Monday, August 31, 2009

Cantik Menarik Tertarik

…. (Lagi-lagi cerita berat badan)
.
.
Waktu zaman anak dara dl, mmg saya kawal berat badan, tak hingin gemuk…
.
.
Sekarang sdh kahwin, ada anak sorang, dan hampir mencecah 30-an (ada lg 3-4 tahun)… saya masih tak hingin gemuk..whoaaaa…..
.
.
Menjadi tua & menarik memang susah kan???
.
.


Friday, August 28, 2009

Cerita Puasa Hari ke-7

.
.
Saya kalau nak demam selesma, gigi sakit dulu…So, kalau gigi tiba² sakit, (read : gigi geraham belakang)… lagi 2-3 jam mesti sakit kepala dan demam, esok mesti selesma hingus meleleh-leleh…


Semalam sakit gigi, kemudian sakit kepala, lepas berbuka, trs makan paracetamol 2 biji..

Balik kerja, terus pengsan…Dekat berbuka baru bangun, baru sempat menatap wajah jejaka ni….


alamak gambar comotsss



Hari ni hingus pula meleleh-leleh tak blh kawal…kepala berat…mata berpinar…gigi pun ngilu…

Mampukah aku habiskan puasa aku hari ni???

Tak larat…

Sahur tadi ada makan jg 4 biji paracetamol…gila overdose!


Lepas tu mak aku blh buat dialog ni :

“Agaknya ko mengandung” – APAKAH??!!!



Tiada kaitan (*_*)


Wednesday, August 26, 2009

Addicted

....
ntah kenapa sejak akhir² ni saya sgt 'ketagihan' benda ni...
*
*
*
*
*
*
*
*
sehari tak kena, tak lengkap hidupku....
ohhh...bulan ramadhan, terpaksalah tunggu waktu berbuka..




Monday, August 24, 2009

Hari ni hari pertama

.
.
...Hari ini hari pertama saya – kerja dan berpuasa dan mengumpul stok EBM



Setakat stok pertama jam 10.30 tadi, Alhamdulillah .. masih seperti biasa…
Mudah-mudahan stok jam 2 nnt tidak kurang seperti biasa…

Waktu bekerja dibulan puasa ini 8.30am-4.30pm (baik kan bos saya walaupun dia C1N4)

Kalau ikut kalender Hijrah, Azam akan genap setahun pada 26 Ramadhan, bermakna tinggal 23 hari lg aku akan grad BF setahun…. X lama lg,, cuma tinggal 23 hari…

Yeah!!!

Doakan saya…







Wednesday, August 19, 2009

Azam & Baby Johnson contest

...
beli barangan baby johnson RM10 keatas dan bayi anda layak utk menyertai...

Beli barang, bawa resit bukti pembelian ke kaunter peraduan...

Ambik no...

Tuunggu giliran...

susahnya buat Azam senyum dlm 'sesi fotografi' ni...
erghhhh ibu mau marah sdh ni Azam...
Apa yg kami dpt???
2 keping gmbar percuma
ala-ala gambar studio
&
cenderahati dari baby johnson...
Ikut contest bkn mau menang sangat pun
sbb mau dpt gmbar studio free ja...
heeeeeee....
Tgkla gambar Azam, langsung x senyum
T_T


Azam said : I malu, Ibu... ^_^

Tuesday, August 18, 2009

SH tu apa???

....
Alkisah budak ofis aku yg boleh dikatakan ‘b*d*h sombong’… dah la b*d*h, sombong pl tu…
ada 2 situasi :

penggunaan bahasa Sabah ..


Situasi 1

Ini berlaku semasa aku baru terbaca berita kematian arwah Ustaz Asri Rabbani

Aku : Eh Ana (bkn nama sebenar), Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia…

Dia : Siapa tu?

Aku : (blur)… x kenal? Penyanyi nasyid Kump Rabbani tu.

