Thursday, December 31, 2009

Alasan kukuh utk tambah koleksi!!!

...
Saya telah memasang cita² untuk tahun 2010 ini, akan menambah koleksi maxi dress saya kerana sebab kukuh - mengandung... hahahaha

mmg alasan kukuh kan, padahal gila maxi dress...



yg ni sy blur kan muka sbb mekap sy waktu itu sngat pelik...ahahaha
tp sy suka dress ni selesa
kain cotton



saya blur kan kawan² saya sbb mereka gedik....hahaha...ok ampun...
ini kan topik maxi dress tak payah korang interprem...
kain satin, rasa nak 'let go' dress ni, sapa nak boleh bagitau...
nnt blh runding harga



yg ni saya tak edit langsung sbb gmbar keluarga, saya sukak!!!
Genting 2009...
kain cotton juga..

Dress lain tak de gambar....ahahaha...nanti2 lah ambik melaram kemudian upload...

Saya nak lycra pula lps ni, cari², kalau jumpa dan berkenan pasti saya beli...ahahaha...

Sekarang misi saya nak belajar guna pashmina pula, lawa kan kalau gabung ngan maxi dress..




Bronchopneumonia

….
25/12/2009 lepas – Azam being admitted to hospital, Hopital Pakar Likas… sebab??? telah di diagnose sebagai Bronchopneumonia…T_T
.
.
memula kami ke Permai Poliklinik, Paed suggest ke Hosp Pakar sbb dia suspect Azam '’mungkin’ pneumonia. Bila smpai Hospital, x-ray bagai (Ayah yg masuk sbb ibu ngandung tak leh masuk, dengar dari luar Azam jerit2 tak nak baring, sedih) … Dr tgk laporan x-ray, sah pneumonia, admitted, ambik darah, pasang oksigen, pam gas…
.
.
Jam 10.55 pm
.
.
25122009978
.
.
Ayah pulang rumah, ambil barang² yg perlu… Ingatkan sehari dua je duduk hospital, rupanya 5 hari!
.
.

malam tu mmg tak tidur, ayah smpai hospital pun jam 2.00am… sempat lg tolong ibu pegang Azam nak kena pam… mcm Athma…
.
.
Setiap hari pam 4 jam sekali, kemudian 6 jam sekali
.
.

27122009983
.

.

Kalau mood Azam baik, dia akan duduk diam mcm ni, kalau mood tak ok, dia akan mengamuk² (mencabar btl)….Kena bagi dia benda lain utk alih perhatian
.
.
yg tu cream muka ibu dia buat main, buka dan calit² kat tangan dia… huahhhh habes cream… (yg pnting tak nangis)
.
.
antibiotik cucuk kat kaki, kiri kanan pula tu, setiap 6 jam juga…
.
.
Alhamdulillah, 29/12/2009 dah blh discaj jam 3.00pm… Kesihatan semakin baik cuma ada batuk sikit dan kena follow up kat KKM Putatan…
.
.
Penutup 2009!
.
.
Semoga 2010 membawa kesihatan yg lebih baik buat Azam, tiada yg lebih berharga…
.
.
mode : sedih

terima kasih buat kawan² yg bagi kata2 semangat kat FB/SMS/Call...

Tuesday, December 22, 2009

Kalau tak perasan...Mari saya bagitau...

...
saya sudah ada baby ticker dari sini...
.
.
.



♫♪♫♪♪♫♫♫... pokok taugeh pokok taugeh...
??? Suami saya panggil note muzik tu pokok taugeh...blur kejap **


NoeL & PhotoScape ♥



tengok saya dah pandai guna photoscape utk menghasilkan gmbar ini ---





lawa kan lawa kan??? puji diri sendiri …dush!

minggu lepas Cik Ealyie pula dah ajar nak watermark secara pukal….hahahaha…. Gmbar ni lupa pl WM…iskk….

ohhh sebelum terlupa – itu saya dan Azam…ngeeee…
dan cuba teka dimana kedai ini???

