Wednesday, December 29, 2010

Wordless Wednesday: FASHION IS THE HEALTHIEST MOTIVATION FOR LOSING WEIGHT


via : puan-noel.tumblr.com

Tuesday, December 28, 2010

Are You a Heavy Smoker???

jeng jeng jeng...

eekekeek, bukan smoker la. Ni nak post tentang smokey eyes yg heavy gitu. Biasa kan tgk yg smokey eyes biasa2 je. Apa tu heavy smokey eyes? Tentulah mekap yg terlalu 'berat' solekan matanya.

Ok contoh :

ok dapat tak maksud 'heavy smoker'. ekekeke...

bagus jg aku tgk mekap mcm ni, blh cover 'lingkaran gelap bawah mata' (mcm iklan).

Nanti org tgk "eeeuww gelapnya bawah mata, tak cukup tido ke?"

"ah tu sbb sengaja mekap mcm ni"

padahal...hhhmph

aku nak  buat tapi tak berani, nampak macam ponti-anak remaja..akakakaka...

OOHHHH... new 'kesayangan"  in da house yooo

 *bukan lipbalm @ pen @ mouse @ telefon 

*mcm alien eh ambil gambar mcm ni...
**new 'kesayangan' tak perlu edit picture yoooo!!

Sunday, December 26, 2010

Semangat Bola


jersi Malaysia takde, yg penting jersi.
sambil tgk bola

*Malaysia 3-0 Indonesia

Friday, December 24, 2010

Perlu Kembali Ke Saiz M


tapered trouser ni mcm harem pants pun ada, mcm baggy pun ada rupa dia.

Jadi aku perlu kembali sekurang-kurangnya ke saiz M untuk "muat" ke tapered-trouser-saiz-M-tak-boleh-tukar-ke-saiz-L. Ok lah mula2 ingat muatlah saiz M sbb punggung seluar ni agak besar kan? Sekali try, ppffft....

Tapi kalau ambil saiz L mesti hodoh sebab dah mcm buah pear kena suntik hormon pembesaran.

Untuk tidak membazir


aku perlu kembali ke saiz M.


*tak boleh butang, duhhh perut.

Thursday, December 23, 2010

How Many Calories Are Burned During Exercise

Type of Exercise                          Calories/hour


Sleeping                                          55
Eating                                              85
Sewing                                            85
Knitting                                           85
Sitting                                             85
Standing                                         100
Driving                                           110
Office Work                                  140
Housework, moderate                   160+
Gardening, planting                        250
Dancing, ballroom                         260
Walking, 3mph                             280
Table Tennis                                 290
Gardening, hoeing etc.                   350
Tennis                                           350+
Water Aerobics                            400
Skating/blading                             420+
Dancing, aerobic                          420+
Aerobics                                      450+
Bicycling, moderate                      450+
Jogging, 5mph                              500
Gardening, digging                        500
Swimming, active                          500+
Hiking                                          500+
Step Aerobics                              550+
Rowing                                        550+
Power Walking                            600+
Cycling, studio                             650
Squash                                        650+
Skipping with rope                      700+
Running                                      700+

*yang highlight merah tu, hari2 buat.


Sunday, December 19, 2010

Rejim Diet - Day 7

Day 7 "diet berhemah", still tak timbang berat lagi. (-.-")
Tapi what i notice is, perut sdh kurang mengeleber. beberapa baju(s) yg tak pakai sebab perut terbonjol dah blh pakai balik.
Terutama maxi dress yg kalau pakai mesti nampak mcm pregnant 4 bulan. serius ok nampak mcm tu sebab perut terbonjol. Ni dah pakai corset ni, masih nmpak terbonjol, kalau tak pakai?  mcm 6 bulan lah kot.

Masih diet pemakanan dengan oat, bijirin. Takde air lain selain air suam (oh 2 hari sekali minum air rebusan kurma merah+longan). Memang ada makan nasi+lauk jg, tp portion yg sedikit dan lauk kurang berlemak serta bermiinyak.

Dah sekarang blog aku mcm blog kesihatan pula, padahal ntah betul ntah tidak diet aku ni. kah kah kah.

