Friday, January 28, 2011

Cabaran Bawal(s)

Sejak saya mulakan sesi mengemas barang2 utk pindah rumah (iaitu sblm balik kampung untuk raya haji)..
Banyak baju belum dikemas² lagi...Tak jumpa letak mana, ada yg masih dlm beg baju belum kemas dlm almari...

Lepas dah officially pindah hari tu, baru lah dpt kemas sikit...Tiba² melihat longgokan tudung bawal.
Hati sayu, dah lah beli mahal², kena 'anaktiri' mcm tu je... Ada yg beli sehelai RM100 tu. Mahal gila tapi beli juga.

Dan saya memulakan kempen cabaran tudung bawal. ahahaha. rugi oh beli mahal2 simpan macam tu, baik aku pakai balik.
Bak kata ili, pakai bawal nampak muda, mcm budak sekolah(?) haiiittt..
status FB : " i'm going to wear my bawal(s) again, hai bawal-bawal "

So inilah cabaran 5 hari bawal saya :


kalau aku pakai formal attire tu sebab nak pegi buat 'lawatan'
kalau tak, duduk office sajorkkk.

Minggu depan??? Mungkin bulan depan lagi lah ya bawal(s) ku sekalian... saya nak try tutorial dari sini.
Wear It Right campaign, remember?

Wednesday, January 26, 2011

Word(less) Wednesday : Sleep ZZZzzzz...





Monday, January 24, 2011

Ada Apa Dengan...

Cinta...wahahaha

Bukan lah, ada apa dengan bonnet kereta anda?

Ingat tak jumaat lepas kan terpaksa tukar kereta dengan hubby, dia bawa kereta aku pegi kerja.

Bila pulang rumah tu, bukannya aku yg membebel dengan dia sbb lupa pindahkan car seat baby Amira tu, end up dia yg bebel kat aku...

Pasal apa?



Antara dialog bebelan dia adalah :
Ni bonnet kereta ka rak kasut ni???
Apasal tak bawa lg yg berkotak2 tu???
Motif bawa kasut banyak2 dlm bonnet???

Jawapan :
Semua kasut tu bawa ada sebabnya, bukan saja2 bawa haisssshhhh.... yg flat tu, utk kecemasan kalau tetiba nak singgah pasar, takkan aku nak gendong Amira sambil pakai kasut tinggi kan? Pasar tu, aku ni beli sayur kat pasar bukan pasaraya, ahahaha...

Yg lain tu untuk kecemasan jg, kecemasan kalau tak sempat nak fikir kasut apa match ngan baju or handbag hari tersebut sbb lambat. Dah hantar bebudak ni pegi babysitter, turun dari rmh dia masuk kereta baru fikir. ahahaha...

Tengok tak kasut yg paling kiri tu??? sayang betul tumit dia calar sebab drive...sayang T__T


Ni sebelum calar teruk, tp dah calar lah. Sebab tu aku perlukan back up flat semasa driving.

Aku tau, ramai antara ibu2 yg mcm ni kan, eh tp bukan ibu2 je tau...my SIL yg anak dara tu pun, ya ampun lagi banyak kat bonnet dia..
Tu baru betul rak kasut dalam bonnet kereta. Gila banyak, adalah 10 pasang kot.

Korang??? berapa pasang dlm bonnet?

Saturday, January 22, 2011

Hai Hai...

Nama saya Amira...
Amira Khairunisa...
Hari ni, ibu saya 'ter'paksa pakai kereta Pak Ngah saya pegi kerja, ibu saya asyik bebel2 sebab 'ter'paksa pakai kereta manual...(Padahal dulu dia pregnant kan saya, dia pakai manual juga)

Dia bebel lagi, sebab ayah saya pakai kereta ibu saya dan lupa nak pindahkan car seat saya...
Jadi hari ni, saya duduk mcm org dewasa, yaaaaay!!!

Masa tengah jammed tu kan, ibu saya jadi mamarazi ambik gambar saya duduk mcm org dewasa...


heyyyy ibu! apasal tak kira! belum ready lah...malu lah muka tak senyum masuk blog ibu.


hah macam ni lah, senyuman sinis ku...

heyyy ibu! close up lah!


Saya tak boleh tau kalau duduk mcm org dewasa tapi tak pakai handbag org dewasa...
Saya nangis tau kalau ibu alihkan handbag tu bila dia nak ambik gambar saya..
Saya tau, tu charles&keith jeeee, opsssss....
Tapi saya suka...
tengok berapa punya suka...Sampai gigit-gigit..


alamak ibu dah marah...
opsss....

duduk diam-diam..
sambil buat muka tak puas hati...


