Wednesday, June 30, 2010

Rutin Harian (Berpantang)

Berpantang kali ke-2 ni lebih seronok dari dulu, agaknya sbb dpt baby girl tak?? hehehehehe..

Kena bangun awal Subuh jg sbb nak buatkan air untuk sang suami (cewaahhh), nak siapkan baju kerja dia lg. Dia dah jalan gi kerja, baru blh sambung tido, itu pun kalau Azam masih tidur sbb kalau dia dah bangun 'hantar' Ayah dia gi kerja depan pintu, mmg tak blh sambung tidur. Kena siapkan dia pl, sarapan.

Baby Amira aku tak mandikan lg hahahaha....Gila kentang, aku takut nak pegang utk mandikan, mak aku yg mandikan. Aku bagi mak aku mandikan, aku pun mandi sekali,pagi mandi ngan air herba. MESTI. Air mandian herba yg aku beli online tu, padahal mak ku kata dia pun blh buat sndiri. "tak pe mami, nnt dah habis stok, mami tlg buatkan." Lps mandi, bengkung. hari ke 10 aku pakai girdle dah, tak larat nak pakai bengkung tradisional lilit2 bagai. Jari kaki sakit pijak lantai, mmg kena pakai stokin, pastu pakai kain sarung (senang nak kencing).

Ibu dan anak-anak dah siap mandi. Sarapan dengan VICO+ROTI (sajork). Segala nasi goreng, mee goreng dan goreng gorengan mak aku buat aku telan air liur, tp pernah jg aku bedal sekali...ahahaha. Lepas sarapan, bermula la marathon kami anak beranak berkampung depan TV. Kalau Azam layan kartun aku layan Internet, blh jg sambil BF kan Baby Amira.

Lunch time, nasi panas+sup ikan or ayam. Azam pun ikut makan menu ni. Malam sikit baru menu canggih, tp lepas jam 7 mlm mmg aku tak makan nasi dah. Kalau lapar sangat aku makan roti or cereal (gila ah, cereal makan pagi aku makan malam) sikit je. Aku makan malam jam 6 gitu. Sambil layan cerita indon di Astro Ria - Benci Bilang Cinta - setakat ni cerita bersiri ni yg aku memang layan dan tunggu, yg lain tu aku on & off je tgk.

Segala mak nenek cerita kat TV aku tgk. Bola pun aku layan (padahal tak minat).

Kalau breast bengkak, aku pump bagi Azam minum. hehehehe. Layan.

Mcm ni lah kehidupan aku smpai masuk kerja nnt, tgk TV & Online Internet smpai bosan. Kalau budak berdua ni tidur, aku malas nak layan tidur siang jg, aku cuci kain2, lipat2, kemas2. Kalau aku tak bz kan diri, nnt dlm otak ni nak makan saja.  Huhuhuhu. dah lah kat rumah byk 'sumber' makanan. I nak kurus cepat ok. hahahaha.


muka musyuk bangun pagi dua beradik



Thursday, June 24, 2010

Putri Sulung

terima kasih pada semua yg wish sempena kelahiran putri sulung saya... tak sempat nak reply komen-komen tu dlm blog, tp terima kasih banyak2. Ada juga blog yg saya lawati tapi tak sempat tinggal komen, just baca then 'x' walaupun rasa nak komen.

Dengan ini saya mengumumkan nama putri sulung kami, setelah memerah otak sebab tak sangka baby girl. Ayah menamakannya ' AMIRA KHAIRUNISA '

Amira says : salam & hai  :-)

*dari dulu suka sngat nama Amira ni, bermaksud Putri

Monday, June 21, 2010

Hari ke-5 menjadi ibu ber'anak' 2

Sudah hari ke-5, nama baby blm ada. Tapi Insyallah hari ni hubby akan ke JPN untuk register nama, ada beberapa nama yg sdh dalam senarai tp nanti dia akan buat keputusan disana. Saya? Tak kisah sebab semua saya suka, semua maknanya cantik2 juga.

Azam - suka sangat dekat ngan adik, sikit2 dtg dekat panggil 'adik', sikit2 dtg dekat nak kiss adik. Mula2 kiss ganas macam kiss org dewasa main tonjol je...Lama2 dah pandai sebab kena ajar, sebelum kiss dia landing pelan2 kat pipi adik. Gud abang. Kalau tgk ibu BF adik, dia pun ajuk mulut adik yg menyusu tu. 