Takpe yg penting aku suka perubahan setakat ini. Teruskan lagi usaha!!!

Production susu, Alhamdulillah, masih sama. 1 hari dpt 12-15oz (bergantung kepada ke'rajin'an). 3x sesi pumping di office.

Instead of wearing inner or cardigan, i've try this lycra maxi dress with blazer went to office.

Friday, December 17, 2010

Baby Amira 6 bulan

♥ ♥ ♥..Amira Khairunisa..♥ ♥ ♥

17.6.2010 - 17.12.2010
6 Bulan.

♥ Sepenuhnya breastfeeding.
♥ Pandai golek2. (pernah jatuh katil sekali  T___T)
♥ Pandai merayap, dan berusaha utk merangkak.

Lepas ni, try bagi makan pula.

Sekali lagi aku umumkan kejayaan aku mem"exclusively breastfeed" baby Amira setelah kejayaan abang Azam dulu.
Insyallah, akan teruskan perjuangan sehingga 2 tahun.
Amin.


Thursday, December 16, 2010

Rejim Diet

Seperti yang org2 facebook tau, sekarang ni Puan As tengah berusaha dan bersungguh-sungguh utk berdiet dengan seimbang utk kurus tidak gemuk.

Susah ooooo susah sangat talak makan nasi, talak makan lauk pauk yg sedap. T___T

Kemudian ada pl tanya, production susu apa mcm?
Saya bukannya tak mkn langsung.
apa yg saya makan?
cuma nasi tu saya gantikan dengan bijirin.
dan bersenam, ehem.

Saya cari2 sana sini maklumat pemakanan, apa yg diperlukan badan.
Wanita dewasa memerlukan sekurang2nya 2000kalori (correct me if im wrong)
Dan tambahan 500kalori untuk yg menyusukan.
So, kita makan apa yg kita perlukan jelah.
Sambil elakkan makanan dan minuman yg lemak/gula berlebihan.
Ahhh suka2 hati aku je kan...kah kah kah...

Ohhh and, saya ambil supplement Shaklee Breastfeeding set from mommy Lyna.
Saya makan buah2an kalau msh terasa lapar.
Saya minum banyak air untuk buang toksin dlm badan.
Toksin akan keluar dari badan dlm banyak cara salah satunya melalui air susu, kalau kita crash diet (eh btl ka ni?) berat badan turun mendadak akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda.
So, diet berhemah, jgn crash diet.
Korang refer lah kat sini.

NO TIDBITS.

Alhamdulillah setakat ini production masih bagus lg. tak merudum.
Tapi semalam & tadi, blm smpai 3 jam, susu tak bengkak tp ada rasa letdown refleks tu tetiba time buat kerja.. Saya pun " eh apakah?"
Saya syak sbb makan supplement shaklee tu (kot). Terus cepat2 gi pump walaupun biasanya saya pump 4 jam.

Jadual pemakanan saya banyak dipengaruhi dari sini. Ampun ya minta link, im ur silent reader.(terus gi minta izin)

Tengoklah berapa lama saya bertahan.
Saya tak timbang lg berat badan. so jangan tanya berapa turun.
Saya tak kisah berapa berat saya tp yg penting adalah bentuk.

Kalau korang ada cadangan atau nak betulkan apa2 tolong bagitau eh???


Wednesday, December 15, 2010

Kaftan Dress idamanku~


*drool

Fabric hunting begin...

Monday, December 13, 2010

Kisah si abang...(part 2)

wahhh ko ada part 2 gitu,
tapi ni takde sedih2 dah.

Aku cuma tiba2 berperasaan mcm tu sejak 2-3 hari lepas.
Waktu kerja aku asyik terfikir Azam, sehari 3x minimum aku call pengasuh tanya Azam buat apa.
Hati tak keruan ok.

Macam ada flashback kat kepala selalu.
Azam ini. Azam itu.
Rasa bersalah sbb kurang manjakan dia.

So, sabtu lepas kitorang plan nak bawa dia. Azam sahaja.Adik Amira tinggal.
Bawa dia jalan2, pigi playground.

