Sunday, May 31, 2009

Ke Poring Kolam Air Panas

Haruslah ku tepek gambar 2 beranak ni dl kan??
Hahaha... Nak jalan kita posing2 dulu..
Nak ke Poring, Kolam Air Panas...Ala kat kaki Gunung Kinabalu..
Tapi ku mmg tak sempat ambil gmbar Gunung Kinabalu langsung, sepanjang perjalanan 3 jam tu, pening, mual, loya.. mabuk dijalan...Duh... Azam lagi tough dari Ibu tau...
Gud boy Azam..

ok Ibu, lets go... Abaikan plastik kat kusyen kereta baru mak ni...
Huhuhuh Mami ku pakai kereta baru..

mandi ngan Mak Su... Yang ni kolam org dewasa, air sejuk... Kat kaki Gunung, suhu pun sejuk...




ini dia air panasnya... blh rebus telur kat dlm kolam ni.. Tak boleh masuk sbb air nya mmg sangat panas..


Ini kolam air panas... seronok la Azam..splasssh sana...splasssh sini...





Yo ibu, Azam menikmati kehangatan air..


No more pic ok..enough la ibu..
Abaikan kaki maid aku...



Masa untuk pulang...
Dah siap tukar baru... Jom Azam, ambil gambar lagi..
Azam dah bosan asyik ambil gambar je.

Benar2 bosan...
Last2 dia buat muka mcm ni... Duhhhh....



Lagi gambar...
Take nothing but photograph
Leave nothing but footprint
*
*
Azam said : Seyonok tau...

Friday, May 29, 2009

Kami Kemana?? (3.0)


Dating berdua-duaan seperti orang bujang...ahaaakksss... Anggaplah kami pg kerja seperti biasa, so takdelah sedih sangat tinggalkan Azam kat rumah..

Ohhh otak aku serabut fikir masalah...

Azam said : Bagi can!!!

Thursday, May 28, 2009

Kami Kemana?? (2.0)

Dah selesai urusan pasport pagi tadi...Plg rumah...

Ini aktiviti di waktu malam nya...

Tak payah susah2 cari gambar Azam sbb mmg tak de, ini aktiviti Ayah Ibu je...

Movie!!!

Jam 10 lambat lagi, so kitorang laki bini gigih ke Pasar Malam...





Oh Oh ku suka pasar malam, banyak barang murah2... tak kisah la ori ke tak, ku suka gak...


Azam said : Smpai hati Ayah Ibu tak bawa aku.. :-(


Kami Kemana??

Yuhuuuu.... lama x update blog... Azam dah 8 bulan on 26/05/2009 lepas....hah baru nak update, ku bz....



Mula2 tempek gambar 2 beranak ni dulu kat kaunter...

kami kemana?? ya, kami sekeluarga dengan gigih ke Jab Imigresen, nak buat pasport antarabangsa.... Dan baru ku tau rupanya kanak2 bawah 18 tahun pun kena buat pasport sendiri, tak macam dulu blh ikut ngan parents... seorang RM300, 3 org???


wajib 2 keping gambar... gambar Azam ni baru ambil pagi tadi.. nasib baik dah pndai duduk...senang sikit nak ambik gmbar..

Daaaa....buat pasport antarabangsa nak kemana?? tunggu....
Dah selesai urusan Jab Imigresen, teruskan perjalanan ke 1 Borneo, tak jauh.. 5 minit perjalanan je....ah ah ah ah ...



haruslah tempek lagi gambar 2 beranak ni... ehehehehe...



Gambar ni i loike....ahahahaha..sejibik sebijik muka Ayah (tp pipi Azam tembam sikit & takde misai janggut)


Dah penat jalan2 shoping2.... Masa untuk pulang..


Azam said : bye cemua...

nota kaki * apalah erti entry ku tanpa gambar...hek hek hek

Monday, May 18, 2009

Award & Tag ~ Buat ku Ceria


purffff.... thanks Mimi...
Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award nie :
Mimi

1. Blogger tegar yg selalu ku kunjungi blognya...
2. Pernah study kat Jepun, suka selit2 perkataan Jepun dlm entry lps tu ku pun suka 'siasat' perkataan tu kat abg ipar yg tgah study di Jepun skrang...
3. Memang la fanatik tentang BF & CD
4. Ada anak dara 2 org, terasa hati nak booking nak jg anak dara...ngeee...
5. Masih muda dan slim woooo.... tak mcm ku ni debab dah..

