Thursday, December 31, 2009

Alasan kukuh utk tambah koleksi!!!

...
Saya telah memasang cita² untuk tahun 2010 ini, akan menambah koleksi maxi dress saya kerana sebab kukuh - mengandung... hahahaha

mmg alasan kukuh kan, padahal gila maxi dress...



yg ni sy blur kan muka sbb mekap sy waktu itu sngat pelik...ahahaha
tp sy suka dress ni selesa
kain cotton



saya blur kan kawan² saya sbb mereka gedik....hahaha...ok ampun...
ini kan topik maxi dress tak payah korang interprem...
kain satin, rasa nak 'let go' dress ni, sapa nak boleh bagitau...
nnt blh runding harga



yg ni saya tak edit langsung sbb gmbar keluarga, saya sukak!!!
Genting 2009...
kain cotton juga..

Dress lain tak de gambar....ahahaha...nanti2 lah ambik melaram kemudian upload...

Saya nak lycra pula lps ni, cari², kalau jumpa dan berkenan pasti saya beli...ahahaha...

Sekarang misi saya nak belajar guna pashmina pula, lawa kan kalau gabung ngan maxi dress..




Bronchopneumonia

….
25/12/2009 lepas – Azam being admitted to hospital, Hopital Pakar Likas… sebab??? telah di diagnose sebagai Bronchopneumonia…T_T
.
.
memula kami ke Permai Poliklinik, Paed suggest ke Hosp Pakar sbb dia suspect Azam '’mungkin’ pneumonia. Bila smpai Hospital, x-ray bagai (Ayah yg masuk sbb ibu ngandung tak leh masuk, dengar dari luar Azam jerit2 tak nak baring, sedih) … Dr tgk laporan x-ray, sah pneumonia, admitted, ambik darah, pasang oksigen, pam gas…
.
.
Jam 10.55 pm
.
.
25122009978
.
.
Ayah pulang rumah, ambil barang² yg perlu… Ingatkan sehari dua je duduk hospital, rupanya 5 hari!
.
.

malam tu mmg tak tidur, ayah smpai hospital pun jam 2.00am… sempat lg tolong ibu pegang Azam nak kena pam… mcm Athma…
.
.
Setiap hari pam 4 jam sekali, kemudian 6 jam sekali
.
.

27122009983
.

.

Kalau mood Azam baik, dia akan duduk diam mcm ni, kalau mood tak ok, dia akan mengamuk² (mencabar btl)….Kena bagi dia benda lain utk alih perhatian
.
.
yg tu cream muka ibu dia buat main, buka dan calit² kat tangan dia… huahhhh habes cream… (yg pnting tak nangis)
.
.
antibiotik cucuk kat kaki, kiri kanan pula tu, setiap 6 jam juga…
.
.
Alhamdulillah, 29/12/2009 dah blh discaj jam 3.00pm… Kesihatan semakin baik cuma ada batuk sikit dan kena follow up kat KKM Putatan…
.
.
Penutup 2009!
.
.
Semoga 2010 membawa kesihatan yg lebih baik buat Azam, tiada yg lebih berharga…
.
.
mode : sedih

terima kasih buat kawan² yg bagi kata2 semangat kat FB/SMS/Call...

Tuesday, December 22, 2009

Kalau tak perasan...Mari saya bagitau...

...
saya sudah ada baby ticker dari sini...
.
.
.



♫♪♫♪♪♫♫♫... pokok taugeh pokok taugeh...
??? Suami saya panggil note muzik tu pokok taugeh...blur kejap **


NoeL & PhotoScape ♥



tengok saya dah pandai guna photoscape utk menghasilkan gmbar ini ---





lawa kan lawa kan??? puji diri sendiri …dush!

minggu lepas Cik Ealyie pula dah ajar nak watermark secara pukal….hahahaha…. Gmbar ni lupa pl WM…iskk….

ohhh sebelum terlupa – itu saya dan Azam…ngeeee…
dan cuba teka dimana kedai ini???

Thursday, December 17, 2009

Topik Orang Kahwin ☺

Biasanya kalau cuti sekolah mcm ni, mesti byk jemputan kahwin kan, biasalah mcm tu… Kalau yg kahwin tu kawan lama, lg best... Lps tu kita pun asyik lah calling2 kwn lama nak ke jemputan kahwin tu sama-sama, maklumlah dah lama tak jumpa, yg si pengantin pun dah lama kita tak jumpa…

Kawan lama disni = kawan sekolah/sekelas/sebaya

Ada yg jemputan dpt terus dari pengantin tersebut (kalau masih berhubungan), ada yg dpt dari kawan pnya kawan (pesan-pesan), ada yg dpt dari Facebook! (ni yg latest pnya jemputan…ahahaha).. Tapi yg seronok bila kawan kahwin ni, si jemputan lah (kami), bila dpt kumpul balik, tanya kabar, si polan tu dah kawin ke blm? anak dah berapa???