Azam rasa seronok.
Tahu tak? Azam asyik tanya. "anna adik?"(mana)
T__T ohhh terharu. Next time kita bawa adik. Hari ni utk Azam.
Pulang rumah,ambik adik. masing2 berebut nak gomol adik.
"mangi!"(wangi)

ni entry psl Azam.
jgn ada sesapa tegur perut aku.

Sunday, December 12, 2010

Kisah si abang...

Saya dan Azam.

jujurnya, saya tak tau nak mula dr mana. cuma luahan perasaan seorang ibu.
Sejak Baby Amira muncul dalam hidup kami semua, saya terutama, seperti kurang ambil perhatian pada Azam :-(
Iyelah, Baby Amira kan BF, kalau kat rumah tu seolah2 24jam tu melekat je dgn Baby Amira.
Kalau pun kitorang keluar jalan2, tetap lah jg saya dengan Baby Amira.

Kalau dulu, semua Azam, segalanya Azam.

Manja sangat dengan saya. Sikit2 nak saya, dengan ayah dia kureng sikit. Asal nangis je pnggil ibu...
Kalau jalan, saya dukung dia, saya pegang tangan dia.
Dirumah, kitorang tak kisah dia sepahkan barang, dia tumpahkan makanan, dia tendang bola kena gelas

Sekarang ni, dia nak susu minta ayah, mgkin sbb dia tgk saya 'busy' BF kan baby Amira.
Dia jatuh, nangis, panggil Ayah.
Nak berdukung je ngan Ayah. mungkin sbb dia tgk baby Amira asyik kena dukung je dgn saya.
Dia keluarkan makanan dari mulut je, aku dah hangin...

1-2 bulan pertama, dia suka cari perhatian. Ketuk2 barang. Jerit2.buka tutup pintu.
3 bln - sekarang, dia lagi suka bermanja dengan Ayah.

Saya perasan.
Saya terasa.

Azam pernah jadi satu-satunya anak kitorang.

Bukan bermakna saya dah tak sayang Azam lps kehadiran Amira.
Kitorang cuba utk kongsikan kasih sayang antara mereka.
Masih berusaha.
Terus berusaha.
Ayah ibu mungkin tak rasa, tp Azam sangat terasa.

Untuk mengelak perasaan tersisih tu, kitorang bagi tanggungjawab pada Azam.
Tanggungjawab seorang ABANG LONG.
Baby Amira mesti dipanggil 'adik', dia panggil Mira, kitorang tegur.
Bangun pagi, mesti kiss adik, peluk adik.
Tolong ibu dodoi adik kalau nangis (walaupun dia dodoi tu bknnya buat adik diam. eheehehe)
Ajar mereka berinteraksi. Abang & Adik.

Sekarang ni,
Azam suka cium adik. "mangi" (wangi)
Adik nangis, dia tepuk2 then panggil ibu, "adik angis"(nangis)
Suka main boo-cak. adik suka. ketawa.
adik ketawa,abang suruh ibu tgk adik ketawa.
boo-cak lagi.
"nah adik awa"(ketawa)
"adik jom engok upin ipin"(tengok)
"adik jom main ellon"(belon)
"adik, obok sini"(tidur)

Kalau abang masuk tidur, tgk adik takde, "anna adik?"(mana)
"ni adik"
Padahal adik ada sebelah ibu selimut dengan comfoter, eheehehehe
"ohhh adik obok"(tidur)

Kadang2 abang suka sakat adik, kalau adik tengah hisap jari, abang tarik jari adik.
Adik nangis.
Abang masukkan balik jari.
"nah icap ayi"(hisap jari)

Abang sedar, dia adalah abang.

Sekarang pun Azam masih satu-satunya anak kami, walaupun kehadiran adik.
Satu-satunya anak sulung kami.

Friday, December 10, 2010

Gold-Silver-Black its just a colour

Recently, i like to wear my gold-silver-black bangle. Rasa mami jarum pun ye jg.

Obviously, not a pure gold. ehehehee... warna saja bah!


and oh thats my mom's bracelet with 5 cz stone. turun temurun, dia beli waktu aku masih umur 5 tahun (kot).


Azam suka main gelang2 ni sengaja bagi bunyi2.


