Tuesday, December 27, 2011

Orang Baru

Yeaaaah, akhirnya kakak ipar saya (kakak kepada suami saya) telah selamat melahirkan bayi lelaki.

Kelahirannya penuh drama, percayalah. Hahaha

Noel Miqael
3.15kg
Hospital Likas
26 Disember 2011

Bagus betul dapat bersalin waktu cuti kelepasan am ni, waktu melawat pun lama, dari jam 12 tengahari sampai lah 7 malam.

Sebab dia di wad first class, boleh lah lepak2 dalam tu lama hahah...

Sikit2 cium baby.



Thursday, December 22, 2011

Lunch-Mate

Aku ni ada 3 pilihan saja, selalunya :

1 - tidak lunch
2 - lunch di office (pantry)
3 - lunch sama Ona

Ni baru tadi, first time aku ke Kak Nong Restaurant ni, isnin lepas tu first time juga ke Restoran Atong.

Dua-dua pun kami makan berasaskan ikan.

Minggu lepas dan bulan lepas tu biasa kami makan bakso saja haha...

Next Ona???



 Mee Hoon Sup Ikan

 Siapa lagi mau join kami ni? Bosan juga asyik2 Ona ja.. Sebok je.

Thursday, December 15, 2011

Jerawat dan Penyelesaian (Saya)

Mula-mula aku mau cerita yang baru-baru ni aku try satu produk, kita namakan SRG la ah. Sebab ramai org bagi testimoni positif pasal produk.
Hmm bukan semua kulit muka kita sama kan?
Disaster, aku pakai 3 hari jerawat halus naik. Tapi masih blm suspek lagi SRG punya pasal. Ingatkan pasal jerawat biasa yg saja-saja keluar.
Seminggu kemudian, menjadi-jadi pula keluarnya. Setiap hari mesti ada yg baru, sdh lah aku ni jenis suka korek-korek & picit-picit jerawat, berbekaslah di muka.

Tapi aku pakai masih si SRG ni sebab itu ja yg ada dirumah buat masa tu, sebelum ni aku pakai TBS Vit C tu.

Dulu, 10 tahun lepas, masa tu aku masih perawan muda remaja la, tiba-tiba aku diserang jerawat yg teruk. Sangat teruk. Yang mcm kalau kau tengok iklan produk tu ada gambar sebelum selepas tu kan, hah yg sebelum tu yg teruk, gitulah aku.
Adalah dalam setahun jerawat tu situ bersilihganti. Kesian aku. Kawan-kawan aku pun kesiankan aku.
Masalah hormon, macam tu lah.

Sampailah aku buat research  (kelas kau research ah eheh... )
Aku perlukan produk medicated,
Dan aku jumpa ini di AVON, ini lah paling murah.
Active Ingredient : Salicylic Acid 2.0%
Eh tapi 10 tahun dulu punya aku beli 1.5% ja kalau nda silap lah.

Memang berkesan, 2 botol la aku pakai, clear muka ku.
Bekas pun tiada.
Serius.

Jadi baru-baru ni bila aku kena serangan jerawat yg teruk lagi (tapi nda seteruk 10 tahun lepas pun sebenarnya), aku pegi la AVON cari produk ni.
Ada masih, tapi packaging baru lah.


Sebab aku sangat nda sabar mau me-nyah-kan jerawat di muka aku, maka aku pakai ni pencuci muka 4-5x sehari.
Hahaha gila kau asid tu asid.
Zuhur, Asar, Maghrib & Isyak.
Sekalinya, 2 hari jalah aku pakai, jerawat memang hilang taaaaaapi masalah lain timbul.
I shouldn't use it more than twice a day. :-(
Kulit muka aku kering & membengkak macam alergic makanan laut pula. Pastu gatal.



Aku pun pakai ni HADA LABO, masih banyak lagi isinya, aku beli 8-9 bulan lepas kalau nda silap.
Untuk kulit kering kan?

