Tuesday, November 30, 2010

Uptown ok, Downtown (?)

Misi kali ini :
Pagi - Pavilion &  Sungei Wang
Malam - Uptown

aku kan mmg tau, ada barang baru je terus nak pakai
ahahahaha
shawl cotton baru beli semalam tu...

Azam dah tertidur dlm kereta on d way ke bukit bintang
sampai pavilion je trs ke kaunter dapatkan free stroller ni
senangnya kalau budak2 ni dah tidur

sale sana sini!
sampaikan shades pun nak yg baru
ahahahaha

mak mulut senget
anak mulut ternganga
masa ni aku 'ter' mulut senget sbb laki aku suruh
pakai shades yg dia pakai tadi tu

Kesian jg budak2 ni mengikut mak bapaknya (mak nye je) jalan sana sini. Tidur kat mana2 je dorang ni. Baby Amira pun dah blh tidur sendiri tak payah buai. Malam tu ke Uptown Danau Kota, Azam tak tidur langsung lari ke sana sini. Jam 3 pagi baru balik rumah, Jam 4 smpai rumah, ngantuk gilossss.

Mertua aku dah bebel sbb kesian kat budak2.
Nasihat : korang Solat Tahajud lg baik dari gi Uptown. Pedas nya tersindir...ahahahaha. Sayang mak, ecececeh.

Saturday, November 27, 2010

Saya Orang Sabah Yang Suka JALAN TAR

wehhh aku datang KL paling banyak pun 3x dalam setahun.

mesti lah aku plg suka JALAN TAR. Gila tak suka...ahahahah...

Datang KL je mesti nak ke sini, kalau tak, kempunan tudung lah aku...kena telan batu kang. ahahahaha..

Aku bukanlah jenis suka tudung A*riani (dan sejenisnya) tu sbb tu aku suka gi JALAN TAR cari shawl,pashmina dan ipin. ehhh ipin?

Kalau tak borong skrang, telan air liur tgk kat blogshop, dah lah dorang jual mahal sikit pastu kena tambah lg kos penghantaran. Dorang caj pos Sabah RM9.

Kali ni aku gi dengan mak mertua aku, best ohhhh. Siap bagi arahan kat laki aku lg suruh tgk budak2 dl sementara kitorang tgk tudung....sayang ohhhh dengan mak mertua ku itu.


 sampai kehausan dua beranak ni menunggu.

ini cara baby Amira hilangkan kehausannya.

i love this harem pants
psst! beli kat Rantau Panjang juga, harganya....(ehem) murah!
apa yg Azam sibuk kan ni?

itu adalah IPIN!

Penat gilossss....nasib baik dah masuk kereta baru hujan menitik.
Alhamdulillah balik dengan selamat.
PENAT!!!

Friday, November 26, 2010

Terenganu to Kelantan to Siam

hahaha...tajuk!!!

bukan apa, sepanjang keberadaan kami di Terengganu, kitorang sempat juga gi Kelantan tu. Rantau Panjang, pastu laki mak ni seberang ke Siam nu haaaa lalu Munduk(betul ke eja mcm tu?)

Gila seronok semua tempat ni.

Tengok gambar la eh??? ekekeke...

Kelantan


istana kelantan

shoping di Rantau Panjang
apa ko ingat kat sini tak boleh shoping?
baju gila murah, mmg lah unbranded tapi kalau pandai cari
berbaloi-baloi.

Tasik Kenyir
teringin nak naik bot pusing2 sekitar tasik ni.

drive masuk dlm sikit
tengok gajah mandi. ehehehe
pastu boleh tunggang gajah yg besar tu
gajah kecik pun blh tunggang
free! (suka je kalau free)


muzium terengganu
tengok handbag dah tukar hahaha
yg beli dari Rantau Panjang
tapi sayangnya camera tak blh bawa masuk
rasanya semua muzium pun tak bagi bawa masuk camera kan?
gambar kat luar jelah.

dan tak lupa
Air terjun Sekayu
dah 3x balik kampung tak pernah gi sekayu
terus aku edit gambar ni, hahaha... tak mekap langsung
yg lain gambar tu tak edit, tak sempat.
aku dah gedik nak update blog.