Thursday, December 17, 2009

Topik Orang Kahwin ☺

Biasanya kalau cuti sekolah mcm ni, mesti byk jemputan kahwin kan, biasalah mcm tu… Kalau yg kahwin tu kawan lama, lg best... Lps tu kita pun asyik lah calling2 kwn lama nak ke jemputan kahwin tu sama-sama, maklumlah dah lama tak jumpa, yg si pengantin pun dah lama kita tak jumpa…

Kawan lama disni = kawan sekolah/sekelas/sebaya

Ada yg jemputan dpt terus dari pengantin tersebut (kalau masih berhubungan), ada yg dpt dari kawan pnya kawan (pesan-pesan), ada yg dpt dari Facebook! (ni yg latest pnya jemputan…ahahaha).. Tapi yg seronok bila kawan kahwin ni, si jemputan lah (kami), bila dpt kumpul balik, tanya kabar, si polan tu dah kawin ke blm? anak dah berapa???

Topik perbincangan akan berubah kan mengikut peringkat umur kita??? Kalau 5-6 tahun lepas, topiknya – study mana? kerja mana? Sekarang – Dah kahwin ke? Anak berapa? bini berapa? hahaha…

Bulan ni je, kawan sekolah saya kahwin 3 org, tarikh dekat2 pula tu… 19-20-21 Dec… Yg kahwin pun kita kadang² tak sangka pasangannya tu adalah bekas kawan sekolah kita jg…

Jadi minggu ni, perlu keluarkan baju merelip untuk menghadiri jemputan kahwin…ahahahaha…

p/s : Sesiapa yg tergolong dlm umur topik perbincangan kahwin & anak – sedarlah, anda semakin tua…(mcm saya) huk huk huk


p/s/s : Sesiapa yg tergolong dlm umur topik perbincangan kahwin & anak tapi tak kahwin lg apatah lg anak – sedarlah, anda semakin menghampiri tittle andartu/bujang telajak….
opsss terlebey sudah!

Tuesday, December 15, 2009

Rindu Azam!!!

Saya sangat rindu anak saya….huhhuhu…minggu depan 22hb baru dia plg dari KL…

otak saya tersekat 100% dari membuat kerja dan berbloggin…

T_T

huhuhuhu….walaupun dpt 3G bagai tapi saya tak puas hati kalau tak dpt peloks ciomsss dia….

Huwaaaa…

Oh, semalam gi check up baby, now 12weeks 3days already **ngeeee…. baru gi register buka buku… next appointment 09/01/2010

scan baby, tgk development, dpt tgk jantung dup-dap pun syukur Alhamdulillah… tgk kepala dia, ukur besar kepala, dpt tgk tulang belakang, kaki, tangan….wahhh mcm baru pregnant lak aku…ahahaha…seronot seronot…

Baby kali ni betul2 mcm mengandung anak pertama, dulu ngandungkan Azam, tak pernah muntah-loya-mual-pening-dan sebagainya penyakit ibu ngandung .. never…tak pernah…

sebab tu bila 2nd baby ni muntah-loya-mual-pening-dan sebagainya penyakit ibu ngandung DENGAN TERUK… terasa mcm 1st time ngandung pl, manja berlebihan pun ada… Ada kemungkinan kah 2nd baby adalah gegirl??? :-) Klau ya, senyum smpai ke telinga lah saya, tp saya tak kisah sebenarnya, yg penting sihat saya cukup bersyukur….

Pada ibu-ibu yg pernah mengalami muntah-loya-mual-pening-dan sebagainya penyakit ibu ngandung, sehingga usia kandungan berapakah akan berterusan begini??? Dulu saya tak pernah ambik peduli pon….aduihhhh….

Thursday, December 10, 2009

Azam – Leaving on a Jet plane

09122009973

gambar ni semalam sewaktu saya menghantar Azam dan mak saya (neneknya) ke airport

Azam ikut ke KL lg…

Sedihnya T_T

Rindu ngan Azam…

Pagi tadi saya call mak saya, dia kata Azam tak nangis² pun, (sempat pl mak sy bergurau kata – Azam dah lupa ngan korang…huh)

Semalam 1st time tido tanpa Azam disisi T_T

Pengubat rindu ku selimut Azam dan ayah Azam hahahaha & Kereta Itik yg Azam selalu main, bila dia tekan mesti ada bunyi titot titot  ♪♫ ♪♫….