Sekarang tunggu kulit muka kembali pulih seperti biasa.
InsyALLAH.
Berusaha dan bertawakal.

Gara-gara si SRG la ni..hahaha..
Lepas ni aku balik pada TBS Vit C lah.

Wednesday, December 14, 2011

WW : OOTD - unbranded ( love love love )

Tuesday, December 13, 2011

OOTD - Party Play




Favorite Pashmina - Kain Mewah
Batwing cardigan - PDI (credit to Ona)
Basic T - MbMJ
Belt - BOS
Executive Pants - VoIR

And my eye make-up inspired by Jane the Volturi in Twilight - Eclipse
Heeeeee...

Saturday, December 10, 2011

Party Play

Sebenarnya idea untuk jumpa dengan si 'kawan sekolah lama' ni terlintas lepas aku tengok Bridget , Lynda & Geri ber'union' di KL.
Tengok di facebook lah.
Tiba-tiba rasa rindu untuk kumpul lagi. REUNION.

Last kami reunion rasanya bulan Jun/Julai lepas.
Tu pun sebab si Lynda datang KK, dengan baby-nya si Qrisya.
Ada Noey juga dengan baby-nya Rizqin.

Joanne pun baru balik dari Penang (for good she said). Kami panggil dia AJ.
No more 'merantau'.
Kebetulan dia kerja dia area Lintas, jadi kami janjian di Lintas ja, lepas balik kerja.

Lepas balik kerja, ambil Amira terus pegi Lintas, AJ tunggu di Upperstar.
Aku cakap mau makan di Party Play, saja mo try.
Dengar2 lagi KK mau buat TWEETUP disini nnt, 29 Dec 2011. Tapi aku nda pegi lah. Saja mo try.
Lagi2 si Lina cakap desserts-nya sedap.


Upperstar Lintas dulu meng-appetizer-kan diri


Lepas hilang penat semua, jalan kaki ja pegi Party Play.
Dekat ja pun.
Aku tau sdh mana tempatnya masa aku jalan kaki dari Lintas Driving Range ke YOYO sama Azam isnin tu.


Pasal sudah kenyang tadi, apa punya appetizer, mcm dinner meal banyaknya.
Jadi sini kami order Pizza, Seafood Pizza (ka kalau nda silap namanya)
Ini pun makan nda habis.
Diet konon dua-dua hahaha.



Lepas tu masa yg dinantikan.
Sesame Snap With Stramberry Cream
&
Dark  Chocolate Fondant with Vanilla Ice Cream





Memang sedap.
Tapi makan pun nda habis sebab sangat kenyang sudah.
Lain kali datang sini patut datang semata-mata untuk makan dessert saja lah.
Sebab rugi pula makan nda habis.



Semua berry (strawberry & blackberry) goes to Amira.
Sukaan bah.
Baju pun habis kotor.

Insyallah akan cuba luangkan banyak masa lagi dengan kawan lama.
Kami bersama since form 1 !
Spice Girl!
Elite!
Backstreet Boys!
Netball !
Banyaaaaak, sangat banyak...

*2009*
Geri - Bridget - Me - AJ - Abby - Mel



( Noey with Rizqin - Lynda with Qrisya )

Next reunion will be on Kaamatan 2012, InsyALLAH.

Wednesday, November 30, 2011

(Dua) Perkahwinan & Durian

Lagi majlis kahwin. Ni minggu lepas punya, ada dua majlis kahwin.

Jam 1 tu pegi wedding kawan sekolah zaman form 6 dulu, Adam. Sekarang Adam jadi tailor di kedai jahit bapanya di Papar & Putatan. Aku ingat lagi dulu kalau dia ada girlfriend, dia yg jahitkan GF-nya baju kurung.

Lama kami di rumahnya ni sebab ada menari 'daling-daling' ah. Padahal aku patut pegi majlis kahwin cousin 2x aku di Putatan.