Sekarang masih kat KL, dan akan melaksanakan misi ke:
- jalan TAR
- uptown @ downtown
- world cup asia paintball (?) ehhhh? laki aku daaaaaa....

Wednesday, November 24, 2010

Masih Cuti...

Yuhhuuuu..
Saya masih bercuti-cuti Malaysia yo...

Sekarang ada kat Bangi, pagi tadi baru sampai dari Terengganu selama seminggu.

Sambil bercuti Raya Haji,sambil buat majlis Akad Nikah.
Time ni lah dapat jumpa semua sepupu sepapat.

Duduk Terengganu seminggu tapi dah jalan sampai ke Siam...kah kah kah...



Nanti akan update lg k...

Tuesday, November 16, 2010

KETIKA CINTA BERTASBIH THE SERIES (SPECIAL RAMADHAN)

Dah tengok movie 'KETIKA CINTA BERTASBIH' TAK?


filem yang diadaptasi dari sebuah novel

sudah? belum?

macam mana dengan 'KETIKA CINTA BERTASBIH 2'


atau 'KETIKA CINTA BERTASBIH THE SERIES SPECIAL RAMADHAN'


KCB banyak penggambarannya dibuat di MESIR.

KCB 2 pula sudah kembali ke Indonesia.

KCB THE SERIES pula lebih kepada suka duka kehidupan Khairul Azam dan Anna Althafunnisa mengurus Pesantren. (Sekolah pondok/sekolah agama berasrama)

Aku suka tengok cerita ni, KCB dan KCB 2 aku tengok CD, tapi KCB THE SERIES aku download.
Semuanya ada 56 eposide,skrang dah download sehingga episod  ke 15 tapi dah tgk hingga episod ke 8.
Laptop on 24 hours, hahahaha..gigih download.

Kalau nak download ada kat sini. KCB & KCB 2 pun ada kat sini. Dan byk movie menarik.

Malas nak ulas tentang cerita ni, masing2 ada pendapat, yg penting korang tgk sendiri.

*sambil packing barang balik kampung, sambil tgk. Hahahaha...

Monday, November 15, 2010

Hjabi Fashion Week


Banner dah jelas?

Senarai peserta -

3f's - walkmethere.blogspot.com
All You Need is Luff - luffisallyouneed.blogspot.com
Bows and a Rose - adriani-a.blogspot.com
Coco's Pearls - cocospearls.blogspot.com
Daily Fashion Muslimah - ratnawulandaridaulay.blogspot.com
E.S.A - esayunitia.blogspot.com
Fashion by Fatima - fashionbyfatima.blogspot.com
Fatin Liyana - honeykoyuki.blogspot.com
Fiminin Islamic Fashion - fiminin.blogspot.com
Geek In The Rainbow - geekintherainbow.blogspot.com
Haute Muslimah - HauteMuslimah.com
Hijab Revival - hijabrevival.blogspot.com
Hijab Style Guide - hijabstyleguide.com
Hijabi - hijabiii.blogspot.com
Jezmine Blossom - jezmineblossom.blogspot.com
Mademoiselle M - madem0isellem.blogspot.com
Maria Elena Is Greek Helen - peliks.blogspot.com
Modesty Theory - modestytheory.blogspot.com
My Amethyst - www.myamethyst-shea.com
Salt & Sugar - saltnsugar-mizzniss.blogspot.com
Style N Scarves - styleandscarves.blogspot.com
Stylish Hijab World - mystylish-hijabworld.blogspot.com
Sweet Escape - narilurvedyep.blogspot.com
Tea Love Coffee - tiananana.blogspot.com
The Fashion Project - hijabifashionproject.blogspot.com
Under Urooba's Umbrella - underuroobasumbrella.blogspot.com
Vintage Muslimah - vintagemuslimah.blogspot.com
Zinah - zinahns.blogspot.com


Cepat ke blog/website diorang ni, sebab apa???
mereka akan buat post tentang ini :

Day1 (Nov 15): "Money on My Mind" - Work Wear
What would you wear to work or a future job?