07122009971

Rindu ngan wajah cengeng manja ni…

DSC00636

Rindu ngan wajah innocent ni…

03122009961

Rindu ngan rambut kenteng abessss…

mode : sedih dan rindu sehingga mata berkaca2 kemudian menitis air mata…sob sob…nak 3G jap lg...uwaaaa….

Wednesday, December 9, 2009

Saya suka SATA

saat ini saya sedang rindu pada Sata, seumur hidup tak pernah jmpa, sekali dah jmpa….makan panas²….sedapnya…

Beli kat Pekan Ajil, Terengganu…

Hubby,

saya sangat rindu nak makan Sata lg…

Budu pl tertinggal kat rumah Yani (2 botol pl tu)

Keropok Ikan masih kat rumah mak

Kenapa semua makanan kegemaran ku tiada disisi saat aku perlukan mereka???

**saya nak update cerita² cuti² Malaysia saya…ngeeee :-D

Tak Salah Kan???

Apa anda akan buat kalau berada di situasi seperti saya ini?

♥  handbag CHARLES & KEITH kegemaran anda sedang SALE hingga 50%

♥ dapat duit bonus hujung tahun

♥ Laki asyik kata handbag tu mmg lawa

Tak salah kan kalau ku beli saja….ahahahaha….gatal tangan …

Jangan bagi cadangan Coach pun buat sale, blm mampu ke tahap itu, last time ke butiknya, mcm nak pecah cermin kedai tu org ramai sangat…

Sale buat kaum wanita lemah selemah lemahnya, kaum lelaki garu² kepala…ahahahaha…

Dilema ~~~ (dilema menghabiskan duit – silalah menabung di ASB & SSPN anak anda jg Puan As oii !!!)

Sunday, December 6, 2009

Esok Cuti Tamat!!!

Esok adalah cuti terakhir saya...
phewww*** setelah 2 minggu ber'YES' di sekitar KL... jakun betol!!! ahahahaha...

I Like SATA (1st time makan)

Azam kurang sihat T_T
tido tak menentu, asyik travel KL-Terengganu-Kuantan-Genting-KL
apa ibu ayah dia makan, dia pun nak makan...duhhh...

Esok malam balik KK!!!

*tak sia-sia bawa beg besar sikit...ahahahaha...

Monday, November 23, 2009

B for BLaY!!!

Sekarang ini saya perlukan :

wedges-tak-berapa-nak-tinggi-tapi- tak-nak-flat-sangat

Apakah???

Panjang juga nama ciri jenis kasut yg ‘nak’ tu…ahahahaha

Perlu sngat utk keselasaan dipakai nak balik kampung ni, kampung yg mmg hari2 keluar berita –kalau tak banjir, becak- habislahhhh….

Patutkah saya pakai selipar BATA yg kaler coklat tu je???

Apabila suami saya tak ada *grin face* … Saya pun dengan jayanya men’window shoping’kan diri mencari “wedges-tak-berapa-nak-tinggi-tapi- tak-nak-flat-sangat” tu…

Akhirnya terjumpa juga BLAY on SALE!!! besarkan sikit SALE tu…atau ulang semula word SALE tu… Hahahaha…tolak tepi senarai kasut yg lain… Mari mencari 5-6 round kedai tu utk dapatkan ciri kasut idaman…

Tapi yg saya suka ada kaler white je, terus terbayang becak! becak! becak!

