Friday, October 29, 2010

Pengubat Kekecewaan ku telah ke Beauty Workshop

sepatutnya hari ini sehingga ahad nnt 29-31 okt,mak ikut MBfPC utk Sabah & Sarawak.

huhuhuhu....tak dapat,benci!!!

mak dah apply cuti hari jumaat,tp weekend pula tak dpt pigi.

Laki mak ke Sarawak, Paintball tourney.

Sabtu takde org nak jaga bebudak. Ahad adalah org sudi,tp sabtu takde.

Mak mengubat hari lara mak ni dan mengisi cuti jumaat mak ni ke Bengkel Kecantikan anjuran Bodyshop.



hari ni bolehlah anggap hari 'AKU', ala yg org selalu ckp 'ME TIME' tu....akakaka :-p

Nanti lah update entry sepanjang bengkel tersebut. Selain cara2 membersihkan muka,ada juga diajar utk solekan.

Cepat-cepat ambik gambar time lunch, sebelum solat zuhur...ahahaha...

Tak boleh touch up sangat, tools tak banyak.

Happy weekend all!!!

Lawatan ke D*U*N

whoahh...
ni first time kitorang pigi buat lawatan (meeting) kat jabatan k*erajaan yg pejabatnya banyak menteri-menteri.

Dah banyak menteri datang sini, jadi sudah tentulah tempat ni sangat 'class' ok.

ok aku tau lah aku jakun sikit, bukan mcm cik cc pejabatnya mmg tmpat 'class' gitu.

Biasanya kitorang gi jabatan k*erajaan yg office biasa2 je.


dalam lif
tengok, muka jakun.
agaknya menteri2 kalau naik dalam 1 lif semua
dorang akan saling pandang2 tak dari dlm cermin ni?

ruang menunggu
dah habis bincang-bincang, minum-minum, masa untuk jalan-jalan, ambil-ambil gambar.
hahaha...
jom masuk
okay sebenarnya tak boleh masuk
berlagak je depan pintu.
kalau tak silap ni cadangan bangunan J*KM yg baru

belakang bangunan ni pemandangan laut yg cantik
maklumlah camera hp, jd tak nampak sangat view tu
 puas jugaklah pusing satu bangunan ni, tengok tempat menteri bersidang.

menteri je tak dapat jumpa, bukan musim bersidang.

Lunch pula terus ke UMS, 2 bangunan sebelah je selepas bangunan pentadbiran.

Esok suami ku nak pigi Kuching, Sarawak. Tournament Paintball lagi. hari ini nak lunch dating-dating gitu.
Padahal lepas lunch kitorang kena ke pejabat lain pula. :p


Monday, October 25, 2010

The Handbag Organiser, selamatkan ku.

yah ok, ramai org dah ada benda ni, tapi aku baru beli kat Guardian, murah je RM29.90. Bag Organiser, ada mcm2 kaler, but i choose pink! mula2 nak ambik hitam, tp hmmm 'ter'ambik pink jg...



Apa yg best sgt bag organiser ni? Paling penting mestilah sbb barang2 dlm handbag akan lebih tersusun, takdelah ko selongkar semua isi handbag semata2 nak cari kunci ofis smpai ko kena keluarkan semua barang dlm handbag depan pintu ofis, atau nak cari kunci kereta kena keluarkan semua isi handbag atas kereta. (OK itu akulah, hehehehe). kadang2 mcm tu, eh tak, selalunya mcm tu.


Terus keluarkan semua make up tools masuk dlm sini, bye bye make up bag. Ni blh isi lagi, purse, handphone,wet tissue (harus ada)  etc. smpai penuh lah...

Kemudian, angkut bag organiser ni masuk dlm handbag kegemaran..

Selain meng-organiser (perhh pandai2 je) , lagi satu kebaikannya adalah. Bila ko nak tukar2 handbag setiap hari tanpa kelam kabut pindahkan isi2 nya. Cuma angkut dan pindah, angkut dan pindah. Senang kan?. Satu barang pun tak tinggal. Mcm aku kalau tukar handbag mesti ada yg tertinggal, kalau tak kunci, purse. kalau tak purse, wet tissue.


Kalau jenis yg ada 100++ handbag, setiap hari nak tukar ikut-suka-hati-kau, mmg senang.



Handbag kecil pun blh muat.