Dia : Oh aku x minat nasyid, x kenal

Aku : Org x minat nasyid pun mesti kenal juga, cuba tnya Zukri (bkn nama sebenar,budak ni mmg tiada ciri² minat nasyid)..

Zukri, ko kenal Ustaz Asri Rabbani? Dia baru meninggal tadi..

Zukri : Oh ya ka?? Innalillah…

Budak tu yg sdh malu dan dengan niat nak kenakan aku pun berkata :

Dia : kenapa kalau dia meninggal, sepupu ko ka? (sambil ketawakan aku)

Aku : tak, saudara se islam…

Aku x gelak kalau ko mengaku je tak kenal sbb ko tak kenal, bkn sbb alasan x minat nasyid la apa la...

Situasi 2

Baru jap tadi.. Dimana dia perlu buat panggilan kepada –SH ZALEHA SH KASSIM- (nama diubah sedikit)

Dia : Boleh bercakap dengan ENCIK SHAH ZALEHA SHAH KASSIM?
.
Aku yg dengar pun bingung, aku ambil kertas kerja tu, tgk nama yg tertera…
.
Aku : Ko tau ke SH tu apa?
.
Dia : entah, 1st time dengar..
(weiii budak, 1st time dengar ka 1st time baca ka, tanya la weiii jgn la buat2 pandai)

Aku: Itu Sharifah la...

Dengan niat utk kenakan aku lagi (dasar budak b*d*h sombong la kan, tak mau belajar, tak mau tanya)

Dia : So, Sharifah Zaleha Sharifah Kassim (sambil dia gelak besar)

Aku : dah nama dia Sharifah, bapa dia mesti la Sheikh, itu pun tak tau?? Tak tau , tanya!

Aku masih gelak smpai sekarang…terus ym ngan hubby…dia pun bantai gelak…


HAR HAR HAR…GELAK GELAK…. Klau tak sombong org tak gelak weiii….


.
.
.

Friday, August 14, 2009

◄ Kilogram ►

.
.

Atas permintaan ramai (cewahhh bajet ramai pembaca..ahahaha) –
Entry ini khas aku tujukan untuk Cik Wazie : terima kasih komen² tu… ♥


Berat (kg)

• Bujang – 49-50

• Selepas Kahwin – 50 – 55 (bahagia agaknya, makan ja, sikit² keluar makan, habis semua tempat mau di try)

• 2-3 bulan sebelum preggy – 55-56 (x kisah berat berapa, asalkan bahagia..ahahaha)

• 9 bulan kandungan – 67! (ambik ko, ini lah rekod plg berat aku, tp x kisah…still happy lagi, mau ada anak ni weiii)

• Azam umur 1 bulan – 60 (berat lahir 3.1kg, lg 3.9 tu??...ahahaha)

• Azam umur 5 bulan – 58 (turun sikit ja  )

• Azam umur 8 bulan – 54 (aku pun x sangka…ahahahah….time ni aku timbang berat bersama ngan En Noel, berat dia 56kg.. vavavava…laki aku lagi berat dari aku 2kg)

• Target – 50kg (~ _ ~) uuuuuuu ~ ~


Petua :

• Sepanjang tempoh selepas melahirkan Azam, mmg aku x pernah pun risau melebih² dengan berat badan aku, x pernah amalkan diet… Sebab aku pernah baca thread di susuibu.com “BF boleh mengembalikan bentuk asal tubuh anda!” yeahhh.... So, aku mmg BF dan dengan harapan, dpt lah kembali bentuk badan asal… Tapi ‘seperti’ berjaya…

• Dan…aku juga tidak mengamalkan sebarang pil perancang, takut naik badan…ehehehe..ada setengah org tu kan, kalau ambil pil perancang ni, mesti badan naik… T_T

Memandangkan puasa akan menjelang, dimana kebiasaanya waktu inilah berat badan akan naik 2-3 kilo…. Huwaaaa…. Klau berbuka tu makan x hengat…

Dan merisaukan aku, seperti mommies lain…., tapi pasti boleh…sahur mesti lebihkan makanan yg blh menambahkan hasil..