Day2 (Nov 16): "Celebrate Good Times" - Eid
What would you wear for Eid?

Day3 (Nov17): "Girls Just Wanna Have Fun" - Girl's Night Out
What would you wear when you're chilling with your girls?

Day4 (Nov18): "Vacation is Where I Wanna Be" - Vacation / Holiday
What would you wear if you were to go on vacation or holiday?

Day5 (Nov19): "Flavor of the Week[End]" - Weekend Wear
How do you dress for the weekends?

Day6 (Nov20): "Lovestoned" - Date Night w/ the Hubby (*wink wink*)
What would you wear on a date with your hubby or future hubby?

Day7 (Nov21): "The Cup of Life" - Running Errands
What would you wear when you go grocery shopping, picking up the kids from school, and other random errands?

Friday, November 12, 2010

Ku sangkakan...Rupanya...

TGIF!

Ku sangkakan hari ini hari terakhir mak bekerja, rupanya masih ada hari Isnin.

Mula-mula tiket KK-KL pada 15 nov, tp sebab nak tukar tiket tu ke KK-KL-KT. Dapat juga tukar tapi 16hb. Sehari sebelum hari raya AidilAdha. Takpe yg penting mak sekeluarga tak perlu naik bas ke Terengganu. Settle satu masalah.

Bukan boleh diduga perangai budak-budak ni kalau naik bas. Biasanya kitorang naik kereta adik-beradik. Tapi tahun ni tak dapat sebab semua balik sekali, kereta tak muat. hahahaha...Semuanya zuriat dah bertambah.

Mak berkampung di KLIA 2 jam selepas tiba dari Kota Kinabalu, sebelum ke Kuala Terengganu.

Nurul sayang,
ko tak nak jumpa aku??? ekekeke...Ada nak pesan?

Wednesday, November 10, 2010

Berita Sana Sini

pertama kali aku nak komen tentang apa yg jadi pada dunia pada hari ni..

biasanya pagi-pagi aku buka KOSMO, aku cuma baca. Tapi hari ni, setiap berita yg dipaparkan buat aku nak komen.

Emak mati ditetak anak.
Mertua mati ditikam menantu.
Keluarga sendiri pun susah nak bergantung harap sekarang ni. Sedih betul dunia hari ni.

Lagi satu berita, pendapatan doktor merosot. Alahai... sebab apa? sebab pesakit kurang.
Bukan tu kira bagus ke tu pesakit kurang, orang semua dah sihat-sihat.
Kan doktor ni kerjanya merawat orang, kalau ikhlas jadi doktor nak rawat orang, mesti takde masalah kan?
Kalau nak jd doktor sebab nak duit banyak, hmmm tu yg mcm2 penyakit timbul, penyakit buatan agaknya. opsss...

Berita artis, Ramlah Ram bertudung! Syukur Alhamdulillah.
Dah ramai artis2 sekarang bertudung kan.

tu berita KOSMO, belum Harian Metro lagi yg selalu keluarkan cerita-cerita luar akal ni.

macam-macam dunia.

*tiket balik kampung dah lulus, nak balik terengganu!!!

Tuesday, November 9, 2010

(almost)smokey eyes with fake eyelashes



tak cantik 'blend'...

all product from THE BODY SHOP
except : eyeliner - MAC GEL EYELINER
             blusher - AVON

* aku main conteng² jam 11.00pm, anak-anak dah tidur.
**camera laptop, banyak 'noise'.
 **TUNGGU 'FREE SEATS' FROM AIRASIA.COM JAM 12.00AM BUKA 'BOOK'.