Gambar kamerah henpon ja ni tulah blur, En.Noel terganggu dgn penari daling-daling. Haha... Banyak duit dorang dapat. Biasanya yg menari ni kaum wanita bujang, pastu orang selit duit dijari dorang masa menari tu.

Paling best kalau kanak-kanak, comel ja. Dapatlah RM10 sebab selit RM1.

Lepas dari wedding si cousin, terus hujan. Masa dlm perjalanan balik tu, dengan hujan-hujan lagi kami singgah tepi jalan Highway Kem Lokkawi, ada jual durian van. Sebab durian tu dia jual dalam van.

Konon suruh En.Noel beli dua tiga biji, sekalinya sebiji pun nda habis. Sebab kekenyangan dari rumah org kahwin.


Mulut comot makan durian
Budak kecik ni suka makan durian mcm aku.

Terima Kasih belanja... ehe...


Kenapa Azam nda pakai baju, sebab dia main hujan di rumah cousin aku kahwin.
Kesyokan ramai kawan main hujan.
tsk tsk tsk...

Baru aku perasan dua minggu pegi rumah org kahwin dua2 baju hitam.
Not good not good.
Aku mau cari baju pink lah lagi.

Yang ni aku pakai full lace top colour black with pink inner  + maxi skirt.

Yang last time tu aku pakai black ribbon tie-back dress + mermaid skirt.

Dua2 aku pakai tudung macam yg aku tengok si Anang pakai masa raya haji tu haha..aku suka lah jadi aku borong di jalan TAR. RM7.80 sehelai Anang!!!


Tuesday, November 29, 2011

Perkahwinan & Banjir

Kalau sudah cuti sekolah, makin banyaklah Undangan Majlis Perkahwinan ni kan? Dua Minggu lepas ni wedding 'teman sepermainan'.
Ya, kahwin sudah adik-adikku ni semua, dulu jadi mangsa buli kakak tolong belikan maggie & telur di kedai Antie Ijah, pastu kita makan sama2 ramai2... Haha.





Ini baju adat 'Tator / Toraja'


Tapi kesian bah, majlis sepatutnya sampai malam tapi hujan dan banjir kilat. Tiba-tiba ja air naik ke paras pinggang. Jadi majlis malam dibatalkan.
Acara malam sepatutnya potong kek.

Yang penting sekali majlis akad nikah ya dik, semua selamat.

Semoga perkahwinan diberkati Allah dan berbahagia selalu.

Amin

Saturday, November 26, 2011

Jauh Tapi Dekat Teringat-ingat

Kalau kami laki bini keluar berdua, macam pegi tgk movie or dating2 ja kan, kami ada tabiat suka bercakap macam Azam & Amira... Haha. Ini contoh terkini lah ni, sebab yang dulu zaman Azam ja anak kami seorang blm ada si Amira aku lupa pula mau blog-kan.

Cth : TAPI

oOh sebelum tu aku cerita dulu penggunaan TAPI ni.

Ibu : kenapa azam buka baju?
Azam : tapi gatal tapi mau garuk

Ibu : kenapa off ipad?
Azam : tapi habis battery

Jadi dpt tangkap kah apakah TAPI tu?
TAPI = SEBAB

Tapi kami laki bini kalau bercakap sesama sendiri mesti letak tapi didpan ayat, best la main2 hilangkan rindu anak.
Lagi satu APA.

Si Amira kalau kena panggil kan mesti dia jawab APA?! Tapi sebutannya AFHA.

Jadi kami ikut la macam si Amira kalau sebut AFHA. AFHA. AFHA. Hahaha
ATET = IPAD
MOMANA? = MAU PEGI MANA?
Itulah cara ingat anak2 yg ditinggalkan sebab ayahibu pegi dating. Ehem ehem ehem.
Tadi banyak betul plan mau pegi sana sini tp masa singkat sebab mau balik sebelum maghrib. Tengok movie Breaking Dawn, Padini SALE!, tamu gadang, TBS Powder...