Monday, December 6, 2010

Curtain String

Ahad lepas punya cerita, apabila si mommy & si anak dara keluar berdua, you alllsssssssss (ala ala gediks)..
si mommy yg suka camwhore
haruslah gambar aku, blog aku.

si anak dara the thumbsucker
dan gambar anak aku

tak plan pun, sebenarnya kitorang keluar sbb nak ambil kereta kat bengkel, so laki mak bawa kereta 1, mak bawa kereta lg satu. Azam tentulah ikut ayah dia kan. Lepas ambil kereta tu, bukannya terus nak balik, singgah kejap, kejap je kat Kaison (jual barang2 aksesori rumah).

Bila dah masuk sini kan, wahhhh gitu semua rasa nak beli, beli ini beli itu. Tunjuk semua, semua...ekekeke..

Paling mak berkenan dengan (dah tajuk curtain string, tentulah curtain string kan?)


dulu cari yg kaler hitam, asyik dah habis jual saja. Sekali bila dah jumpa, siap ambil gambar pastu MMS laki.

"curtaing string idaman kita!"

reply "nanti kena tarik Azam, tak smpai seminggu"

T___T

habis camne??? (3x ulang alik depan ni)

last last, beli benda lain. *sigh

Friday, December 3, 2010

Bukan Untuk Dijual


Baju Kurung Cotton? I Like!

its japanese cotton, bought from Bandung
fabric is very soft, cooling, comfy.
but not make me look slimmer...ahahaha...

KLIA Transit - pengalaman pertama

Dari K.Terengganu ke KL, melalui MAS, terminal KLIA. Kena ke Putrajaya rumah abang ipar, then pinjam kereta dia baru dpt keluar town.

First time ok naik KLIA Transit ni.

Alkisahnya, kitorang bawa 2 beg baju & 1 kotak (dlm tu keropok ikan). Perjalanannya mcm ni:
KLIA - Salak Tinggi - Putrajaya/Siberjaya - Bandar Tasik Selatan.

Seronoklah kitorang anak beranak 1st time, Azam lah paling seronok. tapi, ada kejadian...


Sampai stesen Putrajaya, laki mak turunkan kotak dulu, masuk balik ambil beg baju 1, saya bawa 1. (tarik-tarik) Bila dia masuk balik, trs pintu tutup & jalan. Kitorang pun tgk je kotak tu kat luar sambil berlalu pergi. Kesian ok kalau tgk muka kitorang time tu, dengan saya dukung baby Amira lg. Nasib baik Azam tak tinggal kat luar, seram mak fikir kalau Azam tertinggal kat luar.

Kitorang duduk, tengok sesama sendiri. Sampai stesen Bandar Tasik Selatan, kitorang turun dan ambik tren ke Putrajaya balik. Kali ni kena cepat2 sikit turun, tak blh terhegeh2 lg dah. Dengan harapan kotak tu masih ada kat situ.

Smpai stesen Putrajaya balik, tgk kotak dah takde kat situ, sedih sedih. T__T....

Cuba tanya kat kaunter tiket.

Yeayyyy...ADA!

Tak kempunan mkn keropok ikan.

Terus minta tlg pak guard bawakan ke teksi. Ambik teksi ke Precint 5. Fuhhhh...sungguh mcm org dari hutan tak pernah naik tren.

* Kalau travel ni mmg kena bersedia dengan segala kemungkinan, waktu ni jgn cepat melenting, menuding jari, ko marah aku atau aku marah ko. Kena cool (tp dlm hati, dua dua tengah kacau). Laki aku paling cool,aku nak nangis dah.

Thursday, December 2, 2010

Tag Dari Puan Efa

Ni tag untuk join contest sebenarnya, tp saya tak yakin blh menang, kah kah kah...

Tapi saya buat jg tag ni tanpa join contest tu blh kan?

2 tag sekaligus Puan Efa ni bagi. Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa, ye tak?

1. TAG SHADES

gambar ni dah ada dlm entry ini
kitorang tengah pilih2 shades kat PADINI
tapi bkn tu yg kitorang beli hehehehe...
Mak beli besar sikit dari tu
Laki mak tak beli pon.
Lepas tu mak menyesal, sbb kat charles & keith lagi cantik.