Selamat meng-organise! ♥,
 

Wednesday, October 20, 2010

Thumb-sucking habit

ni cerita pasal si baby Amira la ni.

mak tak tau sejak bila tapi mak 'ter'perasan sejak sebulan yg lepas, dia suka hisap ibu jari dia sebelah kiri. Tetiba je, takde org ajar pon! Mak takde masalah sebenarnya dengan habit dia ni sbb :

-Kalau dia nangis nak susu, dia blh tunggu mak settle2 kerja 'sikit' sementara dia hisap ibu jari. (mcm kalau tengah masak tu, cuci tangan mak dl ke baru ambik dia)
-Kalau dalam buaian, dia nangis tak pyh buai, dia hisap thumb, terus sambung tidur.
-Tak payah susah hati fikir nak bagi 'pacifier'.

Tapi...

-waktu malam dia nangis nak susu, blm sempat selak baju, kalau dia dapat ibu jari, dia sambung tidur.
Tapi mak paksa juga kalau tak ngantuk sangat. ekekeke
-Azam suka sakat baby Amira, kalau tengah syok hisap jari tu, dia tarik ibu jari smpai nangis budak tu...ahahaha...then Azam masukkan balik, pndai pula.





nah ini untuk baby Amira...kahkahkah

Monday, October 18, 2010

Sabtu-Ahad dan sesuatu-yang-2006

ok

so, minggu ni takde hari dating lovie luvie. Ada aktiviti lain, ahahaha. Tetiba jadi aktiviti menghadiri majlis kenduri kahwin.

takpe takpe, blh jumpa saudara mara.

Azam jumpa cousin yg pakai baju upin ipin juga. Betapa obsesnya dengan upin ipin.


dah penat main, semua tidur berjemaah.
Yg seronoknya kalau kenduri kahwin tu adalah saudara terdekat, blh lepak2 dlm bilik ambik angin aircond. sambil BF sambil baring.

tumpang bilik yg ada aircond ada buaian baby. Ni dah habis BF.

Esoknya, ahad, kitorang kemas2 bilik, kan nak pindah 'sarang', kemas sikit2. Jumpa sesuatu-yg-2006.

Ini dia

2010

Kenapa ku panggil sesuatu-yg-2006?  Sebab ini


2006
Nostalgia kan??? ahahaha...bunga pertama ku terima dari suami, masa tu blm kahwin lg. Dapat on my birthday (tu hp lama ku waktu itu. mana hp ni skrang eh???) . My first & maybe last rose. Gua tak suka bunga, takde maknanya bagi gua bunga, gua dulu minah rock, bukan minah bunga. Padahal bunga tu simpan pun smpai sekarang. ekekeke :p

ok la, selamat hari isnin, daaaa...


Wednesday, October 13, 2010

Hari Dating Lovie Luvie

Sebagai pasangan bahagia 2 org anak, masa utk berdua-duaan adalah terhad. Isnin-Jumaat : Kerja.

Sabtu adalah hari dating sedunia kami ♥ ♥ ♥ ...

Ahad pula hari keluarga sedunia kami ☺ ☺ ☺

Babysitter yg baru ni, terima utk men-babysitt-kan anakanda berdua di hari sabtu sehingga jam 6 selewatnya, iaitu sebelum maghrib la. I like to dressed-up on saturday as I perahsan mcm anak dara nak kuar dating ngan pakwe dia, wehooooo... Seriously, kitorang dah buat benda ni sejak Amira & Azam dapat pengasuh baru yg sangat baik nak tolong jaga pada hari sabtu. Hopefully, can continue untill next *ehem* baby.

Nanti akan update cerita2 dating kitorang macam, tgk wayang, shoping! i like, makan makan dan makan.


i ♥ tudung syria
i ♥ nichii long black cardigan
i ♥ ruffle top
i ♥ MNG skinny jeans
i ♥ bangles - flowery & yellow

seriously feel like im still 19...kah kah kah...

bila dah habis gi hu ha hu ha ngan kekanda ku, tiba masa ambik anak2 plg rumah dan berlingkar...



ini bukan berlingkar, ini aksi golek golek sampai bawah meja. Amira dah boleh tiarap!!!


akhirnya tidur , mcm dorang yg penat gi dating. sepesen je kan cara tido tu...



Friday, October 8, 2010

Ini untuk Cikgu ili - Hilangkan eyebag

merujuk kepada entry ini. Cikgu ili dah upload gambar kitorang berfoya-foya awal pagi yg panas terik di Gaya Street tu kat facebook dia. Ni ambil dari FB kamu ya cikgu ili, minta izin.

Ehem...