Hmmmm… tapi kerana gojes sangat, tak smpai 5 min fikir, rembat saja…ahahaha… Becak blh cuci (kot)…

LAGIPUN….*grin face* lagi….ada jg alasan beli lain kalau tak blh cuci….ahahaha… Hey!  Malaysia Year End Sale 2009 (YES)  akan kembali from 21 November 2009 until 3 January 2010…

Sale2008

*saya tak bawa kable camera utk tunjuk  wedges-tak-berapa-nak-tinggi-tapi- tak-nak-flat-sangat” tu… jadi sy letak lah lori YES 2009 ni… ahahaha

SELAMAT MEMBELI BELAH!!!

Friday, November 20, 2009

WLW testing & Seramik???

Ini adalah percubaan ku menggunakan WLW….

memang best lah benda ni, plg best tang watermark tu….

Heart u lah WLW

Lagi best masak sup guna seramik kan??? rasa pun berbeza dari masak guna periuk metal tu…

hahaha tiada kaitan tapi kedua2 topik adalah tentang percubaan…

p/s : Pandai juga aku masak

19112009913

Wednesday, November 18, 2009

Gud Luck Guys...

...saya baru pulang dari menghantar suami saya ke airport... T_T  sebab sedih jadi saya guna bahasa baku...
Team diorang bertolak hari ini utk mengikuti KEJOHANAN PAINTBALL WORLDCUP ASIA 2009 di Xtion Paintball Park, Kompleks Sukan Negara Negara Bukit Jalil...

Saya dlm mode : sedih hiba ditinggal suami selama seminggu dalam keadaan mengandung 2 bulan...ahahaha...apakah???

tak pa tak pa...next wednesday ku menyusul pl ke sana... sang suami akan menjemput saya pl di sana..Nanti kan ketibaan ku dan Azam dan baby dlm perut ni...hihihhi... tak terbayang mcm manalah nak handle barang dan Azam...uhukkss batuk kecil

Macam² hal la kat airport tadi, barang paintball susah sangat nak lepas walaupun surat pengesahan dari Imigresen & Polis Daerah dah dapat...mula² tank, tank dah ok, tools pl....huhuhuh...air asia air asia, MAS ok ja bagi lps semua yg penting ada surat dari pihak berkenaan.

Tapi, semoga berjaya utk korang...tembak betul² biar kena...




spot my husband...ahahaha...

Tuesday, November 17, 2009

Sarapan saya (Nak juga tayang)...



gambar diambil di pantry ofis...

ahahaha inilah yg dimaksudkan ngan burger malaysia ya Kak Sal???
kuih mcm pau pastu belah dua, inti sambal bilis (mcm sambal nasi lemak) & timun....
RM1 - 3 biji, saya makan 3 biji cukup...ahahahaha

p/s : karipap tu pun saya makan juga.. byknya sarapan saya setiap pagi...




Wednesday, November 11, 2009

Bila ni???



siapa tahu bila tarikh tayangan filem ni??? yg saya tau bulan November, tapi saya akan ke tanah semenanjung pada  25 Nov - 08 Dis 2009....Kalaulah tayangannya pada tarikh saya berada di tanah semenanjung...maka, tak dapat lah nak tgk.. T_T... kalau kat sini blh jg mak tlg jaga Azam waktu mlm curi2 kluar gi tgk ngan boyfriend hubby...

T_T...

Tapi kalau tayang sekarang pun, masih tak dapat tgk... sbb mak dah nak terbang ke Makasar malam nanti sehingga 25 Nov.... Uwaaaa..... mmg sah tak dpt tgk di cinema...

DVD sajalah ....

T_T






Friday, November 6, 2009

Nostalgia...Oh!

...
Tiba-tiba kan teringat nak gi tempat-tempat dating saya dan hubby dulu...wahhh gitu...tetiba kan nostalgila tu dtg, eh nostalgia...