2.TAG ANAKKU COMEL BERGAYA

bergaya ke? hahahaha
kitorang sebenarnya nak suruh dia buat gaya ala-ala org angkat meriam tu
tp taulah kan budak2 bknnya faham sangat pon.
ehehehe

Thanks Puan Efa, jgn serik tag lagi tau.

Wednesday, December 1, 2010

Tips : Mengembara Bersama Anak

Ini adalah berdasarkan pengalaman saya ibu kepada dua orang anak
Sulung - 2 tahun 2 bulan
Kedua - 5 bulan
Tempoh Perjalanan - 2 minggu

1. Breastfeed - ni paling disyorkan! Tak perlu bawa air panas, susu, botol susu. Bawa je breastaurant. Nak susu boleh dimana saja, tp cover2 la sikit eh? Bagi saya, saya pakai corset, bila nak breastfeed, kalau angkat baju perut tak nampak. Boleh jg pakai 'tube'.

2. Air - Sentiasa bawa air minum (air mineral) walau pun sebotol. Adakalanya kita ke tempat yg memang tak jual air langsung, waktu tu jg anak nak minum. Kalau kita ni, blh lah tahan, tp bebudak mana tahan kan.

3. Laundry - Macam kitorang hidup nomad ni, sekejap terengganu kemudian KL, pindah rumah siblings belah saya belah hubby. Ada kesempatan je terus cuci dan jemur. Jangan tangguh2 sbb nnt kain jd berlambak dan serabut korang nak fikir. Lagipun, bila dah plg rumah (KK), tak yah cuci banyak2 dah. Ala pakai mesin juga kan? bukannya cuci tangan pun.

4. Tidur - Selagi ada ruang dan masa, tidurkan anak. Contohnya, bagi tidur dlm kereta semasa dlm perjalanan. Kalau tau hari tu nak keluar petang, siang2 tu bagi tidur cukup2 jd nnt tak meragam.

5. Beg - kalau travel ni, yg buat penuh beg mesti dispo diapers kan? Lebih baik bawa cukup2 utk pakai 2 hari je, selebihnya beli kat tempat korang nak stay tu. Macam kitorang bawa dari Sabah cukup pakai 2 hari, sampai Tganu beli cukup utk seminggu. Smpai KL beli lg cukup utk seminggu. Jadi tak banyak barang nak bawa ke sana kumari. Yg ni korang kena tahu anggaran pemggunaan DD anak.

6. Pakaian - (sentiasa) Jangan ronyokkan baju kalau masuk dlm beg. Mesti lipat dan susun elok2 dlm beg supaya bila nak cepat, 'mungkin' tak perlu nak gosok lg. Bila dah tersusun rapi dlm tu banyak2, automatik mcm kena gosok punyalah.

7. Bergaya dan selesa - Saya mmg bukan 'jenis' yg suka pakai flat @ pump @ yg sewaktu dengannya. Mak mmg hantu highheels. Dan utk keselesaan baik pakai wedges, tak sakit kaki, lebih stabil sbb nak angkut budak kan? dan bergaya. Tp pilih wedges yg selesa ok. Mak mampu jalan kaki pakai wedges dari sungei wang ke pavilion,dan singgah kat farenheit88 nak jenguk uniqlo. Dan juga keliling dari hujung ke hujung jalan TAR

8. Tudung - Bawa yg tak perlu nak gosok bagai. Cthnya tudung syria, shawl, pashmina mcm tu

9. Kerjasama - Ibu bapa/Suami isteri kena sentiasa bekerjasama dlm mengurus anak2. Jangan cepat melenting kalau anak meragam atau muntah. Muntah tu perkara biasa kalau perjalanan jauh naik kenderaan, kereta mahupun kapal terbang. Kita kena cakap elok2 sesama sendiri, so takde sesapa yg stress. Perjalanan pun blh disambung dengan seronok.

Nasihat saya, paling penting adalah selesakan anak anda, pasti anda pun selesa.

*Kalau ada nak tambah blh lah share.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...