Tuesday, March 30, 2010

soalan : memang rambut dia ke???

...
Semalam saya ambil cuti, bawa Azam ke klinik kesihatan untuk suntikan DPT.kalau klinik kerajaan ada sediakan suntikan free, mmg aku bawa ke klinik kerajaan je, kecuali suntikan yg tidak disediakan.eheheh *pandai aku jimat.

Berat Azam : 12kg...



tunggu no giliran memang lah agak lama, dalam 50 minit, bila nama kena panggil Azam pl 'melepaskan hajat'.Bawa ke tandas cuci, kain mak sangkut, koyak la pl T_T uwaaaaa.... geram!

Dapat lagi nurse pelatih sekali lagi, lambatnya buat kerja, nak tunggu dia jarum pun 20 minit.

Harga untuk perkhidmatan percuma : menunggu..hehehe :-)

Semasa menunggu giliran tu, blh la sembang² dgn mak² yg lain. Dan setiap kali tu jugaklah mak² ni akan tanya soalan kegemaran ramai : Memang rambut dia mcm ni ka?? (slang Sabah lah kan)

Aku sengih je, jawab jelah : Iya :-)
tapi dalam hati : takkan lah rambut dia aku buat kat saloon kan??? Aku tau lah rambut dia kerinting...

Hari ini Azam demam sebab suntikan DPT tu. tapi sangat baik, makan ubat kemudian mandi, makan bubur dan sambung tidur, ohhhh lega ibu pigi kerja. Gud Azam gud boy.. ehehehe



lepas dari klinik, menyibuk sehari suntuk kat ofis ayah.

Sunday, March 28, 2010

hujung minggu memang masa keluar

...
aktiviti sabtu : mencari big apple donut & shopping


Photobucket

kebetulan sangatlah big apple donut ni depan ngan PADINI store, lepaklah 2 beranak ni kat situ sambil tunggu daku window shoping, yeeee window je...

aktiviti ahad : melawat Suria Sabah (shoping complex baru)

masih baru sangat, kedai masih banyak kosong lg, tp yg bestnya semua sale sale sale...huahahahha gelak lagi... window shoping sajork mak kena save bajet ni nak belanja besar bulan depan.

Tapi sempat juga singgat makan kat Food Court

Menu :

mee kari (ingatkan mee kari berkuah mcm mee kari yg biasa tu, ni rupanya...iskkk)



Photobucket

grilled lamb (boleh tahan)


Photobucket

Photobucket

dan cendol durian



Photobucket

Last but not least, ibu & anak... tetiba weekend mood bawal



Photobucket
 
 

p/s : kenapa aku tak dapat upload gambar from file ni??? terpaksa juga guna photobucket, malam2 pun gigih update blog, ambik masa yg lama jg. Esok on leave, bawa Azam gi jarum...



Friday, March 26, 2010

Bagaimana (saya) mengajar anak memberus gigi...

...
Kepimpinan melalaui teladan, memang.

Pada mulanya, setiap kali saya/suami memberus gigi, mesti bawa Azam sekali, bagi dia tengok.Berus gigi depan dia. Selepas 3-4 hari, dia akan ambil berus gigi/ubat gigi untuk try buat kat gigi dia sendiri. Masa ni gigi Azam baru 4 batang. 2 batang gigi atas depan dia tu besar hahaha..

Lepas tu barulah bagi dia berus gigi & ubat gigi yg sesuai dengan dia.Tapi part ni susah sikit (sekali lg, ini bagi sayalah, tak tau org lain.) sebab dia nak berus gigi dia sendiri, tau jelah kalau berus sendiri memang ntah kemana². adegan berebut berus gigi ibu & anak tu sdh biasa hehehe.

Sambil berus gigi sambil cakap² tentang gigi dia yg beberapa batang tu. Susah nak beruskan gigi dia, sebab mungkin dia tak biasa  dan tak selesa. Tapi apa yg saya buat, memang agak kasar sikit. Sekali je saya marah dia (jgn senyum langsung). Hari esoknya dia rela hati buka mulut. hari esoknya lagi, dia degil lg, saya marah lg.

Alhamdulillah, sekarang ni tiada lagi babak perebutan berus gigi ibu & anak. Setiap kali mandikan dia, dia sendiri akan ambil berus gigi & ubat gigi tu bagi kat saya minta tlg beruskan dan buka mulut. Berus atas, berus bawah, berus belah dalam, bersihkan lidah (guna kain basah). Selesai!

Lepas berus gigi, biar dia main dengan berus tu, sambil kita mandikan dia. Tapi cepat² cuci mulut kalau dah berus tu, kurangkan telan ubat gigi.

