Monday, February 28, 2011

Another Meet Up

yo yo eh je...ahahaha

so, last saturday, I awal2 pagi dah keluar rumah menghantar anakanda kesayangan ke rumah baby sitter. ( I=kata ganti diri pertama :p ). Tujuannya I nak pegi segama mencari manik-manik dan beberapa material lain utk baju ku. hahahaha...

Susah ok nak pegi tempat2 mcm segama tu, (segama mcm Jalan TAR juga cuma tak seluas jalan TAR tu), nak bawa sorang kanak2 dan sorang bayi. Padahal kat jalan TAR dl gigih jg aku bawa budak berdua tu. Oh tak yg tu sebab ada si suami, kali ni I pegi sendiri.

Lain dicari lain dibeli. Tapi I ada jg lah beli yg dicari tu, dan beli 'yg tak dicari', hahahaha...

Tengok masuk waktu Zuhur, terus pegi 'kutip' si suami. Pegi makan kat Suria sambil tunggu kawan adik I yg nak kawin tu, dia kirim barang hantaran dia. Bulan depan kan nak kawin, dia angkut barang hantaran dia dari KL melalui kiriman kawan2 yg terbang dr KL-KK. Bijak betul. I lah jadi tukang kutip.

Dan selesai, masuk Asar. Pegi kutip bebudak kat rmh babysitter. Bawa pegi rumah abang, jmpa cousin2 bebudak ni, main2 sampai maghrib.

Pegi makan, masuk Isyak. terus gerak ke TAMAN PERDANA TANJUNG ARU. yayyyyy!!!
Inilah point sebenar I membuat entry ini sebenar-benarnya. hahahaha...Gigih mcm diari.

Tapi bila sampai sana, camera low batt, flattttt.. Sempat ambik gmbar 3 keping je. Seronok sini, I can say mcm kat THE MINES. Ada water fountain yg berirama dan bercahaya, ah sebijik la. Tapi takde laser mcm The Mines. Playground yg sangat luas, Azam paling suka.

Dan jumpa blogger Nurul Aima!!! hot preggy mommy.

Aima, I malu ler jumpa you, muka basi dari pagi berpeleseran. ahahaha

Ok lets pictures talk. (cewahhh bajet)


yg ni dari camera Aima, so takde edit
muka mmg muka basi
pastu...
Apasal aku lg nampak gemuk dr prego mom???
huwaaa Y__Y

Amira tgk abg Azam dia main tak hengat
smpai berpeluh2

ni last pict lepas tu habis bateri camera
sad.
tu Azam tengah layan air berirama dan berlampu
ahahaha
Apasal muka aku mcm tu?
Tengah aku posing lalu pompuan baju merah tu, giloo..
Dahla bateri takde, rosak gambar je.
Aku jeling sambil senyum hokeh.

Balik rumah semua flat seperti bater camera. Jam 11pm.
fuhhhhh.


Friday, February 25, 2011

Kenapa kita diuji? Ya, saya sekarang di uji...

Bilamana kita dilanda pelbagai ujian dan dugaan hati ini selalu sahaja merintih...
dan pelbagai persoalan timbul dibenak hati sanubari kita.......


KENAPA AKU DIUJI ?

" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA ??

" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "
-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

" Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. "
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', "
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??

" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ..... "
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?

" ..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung. "
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!

" ..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. "
-Surah Yusof ayat 87


Amin...


Wednesday, February 23, 2011

Laptop Cover - Clucth

Laptop clucth, ada yang kata fashion crime tp saya suka je...ahahaha

Laptop cover tp dijadikan clucth...
tapi skrang dah byk design clucth besar dan dijadikan pula laptop cover.
so, dwi-penggunaan disitu..

Saya suka, nak juga...







cool eh?


Tuesday, February 22, 2011

Bijak Memang Bijak

...hah korang tgk tak rancangan Aznil ni - Clever , kot kalau tak silap. Kat TV IQ Astro.