Tidur kami - Mula2 dah plan, Azam ngan ayah tidur bawah (utk sementara waktu sekurang2nya). Malam pertama pun plan tak menjadi, apatah lagi malam2 berikutnya. Azam nak berkeras nak tidur ngan adik, pastu ayah pun ikut, last2 4 org 1 katil. ada tak katil lebih besar dari king?

Saya - Semalam kena sakit mata, pagi tu mata pedih tak blh buka, bengkak, merah. Mak suruh letak air susu ibu, ikut juga petua ni, 2-3 kali letak. Langsung tak blh buka mata sbb pedih. Nak BF baby, hubby yg tlg. Pagi ni dah ok sikit, blh buka mata, pakai shades dlm rumah at least blh la tgk. Syukur Alhamdulillah.

Dunia saya blm kelam kabut lg sebab masih ada hubby dan adik saya tlg buat itu ini. Pagi ni si adik bongsu dah ke sekolah,cuti semester dah tamat, tak tau lg mcm mana kalau hubby dah masuk kerja mggu depan. Nak train abang Azam behave kalau ibu tengah BF adik. Sekarang ni dia suka kacau semua benda utk tarik perhatian.




Saturday, June 19, 2010

Selamat Berpantang untuk ku

Salam. Syukur Alhamdulillah akhirnya selamat bersalin bayi perempuan pada 17/06/2010. Berat 3.15kg.

Syukur sangat2 sebab yg ke-2 nak bersalin tu dipermudahkan,( tak mcm Azam dl fuhhhhh, rasa nak mengalah je ).

Malam sebelum tu, sempat lagi saya menulis entry ni , kemudian sambung tidur, jam 3 pagi tu dah ada contraction yg kerap tp blh tahan lagi, sengaja tak nak gi hospital awal2 sbb tak suka tunggu kat wad. Saya nak kalau smpai hospital terus bersalin terus keluar..ehehehe

Esoknya lepas subuh tu, hubby tanya lagi nak gi hospital ke tak? Saya kata tak, tp ikut dia gi kerja. UMS - SMC Likas dekat je. Tapi dlm hati mmg rasa akan bersalin hari ni juga. So, stay UMS dalam ofis hubby, sambil layan contraction yg kerap. Lunch makan bubur McD ngan soya.

Jam 2pm tu hubby pl ada meeting, tggu dlm bilik dia sorang2 sambil blogwalking.

Dia habis meeting jam 5pm, lapar. Pigi makan dulu. Soto ayam-nasi goreng ikan masin-teh tarik madras.

Kemudian ke SMC, daftar. Cek bukaan. dah 7cm.... Masuk labour room utk pecahkan air ketuban, bukaan 8cm. Contraction makin kuat.

3x teran dlm 20 minit, baby dah keluar. Terus hubby kata "baby girl", gynae potong tali pusat, bersih2kan sikit, terus letak atas dada, hubby terus iqamat. Duduk wad 1 malam dan keluar wad semalam jam 2pm. Sekarang berada dirumah 'menikmati' tempoh berpantang.


hai, saya Puan As's daughter, blm ada nama lagi... hehehehe. Saya pakai baju Abg Azam sebab ibu tak beli baju baru, ibu tak tau saya nanti perempuan, lepas ni ibu gi shoping baju baru utk saya. yeahhh!!!

Nanti sambung lagi...

Wednesday, June 16, 2010

Sempat lagi melantak seafood

...ya ya ya...si ibu mengandung ni masih lg ada disini, belum beranak lg. Baru balik dari makan seafood di Beringis Seafood Restoran. Selalu mkn seafood sini dekat ngan rumah dan murah sikit lah. Pernah story dulu disini. Mata pun belum mengantuk, mungkin kenyang sangat. Kenyang? rasa mau melantak roti gardenia la pula. hmmmm....


Tengah pilih2 udang dan ikan. Butter prawn my feveret.



Tapi kan, sorry, tiada gambar makanan sebab lapar, makanan sampai terus melantak. Huhuhuhu.

Sekarang ni perut semakin kerap 'mengeras-mengeras', agak2 esok aku beranak kah ni??? Nervous pl, sebab dah lupa mcm mana nak beranak, boleh? ahahahaha. Aku berdoa semoga semuanya selamat. Amin...