Bila sampai rumah atuk, abang long Azam dah tunggu...
Tak aci tau, atuk saya suka ambik abang Azam bawa plg rmh atuk...
Saya ni pula hari-hari kena ikut ibu...

  
ok lah semua...
Saya Yang Selalu Tak Puas Hati,
Baby Amira

p/s : kisah hari Jumaat

Friday, January 21, 2011

25 random things about ME - tag dari Mrs Haris

thanks to my sabahan friend *waves* Mrs Haris. yeahh its a tag, lama tak main tag tag ni (juga)

25 random things about ME :

1.  Tahun ni akan berumur *cough* 29thn di bulan Julai (juga-SARA, sama kita).
2.  Kahwin tahun 2007.
3.  Anak dua / sepasang.
4.  Sukaaaaaa high heels/wegdes/oxford....tapi tidak flat. sebab i rendang...ekekeke
5.  Sukaaaaaa make-up, favourite brand The Body Shop.
6.  Suka kalau dapat jumpa bloggers, speacially dari Sabah. wahhh gitu...
7.  Suka post everyday outfit/make up kat tumblr, sebab tumblr  rgtakleh komen..wakakakak...tengok & LIKE sajork.
8. Ketinggian 5.0"
9. Suka tgk fashion icon for petite girl (mcm ku, aahaha) the olsen twins, nicole richie etc...
11. twitter - PuanAzmah.
12. Tak suka bawang goreng buatan kilang.
13. Tak suka taugeh.
14. Tak suka makanan yg ada campuran kelapa.
15. Pakai aksesori eg:gelang/jam sebelah kiri saja. (but im not kidal)
16. Masih breastfeed baby Amira sepenuhnya. direct BF dirumah & 3x pumping di pejabat.
17. Sudah berdiet(sihat) selama sebulan. No tidbits/junkfood.
18. Lebih suka dukung baby dari tolak2.
19. Tahun ni rancang nak bercuti2 sekitar Malaysia je, takde luar negara.
20. Aku tak larat habiskan 25...ahahaha...

20 cukup eh SARA... So, sapa2 nak buat, buat ok...aku tag org yg baca post aku ni.
ahahaha...

Wednesday, January 19, 2011

WW : Bad Hijab Day - almost everyday


Monday, January 17, 2011

Hantar Duit Hantaran

hahhhh nilah satu adat kami yg agaknya takde dimana2 pun... ehehehe

Iaitu selepas merisik dan meminang, rundingan tarikh dan nilai hantaran, ada satu lagi proses iaitu menghantar duit hantaran yg telah dipersetujui.

Duit hantaran bukan dihantar sewaktu nak nikah tu.

Dan mak saya (katalah dia kuno, ekekee) dia tak nak cheque bagai, nak cash, duit sekepuk...

Jadinya, semalam, hari ahad ada lah majlis makan2 sempena menyambut kedatangan bakal besan dan bakal menantu yg datang menghantar duit hantaran. Dan duit hantaran pula di kira dengan disaksikan oleh keluarga perempuan. Rare tak. Rare tak.? ehheheh yg memang...

Laki aku lah paling banyak kira, mcm org MLM katanya. Tapi takde gambar kira2 duit ye.

Yg ada gambar :


Saya dan Amira yg tak tengok camera
anak dara saya

adik dara saya


mak mertua saya pun ada
dan Amira yg pandai cari camera pula

baca doa selamat, doa sebelum makan ekekeke


mengantuk sudah ni
 p/s : hari ni sepertinya ada acara merosakkan diet lagi, seafood seafood. T___T
p/s/s : Liz Rohaizat, calling calling, kalau ada pertanyaan apa2 pasal Sabah boleh email ya, puannoel[at]gmail[dot]com

Sunday, January 16, 2011

Pulau Mamutik lah pula...














ya tuan tuan dan puan puan...ahahaha...

Taman Taman Sabah kan ada 3 buah pulau, minggu lepas dah Pulau Sapi, minggu ni Pulau Mamutik pula.
ekekekek...Kali ni pegi dengan kawan2 hubby yg nak diving pula.


Kali ni pegi tak bawa Azam mahupun anakanda ku Amira.
Kitorang antara yg awal sampai, sementara tunggu kawan2 hubby sampai.

Add caption
mereka telah bersedia...langit yg cerah (sebenarnya), sangat cerah.
Bila mereka sudah terjun 10 meter ke dasar laut, saya ada teman untuk berfoto sana berfoto sini...ihikksss...


Gf kepada budak yg dlm gmbar divers diatas, 3 dari kiri.
Tapi lagi byk gambar dalam camera dia, sbb dia first time pegi Pulau, so, bagi can dia gambar banyak2...