Ili ko nak tgk gmbar tu lepas edit 'eyebag'?


sangat fake ....ahahaha....
i know T_T

saya tak boleh ambil gambar sebelah kanan, tembam.
susah sangat nak suruh budak ni posing tau!



tgk lah birthday boy tu... tu lepas ballon meletup.

looking foward to see u (& laga-laga pipi) again cikgu ili *baca dengan riang*

Saya ikut Contest : Gaya Si Comel Berbaju Raya


BILA? :  25 September 2010 - 31 Oktober 2010

MACAM MANA NAK JOIN?
* Pertandingan boleh disertai melalu blog atau Facebook. BLOG
* Pertandingan dibahagikan kepada Kategori A (Boys) dan Kategori B (Girls).
 KATEGORI A (BOYS)
* Pemenang akan dipilih oleh juri yang dilantik.
* Semua keputusan adalah muktamad.

PERLU BUAT APA?

* Letak banner di sidebar blog/FB anda dengan link ke entri ini. SIAP!
* Link BabyIbu dan Azzamoro dalam bloglist anda. SIAP!
* Membuat entri mengenai contest ini diblog anda atau di wall FaceBook anda. SIAP!
* Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda bergaya dengan berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu). SIAP!
* Jika anda mempunyai beberapa orang anak, boleh upload satu (1) gambar untuk setiap anak.
* Sila nyatakan nama si comel dan umurnya. SIAP!
* Pertandingan terhad kepada si kecil berumur 1 hari hingga tidak lebih 4 tahun pada tarikh akhir pertandingan.
* Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke penganjur BabyIbu dan Azzamoro dan juga semua penaja - rujuk di bawah (no link back will be disqualified). SIAP!
* Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini.

Hadiah (akan diumumkan kemudian)

Bagi Kategori A dan B:
* Tempat Pertama
* Tempat Kedua
* Tempat Ketiga
* 5 Hadiah Saguhati

HADIAH DARI PENAJA!!!

* BabyRuffkins

* Gin & Jacqie

* IzzyBakery

* Myavenue888

* MySuperkids

* SecretBargains

* SofeaBabyWear

* Tote Boutique

* Tupperwareville

* Weego Bottles

* Victoria's Secret Heaven

* eoeonline

* Mahanim

  Ini lah gambar yg dipertaruhkan.
 

tak pakai songkok/kopiah sebab nak bagi tgk rambut kerinting.
NAMA : NOEL AZAMUDDIN HADI BIN NOEL KHAIRULNIZA
UMUR : 2 TAHUN (26.09.2008)

Thursday, October 7, 2010

Belakang atau Depan???

Ini permasalahan bila dalam kenderaan. Hmmm...

Dulu Berdua, mmg lah sorang drive sorang duduk sebelah, kan?

Bila Bertiga (+Azam), mula² Azam duduk dengan saya kat tempat duduk penumpang sebelah pemandu. Dah besar sikit, sempit pl. Saya & Azam duduk belakang. Then, i got pregnant, perut besar, Azam pun dah besar, dah pandai request nak duduk depan dgn Ayah. OK. Azam duduk sebelah driver. Behave.Ibu duduk belakang.

Bila Berempat (+Amira), Azam duduk depan dengan ayah, Amira duduk dlm baby seat, pasang kat belakang, dengan saya. Kdg², Amira pula duduk depan, baby seat. Azam dgn saya kat belakang, sbb Azam nak tidur senang. Tapi most of the time, Azam jd co-driver lah duduk depan (konon), me & Amira duduk belakang.

Dan, bila kitorang berdua aweks duduk belakang, inilah jadinya...

Camwhore!!!







gedikness mode : OFF (now!)

Saturday, October 2, 2010

Kami ber-5

Saya masih ingat lagi, raya tahun lepas ambik cuti lama sangat sampaikan tak tau nak gi mana lg.

Kami masih ber-3 waktu tu.... Raya tahun ni pula, kami keluar ke tempat yg sama tapi ber-5.

Tanjung Aru Beach.


kami ber-5
sudah tentu lah yg sorang lagi tu 'si tukang ambik gambar'


Baby Amira first time datang sini.


kami gegirl suka pakai dress, yeahh
gegirl la sangat aku ni (T.T)


mereka boboys, suka ambik gambar mencangkung
-.-"
hahahaha...


tak sah datang sini kalau tak cari jagung rebus!
owhhh, dan... terima kasih encik penaja. :-)
love u so strong.
- drive bawa kitorang ke sini
- belanja kitorang makan
- ambik gambar...teee heee

kami sangat gembira
mari kibarkan dress...

Pesanan Encik Penaja: Ok dah jom balik, dah maghrib...
Kitorang : Baik!!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...