Sempat juga pegi semua kecuali Padini Sale tapi tiada hasil sebab beratur mau bayar tu adeeeiiii... Cancel beli.

New pashmina in the house with new favorite colour ni
Beli barang over RM100, free renew member aaand dapat coupon 20% Discount.


Selamat Tahun Baru Hijrah 1433.

Thursday, November 24, 2011

Blogger App.

Ok lah aku sebenarnya baru ja install BLOGGER APP. ni hari isnin lepas. Haha...

Sebelum ni kalau iphone user mau update blog kan pakai blogpress kan. Tapi itu mau di beli tu apps nya. Aku kan cheapskate jadi aku blogging mobile pakai email saja.

Lepas aku install ni, datang la si rajin mau update blog dengan gambar. Nda payah transfer2 lg tu gambar ke PC. Pakai saja gambar murahan dari kamerah henpon ni.

Tapi, lain perasaanya menaip di keyboard 'sebenar' dan keyboard nda bener mcm ini balik2 typo, jari besar.

Cerita di kampung

Esoknya lepas Raya Haji tu, ipar2 dan biras serta anak buah sekalian baliklah ke Kuala Lumpur.

Tinggallah kami anak beranak di kampung. Hehehe. #sangap.

Abah cakap akan ke KL hari khamis, nak ikut rombongan Pengantin sepupu En Noel merangkap abang kepada Puan Nana. Bayangkan... isnin selasa rabu tu aku perlu buat apa? Haha.. Makan?

Isnin abah bawa K.Terengganu jalan2, makan di Haji Pok Long Seafood. Jumpa dengan si kembar chiq & kaq (cam tu kah spelling-nya) ehehe...



Esoknya pula, selasa... Kami drive sendiri pegi K.Terengganu. Jalan2 la pusing2 bandar.

Sempat lagi singgah Istana.



Pastu cari keropok lekor paling sedap.

Daaaaan kami jumpa SATA!

Itu jalah, makan makan makan.

Esoknya rabu, gerak ke KL.


Bye bye kampung...Insyallah jumpa lagi.
Balik dengan hati yang gembira dapat makan semua makanan sedap-sedap.
Tapi nda dapat mandi sungai sebab hujan, air naik. heeeeee :-)

Wednesday, November 23, 2011

Tadaaa... :-)

Haha... Tengok lah bila aku last sekali update blog? Bila? End Oktober.

Ni end November sudah.

Sebelum aku balik bercuti-cuti Malaysia seminggu lebih pada 4 Nov hari tu, aku memang 'sebok je' siapkan kerja.
Masuk kerja 14 Nov pun aku masih 'sebok je' siapkan projek lagi. Sampai hari ni pun aku 'sebok je' tahap makan depan PC, tahap pegi tandas pun malas, tahap Zuhur Asar Maghrib Isyal di pejabat. Nasib lah Subuh di rumah.
Pen-sebok kan aku.

Tapi gambar Cuti-cuti ada yg sudah upload di FB, mobile upload lah, yg dari camera tu ada yg dapat ada yg tidak dpt sebab memory card aku rosak.

Kami sampai ja KLIA, terus abang ipar aku jemput dan balik Terengganu, jam 6 pagi esoknya baru sampai rumah abah. Jem bah juga.

Nah inilah TERENGGANU yg ku tunggu setahun sekali/dua ja dapat datang.
Nda sempat tidur terus dpt mkn nasi dagang, tengahari pula En Noel dgn abah pegi cari bahan Bubur Lambuk. Makan lagi. Esoknya raya haji makan makan makan. Semua aku bedal.


Suka makan LEMANG

Jalan-jalan tengok LEMBU (?)
nyummy nyummy
Ok nanti aku sambung, MELAKA...

Monday, October 31, 2011

Oktober End

Dengan ini berakhirlah bulan oktober untuk tahun 2011, ahahaha mukadimah macam hapa saja!