"Saya marah kerana sayang"

Tuesday, March 23, 2010

terima kasih, saya cantik...(ini tag)

...
Lamanya tak buat tag, thanks tu asmaa... hugs & kisses


Here are the rules to accept the award :


1. Thank & link the person that gave you the award.
2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic
Ini payah sikit sebab rasanya semua kawan2 blog ku sdh dapat tag ni kan??? semua beauty² belaka...
3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award

4. State 7 things about yourself.

♥ Saya pun lahir bulan 7 :-)
♥ Sekarang tengah pregnant hampir 6 bulan
♥ Hari ni saya pakai tudung pink, terasa sangat cute ^_^
♥ Mengidam nak makan bakso, slurrrrrpppp.... kalau hari² nak, itu kira mengidam ke?
♥ Kali kedua saya mention, saya rindu stiletto saya  :'(
♥ Berat saya belum mencapai 60kg...hahaha...nnt nurse kesihatan marah lg...
♥ Saya bercita² nak jadi SAHM..


Saturday, March 20, 2010

janganlah tunjukkan sisi anda yang gelap

...
untuk wanita yg bertudung sepenuh masa. ada ke bertudung separuh masa? hahahaha

silalah jangan upload gambar2 anda yang tidak bertudung di fac*book, alahai.

enough say.

sila tegur kesalahan saya  :-)


Friday, March 19, 2010

Perlukah tengok wayang???

...
saya kan dah tengok tau "Alice in Wonderland", tp tak mau lah review lebih2 nnt org yg blm tengok marah saya pl..ahaha.. Memula tu terfikir, ahh banyak pl yg cerita dlm buku tiada dalam movie ni... rupa²nya....... Ok gi tengok sendiri :-)

Pastu yg best custom si Alice ni setiap kali dia berubah saiz, wauuuu seronok lah tengok warna warni gitu.. adakah ini pembawaan mengadung anak perempuan? (sebenarnya blm tau jantina pun, 2x scan tapi blm 'nampak' juga, main teka teki baby ni ngan ibu) tak kisah jantina apa pun, cuma harapan tetaplah lebih kepada baby girl, nak juga teman 'bergedik' ahahaha.

Akan buat check up lg sebelum 'fly' next month, early. untuk dapatkan surat doktor sekali. Harap² semua berjalan dengan lancar, teruja tengok Cik Chelsea update entry berjela² pasal tempat tu. Mak ni larat ke tak nak jalan dengan kandungan 7 bulan (nak masuk). Hahaha.

Selamat Hari Jumaat!.

Wednesday, March 17, 2010

Siapa tak suka makan pisang goreng???

...
saya sangat suka, yg tebal, yg tipis, yg lapis mcm bunga² (ok ni mcm kat sabah je ada)...kalau makan panas² lg, sedapnya, pastu makan dengan sambal lg...fuhhh...

tapi jgn terbeli pisang goreng plastik...

plastic make pisang goreng fantastic. :p hahaha

ok apa tu pisang goreng plastik? ada peniaga yg goreng pisang ni, bersama dengan plastik/straw yg dipotong kecil membuatkan pisang goreng tadi rangup,crispy (eh?), garing2...

betul! memang ada mcm ni.

Selain itu, sebenarnya, benda ni bukan baru, ada kilang yg proses bawang goreng utk dijual, buat macam ni jg, selain rangup dan garing, bawang goreng akan tahan lama!.


Monday, March 15, 2010

eyeliner yg manakah???



...
sekarang ni ada banyak pilihan eyeliner dipasaran, tp mencari yg sesuai dengan kehendak diri (wahh kehendak diri gitu) perlukan beberapa "trial & error" dan beberapa keping wang ringgit..ehehehe... kalau dah try kemudian error, itu kan membazir, try lg lg kemudian error, membazir lg...

peringatan : saya bukanlah pakar solek! ini cuma review dari diri saya sendiri.

setakat ada 3 jenis eyeliner yg saya dah try, dan "kehendak diri" saya adalah eyeliner yg tidak kalis air tapi blh dipakai di bawah mata mcm ni -


pic google

pencil / crayon - setelah beberapa jenama, bagi memenuhi "kehendak diri", mmg blh apply di bawah mata tapi tidak tahan lama dan paling teruk akan terjadi, lepas beberapa jam (mgkin 5-6 jam), warna akan luntur dan meleleh dibawah mata. Mata akan nampak mcm tak cukup tidur sbb dah hitam dibawah mata. lps tu kalau dah cuci pakai make up remover pun masih ada perasaan eh mcm mata panda.

liquid - yg ni mmg suka sangat, sbb senang sangat basuh (bodyshop) serta tahan lama selagi eyeliner tak kena air. tapi kelemahan adalah tidak blh pakai dibawah mata sbb kalau garis pun, ink akan cair dan masuk mata. mmg takde kaler yg tinggal. blh jg pakai tapi jgn kena pada mata putih atau garis bawah mata yg basah. (faham tak? :p) cuma blh apply betul² diatas bulu mata yg bawah tu. hasilnya tidak memenuhi "kehendak diri". Lagipun kalau tangan terketar² blh lari garisan. Kena practice.

gel - yg ini baru try dalam 2 minggu, sehingga hari ini masih blm ada kelemahan, senang basuh dan tidak comot. tahan lama.

oh lupa, hasil yg saya inginkan adalah seperti ini : bukan mata saya dan fokus pada garisan bawah mata sahaja.


pic google


p/s : hasil yg sangat dramatik dari MAC gel eyeliner (fluidline), mmg superb!


