telah disepakati.

Menteri ketiga tidak percaya bahawa Raja tertarik dengan isi karung guni itu lalu ia mengisinya dengan rumput dan daun.

Keesokan harinya, raja memerintahkan untuk dibawa kepadanya ketiga-tiga menterinya itu bersama tiga karung guni yang mereka isikan.

Saat para menteri bertemu dengan Raja, Raja telah memerintahkan tenteranya untuk menangkap tiga menterinya itu dan memenjarakan mereka secara berasingan, masing-masing dikurung dengan karung guni mereka selama tiga bulan di penjara ditempat yang jauh dari orang dan tidak dapat dihubungi oleh sesiapapun dan tidak diberikan makan dan minum.

Menteri Pertama mendapat nikmat makan buah dari yang baik yang dikumpulnya hingga berakhir waktu tiga bulan.

Menteri kedua, tinggal dalam kesempitan semasa hidup tiga bulan di dalam penjara itu, kurang tenaga, kerana hanya bergantung kepada sebahagian sahaja buah yang baik yang dikumpulkannya.

Menteri ketiga pula, mati kebuluran berlaku sebelum bulan pertama.

(Saudara, menteri-menteri itu ialah ibarat manusia yang hidup di muka bumi, raja itu ialah ibarat Allah swt, tentera itu ialah ibarat malaikat, dan penjara itu ialah ibarat kubur kita nanti di alam barzakh)

Jadi tanyakan pada diri anda dari jenis apa pun anda. Anda sekarang di taman dunia, anda memiliki kebebasan dari raja untuk mengumpulkan pekerjaan baik atau pekerjaan yang buruk, tapi besok ketika diperintahkan Raja, agar kamu dipenjarakan, iaitu kamu mati, lalu dikuburkan.

Di penjara yang gelap, sempit dan sendiri keseorangan, apakah yang anda yakini boleh menguntungkan anda selain dari hal-hal yang anda kumpulkan semasa hidup anda di dunia, dengan amalan kebajikan yang baik.

Saudara / saudari, kita berdiri sekarang dengan diri kita sendiri dan kita memutuskan apa yang akan kita lakukan besok di penjara kita.

Wassalam.

source

Thursday, March 17, 2011

Majlis - Baju 3

Baju 3
warna - Biru dan Silver

Ni baju adat yang lebih lengkap aksesori nya berbanding baju acara mappacci.
Dengan hiasan kepala, gelang tangan dan kaki serta bling bling ahahah...

Terima lah..jangan gelakkan pengantin lelaki sebab dia malu.
Dulu dia pernah gelakkan laki aku juga.





Azam dah lari konsep, sehari dia tukar baju 6x.
Happy betul dapat main tanpa had.
Susah nak ajak bergambar...

End of Baju 3.

Jumpa di Kedah pula...

semua entry adalah auto publish, hari ini kami ke Kedah untuk majlis belah pengantin lelaki pada 19/03/2011.

Majlis - Baju 2

Baju 2
warna : Putih dan silver

Pelamin luar ni adik aku nak pelamin moden, aku kawin dulu luar dalam pelamin adat. huhuhu...
Majlis belah lelaki baru merasa pelamin moden.

Seperti biasa, ini gambar terbaik aku dapat. hahahaha (walaupun buruk)
Yg lain-lain kena tunggu fotographer.


macam biasalah, pengantin lama kena tumpang glemer bersama anak pengantin lama
baby Amira masa ni tak nak pegi dgn orang, nak melekat dgn aku je.
Kalau nak pegi pun sekejap je, pastu nangis cari aku.
Pandai eh...


Potong cheese kek
Gila sedap cheese kek ni, ke sebab aku lama tak makan cheese kek. ahahaha
Kalau aku campur2 semua hirisan kek yg aku makan mungkin sama banyak dengan yg paling atas tu.


Aku rasa gambar aku dalam camera ni semua tak senonoh dan selebet. ahahaha
Yang ni kan nampak sangat bawah baju tu aku pin, berlipat2.
Kalau tak pin nampak mcm mengandung.
Yang ni pun aku tak berani nak alter, takut tak sempat.
Aku pakai je.
Padahal design baju ni riben depan, terpaksa riben tu tarik belakang utk kecilkan baju.


Aku suka gambar ni, yg dlm camera fotographer cantik2 dia ambik.
Masa ni pengantin perempuan naik atas tukar baju adat.


Kitorang konon2 bridesmaid yg ambik kesempatan masuk dapur makan. ahahaha
Kemudian dah habis makan kitorang pegi pelamin dalam (balasoji), bergambar sakan.
Masa tu lucu sangat sbb semua berebut nak dulu, anak dah nangis nak ikut masuk.
Aku dah gelak2 tengok telatah mak budak ni semua.
Yang pegang budak (adik bongsu aku) tu je sorang takde budak lg, semua ada budak.

End of Baju 2.

Wednesday, March 16, 2011

Majlis - Baju 1

Curlassss, kahwin ganti baju 3x ko...ni entry Baju 1

Yang sebelum ni acara adat2 tu semua adalah adat Bugis ye. Mak aku memang pegang kuat dengan adat dia. Tengoklah pelamin & baju bawa dari Sulawesi, kat sini pun ada kalau nak sewa, tapi mak aku kata tak lengkap aksesorinya semua.

Untuk pertanyaan mu Puan Zainab - yg pakai hitam hitam di kepala tu namanya 'didasa' .
Adik aku ada pakai time Baju 3, baju terakhir. Tungguuuuu...eheheheh

Baju 1
Warna : tiffany



gambar terbaik aku dapat...ahahaha
yg lain kena tunggu Fotographer


ini lah pose terbaik kami sekeluarga bersama pengantin
ahahahaha..


budak jaga kaunter...2nd cousin
eheheheh


my kaftan - banyak suka duka disebalik kaftan dress ni.
Hantar tailor kalau tak silap bulan Dec 2010 or Jan 2011
Ambil 2 minggu before wedding
BESAR! kat bahu semua tu
nak alter memang tak sempat, aku malas nak ambil risiko kalau rosak ke apa ke...
So, pakai sajork
Aima ko faham perasaan aku mcm aku luahkan di twitter..huhuhu
sampai nak hias manik pun aku takde mood
just letak batu kat tangan tu je.


Mungkin lepas ni aku akan alter dan hiasi dengan bintang-bintang manik.
Kalau nak pakai kena ada dua syarat:
Samada
1. Majlis tu kat rumah ko, nak BF ko masuk bilik selak sepuasnya
2. Majlis tu ko tak payah bawa anak bersama.


Pengantin dah MUA.
Muda lagi budak ni, dia first time make up pengantin, takpe adik aku bagi peluang.
Kalau tiada peluang macam mana nak maju ye tak?
Biasanya dia mekap artis majalah & berlakon.

End of Baju 1.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...