Friday, April 30, 2010

RonaSutra Mineral Makeup Powder tutorial.

...
sebelum ni ada entry tentang Ronasutra ni kan, bukan kamasutra ye...Ini Ronasutra adalah mineral makeup powder 2 in 1 foundation + powder. Promosi lanjut ada sini.


saya pakai 2 colour
Honey & Natural Buff

Saya bukanlah 'pengedar-penjual-ada share' dalam produk ni, tapi nak juga buat review setelah 2 minggu mencuba. Beberapa trial&error akhirnya saya mendapat SATU cara yg sesuai utk menggunakan bedak ini dengan jayanya. ehehehe :p

1.Pastikan muka telah dicuci bersih (tips : cuci muka dengan air sejuk baru pakai toner)
2.Pakai toner & moisturizer seperti biasa lah. Biarkan selama 5 minit.
3.Barulah apply bedak ni menggunakan 'brush', dah try pakai span, tapi hasil tak best :-(.
   Kabuki brush atau face brush yg biasa tu.




dressing table yg errrr...

4. Selepas warna2 muka (eyeshadow-blusher-lipstick), apply lagi sedikit di seluruh muka utk last touchup la kiranya. Beberapa minit kemudian, minyak semulajadi di muka akan blend dengan powder dan menghasilkan 'glow' (ayat poyo) pada wajah anda.

Bedak ni rasa ringan dan nampak natural, tp rasanya bagi yg suka heavy makeup tu agak tak sesuai sbb mmg muka nampak natural sangat. Kalau setakat pigi pejabat, lepas tu nak ambik air sembahyang jg pastu nak touch up balik, sesuai. Kalau nak pakai pigi dinner dengan lampu terang2 takut muka nampak pucat kalau makeup tak tebal, mcm tak sesuai (atau saya blm pro utk hasilkan ilusi itu menggunakan ronasutra hehehehe ).

Ini cuma pandangan saya, sila cuba sendiri :-)

Love ♥,
Puan As
*dushhh - perasan hahahaha..

Saturday, April 24, 2010

Mengeluh atau Bersyukur

.
Manusia perlu keluar dari 'kehidupan selesa' yg kita ada sekarang, duduk dalam kelompok manusia yg hidup sangat susah dimana nilai untuk RM0.50 itu sangat tinggi.

Kalau anda mengeluh ini kerana kononnya tiada duit @ tidak kaya @ tidak cukup duit :

-Saya tiada rumah sendiri, menyewa saja
Bersyukurlah anda masih ada wang bayar sewa rumah untuk berteduh.

-Saya tiada kereta besar
Bersyukurlah anda masih ada wang untuk bayar ansuran kereta kecil / motor.

-Saya tiada barangan berjenaman
Bersyukurlah anda masih ada baju yg blh dipakai berganti setiap hari.

-Saya tidak mampu makan di restoran mewah
Bersyukurlah anda mampu makan sarapan, tengahari dan malam itu blm termasuk merarau dan kudapan.

Manusia (saya sendiri) sering mengeluh dengan kekurangan yg dia ada hingga lupa pada kelebihan yg dia ada. Kerana kelebihan itu baginya sangat sedikit berbanding kelebihan org lain.

Kita perlu keluar dari 'zon selesa' sendiri, dan cuba hidup walau sehari dalam masyarakat yg sangat susah. Disitu pasti anda akan hargai kelebihan 'yg sedikit' itu. Percayalah!

**sebenarnya ini untuk diri saya sendiri.  ☺

Wednesday, April 21, 2010

Betul² tak insaf

...
sejak akhir² ni saya suka sangat masuk kedai stationary, asal gi shoping complex je mesti masuk stationary... Cari apa? cari pen, dan buku nota...tak tau nak buat apa ngan benda tu...ahahahaha

Tapi memang akan beli sebatang dua gitu...

Pen yg cantik menjamin tulisan yg cantik.hahahaha.ok tidaklah begitu, pen apa pun kalau tulisan cantik, cantik jg jadinya, kan?

Alkisah, sementara ada kat KL ari tu, flight balik KK esoknya. Kitorang (read:saya) ambil kesempatan tarik hubby gi jalan TAR cari² shawl, pashmina dan sewaktu dengannya. Oh dan bawal, tetiba mood bawal kembali, yg ada kerawang² dengan manik² sangat cantik, tak up-to-date tak pe, yg penting mak suka nyahhhh. melalut sudah. Singgah sebentar lah ke SO.GO, ada stationary nama HAR.VEST kan? saya pusing-pusing, ambil pen ni - pen tu - buku nota ni - buku nota tu - then gi bayar... TOTAL RM60!!!...ahahahaha... gila stationary daaaaa...ihhh obses la dengan stationary ,lately.