Aku suka pasang chanel TV IQ ni bagi Azam tengok. kan selalu sebut "bijak..memang bijak"
tengok tak, tengok tak?

ehehehe...

Pada suatu hari, si anak bermain buku sambil si ibu melipat kain.

Ibu : Azam, jangan PIJAK buku tu.
Azam : Memang BIJAK!
Ibu : ...

Dalam 5 minit aku blur, apahal dia jawab 'memang bijak' sambil jerit2 kesukaan.

Ibu : PIJAK buku tak BIJAK la!
Azam : Memang BIJAK!

ya puan-puan, Azam fikirkan PIJAK tu adalah BIJAK...
*sigh*

Aku cakap Sabah karang, rusak bahasa pula. kalau pijak org Sabah ckp INJAK.

Ibu : Azam, jangan INJAK buku tu.

________________________________________________________________________________

Lagi satu...

Pada suatu hari, si abang bermain dengan adiknya sambil diperhatikan oleh Ibu.

Azam : botak...botak....(dia ckp baby Amira botak)
Ibu : bukan botak, belum tumbuh rambut
Azam : tumbuk...tumbuk...(sambil buat tangan nak tumbuk adik)

ya puan-puan, Azam fikirkan TUMBUH tu adalah TUMBUK.

_____________________________________________________________________________

Anak aku je ke mcm ni?

Anak siapa lagi macam ni???


Wednesday, February 16, 2011

Jangan Cuba-Cuba..

...sentuh spotlight, sebab panas.

Last weekend, 'ter'paksa pergi kompleks Karamunsing. kenapa 'ter'paksa? sebab komples tu nak runtuh dah...ahahaha...heboh kat FB (org KK) kata bangunan tu nak runtuh. Tingkat 7,8,9 tu dah crack & ada dengar bunyi nak runtuh. serius. Pastu si suami ckp tak nak pegi sana dah.

'Ter'Paksa pegi juga sebab nak beli basketball & net sekali kat kedai mainan kat sana. Murah oooo toys kat sini. Pastu siap blh minta tawar2 harga lg... Karamunsing Toys here we come. hahaha...Azam kalau dah masuk sini, semua toys dia pegang...

Lepas tu pegi mkn. Prosperity (lagi) rosak diet T__T. Tapi petang tu saya main badminton utk buang lelemak yg diambil tadi..ahahaha..boleh? Ala toys store dengan McD bersebelahan je.

 dah habis makan2, beli toys semua tu..nak balik dah kan.
Singgah jap kat tengah2 tu kan ada pentas. konon2 nak ambik gambar.

tgk si Amira eh, dia tarik2 headband tu, rimas dah dia.


dah jadi 'neck'band...tadaaaa...
i'm fashionista..ahahaha
i can make headband to 'neck'band.
geram betul.

Then minta la si suami ambik gambar saya berdua & Amira pula kan.
Baru nak pose, tiba2 Azam nangis.
Rupanya dia 'berjaya' pegang spotlight tu.

si suami sempat snap shutter terus Azam nangis lari kat kitorang.
 panik attack.
ahahaha...


T___T nangis uuuuu...
siap minta tisu tu nak lap jari..

Sekian.
Dengan pesanan : jangan tegur je, kena tahan juga. hahaha

Monday, February 14, 2011

ME : BALANCE

InsyAllah...

Balance? apa yg balance nya???
Sentap (sedikit) rasanya bila ada yg beranggapan aku ni gila sorang2 mcm tak fikirkan anak-anak...ahahahaha...
Kadang2 org lain cuma menilai kita apa yg dia lihat, yg dia tak lihat dan rasakan tu dia tak pula nak puji2 kan?
Pastu rasa diri tu bagus sangat, dah buat yg terbaik.
Yang ko ni (aku), asyik nak melawa, anak2 dilupakan.

Alhamdulillah, baby Amira masih lg breastfeeding sepenuhnya 100%. meng-pump- ni pun buat saya menjadi 53kg tau...

