Monday, August 23, 2010

Kegilaan Terkini

Kalau Cikgu Intan & Puan Ealyie menggilai RATU

Aku (pada masa ini-tak tau masa depan mcm mana) menggilai

printed syria lycra, mcm2 corak adaaaaa...

perasan lawa ah kalau pakai...





harga murah je ni, RM15 sehelai..Aku beli sehelai je dulu, kalau best aku beli lagi banyak2..ahahaha...
Memandangkan tudung ni best, best in me, 'terpaksa' lah beli banyak2...

Tudung Syria ni mcm korang tau ada 2 lapis, inner & outer(betul ka, lantaklah). Inner ni boleh pakai dua2 belah, atas & bawah atau blh double kan atas bawah...pastu blh jg inner ni dipakai bersama shawl. Bagi mak-mak yg bz (mcm saya) pastu tak pandai jaga 'awning' tudung, sesuai sangat lah tudung syria ni, korek2 almari, trs pakai & jalan.

Sebenarnya kan, saya lg suka pakai tudung bawal pergi kerja. Tudung melaram saya, saya suka pakai utk weekend je bagi tgk suami, sbb kalau pigi kerja suami tak tgk...ahahaha...dia dah gi kerja baru saya nak mandi, dia dah balik kerja, saya dah siap mandi petang, melaram sangat pergi kerja adalah kurang sesuai utk saya. :p

Bawal tetap dihati :-)

Saturday, August 21, 2010

Bank Susu Ibu (di Serbia)

(shared - from here)

SELEPAS bayi perempuan Ivana Micic yang dilahirkan pramatang diberikan susu wanita lain ketika bayi itu berada di Hospital Belgrade, dia mengambil keputusan untuk membalas jasa seumpamanya kepada ibu lain yang memerlukan.


Ivana kini salah seorang daripada penderma yang bilangannya kian ramai mendermakan susu mereka kepada bank susu ibu yang baru ditubuhkan di Serbia.

Penubuhan itu juga diharap dapat meningkatkan kadar penyusuan bayi di negara yang kekurangan bilangan ibu yang menyusukan anak mereka.
"Saya menjadi penderma sebagai rasa terima kasih. Selagi saya ada susu, saya akan mendermakannya," kata Ivana.

Bank susu di Institut Neonatologi di Belgrade itu bukanlah yang pertama untuk Serbia tetapi juga masyarakat Balkan.

Buat masa ini, ia menyediakan susu ibu untuk kebanyakan bayi yang dilahirkan pramatang yang ditempatkan di hospital berkenaan, namun usaha itu bakal diperkembangkan, kata Ketua Jabatan berkenaan, Slavica Simic.

"Matlamat kami untuk memperluaskan bank terbabit supaya ia mampu menyediakan susu untuk semua bayi yang dilahirkan pramatang.

"Selain itu, ia menyediakan susu untuk hospital bersalin, malah ibu yang tidak berada di hospital yang tidak boleh menyusukan bayi mereka disebabkan masalah kesihatan," katanya.

Kini, penderma bank susu terbabit kebanyakannya ibu yang bayi mereka berada di hospital atau ibu yang mempunyai susu berlebihan.

Menurutnya, sepanjang tahun pertama, bank berkenaan mengumpul sejumlah 2,300 liter susu ibu yang mencakupi kira-kira satu pertiga daripada keperluan keseluruhan institut itu saja.

Seorang lagi ibu muda, Ana berusia 26 tahun mengakui gembira kerana dapat menyediakan susu untuk bayi lain, bukan hanya untuk bayinya seorang.

"Ia membuatkan kita penuh dengan rasa kemanusiaan," kata Ana.

Menurut Simic, ada seorang wanita dari bandar Loznica, Serbia, yang terletak kira-kira 140 kilometer ke barat daya Belgrade yang membawa susu ke bank berkenaan sejak setahun lalu.

Bagaimanapun, bank susu yang baru itu menghadapi kesukaran untuk mendapatkan penderma memandangkan Serbia mempunyai kadar penyusuan bayi yang sangat rendah.

Tahap penyusuan bayi oleh ibu masing-masing sangat rendah secara keseluruhannya di kawasan tenggara Eropah dengan purata hanya 27 peratus kanak-kanak mendapat penyusuan ibu secara eksklusif dalam tempoh enam bulan pertama. Ia dianggap paling rendah di dunia berdasarkan rekod Tabung Pendidikan Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef).

Namun di Serbia, kadarnya jauh lebih rendah iaitu hanya 15 peratus golongan ibu yang mengamalkan penyusuan bayi eksklusif.

Kadar berkenaan kekal tidak berubah bertahun-tahun lamanya meskipun ada undang-undang pada 2005 yang mengharamkan pengiklanan atau penawaran susu atau makanan dan minuman lain untuk bayi yang baru lahir bagi menggantikan kaedah semula jadi penyusuan bayi.

"Susu formula bayi dikatakan diberikan promosi yang keterlaluan hingga golongan ibu memilihnya sebagai penyelesaian mudah. Malah, mereka juga dinasihatkan untuk berbuat demikian oleh doktor kanak-kanak," kata Aleksandra Jovic, pegawai Unicef yang mengendalikan program Mesra Bayi di Serbia.

Dragana Socanin daripada Rangkaian Ibu Bapa Serbia berkata, kekurangan maklumat dan sokongan untuk ibu yang menyusukan bayi mereka menjadi penyumbang kepada kadar penyusuan yang rendah itu.