Hubby mak kata, kat Pulau Sapi banyak ikan cantik2
Tapi kat sini, Pulau Mamutik, banyak batu karang, pari,kuda laut dan penyu.


Bagi saya, Pulau Sapi lagi cantik pantainya dari Pulau Mamutik ni...
Tapi ikan kat sini lagi banyak dekat jeti ni...

Pulau Manukan, mungkin tak pegi. ada lagi trip ke Pulau Sapi sekali lagi, kalau mak ni ada kekuatan nak diving, mungkin, ya mungkin akan diving juga...ekekeke...MUNGKIN...

p/s:aku mkn banyak dengan budak perempuan kat atas tu sementara tunggu dorang diving
p/s/s:Hari ini pun mkn banyak sebab ada majlis hantar duit hantaran. rosak diet T___T
p/s/s/s: update pasal majlis, esok.

Thursday, January 13, 2011

Stuntgirl

Baby Amira sejak pandai ber-kaki empat ni, makin lasak pula. Yang terbaru aksi lasak dia boleh buat adalah,

berdiri di atas carseat.
Nak oiiii tu utk duduk bkn utk buat aksi lagak ngeri.

sebelum tu, abaikan sticker 'P' ye, bkn utk mak, utk adik mak yg selalu pinjam kereta.


cubaan mencapai tisu

cubaan mencapai radio

kena marah

yg ni selepas cubaan mencapai steering
Ni berlaku kali pertama pada hari selasa.
Terpaksa berhenti tepi jalan 2x utk betulkan kedudukan semula.
Rabu aku MC.
Pagi tadi dah ketatkan sikit seatbelt, setakat pagi tadi blm ada aksi stunt lg.

opss...aku pun buat stunt, sambil memandu ambil gambar.

Wednesday, January 12, 2011

Wordless Wednesday : Wear It Right

Monday, January 10, 2011

Pulau Sapi, Taman Taman Sabah

Ok so last sunday kitorang ke Pulau Sapi secara 'un-planned' nya. Last entry aku ni kan, cakap gi jumpa mak mertua, sbb dia panggil nak ajak gi pulau. Aku pun "alahmak"

Bukan apa, kalau aku pegi, Amira mcm mana? nak bawak? siannlah budak tu. Jadi aku tak pegi, laki aku ngan Azam je pegi. Esoknya MIL ajak lg, waduh waduh kesian dia, last last tanya BS nak tlg jaga tak, dia ok. So, OK!!!

Pulau Sapi ni salah satu dari Pulau Taman Taman Sabah antara yg lainnya, Pulau Mamutik, Pulau Manukan...
Biasanya org dtg sini sebab pantai yg cantik lah, blh snorkeling, diving, picnic...My SIL tu divers, so do her husband. Jadi tak masalah nak menyelam. Pulau Sapi antara pulau yg terjauh berbanding pulau yg lain ni.

Ni bot dorang, utk tourist yg nak diving or snorkeling la gitu. Dorang ada company sendiri, berlesen. Kitorang pegi masa ni ada 2 org tourist dari Aussie nak diving.

Azam takut gila naik bot ni, keras je badan dia. Perjalanan lebih kurang 45 minit.
(Pegi pulau pun nak juga pakai baju upin ipin)


Sampai..
pantai dia memang cantik. crystal clear water, blh tgk ikan berenang2.


Azam takut mandi laut, dia main di pasir ni je...
Yang ini cousin Azam, anak SIL aku, anak dia pun nak jadi divers jg.


Kitorang gi jalan2 sekitar pulau, bawa Azam dia taknak pula, asyik main pasir ngan cousin.
Kat sini semua lengkap, makan,minum,mandi air tawar,tandas,surau...Semua ada..
Biawak, Monyet, babi hutan pun ada...ahahaha...serius !


bila anak tak ikut, mulalah laki bini ni...
Self-timer kan ada...
Banyak gila gambar kitorang berdua sini, muntah darah kang korang kalau aku upload semua.


lihat perutku rampingkan...wakakaka...
Ok tak, tu tahan nafas pun masih boroi


pantai yg cantik, ramai tourist 2 pieces sini.


giliran laki mak nak diving. 10 meter dasar laut dia pegi.
For first timer, quiet impress. Tu ipar dia ckp lah.
Sebab biasanya first timer sampai 4 meter je, telinga dah berdesing.


Kura kura, sporting pula Azam kena tanam mcm ni.
Siap tak nak bangun lg.
Korang pernah tgk tak upin ipin siri "arnab dan kura kura"?

Seronok.
Masa untuk pulang.
Jumpa Amira, rindu!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...