Hey suami ai pun birthday oktober juga, tapi dia sudah dapat hadiah dia awal lagi sebelum birthday. Nah ambik lah, motocross/scrambler. Random story about this motocross ya.
Terfikir aku mcm mana aku mau ride pakai helmet dengan tudung aku?
Full face helmet lagi.
Dengan sanggul aku lagi.

Baru beberapa kali aku naik, tu pun dari rumah aku di Segindai ke rumah parents aku di Palm Beach.
Sebab aku ambil barang baju si Azamira.
Nah dengan beg besar aku naik motor, sudah mcm remaja lari dari rumah. (perasan remaja ai)
Tapi syoklah!!! Oh my, peluk laki erat2 ahahaha... Kalah 'gila-gila remaja' ah.
Hmmmm aku pakai pashmina saja.

Hari ini En Noel outstation 4 hari, Labuan. Pagi tadi dorang naik feri pegi Labuan. 3hb Nov baru dia balik KK, pastu esoknya flight kami balik kampung.
Ada pemberitahuan, banjir akan melanda di beberapa negeri termasuk Terengganu. Adehhhh janganlah masa aku balik kampung, aku mau makan nasi dagang ni & SATA.

Oh ya, cuti deepavali lepas, si Amira dapat hadiah 'baby' dari Bunda-nya.
ada botol susu lagi ah, siang malam dia angkut baby tu kesana kemari. Dikasih nenen lagi, di kiss berulang kali lagi. "Muah muah muah" - macam tulah.
Kadang2 dia penat dukung dia tarik saja rambutnya.
Kalau si mira mau nenen sama ibu, si baby pun ikut baring sebelahnya, mcm mana ni mau nenen sambil pegang baby, bingung aku. hahahaha...
Dilayan lah Mira gayamu ni.


*Cepatlah Jumaat, tiada hati sudah ni di tempat kerja. ahahah

 multitasking!!!


Pagi2 kasih nenen baby


Saturday, October 29, 2011

Aktiviti Lasak

Sekarang ni aku tengah tengok majalah 3, OKU menawan puncak Gunung Kinabalu. Rasa macam :

1. Aku local Sabah pun nda pernah sampai.
2. Lagi-lagi 'mampu' fizikal dan mental.

Tahukah anda, zaman remaja aku dipenuhi dengan aktiviti lasak. Terima kasih pada Persatuan Pengakap Kota Kinabalu, kerana aku salah seorang Kelana Penanpang.

Hampir setiap bulan atau setiap 2 minggu sekali masuk hutan, camping dan sewaktu dengannya. Macam kesal pula rasanya dulu nda ikut aktiviti 'Panjat Gunung Kinabalu'. (-.-")

Sungai sepanjang daerah Penampang semua sudah sampai, camping 3 hari, paling mencabar bagi aku Hutan Simpan Sugud, Penampang. Sebab perlu mendaki bukit. Bila sudah sampai tapak perkemahan tu, rasa macam: balik nnt boleh pakai helicopter saja kah? Ahahaha....
Tu baru bukit ok, sebab jalan kaki jauh masuk hutan kemudian mendaki.

Ala rindunya mau camping, semua sungai2 penampang best. Kibunut, Babagon, Moyog, byk lagi...

** tahukah anda, bintang yg saya lihat bila berada di hutan lebih banyak, lebih terang, lebih bersinar daripada di bandar.

Sent from my iPhone 4

Monday, October 24, 2011

Photog : Azam (My Son Azam)

Gambar2 yg aku post di blog & FB, kebanyakannya dari camera aku sendiri, Sony DSC-TX9 atau camera handphone.

Sejak beberapa minggu ni, aku perasan si Azam suka main tu camera sony, dia selalu tanya mcm mana mau on, mau tengok gambar. Rupanya dia ambil gambar!
Sekali aku check banyak gambar TV, radio errrrr...kerusi meja....