Monday, November 8, 2010

Breastfeeding & Cloth Diapers untuk Amira

ok. tak nak bandingkan dengan Azam, tapi Amira sangat bertuah sebab sejak lahir sampai sekarang dia sangat ekonomi.

Breastfeeding - semua org tahu kebaikan BF (yg tak tahu hmm...) selain 100% lebih baik dari FM, malah menjimatkan!
Sekarang ni bersusah payah nak habiskan stok EBM bulan 8, banyak lagi, haduihhh. Adakalanya, aku bagi Azam minum sebungkus dua, ehehehe. Amira cuma ambil 3oz x 4 = 12oz sehari kat rumah babysitter.

Cloth Diapers - Semua diturunkan dari Azam punya dulu. Memula mak aku tak bagi Amira pakai CD bekas Azam, sbb lelaki & perempuan. Aku kata aku dah strip betul2 semua, aku bagi je. Aku cuma beli baru 4 helai yg ada corak2 punya. Sebelum 3 bulan dl, aku bagi pakai lampin kain putih tu je.

Babysitter - 5 bintang !!!(setakat ni). Dia tolong cuci semua CD & baju diorang ni. Aku cakap letak dlm plastik je, dia kata nak cuci, tak apa. wehoooo. aku bagi duit lebih untuk beli sabun & upah cuci/bayar bil air. seronok seronok.
(sebenarnya, pasal apa babysitter ni baik sangat, mak aku kata keluarga diorang ni ada terhutang budi dengan bapa aku. entah lah itu cerita org tua2)



rambut tak tumbuh lg

lepak-lepak kat BK sebab rumah takde internet sekarang
tumpang wi-fi kat sini.
So, sapa nak kebaikan yg lebih dan duit yg lebih??? bertukar pada BF & CD!!! sekarang!


Saturday, November 6, 2010

Deepavali Kami...Kemana? (2)

Tahun lepas, Deepavali entry

Cuti Deepavali ni, mak terima sms dari TBS, diskaun offer 25% OFF storewide. Gila tak nak pergi? Dah lah nak tajamkan skill make up hari tu kurang tools kan?

Mak berdua saja laki bini, anak-anak tinggalkan dengan babysitter. Memula ingat nak bawa Azam seorang je tapi bila mengambil kira negatif & positif kitorang tinggalkan kedua2nya.

Lepas dah terjah TBS yg ramai gila orang semua nak beli sbb diskaun 25%, terpaksa layan diri sendiri sebab staff tak cukup, kitorang cadang nak tgk movie THE TAKERS. Pengaruh sepupu sebaya lah ni.


Tapi movie start jam 2.45pm, jadi habiskan masa dengan SHOPING! Gila takde sale skrang, batal niat. ekekeke... tapi waktu laki mak gi toilet mak ada rembat jg baju sehelai, dia dtg balik mak tunjuk paper bag je terus..ekekeke
mana ni? mana ni?

*_*


 dah dah, 1 jam 30 minit karaoke! ahahaha...

Lepas dah tgk movie, kita 'rest & go'


bagus juga eh buat mcm ni, diorang tahu bkn semua org mampu nak beli kerusi urut, so diorang buatlah urut ikut jam mcm ni...
RM1 - 3 minit
RM5 - 15 Minit

Ma'am, u may go now.

Da daaaaa... Balik jumpa anak2 dan gomol.

Thursday, November 4, 2010

Palazo Pants dan *kegemukan*

Dulu...
Sewaktu mengandungkan Azam, aku suka beli seluar getah, sebab nanti dah beranak boleh pakai balik, ye tak?

One of it, palazo pants ni lah...Masa beli dulu, panjang meleret2 sampai ada niat nak gi tailor untuk cantas kakinya. Tapi tak, saya cuma gulung-gulung saja bahagian pinggang mcm pakai sarung.. hahahaha...