Jadi kalau ko *ehem* agak tak kurus kurus jg dengan alasan nak BF, pastu nak condemn aku diet tak makan byk dan lupakan kebaikan anak nak BF.

Meh sini aku jelaskan.


tak payah lah aku nak tayang deep freezer aku yg penuh mcm kilang susu tu.
cukup aku bagitau.
hari2 aku pump 3x kat office.
hasil cukup untuk baby Amira, tapi takdelah smpai terbazir2 bila expired kena buang pula.

Aku makan juga, tapi cukup untuk apa yg diperlukan badan bagi wanita yg menyusukan bayi, 2500 kalori sehari.
Aku senaman, bukannya sbb tak cukup makan.
aku makan bukan melantak tak ingat.

Setakat ni pump aku lagi mahal dari segala jenis mekap dan pakaian aku.
So, aku tak membazir (kan?) ahahahaha...

Kalau rasa saya ni gila fashion sampai abaikan anak. well, baik nilai diri sendiri dulu...

Minat dan kegemaran setiap manusia berlainan. But i think that i'm balance.enough.
Dan terima lah si baby Amira the big eyes.






Friday, February 11, 2011

aksesori hijab

salah satunya : headband


VIDEO :





Saya suka dia ni... : Aishah Amin


Thursday, February 10, 2011

Rejim Diet - Day 50

Tetiba kan jadi Day 50..hampir 2 bulan.

Sebab dah banyak tanya berapa berat sekarang, saya bukan kisah sgt berapa berat timbangan tu.
Macam dah mention awal2, berat tak kisah yg penting 'figure'.
Muat baju-seluar saiz M, kira dah bersyukur la saya.

Tapi susahnya nak kecikkan perut dan paha...hazab!

Pemakanan - masih jaga lg, mkn untuk tenaga yg diperlukans sahaja, berapa? 2500 kalori ya.

Senaman - jumping rope, sit up, squat,jogging. Lagi satu jenis senaman ringan yg saya suka buat, kalau tengah baring2 tu kan, buat2 kayuh basikal. Korang imagine la sendiri ye, ntah apa nama senaman tu. Apa ingat tak penat? Cuba lah cuba.

Pantang - tidbits,gula,minuman ringan, dan jgn makan selepas jam 7p.m. Mula2 ko rasa nak mati begegar2 tak makan, cuba tahan, dlm sebulan dah biasa. serius tak tipu.

Cabaran - Bila terpaksa habiskan makanan yg 'terlebih dimasak'. hahahaha... betul2 cabaran, nak buang, sayang. Kalau masak dinner lg lah, bila si suami dan si Azam makan tak habis. hmmm...nak buang?
shhh, aku mkn juga kadang2. but JANGAN SELALU.

Bila waktu malam, saya rasa lapar tapi boleh tahan, waktu tulah saya rasa sangat berkeyakinan diri. Pasal apa?
Pasal perasaan lapar tu buat saya rasa dah kurus...wakakakakakaka....

Ok. berat sekarang.
53kg. target 50kg and maybe next 45kg.

Saya rendah je, so BMI kena balance. 45kg baru balance.




marilah menuju ke 45kg! Insyallah...Amin.

Tuesday, February 8, 2011

Lagi-lagi cuti CNY

Bagi menebus kekecawaan ku pada 03 hari bulan yg lalu...

ahahaha...tak putus asa aku, kali ni pegi dengan laki dan anak2 lah pl...tapi sebelum tu kena attend wedding ceremony dl...Kawan si suami..
Aku malas nak pakai baju formal, sbb nak terus terjah shopping complex kan. Opss bukan tak hormat majlis eh, pergi pun kejap je.