Ada sekali tu, masa aku tengah bersiap pergi kerja, dia sdh bangun la ( sbb biasanya masih tidur lagi dia ni ), tiba2 dia suruh aku 'peace', rupanya dia ambil gambar aku.. 
Mau ja rasanya aku share sini, tapi nda pakai tudung. Banyak ok.
Ada yang dia suruh aku pose dekat pintu, dekat dinding, buat peace, senyum, sengih...walaowehhhh 
Cam model bah hahahaha.

Ada juga dia camwhore sendiri ahahaha...

Gambar dia snap tu semua ok, nda blur cuma ada mereng2 sikit lah.

Yang ini aku share, dia pakai iphone, memang susah sikit la sbb touch screen kan, blur....

  
*blur*


Ini dia suruh aku 'peace'.
*PENGSAN*


 Ini dialog dia : 
"Sama2 kita ibu."
Aku pegang IP, dia snap.




Nanti2 aku suruh dia ambil gambar kami laki bini, tengok la apa hasilnya...ahahaha

Dulu masa dia belum pandai pakai camera, dia gambar aku sama si Amira pakai bedak compact ZA tu yg colour biru tu.
"Tigaaaaa...."
Tiba2 ja sdh tiga, nda da satu dua. ahahahaha, masa tu dia 2 tahun.


p/s : Hubby beberapa minggu ni balik2 tengok camera dslr, ala ala ala.....

Wednesday, October 12, 2011

Kolar dan Hijab

Pakai baju berkolar tapi bertudung, nda susah, pakai saja.
Tapi bagi saya...sayalah kan.
Kalau pakai baju berkolar dileher, saya mahu kolar baju saya tu 'nampak'
Biasanya orang pakai baju berkolar, dengan tudung ekspress. Tudung tu masukkan dalam baju kan, nmpaklah kolar.
Tapi saya nda suka macam tu sebab (O O) <--- sebab begini.

Saya tengok klau pakai maysaa snood tu, boleh ja kan pakai baju berkolar dan tudung sbb scarf tutup leher and ada chiffon yg tutup dada...
Google ja ada tu byk org pakai...Hah mcm tu aku mau, tutup aurat, tutup leher, tutup dada tapi nmpak tu kolar baju.
Camne??? ah ah ah...

Caranya (sekiranya anda tiada scarf maysaa tu)
- Inner neck (yg tutup leher)
- shawl

Pakai mcm ni






untuk baju macam ni yg banyak details di leher kan :




TADA!


Pengalaman 4 Tahun (ii)

Wanita ni, Isteri; paling senang masuk syurga.
Macam mana?
"Apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki."


Berbalik kepada topik rumahtangga, bab bersyukur tu kan?
Bagaimana kalau suami kita tu memang jenis yg hmmm nda boleh di-syukur-in lah. ah ah ah... Faham kah ni?
Lagi-lagi mcm saya ni bekerja lagi, mengurus rumahtangga lagi, balik rumah penat mau urus anak2 pot pet pot pet lah sama laki kalau nda dibantu kan. ENOUGH.

Kata kunci ke-3 adalah IKHLAS.

Mahu masuk syurga? buat lah 4 perkara di atas tu, dengan mengharap balasan ALLAH. Bukan balasan SUAMI.
Suami pun manusia, dia pun mahkluk ALLAH, apa yg kamu boleh harapkan dari dia? setakat layanan mesra atau wang ringgit? ah ah ah...balasan SYURGA tu lagi hebak.hebak.hebak.
Sedangkan suami pun 'meminta' pada ALLAH.

Jadi kalau kamu sudah buat sehabis baik dalam rumahtangga tapi suami kamu masih belum menjadi seperti yg kamu harapkan, betulkan hati kamu semula. IKHLAS. Hanya mengharap pada ALLAH.

INSYALLAH, INSYALLAH, INSYALLAH, akan dibalas mungkin dibukakan hati suami menjadi LEBIH BAIK!
Kalau tidak disini, disana.
Kalau tidak disini balasannya - suami pun tidak menjadi lebih baik. Tapi dengan hati yg IKHLAS, sekurang-kurangnya kamu tidaklah menjadi stress memikir ahahahaha.