Tapi best, setiap hari buat report (yg mggunakan pen) pakai pen baru..ahahahaha... ada kaitan? Tapi itu menjamin mood saya untuk buat report. kalau pen baru, semangat pun kental *konon.



gaya mcm samseng depan SO.GO
top - ZARA (hahaha takde kat Sabah sbb tu mak jakun)
bottom - TOPSHOP (ni pun jakun)
but all from Bandung


ini tabiat tak insaf
T__T
setahun blm tentu sekali, tak pe ( ayat sedapkan hati sendiri )

Tuesday, April 20, 2010

apa perlu dibuat kalau kena marah?




Bagi Azam, kalau kena marah, automatik akan tutup mata, tangan letak macam dalam gambar dan kaki duduk bersila... automatik ok...ahahaha

Terus la ibu nya tak jadi nak marah...mata tutup tapi kedip² (tau apa maksud saya?)

Diam mcm tu smpai la kena peluk, kadang² dia akan tersenyum sambil tutup mata.


Sunday, April 18, 2010

me & Lady Gaga!

u know what's hot in bandung?!
tetiba skeaping london la pl padahal pigi Indon (bandung)
ok setiap factory outlet yg kitorang pigi, saya perasan ada sejenis fesyen yg mesti ada, saya tak tau kalau kat luar dari area Kota Kinabalu tercinta ada, tp mmg kat KK takde jual.

tadaaaa.... puffy shoulder/shoulder puff, whatever it called yg pnting kat lengan atas tu kedut2...tak kiralah jaket, shirt or dresses.
macam Lady Gaga bertudung dan pregnant pula ku rasa bila try.ehehehe :p. What to do, saya rasa hot dan memborong banyak sebab murah. Mak perasan Lady Gaga....ramma ramma ma...la la oh la la...

Lagi2 brand F21 & TOPSHOP... (sedih tau, brand ni takde butik kat KK) T____T
padahal suka sangat tgk dress dorang. Contoh-contoh :


pic google


pic google

bukan pic google
pic sendiri :p

7 bulan punya perut!
baby baby baby

& my sister yg balik dari Bandung
terus pakai tudung
Syukur Alhamdulillah
tak nak jadi chipsmore ok!

*mode : kembali pada bawal.


Saturday, April 17, 2010

Masih Cerita Bandung

...
semasa di Bandung, uncle saya (yg sediakan supir + transport) sebenarnya ada 'offer' utk tinggal kat rumah dia yg di Bandung memandangkan rumah tu pun cuma org gaji dia je duduk. Tapi kitorang dah tempah online duduk kat 'Orenge Home' dan dah bayar deposit pun separuh.

Sampai kat sana tinggal bayar lagi separuh, tak nak susahkan org juga. Baik duduk sendiri, lagipun hotel hanya tempat untuk mandi - tukar baju - tidur hahahaha...Patutlah kalau ada anak yg mcm ni kat rumah, mak² mesti membebel "ko buat rumah ni mcm hotel"...

Tempat ni mcm homestay...


single bed for single person
cehhh :p

depan bilik ada kolam ikan yg besar
dan ikan pun besar²
Pada pemerhatian saya, semua penghuni hotel adalah org Malaysia. Waktu pagi je dpt bersua muka, breakfast dan bertegur sapa. Azam suka sangat main dekat kolam ikan ni sambil tunjuk2 ikan, mesti ada sorang yg kena jaga sbb takut dia jatuh dlm kolam, airnya sangat dalam woooo....

bilik kami
connecting room




Azam suka gambar duduk mencangkung
ibu ikut juga :p

ada futsal

adik saya Azam panggil ibu KL
sekian, bersiaran dari Bandung :-)

Friday, April 16, 2010

Jalan² Cuci Mata

..selain shoping, tempat tarikan pelancong Bandung adalah TANGKUBAN PARAHU.


kalau nak tau sejarah tentang tempat ni silalah google yer.hahahaha.saya hanya sajikan anda dengan gambar gediks yg beratus² je, sungguh blog ni takde info.ehehehe :p

jadi, sila jgn muntah tgk gambar.

Dalam perjalanan ke destinasi, pemandangan sangat menarik, mcm Genting pun ada. Ada tempat yg mcm kita kat sini "teambuilding"



hai saya tuan punya blog ini
:p

rombongan Malaysia + Jakarta
yg hujung baju putih tulah uncle yg sediakan transport + supir
supirnya org Sunda, asal Bandung gitu..