Dulu saya & hubby bercinta kejap aja, dlm 6 bln pastu 6 bulan tunang pastu kahwin....ahahahaha...tapi kawan baik, ala teman tapi mesra agak lama jg, hampir bertahun (padahal lupa)

Dulu2 kan (2-3 tahun lps), sll dating di Tanjung Aru Beach - Pantai Tanjung Aru, gila jiwangsss... tak...bukan...kami suka kesini sebab sebelah tu landasan kapal terbang terminal AirAsia & MAS.....wooooo best blh tgk kapal terbang landing...yg berlepas tak best la pl (-.-")



google image

hujung sebelah saaaaaaana tu lah lapangan terbang...jalan berkaki ayam, wahhhh...ahahak, gedik!



google image

pastu lepak bawah pokok makan jambu batu+amoi banyak2 @ nenas+amoi+sambal+kicap....slurppppp
nostalgia btl la!...sambil minum air tebu pl tu...

Lagi satu tempat dating kami kan...

Di Bukit Bendera - yo ingat Penang je ada Bukit Bendera, Sabah pun ada....Tapi naik kereta je, ramai org datang joging jg, selain dtg utk dating...ehe...
Bukit Bendera dikenali jg Signal Hill (kalau x silap la)



google image

Dulu, ada teropong kat atas ni utk tgk view bandar KK...tp sekarang sdh tidak ada T_T....tp still blh tgk juga view KK...



google image



google image

seronot seronot.... dah lama tak gi sini lg kan b??? (-.-")

p/s : mana tempat dating kalian??? Cewahhh.....(selain tempat makan2 yer)


Thursday, November 5, 2009

Mana Rambut???

...
tadi saya jalan2 ke blog Azza yg ni
sedikit ringkasan : dia kagum ngan anak Yana - Ammar yg dah kenal body part dia... (i pun kagum oooo)
bila tnya mana rambut - tunjuk rambut.. mcm tu lah seterusnya...

tiba-tiba
saya pun teringat, Azam mmg dah blh tunjuk telinga dan mata (setakat ini)
tapi yg pertama sekali dia pndai tunjuk adalah 'aset' dia, bila nenek dia tanya

Azam, mana k*n*k??
terus pegang...
ada gambar utk tatapan...




hah mcm tulah aksi bila kena tanya

p/s : korang rasa Azam marah tak saya letak gambar dia yg ni??? hahahaha...


Tuesday, November 3, 2009

Meraikan Kepulangan...

...
sempena meraikan kepulangan sementara abg ipar sy dari Jepun, sebenarnya dah balik KL sejak 4-5 bln lepas, tapi baru semalam datang KK jmpa kitorang dan dia nak balik Jepun lg semula , so, kami bawa dia gi makan seafood... ya, almaklumlah seafood kat sini kan muuuuuuuurah-muuuuuuuuuuurah...kah kah kah...

Beringis Seafood Restauran - 15 min dari rumah ku...

marilah sy menjamu anda dengan gambar pl...



kalau gi seafood tak sah kalau tak order butter prawn...
nyum nyum
1.5kg baru RM90+-



pelahap gila....ni pun dah nak habis separuh baru ambik gmbar...
semua tak sabar



ikan apa ntah...
yg ini sy tak tau brapa kg & brapa RM...
bedal je....

Hari ni dia dah nak balik KL lg....
sedap !!!




Friday, October 30, 2009

Munchy's Oat Krunch yummyyy.....







+





Setiap pagi menu yg ini....
Heaven....ahahahaha....
Tapi kenapa bila masuk jam 11am jer, trs lapar balik, thought dpt tahan smpai lunch time...tsk tsk tsk... T_T
tapi ada alasan utk mkn lg jam 11...ahahahaha....



Thursday, October 29, 2009

Pengaruh Rakan Sebaya

...
inilah akibatnya bila pengaruh rakan sebaya memainkan peranan
.
.
.





ops bkn ini...
tapi..
.
.




ya inilah dia...
hasil pengaruh dari blog Cikgu Intan yg ini...
baru dpt kaler bellue..bellue...

Terjahan ke McD selepas temankan si Ayah main futsal...
Azam pun sibuk nak main, berdiri pun masih blm stabil...
.
.
.














Sunday, October 25, 2009

Watch Papadom ^_^




Semalam gi tgk cerita ni....Huhuhu...mmg best, sedih, lucu...semua ada...