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya :
1. Aku masih berada di zon bermasalah negara... Masalah tak sudah, oh oh buat ku makin dekat pada Tuhanku...
2. Teringin nak anak perempuan, kalau boleh 2nd baby nak anak perempuan... nak nak nak....
3. Dulu sll update blog & bloghoping time kerja, sekarang dah kurang... sambung kat rumah je..
4. Baru berjinak2 nak buat kek, kuih2, puding dan sewaktu dengannya.. (ni semua korang pnya pasal..hahahaha..)
5. Obses dengan BF...BF..BF....CD...CD...CD...
6. Nama anak saya yg comel  Noel Azamuddin Hadi dan sekarang berusia 8 bulan... (skema kan?)
7. Aku suka makan coklat... nyum nyum...
8. Aku pemaaf dan mudah memaafkan...oh tapi tak mudah melupakan (pendendam ka aku?? huk huk huk)
9. Aku sayang mak aku dan mak mertua aku...mereka baik dan banyak bantu aku.... Mami , Mak....sayang korang...aisehhh bajet manja gila..
10. 10 minit lg masuk waktu sesi mengepam yg seterusnya.. daaaa..

Ohhh tapi...

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnye dan describe ttg mereka :
(5 org jelah)
1. Ila - mak Faiz, anak dia mula tunjuk staring... update la selalu aktiviti Faiz tu..
2. Lynda - saudara baru, dia nak kahwin bulan depan.. Gigih mengasah ilmu agama islam... Aku doakan semoga perkahwinan berkekalan hingga akhir hayat..
3. Bri - ya ya cik biri biri.... Konon kau dah bosan dating ngan mitchu tapi bila dia mau kluar negara bkn main sedih la kau kan??
4. Azure - nama anak lelaki kitorang sama Azam... dan...kalau 2nd baby aku girl, serius aku nak bagi nama Mira... tak ikut2 tau tp dari dl mmg ku dah plan...
5. Azza - Aku suka baca blog dia ni.... banyak ilmu pengetahuan jg klau baca....hehehe..betul weiii ko pnya entry mmg banyak info.. (aku tengah tggu entry pasal mekap tu)

Ok girls/mommies.....buat!!!






Friday, May 15, 2009

Kenapa Kita di Uji??

Bilamana kita dilanda pelbagai ujian dan dugaan hati ini selalu sahaja merintih... dan pelbagai persoalan timbul dibenak hati sanubari kita.......
KENAPA AKU DIUJI ?

" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA KECEWA ??

" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "
-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

" Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. "
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', "
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??

" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ..... "
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?

" ..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung. "
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!

" ..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. "
-Surah Yusof ayat 87


Amin...


Seafood Restaurant Tanjung Aru


ok ini cuma entry gambar...tiada story pnjang2..

Kak ipar belanja makan seafood ...nyum..nyum..


Tuesday, May 12, 2009

memotivasikan diri

Biasa dilanda masalah, dugaan.. Akan menangis..

Menangis bermakna kau dah kalah separuh dari perjuanganmu..

Buat apa menangis, simpati? Simpati bukan bantuan...Simpati bukan penyelesaian masalah..

Apa tunggu lagi.. Mari berjuang, lawan habis-habisan... Hentikan menangis!!!

Diam!!!


Monday, May 11, 2009

Sempena Hari Ibu - Kemuliaan Ibu dalam Islam

Kemuliaan Ibu Dalam Islam


Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1.000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan.



Dua rakaat sholat wanita yang hamil lebih baik dari delapan puluh rakaat sholat wanita yang tidak hamil.



Wanita yang hamil dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari.



Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.



Wanita yang bersalin dapat pahala tujuh puluh tahun sholat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, insyaa Allah bagai mendapat satu pahala haji.



Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti saat ibunya melahirkannya.



Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa empat puluh hari selepas bersalin ia dianggap sebagai mati syahid.



Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat satu pahala dari pada tiap titik susu yang diberikannya.



Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala sholat dan puasa.



Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempo dua setengah tahun maka malaikat di langit khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.



Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesai karena menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan dua puluh orang hamba.



Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri dua belas tahun pahala ibadah.