26 Ramadhan ini Azam akan 1 tahun (mengikut kalender Hijrah)


Thursday, August 13, 2009

Aku berazam!!!

.
.
…Lamanya blog aku menyepi
Aku berazam utk update blog selalu…ahahahaha

Seperti kata US – kenapa update blog? Bukan saja suka2 nak bagi org baca (tp klau ada ilmu bermanfaat mmg nak bagi org baca la kan?), tapi kerana blog seperti diari, masa depan nnt InsyAllah blh baca balik semua… Anak-anak pun mungkin blh baca cerita tentang mereka sewaktu kecil lg… (Itu pun klau masa tu “boleh” baca), tak tau masa depan macam mana lg kan??

As for me, selain abadikan kenangan dan memori tu, ini caraku utk update cerita tentang aku pada kawan2… kan Lynda kan??? Apasal Lynda pl ni??? :p

Sebab Lynda la org yg mengajak aku utk terjerumus ke lembah bloging ni
Kami berjauhan tapi ada saja cerita yg ingin diceritakan, setiap hari, so, lets bloging…
Apakah???
Tapi masih jg ber’skype’ setiap hari tanpa bosan….ahahaha

Gosipan…Gosipan…

Lepas ni aku update cerita kahwin ko pulak Lynda!
(kalau ada masa…aahahaha… padahal baru jap tadi ckp mau update blog selalu)

.

.


.

makan-makan @ Courtyard Hotel

.
Courtyard Hotel 6th floor
...tengok apa yg kami makan, gila murah makan disini,
mungkin sebab hotel ni baru beroperasi, so, makanan pun
murah2...
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
Ini adalah SEBAHAGIAN dari apa yg
kami makan, x sempat ambil gmbar semua
sbb kebulur...
makan....
Percaya atau tidak, total bil mmg x smpai RM100 pon!
plg best sekali - chicken wing 1 dozen RM10...
Lepas makan, ambik gmbar pemandangan disini
.
.
.
dari sini blh nmpak MASJID UMS - UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
di atas bukit nun....
Kemudian sambung window shoping @ 1 Borneo....
Malamnya ke Tanjung Aru Beach, makan jagung...
.
Angin kuat la pl, air pasang...
Ok Daaa.....!!~~


Monday, August 3, 2009

From Penang with Love...

...Lalalala... tittle mcm aku pg Penang pl, my bestfriend dari Penang, Linda
balik Sabah for her wedding ceremony...(?)
She arrived KK jam 1pm...Lepas ambik dia di airport (wahhhh semua org pakai mask, ni semua psl si H1N1 la ni) trs bawa dia gi shoping2...
Makan dulu...
Kemudian...
try me... Adie perfume
immi... RM10 sebotol
.
.
Paris Hilton pun wangi...
.
.
.
Suddenly i said, "eh jom ke Body Shop, try foundation"
.
.
.
.
.
.
sesi make over...
keputusannya, ok lah... ambil satu...
RM65 sajork...
Sempat lg jadi member Body Shop, next time beli barang blh dpt
diskaun 10%...
& i also got -make over for free- kupon
hmmmmm....ok, bila blh guna ni?
Oh! nnt majlis kahwin mu lah Linda
Kemudian, hantar dia pulang...
Esoknya ada date lg dgn dia
@ 1Borneo
Later lah update psl 1B...
Daaaa.....



Saturday, August 1, 2009

Penyibuk!!!

...Agak sepi meng'update' entry kerana ku bz...
Bz godek ini
*
*
*
*
*
*
Huahahahah....
Pegang dengan penuh gaya hati-hati yer...
Takut batu-batu permata jatuh...
*
*
*
.
.
.
Jadi lupa daratan sebentar disitu...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...