Topik perbincangan akan berubah kan mengikut peringkat umur kita??? Kalau 5-6 tahun lepas, topiknya – study mana? kerja mana? Sekarang – Dah kahwin ke? Anak berapa? bini berapa? hahaha…

Bulan ni je, kawan sekolah saya kahwin 3 org, tarikh dekat2 pula tu… 19-20-21 Dec… Yg kahwin pun kita kadang² tak sangka pasangannya tu adalah bekas kawan sekolah kita jg…

Jadi minggu ni, perlu keluarkan baju merelip untuk menghadiri jemputan kahwin…ahahahaha…

p/s : Sesiapa yg tergolong dlm umur topik perbincangan kahwin & anak – sedarlah, anda semakin tua…(mcm saya) huk huk huk


p/s/s : Sesiapa yg tergolong dlm umur topik perbincangan kahwin & anak tapi tak kahwin lg apatah lg anak – sedarlah, anda semakin menghampiri tittle andartu/bujang telajak….
opsss terlebey sudah!

Tuesday, December 15, 2009

Rindu Azam!!!

Saya sangat rindu anak saya….huhhuhu…minggu depan 22hb baru dia plg dari KL…

otak saya tersekat 100% dari membuat kerja dan berbloggin…

T_T

huhuhuhu….walaupun dpt 3G bagai tapi saya tak puas hati kalau tak dpt peloks ciomsss dia….

Huwaaaa…

Oh, semalam gi check up baby, now 12weeks 3days already **ngeeee…. baru gi register buka buku… next appointment 09/01/2010

scan baby, tgk development, dpt tgk jantung dup-dap pun syukur Alhamdulillah… tgk kepala dia, ukur besar kepala, dpt tgk tulang belakang, kaki, tangan….wahhh mcm baru pregnant lak aku…ahahaha…seronot seronot…

Baby kali ni betul2 mcm mengandung anak pertama, dulu ngandungkan Azam, tak pernah muntah-loya-mual-pening-dan sebagainya penyakit ibu ngandung .. never…tak pernah…

sebab tu bila 2nd baby ni muntah-loya-mual-pening-dan sebagainya penyakit ibu ngandung DENGAN TERUK… terasa mcm 1st time ngandung pl, manja berlebihan pun ada… Ada kemungkinan kah 2nd baby adalah gegirl??? :-) Klau ya, senyum smpai ke telinga lah saya, tp saya tak kisah sebenarnya, yg penting sihat saya cukup bersyukur….

Pada ibu-ibu yg pernah mengalami muntah-loya-mual-pening-dan sebagainya penyakit ibu ngandung, sehingga usia kandungan berapakah akan berterusan begini??? Dulu saya tak pernah ambik peduli pon….aduihhhh….

Thursday, December 10, 2009

Azam – Leaving on a Jet plane

09122009973

gambar ni semalam sewaktu saya menghantar Azam dan mak saya (neneknya) ke airport

Azam ikut ke KL lg…

Sedihnya T_T

Rindu ngan Azam…

Pagi tadi saya call mak saya, dia kata Azam tak nangis² pun, (sempat pl mak sy bergurau kata – Azam dah lupa ngan korang…huh)

Semalam 1st time tido tanpa Azam disisi T_T

Pengubat rindu ku selimut Azam dan ayah Azam hahahaha & Kereta Itik yg Azam selalu main, bila dia tekan mesti ada bunyi titot titot  ♪♫ ♪♫….

07122009971

Rindu ngan wajah cengeng manja ni…

DSC00636

Rindu ngan wajah innocent ni…

03122009961

Rindu ngan rambut kenteng abessss…

mode : sedih dan rindu sehingga mata berkaca2 kemudian menitis air mata…sob sob…nak 3G jap lg...uwaaaa….

Wednesday, December 9, 2009

Saya suka SATA

saat ini saya sedang rindu pada Sata, seumur hidup tak pernah jmpa, sekali dah jmpa….makan panas²….sedapnya…

Beli kat Pekan Ajil, Terengganu…

Hubby,

saya sangat rindu nak makan Sata lg…

Budu pl tertinggal kat rumah Yani (2 botol pl tu)

Keropok Ikan masih kat rumah mak

Kenapa semua makanan kegemaran ku tiada disisi saat aku perlukan mereka???

**saya nak update cerita² cuti² Malaysia saya…ngeeee :-D

Tak Salah Kan???

Apa anda akan buat kalau berada di situasi seperti saya ini?

♥  handbag CHARLES & KEITH kegemaran anda sedang SALE hingga 50%

♥ dapat duit bonus hujung tahun

♥ Laki asyik kata handbag tu mmg lawa

Tak salah kan kalau ku beli saja….ahahahaha….gatal tangan …

Jangan bagi cadangan Coach pun buat sale, blm mampu ke tahap itu, last time ke butiknya, mcm nak pecah cermin kedai tu org ramai sangat…

Sale buat kaum wanita lemah selemah lemahnya, kaum lelaki garu² kepala…ahahahaha…

Dilema ~~~ (dilema menghabiskan duit – silalah menabung di ASB & SSPN anak anda jg Puan As oii !!!)

Sunday, December 6, 2009

Esok Cuti Tamat!!!

Esok adalah cuti terakhir saya...
phewww*** setelah 2 minggu ber'YES' di sekitar KL... jakun betol!!! ahahahaha...

I Like SATA (1st time makan)

Azam kurang sihat T_T
tido tak menentu, asyik travel KL-Terengganu-Kuantan-Genting-KL
apa ibu ayah dia makan, dia pun nak makan...duhhh...

Esok malam balik KK!!!

*tak sia-sia bawa beg besar sikit...ahahahaha...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...