"Serbia tidak mempunyai satu pun risalah mengenai penyusuan bayi oleh ibu masing-masing," katanya sambil menambah, jururawat yang membantu ibu muda biasanya tidak mempunyai masa mencukupi untuk memberikan nasihat mengenai penyusuan ibu yang sewajarnya.

Dia turut menyedari trend yang membimbangkan di kalangan ibu muda yang tidak mahu menyusukan bayi mereka kerana mahu segera kembali bekerja, bimbang hilang bentuk badan atau semata-mata atas alasan malu.

"Wanita malu untuk menyusukan anak mereka di tempat umum. Kafe dan restoran pula tidak mesra bayi," kata Socanin.

Untuk meningkatkan bilangan berkenaan, Institut Neonatologi kini merancang mengadakan kempen media secara besar-besaran untuk menggalakkan penyusuan bayi dan pendermaan susu ibu.

"Kami merancang untuk menyediakan risalah yang boleh diperoleh di merata tempat yang memudahkan wanita melihatnya, daripada pusat kaunseling di sekolah tinggi sehingga ke hospital bersalin," kata Simic.

Menurutnya, tidak lama lagi, terdapat kenderaan yang akan mengumpulkan susu daripada penderma di Belgrade.

"Ibu boleh menghubungi kami dan kami akan datang untuk membuat pemeriksaan jika mereka boleh menderma, menyediakan pendidikan sewajarnya dan mengumpul susu," kata Simic merujuk kepada syarat yang harus dipenuhi penderma.

Bank susu itu mensyaratkan supaya penderma susu ibu mestilah terdiri daripada bukan perokok yang tidak mengambil lebih daripada dua liter alkohol sehari dan bebas daripada penyakit jangkitan seksual.

Buat masa ini, ia kebanyakannya bergantung kepada bidan dan jururawat yang mengunjungi bayi serta ibu mereka di rumah untuk mendapatkan penderma.

Aleksandra daripada Unicef berkata, bank susu berkenaan menyediakan perkhidmatan sampingan yang sangat berharga untuk memberikan keyakinan kepada golongan ibu yang mula menyusukan anak mereka.

"Bank susu manusia itu tiada galang gantinya dalam rangkaian ini. Ia salah satu cabang sistem yang menjadi sumber penting bagi ibu berasa selamat," katanya - AFP




Friday, August 20, 2010

Cara Mengira Indeks Jisim Tubuh - Body Mass Index(BMI)

Ukur Tinggi dalam meter (M)
Tiimbang Berat dalam kilogram (kg)

Contoh : Tinggi : 1.6m
             Berat : 55kg

 BMI

=        berat(kg)
   -----------------------
    tinggi(m) x tinggi(m)

=      55
    -------------
    1.6 x 1.6

=  21.48


* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan

* 20 hingga 24.9, anda terdiri dari berat badan yang normal
* 25 hingga 29.9, berat badan anda mulai berlebihan
* 30 dan keatas,anda adalah obesiti


saya????  -.-"

- berat badan anda mulai berlebihan!!!

Nak senang kira, ke sini, pastu share result korang...
   

Wednesday, August 18, 2010

Hari Ke-3 Amira

Masuk hari ke-3 hantar Amira ke rumah babysitter. Azam dulu, tak hantar pagi2 mcm ni sbb ada maid kat rumah hingga dia umur setahun. Kelam kabut juga lah, masuk hari ke-3 pun masih kelam kabut. Oh sebab hubby tak tolong, dia tolong pasang carseat Amira je, yg lain kena buat sendiri, dia gi kerja jam 6am, saya drive sendiri jam 7.30am. Byk sangat barang nak di angkut, beg baju, beg bekal, beg ebm, beg beg beg....

Saya masih bekalkan ebm 4 x 2oz, semalam try bagi 4 x 3oz tp kata akak tu semua botol tak habis, so setakat ni 2oz cukup la.

Dan terima lah si budak botak.

Sunday, August 1, 2010

Kenapa Amira mcm ni???

mcm mana???

nak kena dukung je 24jam!

kalau kat rumah, lepas BF je dia tidur, cubalah letak mmg konfom nangis. Dodoi2 dulu sambil dukung2, jalan2 sekitar rumah, dah nyenyak baru blh letak. Nangis air mata meleleh2 kalau tak dukung, drama queen!

Penyelesaian : masuk buai (kalau blh mmg tak nak buai)

Akhirnya : Kalau keluar jalan, susah nak tidur dalam baby stroller kena dukung pun susah nak tidur sekarang sebab dah biasa tidur buai.

Lenguh lah tangan dukung, kalau nak pass ngan ayah mcm tau2 je itu bkn ibu, nangis la pula...


dalam kereta pun dukung, terus senyum2.


restoran pun dukung, makan sebelah tangan.

tapi nasib baik budak sorang ni 'cool' je. Perasan tak Azam suka sangat pakai baju ni, dia pilih sendiri tau kalau nak keluar, bagi dia baju ni je baju jalan, baju yg lain  tu baju tak jalan. hahahaa... Apakah???

gambar besar sebab dia comel
Dan yg buat saya tak kisah dukung Amira sepanjang hari, hari ini. Sebab ada sale, dapat clincher harga RM5 satu. Gila murah, aku rembat 2. Tamak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...