Kat bawah tu ada banyak gerai jual² cenderahati, tawar la sehingga kering juga. Tapi dah tawar jangan tak beli pl. hahaha

Kalau nak turun bawah, nnt ada org offer tunjuk jalan, ckp je taknak.. Kawan saya pernah kena rp1juta..gila ahh... korang ikut je ada denai, confirm tak sesat pnya.



dipertengahan jalan ada pondok rehat
katanya 1km, nak tercabut kaki berjalan tak sampai2

ini anak tuan punya blog yg makan strawberi
tak berenti
sedap sangat
dah beberapa gambar lagi...
(ah x payahlah, nnt korang bosan....kah kah kah)

Buang Duit Isi Perut

...
Sebelum ke Bandung lg, mmg dah servay2 tempat makan yg best2 kat sini, konon nak pigi la. Tapi dapat pigi pun cuma beberapa saja sebab breakfast disediakan manakala lunch pula tidak teratur...ahahaha...

Bila dah start shoping mmg lupa makan, bayangkan hari ke-2 ke Pasar Baru sarapan jam 9am, lunch jam 4pm pastu sambung shoping smpai jam 5pm baru keluar dari Pasar Baru.

Hari Pertama - Raja Sunda tagline " Rajanya Masakan Sunda "
selepas dari Parisj Van Java









Hari Kedua - Pak Chi Met

ini mak saya
Ayam Penyet + es jeruk kelapa muda

tuan punya blog haruslah ada
minuman spesal Pak Chi Met

 Hari Ketiga - Kg Daun

pemandangan sangat cantik, sangat aman damai dan selesa. ke sini selepas dari Tangkuban Parahu.




Nama saya Azam

Oh hari ke 2 kat Pasar Baru ada singgah isi perut sikit kat tingkat 4 (kalau x silap) makan bakso+mee yamien...


Next - Sightseeing

Thursday, April 15, 2010

Wang ku habis berjuta-juta

...
Nilai mata wang RM ke RP (rupiah) adalah RM1 = RP2800

Sebelum kita teruskan panduan membeli-belah di Bandung, set kan dlm otak anda tukaran mata wang tersebut. hehehehe.. Terus jadi jutawan sebab pegang duit berjuta-juta. urusan jual beli pun main juta-juta jg...lucu sangat. tp note plg besar mereka ada rp100.000 (seratus ribu). Jadi kalau nak buat bayaran juta2 ni, mmg berkeping2 la duit kena hulur, pastu kena kira balik2 sbb takut salah bayar. note rp10.000 ngan rp100.000 jgn salah tgk pl.

Kalau gi melancong, selain mencuci mata, kena shoping jg. Kitorang smpai Bandara (Bandar Udara) / airport Bandung jam 3.00pm waktu Bandung, kat KL 2.00pm. my cousin dah ready tggu dengan transport & supir dari Jakarta. Jakarta - Bandung = 2 jam. Supir & transport my uncle from Jakarta sponsor, ehehehe.

Lepas makan terus gi check in (nnt akan cerita ttg hotel pl) , siap2, keluar ke

Parijs Van Java - Rumah Fashion
salah satu factory outlet juga. ok belum smpai 24 jam di Bandung duit sdh habis berjuta-juta disini. T___T sangat susah untuk tidak membeli disini, saya yg buncit pun beli jg, dlm hati kata blh pakai lepas bersalin, hahahaa..skinny jeans sangat menggeletek tangan saya utk beli.



Esoknya hari ke-2, awal pagi sudah ke Pasar Baru buat gegaran berjuta-juta jg, disini jual kain2 yg banyak. Sangat syurga kain ok, tawar lah sehingga kering. bkn sejuta bkn 2 juta...susah utk tidak membeli. Japanese & English Cotton yg murah.




lace & chiffon
beli utk buat sepasang baju siap tidak cecah rm60... hah terliur tak terliur tak??? hahahaha.

tak larat berdiri - mak duduk tunjuk2 je :p
 dari jam 10am - 5pm, tak lunch ok!

petang gi makan, malam sambung ke Rumah Mode

aktiviti shoping tiada gmbar sebab semua bz
kat sini sampai tutup kedai ok, tu pun tak cukup masa nak pusing semua.
Hari ke-3 ke Tangkuban Parahu (nnt akan cerita)
petang lps makan, ke Secret - Factory Outlet



Hari terakhir sempat shoping makanan je, jajan dari Bandung mcm keropok tempe goreng, dodol, sedikit souvenir. keychain, pen, magnet fridge, t-shirt (i love bandung) untuk kawan2... Habis, takkan mak bawa plg botol kicap ABC pl??? kah kah kah....

aktiviti tawar menawar souvenir di depan hotel

Story shoping sdh selesai, next akan cerita tempat makan pl.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...