OK mau turun bawah mkn roti gardeni + kaya + minum milo.


Sunday, June 13, 2010

Software : Youtube Downloader - Any Video Converter

Bukan tutorial ya, tp setakat berkongsi ilmu 'yg sedikit' ni...

Cik Fid pernah buat entry tentang software youtube yg dia install di hp E72-nya. Then dia blh tgk any video, yg penting kena connect WLAN, means kena ada WIFI modem di sekitar anda. Saya yg 'butech' (buta technology) pun tanya la Cik Fid macam nak buat kan. Kena lah install youtube software (kalau salah tlg betulkan penggunaan istilah ni), search video yg nak tgk, connect dengan WIFI. Since my home pun pakai modem WIFI, jd try la install dan search video 'upin & ipin'. hahahaha.
Alkisahnya, Azam layan tgk upin ipin ni dari setiap episod ke episod yg lain. Lama2 tu setiap kali tgk hp saya, mesti nak tgk upin ipin. Duhhh kadang2 org tengah sms pun sibuk nak tgk upin ipin.

Itu masih ok lg, tp kalau diluar, di tempat yg tiada kemudahan WIFI, dia nak jg tgk upin ipin, howwwww????? Puas lah ibu pujuk, nangis2, takkan nak bagi connect WAP, habis lah kredit.

PENYELESAIAN :
1. install 'youtube downloader' & 'any video converter' di PC/Laptop anda.

2. pergi ke 'youtube.com' dan search video. Cth : upin & ipin episod 1.

3. copy url video & paste ke 'youtube downloader'. Tunggu sehingga habis download.

4. Kemudian buka 'any video converter' dan klik add video, browse video yg sdh di download tadi.

5. Tepi sebelah kanan atas, profile : tukar ke jenis file yg dikehendaki. Cth : Mobile Phone MPEG *.mp4.

(sebab nak transfer ke hp nanti)

6. Klik convert dan tunggu sehingga file habis convert ke jenis file yg dikehendaki.

7. Dah convert, sambungkan hp ke PC/LAPTOP dan transfer ke gallery - Video.

Dimana saja anda blh menonton upin ipin walaupun tiada WIFI. (read:Azam)

*Kalau ada pertanyaan blh bertanya, sebab saya tahu tutorial ni agak mengelirukan. ehehehehe
Sekian perkongsian ilmu yg tidak seberapa ini.



Friday, June 11, 2010

Persediaan menjelang berpantang

bersalin pun blm sibuk dah cerita pasal berpantang. hahaha T_T

nama pun persediaan kan?

saya masih disini, kerja, menanti hari. actually due 22/06/2010. ada lg hampir 2 minggu, tp mungkin akan 'ter'awal. walau apa pun, semua persediaan utk berpantang saya dah buat.

Set Bersalin
♦ Dulu, 1st baby Azam, saya guna set bersalin mustika ratu " jamu selepan ". Tapi 2nd baby terasa utk try lain pl. mula² ingat mau ambil set bersalin amway lepas baca blog Puan alfajuliet disini. Tapi setelah ku buat kajian 'ahahaha kajian la sangat' dan akhirnya memutuskan utk mencuba "set bersalin HPA", setelah bertanya itu ini pada Puan E-Car. TERIMA KASIH YA PUAN E-CAR.



Bengkung
♦ Dulu, ada 2 jenis bengkung saya gunakan. untuk 2 minggu pertama tu guna bengkung tradisional turun temurun mak saya.ehehehe... mcm barut bayi tapi ni saiz besar, kena baring kalau pakainya. Selepas 2 minggu, saya selang seli dengar corset. Ivy6 corset. Sebab bengkung tradisional tu leceh eh, corset senang main button2 jer. 
Untuk kali ni, saya tambah bengkung "Sendayu Tinggi". Sebenarnya nak ganti ngan bengkung 'turun temurun' tu, eheeheh...leceh.



Mandian Herba
♦ Dulu, tiada!. hahahaha
Sekarang saya dah beli di mamamodern.com. Pakej herba & mandian sauna Aura. Menanti parcel minggu depan sampai sebab tuan pnya kedai bercuti.