Saturday, May 9, 2009

Entry untuk seseorang

Rasulullah s.a.w pernah bersabda mengenai orang munafik. Orang munafik memiliki salah satu ciri tersebut dan orang munafik tulen memiliki kesemua ciri munafik tersebut :

BILA BERCAKAP, BERBOHONG
orang begini akan cuba berbohong untuk selamatkan dirinya.Apa yg dikata, tidak sama dengan yang apa yg ada di dalam hatinya.. Asal boleh menyelamatkan diri, akan berkata apa saja yg tidak benar.

BILA BERJANJI, MUNGKIRI @ TIDAK MENEPATI
orang munafik yg ini akan berjanji tapi jarang sekali menepati janjinya, samada dia lupa janji atau berjanji sekadar utk menyenangkan hati.

BILA DIBERI KEPERCAYAAN, DIKHIANATI
Tidak menjaga baik kepercayaan yg diberi kepadanya. Tidak ambil kisah samada kepercayaan itu penting atau tidak kerana hatinya telah dibutakan oleh nikmat duniawi semata.


Untuk seseorang tersebut, sedarlah sebelum terlambat, menjadi munafik sahaja cukup berdosa apatah lagi menjadi MUNAFIK TULEN!!!

Semoga Allah selalu melindungi kita dari sifat2 munafik...

Thursday, May 7, 2009

Semangat Yang Hilang - XPDC

oh tak tak..ini bukan entry lirik lagu tu..

Konon semangat dah mari, tp nak update blog pun dlm fikiran masih lg ttg luahan perasaan..Padahal nak update gambar Azam yg dah ada rambut... makan seafood dengan family-seafood kat sabah memang murah, 2 hari tau kitorang makan seafood..

mode : sedih

Disebabkan kemurungan aku ni, penghasilan susu pun jadi kurang, dari 5 oz/sesi ke 2oz/sesi... Cehhh, dapat susu free tuhan bagi pun masih nak mengeluh.. Bersyukur ok.. bersyukur sebab masih ada rezeki Azam lg BF..

Disebabkan kesedihan ni jg, prestasi kerja menurun.. waktu kerja 8 jam, mengkhayal 5 jam-pam susu 1 jam (3 sesi), 2 jam kerja, tu pun terpaksa.. Biasanya aku mmg tak campur masalah peribadi ngan masalah kerja, tp masalah kali ni berbeza... Terpaksa ambil cuti sendiri 2-3 hari..

Aku dah berusaha-aku berdoa-dan aku bertawakal

Asyik teringat kata-kata ini
"Jika kita marah dan menyesal dengan seseorang - maafkan kesalahannya - cari kebaikannya - doakan dia"

Doakan dia..Doakan dia..

Amin...

Hutang Tag

Yuhuuuu ku dah kembali dari pertapaan yg agak lama... Pada teman-teman blogger yg tag daku, minta maaf tak dapat jawab tag, tp korang ttp kasihi ku jg... Ku pun kasih sayang jg dgn korang..

Sila jgn serik ye mengetag sy lg....

-Masalah yg datang benar-benar menginsafkan dan mematangkan kita-


Wednesday, May 6, 2009

Sila Jangan Muntah - Ini entry luahan perasaan

Lama benar tak update blog - tak jengah ke blog org juga..

Sesungguhnya dugaan dan ujian dari Allah telah mendekatkan lagi diri aku pada-Nya...Memang manusia mcm ni kan, bila dah susah baru nak ingat Tuhan, padahal sebelum ni kewajipan pun buat dengan sambil lewa.. Setiap yg terjadi ada hikmahnya, cuma kita ni sebagai manusia je yg tak nampak hikmah tu..

Tapi bagi aku, dugaan dan ujian kecil kali ini sangat menginsafkan aku..serius sambil buat muka serius... Di awalnya, aku melenting-marah-geram-sakit hati.. kenapa aku yg mendapat masalah begini sedangkan aku tak pernah buat jahat dengan org lain.. Tapi setelah aku berserah saja pada Allah, berdoa supaya diberi petunjuk, sedikit demi sedikit mata hati aku melihat semua hikmah disebalik musibah ini...

Terima Kasih ya Allah kerana berikan aku ujian kecil begini, ujian ini buat aku dekat pada-Mu..Ujian ini buat aku sedar banyak perkara..

-Semangat dah datang balik, lets blogging-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...