Uishh dah 2 tahun seluar ni rupanya, tahan lagi bah.

Lepas beranak Azam, pakai. Mengandung Amira, pakai lagi.

Sekarang lepas beranak Amira, pakai lagi. Tapi... Tapi kenapa saya rasa seluar ni dah pendek tergantung? Bila saya suarakan pertanyaan pada Encik Suami, kononnya saya perasan saya dah tinggi lepas beranak. hahaha

Tak payah tau apa jawapaanya, tapi kesimpulannya kenapa pendek sebab punggung dah melebar dan separuh kepanjangan seluar memenuhi bahagian punggung...kah kah kah...

Aku sedar sob sob T____T, pungggung oh punggung bila kau nak mengecik balik bah???



suka betul ambik gambar background wall orenge ni...

Monday, November 1, 2010

Kelas Bersihkan Muka & Conteng Semula (2)

Kini, wajah anda telah sedia untuk disolek selepas dibersihkan.
(wahh kau, ayat)

Mula-mula kita berkenalan dulu dengan wajah kita... (ni aku ambil dari FB budak yg ikut kursus tu sekali, dapat kawan sehh ikut kursus ni)



secara ringkasnya :
*utk make-up yg tahan lama (takde maknanya nak tahan lama, kita nak solat ambik wuduk segala)
*Foundation (sapuan atas ke bawah / mengikut urat bulu muka)
*Concealer (dap dap bahagian bermasalah)
*Lightening Touch - utk sekitar mata
*Loose powder (powder puff/brush)
*Mata - ni yg penting utk hasilkan make up yg menarik, susah nak terangkan mcm mana nak blend colour tu
            lagi bagus belajar pada yg pakar kan? ehehehe. Tapi mak dah pandai pakai 2 colour.
          - eyeliner (gunakan smudger brush utk ratakan eyeliner. Atas dan bawah mata)
          - maskara (sapuan dari urat bulu ke hujung secara zig zag)
          - kening (mak tak layan sangat, nak kena suruh lukis, mak just sapu brow & last gel, bagi kemas)
*blusher - jangan melebihi bawah paras hidung (lubang hidung)
*lip balm
*lip liner - lukis dari 'lipcupid'(rujuk gambar) keluar.
*lipstick
*lip gloss


shading-shading mak tak belajar lg, next class. sebab tu nampak muka cam pinggan sikit...ahahaha.


jangan tanya napa jari aku 'blur'
aku 'crop' gambar ni sebab budak se-kursus aku tu pun sibuk ambik gmbar kat sebelah...
ahahaha...


terima kasih :-)
jumpa di kelas yg akan datang, dinner make-up.

Kelas Bersihkan Muka & Conteng Semula

Beauty Workshop dari The Body Shop
10am - 1pm
RM30 (yesss RM30 sajork)

Murah tak murah tu, sbb tu walaupun plan last minit lepas kekecewaan tak dapat join MBfPC, ku dapat join this class. Tapi memang terhad penyertaan. 1 sesi 15 org saja dengan 4 tutor.



tengok brush yg tersusun tu, tak sabar akak nak main...ahahaha...
Tapi kena bersihkan muka dulu ye...

Secara ringkasnya :
*bersihkan mekap guna kapas, make up removal (for eye & lips)
*cleanser facial wash - bersihkan muka , dari bawah ke atas.
*scrub (gosok perlahan2, gosok kuat2 takkan buat muka jd licin dengan sekelip mata)
*clay mask (15 minit)



*toner
*moisturiser
*sun block

semua langkah adalah mengikut langkah dari dagu-pipi-dahi-hidung.

Muka dah bersih,segar, perasan halus gitu. Lepas tu sambung utk conteng balik.

akak kulit combination, so guna produk Seaweed skin care.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...