Untuk persediaan berpantang, dah selesai.  Persediaan bersalin pun dah selesai packing2 barang semua, masuk bag nanti tinggal angkut gi hospital saja.

Untuk persediaan breastfeeding, ada beberapa parcel yg blm smpai, maklumlah beli online saja, bukan semua benda² breastfeeding ni ada disini, Sabah ku tercinta. Yg lama Azam pnya dulu yg blh pakai, saya pakai. Yg kena beli baru, terpaksa la beli baru, cth : storage bottle, BM liners dll.

Oh semalam gi check-up utk kesekian kalinya dan....berat sdh mencecah 70.1kg, gila ah!!! cool cool... Berpantang nnt kena betul2 tuk 'kurus' semula. T__T

Monday, June 7, 2010

~Gloomy Sunday~

Sunday, Gloomy Sunday~
si ayah ada meeting persatuan hari ni, sepanjang hari pulak tu. Tetiba sms suruh download lagu " syg, dload lagu Gloomy Sunday 1932 "

I was like "????"

Bila cuba google lagu ni, oohhh mmg lagu lama, kononnya sesiapa dengar lagu ni akan bertindak untuk membunuh diri. okeh, baca cerita disini.

Memang lain sikit eh muzik & liriknya. Banyak version tp yg asli tu lebih menyeramkan~~~



Ah daripada ku duduk rumah boring2, masak pun sendiri yg makan, baik menceriakan "Gloomy Sunday" ku mencuci mata dengan Azam. so, off to window shoping.

*Napa ada banyak sale ni??? Owhhhh tidak!!!!
**Kening perlu di repair dengan segera - T.T


Sunday, June 6, 2010

perjalanan jauh~~~


ya ya ya...cuti sekolah mmg ramai org buat kenduri kahwin, tp klau yg dekat2 tu senang la pigi. Semalam menghadiri kenduri kahwin di Kota Belud (*google la Kota Belud - Kota Kinabalu brapa jauh)...

Bila jalan jauh, adalah lebih selesa kalau si ibu dan anak duduk saja di seat belakang sambil camwhoring :p





perjalanan jauh ni pula pasti membuatkan si anak tertidur di kereta kan??? jadi, si ibu sambung camwhoring sorang2.


ishh badan nampak sudah kembang kan??? owhhh harap2 dpt slim dalam tempoh singkat lepas berpantang nanti.

Balik dari Kota Belud, malam tu lepas isyak pigi org kahwin lagi. My ex-classmate.

so, bersambung...

Wednesday, June 2, 2010

21 Days TO GO...

itu menurut ticker lah, now 37 weeks already... Tapi semalam tetiba bawah rahim sakit ya amat, mcm nak beranak pun ada, tp ku tahankan ja, nnt buat penat ja pigi hospital... Tapi memang semalam, rasa mcm nak beranak oooo. Dlm fikiran tu kata, jgn lah beranak dl, banyak barang blm buat

-barang baby ada yg belum ready lg contohnya pampers new born, walaupun sdh ready CD. set bersalin blm beli, storage bottle utk stok susu, macam2 la. *sigh

-barang mak baby pun belum packing lg. Barang mak baby ni lah paling byk...huuuuu...

-lagipun 05 jun ni saya nak attend my ex-classmate's wedding, ramai yg pigi ni, blh buat reunion.

tulah cuti 5 hari tp tak buat apa, bergolek² saja...hahahah
sebab plan nak lengkapkan semua barang esok, sbb esok mak cuti lg. ehehe... esok mesti beli bagi cukup² kemudian packing dlm beg dan simpan dlm kereta. Bersedia utk bersalin. ehehehee mental dan fizikal.

Lagi satu yg kami laki bini belum ready adalah nama anak! Sudahlah 3x scan baby jantina tak nampak, selalu nampak tapak kaki ja. Okay, malam ni mesti cari nama anak, ready nama utk lelaki dan perempuan. Fuhhh...

Dan kami sedang bz mengurus 'sarang' baru sejak 1-2 bulan ni, mgkin lepas berpantang or lepas raya puasa boleh mula 'bersarang' disana.

Saya anggap kesakitan semalam tu sebagai peringatan utk siapkan segera barang keperluan bersalin, dulu pregnantkan Azam, sebulan sebelum bersalin semua barang sdh ready.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...