PERCAYALAH.

Perkahwinan saya pun baru 4 tahun. Kadang2 terbabas juga marah-marah. Kemudian kita betulkan semula niat. KERANA ALLAH. Hati pun jadi senang,tenang dan damai. Walaupun suami kamu nda jemur tuala dia yg basah tapi letak di atas tilam ja, pasti kamu masih mampu tersenyum. (eh ni mcm aku ja ni) ah ah ah...


Tuesday, October 11, 2011

Pengalaman 4 Tahun

Hari ni saja, sudah 3 entry pasal rumahtangga aku baca, bukan saja2 pegi google. Tapi kawan2 (yg aku follow blognya) yg update.

Topik yg sama, perkara penting dalam rumahtangga.

Memang, tempoh 5 tahun pertama tu adalah 'percubaan' untuk dua orang yg dulu hidup di dunia yg berlainan (walaupun hari2 jumpa) sekarang hidup BERSAMA. Kau ingat kau sdh cukup faham perangai dia? Hmmm bila sudah hampir setahun usia perkahwinan tu barulah kau tahu ada lagi yg kau belum tahu. (apa aku merepek ni ah ah ah)

Bagi aku, 2 perkara penting yg perlu dalam rumahtangga. TOLERANSI (Kerjasama, Tolong Menolong etc etc) dan BERSYUKUR. Pengalaman 4 tahun perkahwinan aku.

TOLERANSI tu semua org mmg tahu lah kan, perkara2 kecil dirumah, kerja2 rumah lah dan sewaktu dengannya.

Tapi BERSYUKUR.

Jangan lupa, faktor pergaduhan bukan saja kerana si dia nda tolong kau buat kerja rumah or si dia nda faham kau sampai lagu kegemaran kau pun dia nda mau dengar sekali ah ah ah. (eh mcm aku ja tu)
Tapi juga kerana WANG. Kalau kau tak rasa bersyukur, cukup makan pakai kau banding sama orang yg lagi susah, mau makan pun nda dapat smpai ada yg makan siput babi (tengok BERSAMAMU TV3) tapi kau banding sama orang yg hari2 makan SR hari2 beli barang branded. Huhhh itulah nda bersyukur namanya.
Bergaduh satu : nda puas hati, si laki nda boleh bagi itu ini, si bini demand!
Bergaduh dua : Mula lah mencari skandal untuk dapatkan wang lebih. CURANG!  Ohhh ngeri

Lagi kalau laki jenis nda bersyukur, komplen bini sdh nda lawa, gemuk, nda bergaya dan dan dan... (kalau sdh beranak pinak lagi)
Mulalah cari perempuan lain.

Tapi kita cerita dari sudut ISTERI lah ya.

Aku pernah baca di blog HAMKA KERETA MAYAT, ada isteri komplen, laki dia di rumah sangat pasif. Bercakap tidak, bergurau tidak, tengok TV or baca buku saja. Dia perlukan gurauan dan bermesraan.
Ringkasan komennya : BERSYUKUR lah suami duduk rumah walaupun pasif, ada isteri lain mengadu laki suka duduk kedai kopi. woha!

YA, JANGAN LUPA TU.
BERSYUKUR tu penting.

Semua yang kau ada, kau mesti bersyukur!
Macam-macam benda kau mesti bersyukur!

Asas penting rumahtangga.

Ada orang nda kahwin2, siang malam berdoa ditemukan jodoh. (Kisah benar)
Ada orang bercerai awal, siang malam menyesal sebab ambil keputusan terburu2. (Kisah benar)

**Saya perlukan komen anda. Peace.

SYUKUR ALHAMDULILLAH.

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday : 50kg

Thursday, September 29, 2011

Period Log

Ini application kesayangan saya setiap bulan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...