Mula2 tu lepas Zuhur kawan2 si suami ajak kumpul kat Restorang Salim, nak konvoi ke sana. Ahhh sudah, tetiba segan lak aku, hahaa...Pakai selebet ja.


sekarang ni kalau pegi mana2 dengan budak berdua ni (read:Azam&Amira), mesti aku kena buli duduk belakang. Azam tak nak duduk belakang, nak dekat Ayah...huh
Tak dapat duduk sebelah laki, duduk belakang laki pun jadilah. Boleh peluk2 kerusi,ahahaha...
Aku kalau duduk belakang mesti peluk kerusi driver tu (kalau baby Amira dah tidur la)



Azam layan sangat nasi minyak... Padahal semalam tak makan nasi, pagi pun tak mkn nasi.
Hairan tetiba minta tambah bila makan nasi minyak. (aku masak tak sedap kah? ahahaha)


Diorang ke pelamin ambik gambar, kitorang kat meja makan pengantin, makan kek, hahaha...
ada cupcake comel jg, gila ah semua aku bedal...


mcm nak mencekik adik si Azam ni bah...ahahaha
Dia sayang, ambik gambar katanya.
"Ibu, ambik gambar"
Ada benda 'best' saya jumpa masa pegi shoping ni... Tunggu next entry, dengan contoh tutorial sekali.
Opss tp tutorial bkn dari saya lah ye.. :-)

Monday, February 7, 2011

Shoping CNY? Silap Besar!

ya memang silap besar.
Alkisahnya, saya dah janji-dating dengan BFF lama nak pegi jalan2 window shoping tgk2 sale (yelah tengok), tapi betul2 jadi aktiviti 'tengok' je.

Banyak kedai tutup laaaa...ahahaha...kedai favourite semua tutup! Gila betul...

Akhirnya mmg takde hasil 'belian'. Cuma hasil tambah lemak sajork, dah kalau jalan mesti nak makan kan? jadinya, makan makan makan.


mula2 aku tak nak bawa budak kenteng ni
haisshhh nangis2 nak ikut
Amira jg yg sporting kena tinggal..ahaha

my BFF, auntie Linda


budak kenteng makan bersepah!


Azam sibuk nak pegi dekat ngan 'pacik' ni
bila bawa dekat, takut pl
bila kitoran nak jalan, Azam tak nak pl
sibuk tgk 'pacik' ni

Toys R' Us juga yg buka
hampir 2 jam kat sini!
penat kitorang tunggu Azam habis pusing dlm ni
ahahaha

psst:   aku tak pregnant eh, tu lelemak degil puas aku buat sit up. apasal aku tak tarik nafas time ambik gmbar ni? ishh lupa ..aahahaha

 

Wednesday, February 2, 2011

Cabaran WIR : Shawls

Ahaa...ingat lagi WIR Campaign?  Saya pun dah siap2 bagi contoh tutorial yg berguna untuk menyahut cabaran itu kan???

Oh bukan lah tutorial tu saya  yg buat, hahaha...(tak reti aku nak guna video -vlog)

Refresh disini.

Hari ini hari terakhir bekerja untuk minggu ni, so ada 3 gambar je utk cabaran WIR ni.
Minggu ni mula dengan shawls dulu.
Insyallah minggu depan try Pashmina lg.
Bagi saya (setelah mencubanya), shawl tipis sangat utk tutup dada kalau korang pakai baju yg 'agak sendat' di dada. Yg sesuai kalau nak pakai mesti dgn cardigan/blazer.  Gambar dua kanan tu pakai blazer & cardigan.

Yg berdiri-perasan- tu terpaksa aku pakai blazer uniform office sbb agak tak selesa, empire cut tops, terbonjol2 la pl klau tgk dari dekat. (dari jauh mmg korang tak nampak aku bagitau awal2).



Selamat cuti panjang!!!
Masuk kerja nnt mesti dapat 'sampul merah'!


Tuesday, February 1, 2011

Krisis Sebenar Mesir

http://jomphp.com/serius-krisis-sebenar-darurat-di-mesir-sebarkan-kepada-semua.html

Kita tolong apa yg kita mampu.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...