Friday, March 12, 2010

Jaga adab memakai cincin ♥

...
Dihari jumaat yg mulia ni, saya nak share sikit tentang adab memakai cincin di jari tidak kira lelaki atau perempuan. Sebab makin ramai yg saya tgk suka pakai cincin di jari telunjuk, lagi2 kaum perempuan ni kan. ☺

Memakai cincin mengikut sunnah Rasulullah saw adalah seperti berikut:
.
Rasulullah saw memakai cincin di jari kelingking tangan kiri sehingga baginda wafat.
.
Inilah yang dipegang oleh Imam Malek, Imam Syafi’e dan Imam Ahmad. Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek :
.
“ Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)". Hadith Riwayat Muslim
.

Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata
.
“ Rasulullah SAW telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”. Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai .

Ada yg berpendapat amalan memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah adalah cara berhias kaum yg dilaknat oleh Allah iaitu kaum yg derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
wallahualam.


artikel dari sini











Wednesday, March 10, 2010

check up @ 24 weeks

...
Alhamdulillah Hb sdh naik ke 11.8. Tapi kali ni pergi check up di klinik govt. dan dapat pula nurse praktikal, urusan menunggu 20 minit tapi urusan check up 40 minit kerana nurse pelatih. Dahlah kena ambik darah pastu kena jarum kancing gigi... 2x jarum...

Berat pun naik 58kg sekarang, di garisan selamat...ehehehe... patutnya ada appoinment lg dengan doc govt. 15/03/2010, malas lah pigi nnt mau ambik cuti lg... bulan depan nak cuti seminggu pl.

Cuaca sekarang ni panas betul, duduk kat kereta pasang aircond masih berpeluh2 lg... sudah hampir 2 minggu (atau lebih) tak hujan.Gila kering ah, kereta semua berdebu, kulit mengelupas, minum air banyak2 sbb kulit kering tapi asyik2 gi tandas la...

semalam tidur pasang aircond 20c, masih panas ok, jam 12 bangun gi makan maggie (sungguh tak sihat) & minum Vico... Pun masih x blh tidur...rimas... ari ni masuk kerja mata mengantuk dan lapar **apakah?

** saya sangat rindu pada semua stilettoe ku T_T


Monday, March 8, 2010

Happy Women's Day



kepada semua wanita-wanita di luar sana...

p/s : Hari ni saya ambik halfday leave, nak gi check-up...


Friday, March 5, 2010

Alice in Wonderland versi Tim Burton

...
saya pernah buat entry tentang karya² Tim Burton yg bekerjasama dengan Johnny Deep. Oh memang saya suka...

Lagi satu akan muncul di pawagam 11 Mac 2010 ni
semalam dah main tapi 3D...



InsyAllah akan menerjah ke pawagam bersama suami terchenta... mak nak tengok si Johnny Deep ehehehe





Tuesday, March 2, 2010

vandalisme? conteng dinding?

...
Entry ini kerana dari entry CIk Fid - conteng dinding?lekat kat pintu?

bila Azam mula 'suka' menulis, pada waktu itu dia dapat capai pen, dan kami sedar 'kebolehan' menulisnya bukan atas kertas sahaja malah di kaki dan tangannya... eheheh :p

kemudian, ibu ambil inisiatif memberikan Azam pensil, blh conteng kertas jangan conteng kaki & tangan. Tapi pensil agak 'fragile' cepat patah. Dahlah pensil tu cuma sebatang je kat rumah.

Kami (read : ibu ayah), gigih ke kedai buku beli pensil banyak2 dan sharpener, sambil ibu menyelit beli pen juga, ehehehe :p
Tiba2 kami dapati Azam ada 'kebolehan' conteng dimana2 tempat yg boleh diconteng dan kemungkinan dinding rumah kami nanti...



kejadian diatas berlaku apabila ibu & ayah sibuk cari 'pemadam-yang-macam-pen-blh-refill'...
Oh tidak!!!
persoalannya
:dimana dia dapat pen itu???
:Kenapa dia conteng kertas yg dilekat di rak itu???

Oh Em Ji....Oh Em Ji...

patutkah saya mula beli white board mcm Cik Fid??? Patutkah???



saya sayang anak saya yg pintar ni...
sekarang dah boleh cakap 'satu' *hah kecoh* ehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...