Thursday, November 27, 2008

Azam kena jarum...

Siannya anak ibu kena jarum..menjerit2, tapi kejap ja..Pastu diam, tapi selepas beberapa jam dah mula demam.. Mata pun kuyu jer, nak main pun lemah jer.. Ibu doakan Azam cepat sembuh...

Wednesday, November 26, 2008

26 Nov 2008- Hari ni genap lah Azam 2 bulan.. dan ini bermakna Azam ada temujanji dengan doktor utk dapatkan suntikan BCG dos ke-2 (agaknyalah, kad jadual suntikan tu tertinggal pl di kereta, x dpt rujuk)... Harap2 Azam x kuat nangis lepas kena jarum tu nanti.. Ingat lagi time dia kena tahan di wad sebab kuning... sehari 3x ambil sampel darah, kalau time kena ambil darah tu dia tidur mmg x nangis la... Nurse pun heran jg, kebal jg budak ni x nangis..
"Azam jgn nangisla yer hari ni.. "

MyHeritage: Family tree - Genealogy - Celeb - Collage - Morph

Tuesday, November 25, 2008

Ibu Azam mem'blog' utk kesekian kalinya....

Azam & Ibu
Bz...bz.... lepas cuti bersalin yg agak lama, kerja melambak2 la pula... blm ada masa utk memblog.. Tapi bila ada masa terluang ja terus buka website susuibu.com ... wahhh best pl forum sini, semua topik pasal ibu & bayi.. Rupa-rupanya masih ramai ibu2 di Malaysia ni yg bekerja dan masih ambil berat pasal susu yg akan diberikan pada anak2 dorang.. Semuanya satu tujuan iaitu utk memberikan anak2 mereka 100% susu ibu, tiada susu formula...huhuhuh... Siapa bakal-bakal ibu atau ibu-ibu yg ada hati mo bagi anak dia minum susu formula, bagus lah tgk website ni..
"Tiada yang Lebih Baik Baginya"
Huhuhuhu.. Azam tak nak susu lembu kan? Azam nak susu ibu jer... Ibu buat pilihan utk anak yg masih kecil, susu manusia atau susu lembu... mooooo...
Petikan artikel dari susuibu.com utk renungan...
"Jangan kau tahan hak Allah padaku"

Kenapa tak mahu menyusu anak sendiri? anak yang datang dari darah daging ibu dan ayahnya sepatutnya tidak ditahan haknya pada rezeki itu.Penahanan hak anak akan dituntut diakhirat kelak dan si ibu maupun bapa perlu menyediakan penjelasan yang membolehkan mereka berlepas diri dari mahkamah Allah yang Maha Adil.


Mari kita sama-sama menyemak apakah terdapat hadis-hadis yang menerangkan berupa siksa pada ibu yang enggan memberikan hak anaknya itu.Anak kecil yang tidak tahu memprotes langsung memberi kepercayaan pada si ibu tetapi bukan susu segar dari tubuh ibu yang diberikan malah daripada susu tepung dengan pelbagai formula yang diterima.


Anak itu terus meminumnya kerana disangkan itu adalah susu ibunya tapi hari ini anak tersebut sudah tidak berkata-kata lagi kerana ternyata susu tepung itu mengandungi racun yang membunuh manusia.


Oh..ibu..."jangan kau tahan Hak Allah padaku"


Susu ibu penyubur kesih sayang,cinta si anak sepanjang zaman.




Lilypie Breastfeeding Ticker

Monday, November 17, 2008

~~ I'm Back !!!~~

Huhuhuhu ... aku kembali bekerja... dan aku meng'update' blog aku lg... Tunggu...

p/s : watak utama - Azam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...