Part plg sedih yg bini Dom (Mun) kat hospital kata dia sedih sbb lepas ni tak dapat tgk muka Dom tu lg... (lebih kurang mcm tu lah dialognyer)... Sedih sbb sy cuba letak diri sy dlm keadaan tu....Sedih kalau tau nak tinggalkan org tersayang, lagi2 suami yg anak kita ni masih kecil....huwaaaaaaaaaaaaaa.... sedih... Mcm mana nasib anak aku, terdidik ke? Makan Minum? ..... 'ter'emo disitu


Boleh bawa bapa2 gi tgk, pengajaran juga.... Mcm mana nak besarkan anak kalau isteri takde
Lps tu mcm mana nak hargai saat2 bersama dengan keluarga, jangan menyesal...

Ada pepatah :
No one in this world is rich enough to buy his Past.So,enjoy each moment before it gets beyond reach


p/s : eiiii tak suka iklan b4 movie start tu.... movie "SANTAU - DENGKI SAMPAI MATI"
serammm!!!!
p/s/s : ada warning, ibu mengandung jangan tonton, bis tu kalau 'ter'tonton sebab iklan tu, dahlah mak ni penakut ok!




Thursday, October 22, 2009

Sebab penghasilan kurang...

...
Benar seperti kata mu Umi Sufira dan juga Cik FId

Inilah punca mengapa production saya merudum...




2 garis!!!

Ini juga adalah hadiah harijadi saya buat suami Noel Khairulniza 22 okt...hari ini...

-END_



Wednesday, October 21, 2009

Cari Kerja - Kerja - Berhenti Kerja

Ada beberapa sebab kenapa kita berhenti kerja, tp yg biasa adalah kerana
- dpt peluang yg lagi bagus
- tidak sesuai dengan kerja sekarang

Tapi walau apa pun sebab kita berhenti kerja, saya rasa kita patut bertanggungjawab pada tugas sebelum ini… Sepatutnya kita ingat, semasa memohon kerja dulu, bkn main lg, interview semua blh buat…puji diri lebih2…itu boleh ini boleh…akan berjanji buat kerja rajin…Yerlah sebab nak sangat dpt kerja tu kan???

Bila dah dpt kerja, sebulan dua kemudian…Mulalah, asyik mengular ja… Mengular 1 hal, kerja tak siap 1 hal… (Ini kat ofis laki aku byk) ahahahahah….dlm resume bkn main, berdedikasi bagai…tapi bila dah dpt kerja, kena suruh buat kerja sikit semua x pndai, bkn x pndai tapi sengaja ckp x pandai sebab tak nak buat…
.
Lagi 1 senario, bila nak resign, hantar notis sebulan berhenti kerja, silalah siapkan kerja sebelum berambus…Jangan lah terus lepas tangan, sebulan terakhir di ofis sebulan jg lah mengular…mentang2 dpt kerja lain kan??? Ingat lah, dulu nak sangat kerja, desprate sangat, tempat asal ni jg yg bagi peluang, jadi bila dah dpt tempat lain tu, syukur itu peluang kamu dan tidak bermakna kamu perlu tinggalkan kesan negatif di tempat lama…
.
Kita dtg cara baik, diterima dengan baik….Kalau nak berambus buat lah cara baik…

Tak semua org mcm ni, tapi ada sesetengah…

Cuma pendapat saya :-) ♥



Tuesday, October 20, 2009

Percubaan mem'blog'ing menggunakan E71

...
Tapi x dpt upload photos terus dr folder hp...
Perasan hp canggih sangat la tu... Akakakaka...
Tak pa, yg pnting blh update dan bersiaran secara live...


Sunday, October 18, 2009

Hari Ahad adalah...


...
Hari menyental CDs...



itupun mengikut peringkat kerana tak larat....ahahahaha


kalau dulu ada pembantu rumah, hari2 saya suruh dia sental CD...tak blh cuci pakai washing machine... ahahahaha


sekarang mak takde pembantu rmh, cuci sendiri...


Hari Ahad baru ada masa nak cuci tangan, sental2...


Saya plg suka CD coolababy colour oren ni...










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...